Showing posts with label review CRT. Show all posts
Showing posts with label review CRT. Show all posts

May 15, 2013

Review CRT...ACK - Miss Sya

11:43 AM 0
Assalamualaikum, darlings

Jom baca review CRT...ACK daripada salah seorang pembaca. Thanks for the lovely review,..=)

*******

Review Novel : Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu




Tajuk : Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu (CRT)
Penulis : Sara Aisha
Harga : RM 24.00
Penerbit : Karya Seni

Sinopsis / Blurb :

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...” 


My Review :

Ha, jalan cerita yang ada unsur thriller.. for me memang seronok baca sebab pernah melancong ke Thailand so ala2 terimaginasi la pemandangan kat sana. Hehehe...Dian yang pada mulanya datang ke Thailand untuk bercuti terjumpa dengan Karn yang turun bercuti (tapi sebenarnya melarikan diri dari pengawal2 peribadi dia) tanpa dia sedari musuh dia sentiasa mengambil peluang nak hapuskan dia.

Si musuh pula dapat peluang terbaik untuk memerangkap Karn bila dia nampak Karn dengan seorang perempuan yang pada anggapan dia kekasih Karn sedangkan Dian baru sahaja berkenalan dengan Karn.

Demi kerana janji Karn kepada Dian yang dia sentiasa akan jaga dan pastikan keselamatan Dian, pelbagai cara Karn usahakan dalam pastikan Dian selamat. Pada masa tulah Karn rasakan yang dia dah jatuh cinta pada Dian. Tapi....kesian ada sahaja halangan untuk diaorang. Masa baca ni memang berdebar2 la.

Mujur Karn ada sepupu (Krissada) yang sentiasa ada di sisi dia dan seorang sepupu yang sangat dia sayangi. Tapi munculnya Krissada antara Dian & Karn mengundang lebih masalah, kena baca kalau nak tau..Karn ada musuh dalam selimut. Mungkin pembaca boleh agak siapa kan? Tapi tak pe teruskan bacaan kalau tak nanti tak tau apa yang terjadi pada cinta Karn dan Dian.

Macam biasa, boleh order kat Karya Seni boleh dapat diskaun RM3 dan kos penghantaran percuma okey...tahniah Sara Aisha sebab jalan cerita lain dari 1st novel yag dlu


Review CRT...ACK - Puan Khadijah

11:42 AM 0
Assalamualaikum, semua

Sedikit review daripada Puan Khadijah, seorang pembaca CRT...ACK. Thanks for d lovely review..=)

******
Lama dah selesai baca novel ni.. Baru skrg sempat buat ulasan. Memang superb.. Tak rugi beli and baca tiap helaian.. Novel kedua Sara Aisya ni..



Dian dan Karn baru beberapa kali bertemu, namun telah berlaku satu kejadian yg tak disangka-sangka. Karn rupanya bukan orang sembarangan. Kerana status Karn itulah masalah rumit timbul dan Dian pun tidak menyangka akan terlibat sama. Karn diculik semasa keluar bersama Dian. Penculik memukul dan hampir2 memperkosa Dian.

Antara dialog Karn:

"Dan paling dahsyatnya... saya cuba paksa awak untuk sembuh. Kenapa saya tak boleh lebih bersabar? Kenapa saya pula yang sakitkan awak?"

" Saya tak boleh janji saya takkan bertindak terburu-buru kalau something terjadi kepada awak. Saya tak boleh janji saya takkan naik gila. Because it's something that my heart choose. Tapi satu yang boleh saya cakap... saya akan cuba jaga nyawa saya, selagi belum ajalnya. I'll protect myself so I can protect you,"

Apa yg terjadi pada Dian? Kenapa Karn cakap macam tu? Yang tu kena baca sendiri.

Disebabkan peristiwa itulah Karn semakin lama menyedari yg dia amat menyayangi Dian. Karn sangat melindungi Dian.

" Cik Dian sekarang dah jadi kelemahan tuan yang paling besar. She's your biggest weakness. And how do we know that he won't take advantage on that,"

Who is 'he'? Ehmmm...

Antara dialog Diaan:

"Tidak. Saya tak terima keputusan ini, dan saya takkan pergi,"

"Kalau saya tinggalkan Siripon sekarang, then awak akan kehilagan saya untuk selama-lamanya. Saya takkan kembali lagi'"

" Saya bukannya jenis orang yang membuat keputusan, hanya untuk berasa menyesal pada keudian hari. Once I decide,I'll see it through till the end,"

Keputusan... keputusan... keputusan... Apakah?

P/S: Untuk peminat novel saya memang rekomen novel ni untuk kalian baca.

March 27, 2013

Penerimaan pembaca tentang Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu

4:56 PM 22
Assalamualaikum, semua...

Apa khabar? Alhamdulillah...sudah genap sebulan novel kedua saya, Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu menemui para pembaca. Oh, i seriously can't believe my Karn, Dian dan Kris dah pun sampai pada kamu semua. Rasa macam baru je lalui saat2 kepala bagaikan nak pecah fikirkan jalan ceritanya, buat editing dan rombakan yang berkali-kali, rasa macam blood pressure mencanak naik bila KS asyik call tanye pasal manuskrip CRT...ACK dan semestinya mula menggelabah bila dateline makin dekat. Fuh, serius! Tahap stress  tu memang lain macam aje. Tambah pulak, kerja ofis yang semakin menggunung.

Apa-apa pun, all ends well i guess. Adik Aariz ni akhirnya selamat dilahirkan. So far, penerimaan yang diterima adalah sangat positif. Kebanyakan pembaca macam sukar untuk percaya yang Sara Aisha akan tulis kisah macam tu. Sebab...it's totally different from JIMK!

Bagi sesiapa yang dah baca JIMK, anda tahu macam mana JIMK, kan? It's a love story yang juga berlatarbelakangkan isu kekeluargaan. Ditambah pula dengan isu anak angkat yang diketengahkan. Macam mana pula dengan CRT...ACK? It's action! Yup, novel kedua saya ni adalah yang saya kira sebagai sebuah novel cinta aksi. Meaning...there will be lots of blood, lots of fighting, lot's of...meletup sana, meletup sini....and definitely lots of jantung yang berdebar-debar.

Okey, berbalik pada penerimaan pembaca. Ramai juga yang inform bahawa ini adalah kali pertama mereka baca novel yang sebegini. Biasanya it's either full love story or full action story. Tapi untuk CRT...ACK, ia adalah kombinasi kedua-duanya. A sweet love story in an action-filled atmosphere. You know, just imagine yourself in the arm of a guy you love, dikelilingi dengan berdas-das tembakan, letupan sana-sini. That's CRT...ACK.

"Bila baca CRT...ACK, saya rasa macam tonton drama Thai."

Itu lagi satu komen yang biasa saya dapat. Wah! As a lakorn maniac, I consider that as a compliment. Khop khun maak na ka...=)

Setakat ini, CRT...ACK sudah pun masuk carta bestseller. Alhamdulillah. Terima kasih buat para pembaca yang sudi sokong novel kedua Cik SA ni. Harapan saya agar, novel ni boleh terus diterima dan akan terus dapat feedback positif.

Salam sayang,

Sara Aisha

p/s: now waiting for drama Jodoh itu Milik Kita pula. hmmm...sapelah heronya, ya?