Tahun terbitan: 2013
Genre: Action romance/action thriller
BLURP:
“Kadang-kala kita ingin
sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya
yang tidak terduga?”
Antara
Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah
persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian,
Karn adalah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian adalah teman
yang menyenangkan hatinya.
Namun
siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang
salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak
dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran
warasnya.
“You’re more than just
Karn Klaharn. Siapa….siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa
saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana
dia, Dian Damia yang menerima akibat. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah
tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa
sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak. Yang
penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan
saya jaga awak…izinkan saya lindungi awak, Dian…” – Karn Klaharn
Dalam
usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak
hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan
membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik
hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala
Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa,
mungkinkah ada yang menjadi korban?
No comments:
Post a Comment