Showing posts with label review novel. Show all posts
Showing posts with label review novel. Show all posts

March 16, 2016

SALJU KYOTO - ORDER DAN REVIEW

2:36 AM 13

Assalamualaikum, darlings.

I'm so sorry, sebab lama tak muncul. Cik SA lebih aktif di FB dan IG. Makanya, blog jadi sangat....krik krik. Huhu.

Btw, seperti yang ramai sudah sedia maklum, Salju Kyoto sudah pun keluar di pasaran bulan ini, Mac 2016. Yay!! Finally, selepas 3 bulan delay (supposedly SK kuar Disember). So far, feedback dan review sangatlah positif. 200 buah stok Salju Kyoto yang Cik SA ambil daripada KS sold out dalam masa seminggu sahaja. So, Cik SA tambah lagi stok 100 buah SK dan 40 buah Chan Rak Ter. Yup, CRT tetiba femes balik sebab readers yang baca SK nak baca CRT jugak (dan Cereka Cinta sebab dalam tu ada Ryu). 

Basically, ramai yang dah mula berminat dengan genre cinta aksi. Alhamdulillah, ini memang satu penerimaan yang sangat positif, since genre ni tak banyak di Malaysia. So, yeah! Cik SA sangat happy dan bersyukur. Terima kasih sangat-sangat! =)

Buat yang tertanya-tanya, sama ada stok masih ada dengan Cik SA dan masih boleh diorder ke tidak. jawapannya... "Ya, boleh. Sebab stok baru sampai." So, without further ado, ini details ya:


Kalau nak kombokan SK dgn mana-mana novel Cik SA yang lain, boleh juga. Cik SA bagi harga kombo. Just contact me, to know the details. =)

Last but not least, Cik SA nak share salah satu review awal tentang Salju Kyoto. TQ, Joy Chuah! 



See you, again!

Love,
Cik SA

May 5, 2015

Pembuka Hati (Jodoh itu Milik Kita 2) - Review Syazwan Zulkifly

1:10 PM 2
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar, semua? How's PBAKL hari tu? Alhamdulillah, kedua-dua slot Cik SA hari tu berjalan lancar. Terima kasih pada yang sudi datang tu, ya. Dahlar masuk ke booth KS tu, macam masuk berperang. Giler ramai orang! So, saya sangat2 berterima kasih kepada pembaca yang sanggup bersesak-sesak dalam tu untuk dapatkan novel2 saya dan kemudian beratur pula utk ambil tandatangan. I really...really appreciate it. =)

So, back to our topic kat atas tu. Yes! Incik Syafiq kita, iaitu Syazwan Zulkifly dah pun habis baca kisah Syafiq. Alhamdulillah, beliau bagi review yang positif. Katanya, suka dengan karakter dan storyline, dan berbaloi tunggu lama untuk novel ni. Sweet pulak mamat sorang ni. Haha! So, inilah yg SZ kongsi di instagram beliau:



‪#‎Repost‬ @syazwanzulkifly with @repostapp.・・・Thank you so much @ciksara_aisha kerana sudi menyambung perjalanan hidup ‪#‎syafiq‬ dalam novel ‪#‎jodohitumilikkita‬ sebelum ini ke novel ‪#‎pembukahati‬ kali ini... Saya dah khatam novel pembuka hati ni..very nice n very intresting character and storyline.. Saya suka sgt.. Saya harap awak tak kan putus menghasilkan naskah2 yang hebat seperti ini lagi selepas ini.. Kepada yang belum mendapatkan novel 'pembuka hati' ini,sila dapatkan novel ini dipasaran..



Apa2 pun, saya berasa lega. Sebabnya, bukan senang nak sambung kisah 'Syafiq' ni. Yalah, selain kena fikir storyline dia, saya jugak kena kekalkan perangai asal 'Syafiq' tu. Takkanlah hanya sebab Syafiq dah jadi macam baik sikit, terus perangai dia jadi lembut, gentleman, baik, sweet (perangai biasa hero2 novel). So, saya kena maintain perangai kasar dan keras dia, tapi dia jadi sweet dengan caranya sendiri. Dalam garang dia, dalam keras dia...dia sebenarnya sangat pelindung dan sangat2 caring. Wah, gitu kekdahnya...haha! 

Anyway, selain review SZ, salah satu review awal PH adalah daripada MamaNurFirman (rakan FB). Jom baca review beliau.


Alhamdulillah, satu review positif. =)

So, darlings semua, jom dapatkan Pembuka Hati. Tapi, PH belum ada di pasaran (masuk kedai akhir bulan Jun). Kalau mahu, boleh order direct daripada Cik SA. Ada promosi, tau sempena kelahiran Pembuka Hati. 


Last but not least, thanks again SZ dan jom sokong karya2 Cik SA. Eh! Hahaha!! =)


May 15, 2013

Review CRT...ACK - Miss Sya

11:43 AM 0
Assalamualaikum, darlings

Jom baca review CRT...ACK daripada salah seorang pembaca. Thanks for the lovely review,..=)

*******

Review Novel : Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu




Tajuk : Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu (CRT)
Penulis : Sara Aisha
Harga : RM 24.00
Penerbit : Karya Seni

Sinopsis / Blurb :

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...” 


My Review :

Ha, jalan cerita yang ada unsur thriller.. for me memang seronok baca sebab pernah melancong ke Thailand so ala2 terimaginasi la pemandangan kat sana. Hehehe...Dian yang pada mulanya datang ke Thailand untuk bercuti terjumpa dengan Karn yang turun bercuti (tapi sebenarnya melarikan diri dari pengawal2 peribadi dia) tanpa dia sedari musuh dia sentiasa mengambil peluang nak hapuskan dia.

Si musuh pula dapat peluang terbaik untuk memerangkap Karn bila dia nampak Karn dengan seorang perempuan yang pada anggapan dia kekasih Karn sedangkan Dian baru sahaja berkenalan dengan Karn.

Demi kerana janji Karn kepada Dian yang dia sentiasa akan jaga dan pastikan keselamatan Dian, pelbagai cara Karn usahakan dalam pastikan Dian selamat. Pada masa tulah Karn rasakan yang dia dah jatuh cinta pada Dian. Tapi....kesian ada sahaja halangan untuk diaorang. Masa baca ni memang berdebar2 la.

Mujur Karn ada sepupu (Krissada) yang sentiasa ada di sisi dia dan seorang sepupu yang sangat dia sayangi. Tapi munculnya Krissada antara Dian & Karn mengundang lebih masalah, kena baca kalau nak tau..Karn ada musuh dalam selimut. Mungkin pembaca boleh agak siapa kan? Tapi tak pe teruskan bacaan kalau tak nanti tak tau apa yang terjadi pada cinta Karn dan Dian.

Macam biasa, boleh order kat Karya Seni boleh dapat diskaun RM3 dan kos penghantaran percuma okey...tahniah Sara Aisha sebab jalan cerita lain dari 1st novel yag dlu


Review CRT...ACK - Puan Khadijah

11:42 AM 0
Assalamualaikum, semua

Sedikit review daripada Puan Khadijah, seorang pembaca CRT...ACK. Thanks for d lovely review..=)

******
Lama dah selesai baca novel ni.. Baru skrg sempat buat ulasan. Memang superb.. Tak rugi beli and baca tiap helaian.. Novel kedua Sara Aisya ni..



Dian dan Karn baru beberapa kali bertemu, namun telah berlaku satu kejadian yg tak disangka-sangka. Karn rupanya bukan orang sembarangan. Kerana status Karn itulah masalah rumit timbul dan Dian pun tidak menyangka akan terlibat sama. Karn diculik semasa keluar bersama Dian. Penculik memukul dan hampir2 memperkosa Dian.

Antara dialog Karn:

"Dan paling dahsyatnya... saya cuba paksa awak untuk sembuh. Kenapa saya tak boleh lebih bersabar? Kenapa saya pula yang sakitkan awak?"

" Saya tak boleh janji saya takkan bertindak terburu-buru kalau something terjadi kepada awak. Saya tak boleh janji saya takkan naik gila. Because it's something that my heart choose. Tapi satu yang boleh saya cakap... saya akan cuba jaga nyawa saya, selagi belum ajalnya. I'll protect myself so I can protect you,"

Apa yg terjadi pada Dian? Kenapa Karn cakap macam tu? Yang tu kena baca sendiri.

Disebabkan peristiwa itulah Karn semakin lama menyedari yg dia amat menyayangi Dian. Karn sangat melindungi Dian.

" Cik Dian sekarang dah jadi kelemahan tuan yang paling besar. She's your biggest weakness. And how do we know that he won't take advantage on that,"

Who is 'he'? Ehmmm...

Antara dialog Diaan:

"Tidak. Saya tak terima keputusan ini, dan saya takkan pergi,"

"Kalau saya tinggalkan Siripon sekarang, then awak akan kehilagan saya untuk selama-lamanya. Saya takkan kembali lagi'"

" Saya bukannya jenis orang yang membuat keputusan, hanya untuk berasa menyesal pada keudian hari. Once I decide,I'll see it through till the end,"

Keputusan... keputusan... keputusan... Apakah?

P/S: Untuk peminat novel saya memang rekomen novel ni untuk kalian baca.

March 28, 2012

Review JIMK - Miss Syamimi Hasli

12:40 PM 0

Assalamualaikum, semua.

Tadi waktu saya duk godek-godek Pak Cik Google, saya terjumpa review tentang novel Jodoh itu Milik Kita di blog Miss Syamimi Hasli yang manis ini. Saya minta share review ni, ya Cik Mimi...=)

***********


Novel JODOH ITU MILIK KITA

Salam semua.. tak sabar rasanya nak update blog untuk harini. maybe ada satu perkongsian yg agak menarik.. smlm jam 4 pgi baru aku dpt lelap kan mata. ni semua semata2 dan gara2 ......... buku nie...



ni semua sbb novel "Jodoh itu milik Kita"..... banyak novel menjadi koleksi dan kesayangan aku.. tapi tak pernah aku terlampau teruja untuk habiskan sebijik buku yang sgt tebal ni dlm masa satu malam! one nite only........ kalau di takdirkan msk exam mngenai crita ni dah mmg agak comfirm aku dpt A ! hehe.. ehhh.. ape yg aku melalut ni. but its true my dear. cube test tak percaya .. hee.. 

apa yang menarik sangat??? entahlah. tapi yg pasti jln critanya agak menarik perhatian. dari awal.. hinggalah akhir perceritaan.. lain org lain citerasa.. banyak org ckp novel mmg kaya dgn kisah cinta. tapi tu tak bermakna kita yg sedang dilamun cinta aja boleh baca... aku nak je menyangkal kata2 kwn aku tempoh hari. sedap je mulut dia cakap baca novel satu yg membosankan dan buang masa! aku Love novel. bukan semata-mata sebab kisah cinta yang tersenarai carta teratas. tp aku suka sebab semuanya bole jadi pengalaman bagi aku. ada suka. ada duka.. ada yang bernama kehidupan..... 


berbalik kpada story 'JODOH ITU MILIK KITA' sebenarnya lelaki yg lebih banyak memainkan peranan oleh sbb perempaun moodnya selalu berubah2. bukan dlm cerita je. sebnarnya its true. alam realiti pun perempuan mmg tak dapat agak apa yg ada dlm perasaannya. mungkin prempaun seringkali di lukai. (macam akulah tu) he.. yang pasti sayang akan meruntun hatinya tatkala perhatian dan layanan di berikan dgn penuh rasa kasih. haih... apalah harini aku jiwang sgt... hahaha... :D buku tu btol2 buat aku lebihkan perhatian utk mencari lelaki yg terbaik... mcm Aariz Danial :) dia x sempurna tapi dia cukup di kagami.. 


thanks to SARA AISHA. sbb penulisan awak cukup mendalam bagi sy .. andai sy di takdirkan berjumpa org atau pelengkap tulang rusuk yg ada di tubuh sy... saya tau dan kenal bagaimana hidup saling bertolak ansur dlm meniti khdpan dan buku awak insyaallah menjadi inspirasi sy.. 


aku juga nak cakap kat korang.. selain SARA AISHA. please creadit to Anis Ayuni, Aisha Sofea & Damya Hanna. diorg jugak berbakat dlm penulisan. & jln cerita mereka tak pernah menghampakan. :) enjoy reading! sy pasti awak pun akan suka nanti :) chill.... 


gambar istimewa utk u all pada hari ini..



***********


Di sini saya ingin ucapkan terima kasih sangat-sangat atas review yang panjng ini. Alhamdulillah, gembira saya dengan penerimaan Cik Mimi terhadap novel saya ini. Sungguh, terharu tau! 

Salam sayang,
Sara Aisha

p/s: review di atas tu hasil copy paste dr blog Cik Syamimi. all credit belong to her..=)

Review JIMK - Miss Hajar

11:30 AM 0
Assalamualaikum, semua

Di sini saya juga ingin kongsikan review tentang JIMK daripada Miss Hajar dari blog mynextplayground. Terima kasih ya, untuk review ini.

Untuk baca review beliau, sila klik di sini.

Salam sayang,

Sara Aisha

March 20, 2012

Review novel Jodoh itu Milik Kita

6:08 PM 2
Assalamualaikum, semua..

Di sini ingin saya kongsikan satu review daripada seorang pembaca JIMK yang diemel kepada saya. Atas permintaannya yang tidak mahu saya letak nama, saya takkan reveal namanya. Saya gelar saja Miss H. 

Terima kasih yang tidak terhingga buat Miss H yang telah menulis review yang panjang lebar begini. Sungguh! Saya sangat menghargainya. Terharu, tau...hehe...

*********

Novel Jodoh itu Milik Kita


Jodoh itu milik kita ialah karya pertama daripada penulis baru yang mula meniti nama di hati pembaca dan peminat novel iaitu Sara Aisha. 

Perjalanan cerita bermula dengan Dahlia yang terpaksa menikahi abang kepada Syafiq, tunangnya yang melarikan diri pada hari pernikahan mereka. Aariz yang terkejut dengan permintaan ibunya terpaksa bersetuju dengan cadangan itu semata-mata untuk menjaga maruah semua pihak. Bermula lah kehidupan dua insan yang tidak pernah menyangka bahawa mereka akan bergelar suami isteri dalam sekelip mata. Mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai suami isteri walaupun janji telah termeterai bahawa mereka hanya bersahabat sahaja. Tanpa disedari akhirnya perasaan dan hati masing-masing telah terbiasa dengan suasana kehidupan mereka. Mereka boleh berbual, bergurau dan melakukan aktiviti seharian bersama-sama.

Sedang elok mereka cuba untuk menerima kehadiran masing-masing, Syafiq kembali untuk menuntut haknya dengan menyatakan Dahlia adalah miliknya yang telah dirampas oleh Aariz. Syafiq yang tidak boleh melihat abangnya bahagia dan sentiasa mencemburui abangnya semenjak dari kecil cuba melakukan pelbagai perkara untuk merampas Dahlia dari abangnya. Rahsia abangnya menjadi pertaruhan untuk abangnya pergi meninggalkan Dahlia. Adakah kekuatan cinta dan kasih sayang antara Dahlia dan Aariz akan mengikat hati mereka untuk selamanya? Atau Aariz lebih rela melepaskan Dahlia pergi demi rahsia yang ingin disembunyikannya? Dan benarkah Syafiq benar-benar mencintai dan menyayangi Dahlia dan meninggalkan hari pernikahan mereka dulu adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan? Jodoh Itu Milik Kita akan menjawab semua persoalan ini.

Sedutan kata-kata: 

Aariz- saya sangat sayangkan awak Dahlia tetapi saya takut awak tidak boleh menerima saya seandainya awak mengetahui siapa saya yang sebenarnya. Saya takut awak akan merasa jijik dan akan pergi meninggalkan saya.

Dahlia- saya sudah terbiasa dengan kehadiran awak dalam hidup saya. Saya rindukan semuanya tentang awak. Hati saya berdetak dengan menyebut nama awak.

Syafiq- aku bukanlah jahat tetapi semua orang tidak sukakan aku. Apa kurangnya aku kalau nak dibandingkan dengan Aariz. Hati aku sakit apabila semua orang membenci dan tidak mempedulikan kehadiran aku.

Penulis telah menulis dengan begitu baik sekali. Susunan plot telah dibuat dengan amat teratur. Bermula dengan kejadian di masjid semasa majlis pernikahan sehinggalah kepada bahagian konflik. Bagaimana Aariz sedaya upaya untuk menyembunyikan rahsianya dan bagaimana pula Dahlia cuba memujuk Aariz agar menerima cinta darinya. Ditambah pula dengan Syafiq yang cuba memusnahkan rumah tangga abang dan kakak iparnya semata-mata kerana sebuah dendam. Akhirnya klimaks untuk cerita ini berakhir dengan begitu baik. Tidak terlalu cepat atau meleret. Pengakhiran haruslah bahagia dan gembira. Wajib untuk semua novel.

Novel ini berkisar tentang kisah kekeluargaan dimana Aariz seorang anak yang sangat menyayangi keluarganya dan sanggup berbuat apa sahaja. Peranan keluarga yang ditunjukkan oleh penulis menyebabkan masalah itu ada jalan penyelesaian sebenarnya. Hubungan yang rapat antara ibu dan anak, ayah dan menantu menyebabkan mereka sentiasa rapat. Cuma dalam sebuah perhubungan yang mestilah harus ada saling melengkapi. Jangan cuba membuat andaian sendiri tetapi cubalah untuk meluahkan apa yang tersirat di hati. Bukan hanya untuk hubungan suami isteri malah hubungan antara anak dan juga ibu ayah.

Penulis juga telah menyelitkan isu tentang anak angkat dalam novel ini. Isu ini semakin bertambah menarik kerana ia melibatkan negara Filipina. Penulis juga telah melakukan sedikit kajian berkenaan negara tersebut dan juga proses untuk mengambil anak angkat. Sedikit pujian harus diberikan kepada penulis. Ini adalah satu benda baru kepada pembaca dan ia amatlah bagus untuk kami.

Saya sukakan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis. Serasa tidak percaya bahawa penulis baru sahaja menulis sebuah novel. Gaya bahasa yang indah dan sweet sahaja bila Dahlia dan Aariz saling meluahkan apa yang dirasa. Terasa maksud sampai walaupun penulis hanya menggunakan monolog (dalam hati) sahaja. Penulis juga menggunakan English sebagai selingan kepada bahasa melayu dan penggunaannya adalah tepat dan tiada kesalahan. Novel ini juga turut menyelitkan bahasa Tagalog kerana watak utama Aariz digambarkan berasal dari negara tersebut. Ia menjadikan sebagai nilai tambah kepada novel ini.

Penulis telah mengolah semua watak dengan baik sekali dalam novel ini. Setiap watak ada kekuatannya walau hanya sekadar tambahan sahaja. Jika ramai yang suka kepada watak aariz, saya pula sebaliknya. Tak tahu kenapa saya suka kepada watak syafiq. Bagi saya syafiq mempunyai semangat yang kuat dan jika dia inginkan sesuatu dia akan cuba untuk mendapatkannya. Cuma dalam novel ini syafiq digambarkan tidak baik dan semua orang membencinya. Semasa saya mula-mula membaca novel ini, saya sangat bencikan syafiq kemudian beransur-ansur perasaan benci itu bertukar kepada suka. Yes, really like syafiq.

Kesimpulannya, saya amat berpuas hati kerana mengeluarkan wang sebanyak RM23 (diskaun beli on9) dan memberikan masa saya selama sebulan untuk menyelesaikan bacaan saya. Tahniah kepada penulis dengan kejayaan novel pertama yang sungguh baik dan bagus ini. Mungkin ada sedikit kekurangan dalam novel ini tetapi percayalah tiada apa yang sempurna dalam hidup ini. JIMK pasti akan menjadi sebutan dan tersemat dalam ingatan pembaca dan peminat novel di Malaysia. Menunggu novel kedua dari Sara Aisha dan berharap ia lebih baik dari JIMK.

February 16, 2012

Jodoh itu Milik Kita - Review s@r@ sassy gurlz

11:56 AM 1
Di sini ingin saya kongsikan satu review daripada pembaca JIMK. Review ini ditulis oleh cik penulis kita yang comel aka s@r@ sassy gurlz atau nama sebenarnya Nur Ezzah Maisarah Mokhtar.

Komen ini ditulis adik Sara di grup FB JIMK. 

Thanks so much, darling. Terharu tau dengan review Sara ni. Alhamdulillah, gembira Kak Sara dengan penerimaan Sara dan famili. Kak Sara doakan Sara berjaya dengan manuskrip CUS Sara. (Ok, serius pelik bila cakap dengan org sama nama ni. Cam cakap dengan diri sendiri je...haha!!) 

Thanks again and...luv u!! =)

******************
Nur Ezzah Maisarah Mokhtar

ehem-ehem... first maaf kalau post sy ni bakal menyemakkan group aarilia nih.. saya nak buat pengumuman nih!!! saya baru sahaja menghabiskan JIMK... hehe.. maaf terlambat kak Sara Aisha... sebab sngat333333333 buzy.. (baca pun lepas turn ibu n kakak) hehe..

komen saya pasal cerita nih,,, dia orang ni kerap jugak bergaduh eh.. tp cepat baik.. sngat2 sinonim dengan kisah suamai isteri kan.. Hmm,, ada bnyak part y nampak sngat sweet... mgkin tema mcm ni dah selalu owg buat.. (kahwin paksa an...) tapi kak Sara olah dengan sangat kemas.. jalan cerita nmpak tersusun.. x nmpak meleret-leret pun... hehe..

watak Aariz tu terlampau terhimpit ngan kisah silam... lepas tu dapat bayangkan kechumelan Dahlia tuh.. dan dapat rasa betapa psycho nyer si Syafiq tuh... romantik ada, saspen ada, geli hati ada, saya rasa mcm tercampak dalam dunia percintaan Aariz dan Dahlia... akak menerapkan nilai sebuah cinta yang biasa-biasa dan menjadikan cerita ini luar biasa.. cehwahh.. n y pling sy suka dalam cita nih, dia owg respect each other... novel ni langsung x nmpak fantasi sangat.. nmpak mcm watak2 ni idup.. yalah,, dia orang rasa sedih, marah, kesal.. semuanya diadun dengan sebati... hehehe.. okay done.. smpai sini saja.. kang orang marah pulak sy komen lebih2... heheh...

p/s::: Ibu n kakak sy pun suke novel nih... tahniah kak Sara.... hope akan terus hadir dengan karya yang lebih meletuppp!!!! hehehe... (bila habis bc cite akak,, semangat jadi lebih berkobar-kobar nk siapkan CUS... walaupun mgkin x sebagus cerita akak ni,, tp akan cuba sedaya yang termampu)hehe.. =)


February 9, 2012

Review JIMK daripada kak Ida Nur Asnidar + balasan daripada Sara Aisha

3:01 AM 4
Ida Nur Asnidar


‎10 reason why I seriously ♥♥♥♥ JODOH ITU MILIK KITA karya Sara Aisha!!


~ Satu : Sebab cover dia yang simple yet menawan! Walaupun ada yg kata macam kad kahwin tapi bg Ida itu yg membuatkan cover JIMK istimewa di mata Ida. Simple tak semestinya tak ada idea kan? Cover novel tu melambangkan isi di dalamnya.

~ Dua : Sebab penulisnya. Kenapa? Walaupun hanya mengenali Sara Aisha dalam tempoh yang singkat,waktu JIMK masih dalam proses nak di terbitkan,tetapi bagi Ida perkenalan singkat atau panjang bukan penyebab buat kita mengenali hati budi seseorang. Ida dapat mengenali dia dari cara dia menulis setiap patah perkataan waktu dia tandatangan novel JIMK buat setiap pembaca JIMK yang bertuah. Each and every words is different,for all of us. For that single reason only,I know that she is a good person.who know how to appreciate others.

~ Tiga : Tajuk JIMK itu sendiri.” Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita,jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali”

~ Empat : Dahlia Darius,gadis comel yang amat menghormati orang tua,sanggup bertunang dengan Syafiq,lelaki yg tidak di kenali hanya kerana menghormati ibu Syafiq. Tetapi andai jodoh bukan milik mereka,tidak akan bersatu jua.Suka dengan watak Dahlia ni,rasa macam Sara Aisha pulak si Dahlia ni,kan? ^_^

~ Lima : Jodoh Dahlia dengan Aariz. Andai jodoh itu rahsiaNya,walau mereka tidak pernah bersua,siapalah kita untuk menolaknya. Syafiq lari di hari perkahwinan mereka,meninggalkan Dahlia keseorangan… [ ada jugak lelaki macam ni kan…hailah Shafiq!] Tapi thanks to Syafiq juga Dahlia akhirnya bertemu jodoh dengan Aariz!!

~ Enam : Aariz Danial aka Ezequiel Ferdinand Mendoza. Lelaki yang penuh dengan kisah derita yang di alaminya sewaktu tempoh membesar. Penuh rasa rendah diri dengan keadaan dirinya hingga menghalang dia menggapai kebahagian yang sudah terbentang di depan mata.Kebahagian yang bernama Dahlia.

~ Tujuh : Shafiq! Jahatnya ya ampun…Rasa nak tampar kiri kanan dia ni.Cemburu yang tidak bertempat.Lebih lebih lagi dengan Aariz sendiri pulak tu. Tetapi bila kita dah baca habis kita dapat rasai yang dia sebenarnya yang paling terluka dengan perbuatannya sendiri.

~ Lapan : Sedih bila baca part part bilamana Dahlia dan Aariz masing masing berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka,bahagia buat seketika,terpisah buat sementara. Namun akhirnya,they live happily ever after…hahaha

~ Sembilan : Pengajaran buat kita bersama,bayi yang di lahirkan ibarat kain putih yang bersih,bebas dari segala dosa yang di lakukan oleh ibu bapa mereka. Jangan sesekali kita menghukum seseorang hanya kerana asal usul mereka.

~ Sepuluh : All in all,semua rasa ada dalam naskah JIMK ini.Bahagia, derita, ketawa, airmata,suka dan duka. Lengkap segala perasa.

Tak percaya? Tak kisah pun sebenarnya sebab Ida tulis apa yang Ida rasa, mungkin sesetengah akan berkata,betul ke? So, kalau nak rasa apa yang Ida rasa,dapatkan naskah JIMK anda sekarang. Kalau dah baca masih juga tak temui rasa itu,ketahuilah bahawa setiap pembaca berhak menyukai novel mengikut citarasa masing masing.Tahniah buat Penerbit KaryaSeni sebab sekali lagi berjaya menerbitkan novel yg baik dr segala sudut. Ada juga kesilapan ejaan yang boleh di perbaiki untuk cetakan seterusnya.

Akhir kata : Mahal kita, JODOH ITU MILIK KITA....

 Wassalam, Ida Nur Asnidar, 8 Feb 2012 [ Rabu 11.15 pm ]

*****************************

Daripada Sara Aisha buat Kak Ida Nur Asnidar,

Alhamdulillah, gembira dan sangat terharu dengan kesudian Kak Ida untuk memberi review yang sebegini panjang dan sangat menyentuh hati saya. Terima kasih, akak! =)

Sebagai seorang penulis baru, saya sangatlah menghargai setiap sokongan dan semangat yang kak Ida dan semua hadiahkan buat saya selama ni. Dan memang sewaktu saya menulis JIMK, saya berdoa dan berharap agar semua pembaca akan dapat menyelami 'rasa' yang saya cuba sampaikan. Saya ingin sekali pembaca merasai perasaan semua watak yang ada, bukan hanya yang sweet-sweet atau romantik antara Aariz dan Dahlia, tetapi juga perasaan Syafiq yang sebenarnya terluka. Ya, bukan Aariz seorang saja 'broken man' dalam JIMK, tetapi Syafiq juga!

Terima kasih juga kerana sukakan watak Dahlia. Saya cuba menggambarkan Dahlia sebagai seorang wanita yang kuat, kerana saya percaya...seorang wanita punya kekuatan yang tidak tertanding oleh lelaki. Ya, secara fizikal...kami, kaum wanita memang lemah, tetapi kami dihadiahkan Allah dengan hati dan jiwa yang kuat. Dan ya, kami sering menangis! Tetapi tangisan kami bukan bermakna kami ini lemah, tetapi kerana kami mahu bangkit dan bangkit dan bangkit setelah dijatuhkan. Air mata cuma cara untuk melepaskan rasa lelah dan letih. Dengan setiap titis air mata yang gugur, kekuatan kami digantikan.

Dan seperti dalam review kak Ida, setiap bayi yang lahir ke dunia ini...lahir tanpa secalit, tanpa sebesar zarah pun noda, atau kekotoran. Bayi-bayi ini adalah suci! Tetapi sayangnya... dunia sekarang ni, sudah menjadi terlalu kejam! Bayi-bayi yang tak berdosa diperlakukan tidak ubah seperti sampah, yang tidak punya nilai sedangkan bayi-bayi ini adalah penyambung zuriat, penyambung keturunan manusia di muka bumi ini! Dan juga...ya! Jangan kita sesekali menjatuhkan hukuman ke atas seseorang kerana asal-usulnya.

Akhir kata, saya pernah membaca seseorang menulis...'Orang yang gembira adalah orang yang memaafkan'. Forgiveness is a way for us to be happy. Dan saya selalu percaya bahawa kehidupan ini terlalu pendek untuk penyesalan dan kebencian. Harungilah hidup ini dengan menyayangi diri sendiri, keluarga dan semua yang bernilai dalam hidup kita.

Kak Ida, terima kasih lagi sekali. Love u!! =)

Salam sayang,
Sara Aisha (2:31 am, 09/02/12)