BAB
25
KASAR
Karn
menghempaskan tubuh ke atas katil. Segala tingkah dan perbualannya dengan Dian
pagi tadi menjengah kotak memorinya. Pelik! Dia benar-benar pelik dengan reaksi
terlebih emosinya. Boleh pula dia hampir-hampir menitiskan air mata jantannya
di hadapan Dian. Itu belum lagi termasuk reaksi seriusnya kala Dian mula
berkata macam-macam.
Petang
tadi pula, sekali lagi dia hampir terasuk dengan emosi sendiri. Waktu itu dia
sedang berbicara dengan Uncle Sukrit di pejabatnya.
“Tuan,
sampai bila Cik Dian akan tinggal di rumah Tuan?”
“Kenapa?”
jawabnya acuh tak acuh. Tangan kanannya masih lagi menyelak beberapa kertas
cadangan daripada bahagian pengurusan resort.
“Tak
adalah, saya rasa Tuan tak patut simpan dia lama-lama.”
Masih
dia ingat betapa tersirapnya muka dia waktu kata-kata Uncle Sukdit singgah di
gegendang telinganya. Simpan? Apa Uncle Sukrit ingat Dian itu perempuan
simpanannya?!
“Uncle jangan ingat sebab uncle jaga saya selama ni, bekerja
dengan keturunan Thanasukolwit berkurun lamanya…uncle boleh cakap macam tu pasal Dian.”
“Saya
bukannya apa, Tuan tapi…”
“You say one more word,
dan saya akan pecat uncle.”
Sungguh!
Langsung dia tidak menduga akan menuturkan kata-kata sekasar itu kepada Uncle
Sukrit, lelaki yang sudah dia anggap umpama bapa. Seakan tergambar dalam
ingatannya wajah kelat Uncle Sukrit usai dia memanculkan bait bicaranya. Jelas
rasa tersinggung pada riak wajah lelaki itu. Ah, dia pun satu. Kenapalah
terlalu senang dihambat emosi sejak kebelakangan ini?
“Dian…”
Karn menjawab sendiri. “Ya, semuanya kerana Dian.”
Kemudian
perlahan Karn meletakkan telapak tangan di dada. Seakan terasa jantungnya yang
berkocak hebat. Degupan jantungnya pula dirasakan seperti lain daripada biasa. Aneh!
“Takkanlah
aku….sukakan dia?”
*****
USAI
memberi
salam kiri dan kanan, Dian membetulkan duduknya dan mengangkat kedua-dua belah
tangan ke atas. Setelah menyudahkan doa selepas solat, Dian menyambung lagi.
“Ya
Allah, Tuhan sekalian alam, pencipta dan pemilik segala-galanya, aku dengan
rendah hati memohon pada-Mu, ampunkan aku atas segala dosa. Aku sedar sejak
kebelakangan ini, aku banyak membelakangi-Mu, aku mula bergantung pada manusia
lain, sedangkan manusia hanyalah makhluk lemah. Aku tersasar dalam mengingati
betapa hanya Engkau yang paling berkuasa. Ampunkan aku, Ya Allah Ya Tuhanku.”
Dian
mengetap bibir buat seketika. Hatinya yang mula dihimpit rasa sesak cuba
ditenangkan.
“Aku
sedar, Ya Allah….Engkau hadiahkan aku segala dugaan dan cubaan ini bukan untuk
menyeksaku, tetapi kerana Engkau tahu yang aku mampu untuk menghadapinya. Cuma,
berikanlah aku secebis kekuatan untuk terus-terusan menerima semua ini dengan
rela. Sembuhkanlah aku daripada ketakutan ini, kerana sesungguhnya hanya pada
Engkau…aku seharusnya takut.”
Selesai
mengaminkan doa, Dian mengambil al-Quran dan mula membaca kitab suci itu. Baru
sahaja setengah muka surat, suaranya mula serak. Jantungnya terasa sebak. Ah,
sudah berapa lama dia tidak mengabadikan diri buat Dia yang Maha Esa? Sudah
berapa lama dia hanya solat tanpa rasa? Hanya sekadar menunaikan suruhan-Nya
dengan rasa yang kosong? Dan yang paling penting…bergantung harap pada manusia
yang kudratnya langsung tidak boleh dibandingkan dengan Sang Pencipta. Kala
itu, Dian merasakan dirinya sangat berdosa.
‘Ampunkan
aku…’ Dalam membaca tiap patah ayat suci, sempat Dian berdoa dalam hati.
Usai
menyudahkan pembacaannya, Dian kembali mengambil tempat duduk di atas sofa.
Segala ingatannya sepanjang berada di rumah Karn ini menerpa dalam dirinya.
Sudah lebih sebulan dia di situ dan sudah lebih sebulan jugalah dia hanya
terperuk di dalam bilik. Tidak sekali pun dia menjengah keluar. Entahlah, dia
tidak punya kekuatan. Dia selalu sahaja merasakan bilik itu adalah tempat yang
paling selamat.
Kemudian
mereka yang selama ini berhubung dengannya pula menerpa dalam fikiran. Hanya
dua orang. Ya, hanya Karn Klaharn dan Mak Teh. Tidak ada langsung orang lain.
Tidak ada Kak Liza, tidak ada Abang Azmi, tidak ada Encik Razlan. Mengenangkan
Kak Liza, hati Dian serta-merta terasa pedih. Dia ingat lagi akan peristiwa di
hospital dulu. Ya, saat itu dia memang tidak dapat mengecam kakak angkatnya.
Tetapi kini, saat hatinya mula terasa lebih tenang, ingatannya tentang Kak Liza
seakan-akan menjelma dalam dirinya.
“Ah,
dah berapa banyak hati yang aku lukakan? Maafkan Dian, semua orang…” ujar Dian
perlahan. Sebu jiwanya dengan rasa bersalah.
“Karn,
saya janji saya akan cuba kuatkan diri saya, bukan lagi demi diri saya sendiri.
Tapi…demi awak…demi Kak Liza…demi semua orang,” janji Dian pada dirinya
sendiri. Dalam hati dia mula berazam untuk menyembuhkan dirinya. Dia sudah
tidak boleh bergantung harap pada orang lain, sudah tidak boleh mengharapkan
Karn untuk menjaga dan melindunginya kerana dia…hanyalah orang yang tahu melukakan lelaki itu.
Dan
kini perkara pertama yang harus dia buat adalah keluar dari bilik yang selama
ini menyembunyikannya. Perkara kedua pula adalah….keluar dari rumah Karn
Klaharn. Ya, sampai bila dia harus terus-terusan tinggal di rumah seorang
lelaki? Walaupun rumah itu dihuni oleh ramai lagi orang lain, perbuatan itu
tetap tidak manis.
Cuma,
persoalannya sekarang…kenapa saat dia mula memikirkan untuk berjauhan daripada
Karn, hatinya pula seperti tidak rela?
*****
TUBUHNYA
dipusing
ke kiri, kemudian ke kanan. Setelah beberapa kali melakukan perkara yang sama,
Krissada bingkas bangun. Rambutnya diraup kasar.
“Isy, kenapa tak boleh
tidur ni?!” jerit Krissada penuh kegeraman.
Semua ini gara-gara
gadis itu. Sudahlah siangnya sudah dihambat dengan rasa bersalah atas kejadian semalam,
waktu tidurnya juga dihantui oleh wajah mulus Dian Damia. Sungguh! Inilah kali
pertamanya dia merasakan sedemikian rupa pada seorang wanita, padahal sudah
terlalu ramai wanita yang dikenalinya. Malah kebanyakan daripada mereka jauh
lebih cantik, seksi dan menggoda, namun kenapa perempuan berwacah pucat dengan
mata sembab itu jugalah yang bermain-main dalam fikirannya?
Musykil sungguh
Krissada dengan keadaannya sendiri. Setiap saat Dian Damia seperti ada dalam
fikirannya. Sudah seakan melekat di suatu sudut otaknya. Hendak dikata mereka
kenal rapat, memang tidaklah! Dia cuma ternampak Dian sekali. Itu pun cuma
beberapa minit. Namun beberapa minit itu sudah cukup untuk membuatkan dia
melakukan perkara bodoh. Dia mengabaikan pesanan Karn dan kini dia bergaduh
dengan sepupunya walhal mereka jarang-jarang sekali bertegang urat.
Dalam berjeda sendiri,
Krissada tiba-tiba ditebak dengan satu kemungkinan. Namun cepat-cepat dia
menggelengkan kepala, cuba mengusir agakan yang dirasakan pelik lagi ajaib.
“Isy, gila! Takkanlah
aku…jatuh cinta pandang pertama kut?”
p/s: Entri ni pendek sikit, ya. Just monolog tiga watak utama CRT. Apa-apa pun, enjoy!
jangan cakap Kriss suka Dian ?
ReplyDeleteKarn suka Dian takpa..but Kriss tak boleh -.-
yeahhh..Dian dah ada keyakinan :D
mohon Karn cepat luah perasaan dia dekat Dian boleh ? HAHA
huhuhu..........sibuk je Kriss ni...x suke..huhuhu
ReplyDeletenape Karn cam dh l0st his 0wn grip t0 himself...huhuhuhu....xnk la camni...
Kriss dah jatuh cinta dgn dian...parah ni karn kena cepat bertindak huhu
ReplyDeletesuh!!!suh!!!pergi main jauh-jauh Kriss!!!
ReplyDeleteKacau je...hahaha!!!XD
Tak suka..tak suka.. knp Kriss bukan Karn. Penulis kenapa jadi mcm ni plak, n3 pon pendek aje. X sabar nak tahu kisah selanjutnya. Please.......
ReplyDeleteKrissada ni laki upenya....hakhak
ReplyDeleteSat...saya x faham kat sini.. Ni bukan mcm drama Thailand ke? Mcm mn jd novel? Pelakon dia Chakrit Yamnarm ..mafia tee ruk.. Haha.. Drama thai dulu2 best...
ReplyDeleteEh, ini novel yang sy fikir sendiri jalan ceritanya. Sy x pernah tgk citer Mafia Tee Ruk tu. Dan kalau baca novel ni sampai akhir, xde kaitan dgn mafia pun.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete