May 20, 2012

Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Bab 17]



BAB 17

“JANGAN!!! Jangan dekat dengan aku! Pergi! Pergi!!!”
         Membulat mata Karn melihat Dian yang sedang meronta-ronta dalam pegangan beberapa orang jururawat. Tubuhnya terkaku di hadapan pintu.
            “Dian!” panggil Liza seraya menolak tubuh Karn ke tepi. Bergegas dia ke arah adik angkatnya.
            “Jangan, Puan…jangan dekat dengan dia.” Seorang jururawat segera menegah perbuatan Liza.
          Terhenti langkah Liza. Pantas dia mengalihkan pandangan pada jururawat yang menegurnya tadi. “What? No! Saya kena pergi pada dia.”
            “Please, Puan. Emosi dia tak stabil. Tak ada sesiapa boleh dekat dengan dia buat masa sekarang.” Soalan Liza dibalas oleh seorang doktor yang tiba-tiba muncul dari sebalik pintu. Di tangannya terdapat sebatang picagari.
            Sedikit tercengang Karn melihat picagari itu. “Is that…sedative?”
            Doktor muda tadi mengangguk dan mendekati Dian yang masih tidak henti-henti meronta.
         “Tak!!! Jangan…jangan!!!” pekik Dian dengan kuat. Kaki ditendang-tendang cuba menolak lelaki asing yang semakin merapati dirinya. Kedua-dua tangannya yang dipegang cuba disentap.
         Liza segera menyembamkan wajahnya di dada suaminya. Tidak sanggup melihat segala adegan di hadapan matanya. Air matanya bercucuran turun membasahi pipi.
            Karn menggenggam tangannya kuat. Sungguh! Hatinya benar-benar sakit melihat keadaan Dian.
          “No! Saya takkan biarkan kamu suntik dia dengan sedatif.” Lantang Karn bersuara. Tidak rela dia melihat Dian disuntik sedatif.
            Automatik langkah doktor tadi terhenti. Segera dia berpaling ke arah Karn. “Tuan?”
            Lambat-lambat Karn menarik nafas dan menghembusnya.
            “Biar saya cuba pujuk dia. Kalau still tak dapat, barulah doktor…” Terhenti kata-kata Karn. Tidak sanggup menyebut perkataan seterusnya.
          “Doc? Macam…macam mana..ni? Kami…tak tahu berapa lama…lagi kami boleh pegang ni…” gesa seorang jururawat yang memegang Dian. Dadanya turun naik dengan perasaan lelah. Jelas dia sudah tidak larat memegang Dian yang masih lagi kuat meronta-ronta.
            “Biarkan Tuan Klaharn pujuk.” Akhirnya doktor tersebut membuat keputusan.
            Tanpa menunggu lama, Karn segera merapati Dian.
          “Dian….it’s me, Karn. Awak ingat lagi, kan?” Lembut Karn memujuk. Dia kini sudah pun berdiri betul-betul di sebelah katil Dian.
        Terhenti rontaan Dian. Pejam celik, pejam celik dia menatap wajah di hadapannya. Pandangan matanya yang kosong dan tanpa perasaan cuba difokuskan pada wajah itu.
       “Dian…” panggil Karn lagi. Dengan tangan kanan yang terketar-ketar dia menyentuh kepala sahabatnya, membetulkan rambut gadis itu yang kusut masai.
            Automatik Dian berundur ke belakang, melekat di kepala katil. Terkejut! Takut!
         Karn tersentak dan cepat-cepat mengangkat tangannya ke atas. “Okey..okey! Saya tak sentuh awak.”
            Kemudian Karn mengerling ke arah dua orang jururawat yang masih memegang Dian, memberikan isyarat agar melepaskan gadis itu. Setelah mendapat kebenaran daripada doktor yang berdiri tidak jauh daripada mereka, Dian dilepaskan.
            Spontan Dian mengangkat lutut dan memeluk lututnya erat. Kali ini dia tidak lagi meronta-ronta kuat, sebaliknya hanya diam tanpa sepatah kata. Kedua-dua bebola matanya meliar penuh ketakutan. Bibirnya yang terketar-ketar diketap kuat.
            Terpejam mata Karn melihatkan reaksi Dian. Apa yang terhampar di hadapan matanya itu bagaikan belati yang menusuk-nusuk hati lelakinya.
         “A…awak bu..bukan Karn. Dia…dia orang…dah bunuh Karn. Dia orang dah…dah ambil Karn daripada saya….”
         Tidak semena-mena suara lirih Dian singgah di hujung telinga Karn. Automatik dia membuka matanya kembali dan menetapkan matanya pada Dian. Kedua-dua mata gadis tepat padanya, dengan air mata yang bercucuran turun.
            Bergegas Karn ke katil Dian dan melabuhkan punggung di sisi gadis itu.
         “Tak…tak, Dian. I’m here…saya kat sini. Saya hidup lagi. Tak…tak ada sesiapa ambil saya daripada awak…”
            Laju Dian menggelengkan kepala. “Tak…tak…Karn dah tak ada…”
       Menitis setitik air mata lelaki Karn. Bibirnya diketap kuat, mahu mengawal emosi yang semakin menyesakkan jiwa. Liza yang berdiri tidak jauh daripada mereka sudah pun mengogoi kesedihan.
         Lambat-lambat Karn mengangkat tangan kanannya yang tidak patah dan memberanikan diri memegang pipi Dian. Matanya tepat merenung gadis yang kelihatan keliru itu.
           “Hey, listen here…it’s really me. Saya dah selamat…awak pun dah selamat. Tak ada sesiapa akan lukakan kita lagi,” pujuk Karn lagi. Penuh kelembutan.
       Takut-takut Dian mengangkat wajah. Matanya jatuh pada kepala lelaki itu yang berbalut, pada wajahnya yang lebam-lebam dan akhirnya pada kedua-dua matanya yang tidak henti-henti merenung lunak. Tanpa sedar Dian mengangkat tangan dan menyentuh kepala lelaki di hadapannya itu dengan menggunakan hujung jari telunjuk. Kemudian jari itu jatuh pada kening dan akhirnya pada pipi.
            “Karn? Awak…betul-betul Karn ke?” Perlahan Dian menyoal.
            Karn termangu seketika sebelum menganggukkan kepala.
“Yes, Dian. It’s really me…”
          Tidak semena-mena Dian melompat dan memeluk erat tubuh Karn. Tercengang Karn dengan tindakan luar jangkaan sahabatnya itu. Wajahnya menyeringai kesakitan. Kecederaan di tubuhnya mula mencucuk-cucuk, kesan pelukan Dian yang terlampau kuat. Namun dia membiarkan sahaja. Tangan kanannya membalas rangkulan itu dengan perasaan sebak.
           “Awak…awak…dia…dia nak bunuh saya…” bisik Dian di hujung telinga Karn. Tubuhnya menggigil ketakutan. “Lepas tu kan….lepas tu kan…dia jatuh atas saya. Ada banyak…banyak darah…”
           Karn mengetap bibir sejenak sebelum membalas perlahan. “Semua tu dah tak ada dah. Awak jangan takut, ya. Awak dah selamat. Saya ada kat sini…”
            Tiba-tiba Dian menolak tubuh Karn, meleraikan pelukan. Terkejut Karn dengan tindakan gadis itu.
           “Awak takkan tinggalkan saya, kan? Awak takkan biarkan dia orang buat apa-apa pada saya, kan?” Bertubi-tubi soalan Dian kepada Karn. Lengan lelaki itu digoncang kuat.
            Karn segera menganggukkan kepala. “Awak jangan bimbang. Saya takkan tinggalkan awak.”
            “Janji?” soal Dian lagi. Riak ketakutan masih lagi terpamer pada wajahnya.
            Terbit senyuman kelat di bibir Karn, mahu memberikan kepastian pada Dian. Dia mahu memberikan sedikit kelegaan buat sahabat barunya itu.
            “Janji,” jawab Karn akhirnya. “Sekarang awak rehat, ya.”
            Laju Dian menggeleng. “Tak mahu. Nanti bila saya bangun, awak dah tak ada.”
        “Dian, saya tak ke mana-mana. Saya akan jaga awak kat sini. Now, baring dan rehat.” Penuh kelembutan, Karn memujuk. Tangannya menepuk bantal, menggamit Dian agar melabuhkan kepala di situ.
          Dian mengikut sahaja, tidak ubah seperti anak kecil. Matanya tidak lepas daripada memandang Karn. Orang lain di sekelilingnya sudah tidak dipedulikan lagi. Apa yang ada di hadapan matanya kini hanyalah seorang lelaki, seorang sahabat yang telah berjanji tidak akan sekali-kali meninggalkannya, Karn Klaharn!
           Karn tersenyum manis dan mengusap kepala Dian. Mulutnya lembut mengalunkan kata-kata pujukan agar Dian lebih bertenang.
          ‘Tidurlah, Dian…tidurlah. Sekurang-kurangnya awak takkan ingat semua tu,’ getus hati kecil Karn saat melihat mata Dian yang mula terkatup. Dada gadis itu yang tadi berombak laju semakin lama semakin tenang.
            ‘Dan…maafkan saya…’
*****
“CIK DIAN sedang dalam keadaan yang kita panggil sebagai psychological trauma. Apa sahaja yang telah berlaku padanya sepanjang tempoh penculikan itu nampaknya telah mencetuskan keadaan ini.”
            Liza meraup wajahnya. Penjelasan doktor benar-benar menyakitkan hatinya. Dian sekarang dalam keadaan trauma. Ya Allah! Apa yang sebenarnya telah terjadi pada adik angkatnya itu? Kenapa begitu sekali impaknya?
            “Jadi, sekarang macam mana, Doc? Apa yang patut kami buat?” soal Azmi yang duduk di sebelah isterinya.
            Doktor Phet menyandarkan tubuhnya ke belakang sebelum menjawab. “Kami akan menyediakan terapi psikologi untuk dia. Untuk keluarga pula, tolong bagi sokongan penuh pada dia. Paling penting, jangan terlampau memaksa dia. Berdasarkan pemerhatian saya tadi, Cik Dian sudah mula menolak orang lain dalam fikirannya. She has blocked her mind towards people. Dia cuba untuk melindungi dirinya sendiri dengan cara macam tu.”
            “Tapi, Doc…dia macam okey aje dengan saya?” Karn yang sedari tadi hanya mendiamkan diri menyampuk tiba-tiba.
            “The best explanation is that…waktu kejadian tu, Tuan bersama dia. Tuan ada dalam memori akhir dia sebelum kejadian tu. Sebab tulah, dia boleh kenal Tuan, boleh terima Tuan. Tapi…”
            Tersirap darah panas ke wajah Karn. Bimbang!
            “Tapi apa?” Cepat-cepat Karn menyoal.
           “Tapi dia akan terlalu bergantung pada Tuan. Bila dia tak nampak Tuan, dia akan jadi restless, takut, keliru. Bagi Cik Dian sekarang, Tuan umpama penyelamat, savior yang akan lindungi dia daripada segala ingatan hitam yang ada dalam fikiran dia.”
      Karn terdiam sejenak. Patutlah Dian seperti begitu tadi. Sangat takut kalau-kalau dia pergi meninggalkannya.
            “Jadi…apa patut saya buat? Macam mana boleh saya bantu dia?” tanya Karn.
          “Cuba luangkan masa dengan dia. Bagi dia rasa selamat dan percaya pada sekeliling. Buat dia percaya bahawa semua ingatan hitam tu dah benar-benar hilang.”
         “Okey, Doc,” jawab Karn penuh keyakinan. Ya, dia takkan pernah tinggalkan Dian. Dia akan bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi pada gadis itu kerana semuanya salah dia.
            “Saya tak percaya hanya lelaki ini saja yang boleh tolong Dian.”
            Tersentak Karn mendengarkan suara Liza yang tiba-tiba menyampuk. Keras sekali! Segera Karn menoleh pada wanita itu yang sedang merenungnya tajam.
            “Liza?” soal Azmi, sedikit bingung.
            “Saya akan bawa Dian balik ke Malaysia.” 

18 comments:

  1. alaaa..jgn la bagi Dian balik malaysia..bg la Dian stay dgn Karn..boleh la..boleh la ? :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kena tanya Karn.

      "Karn, boleh tak Dian tinggal dgn awak?"

      haha!!

      Delete
    2. karn jawab " boleh sesangat " :P

      Delete
  2. jgn r blik malysia.kalau nk blik pom karn msti ad dgn dian.hehe

    ReplyDelete
  3. kak liza ni p0tong la,adessssss...bg la karn pulihkan dulu trauma dia klu ye pn nk bwk blk,taw la syg sgt dkt dian...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Mampu ke Liza jaga Dian dalam keadaan Dian yang trauma tu....
    Harap Karn akan menjaga Dian...

    ReplyDelete
  5. banyak lagi konflik yg akn mrk hadapi...karn dgn musuh2nya dan dian plk dgn traumanya...hrp mrk akn brsama dan liza harus ketepikn egonya demi keselamatan dan kesihatan dian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, byk lg konflik ni...ini blm lg ada org lin mask campur...huhu

      Delete
  6. mkne nyer dian kne tngok karn bru dye tenang...best...x sbar nk tnggu hbungan dye org bercambah...hahaha

    ReplyDelete
  7. Mana bleh blik mlysia....biar la karn jge...sekeh liza ni bru tahu...hahaaha

    ReplyDelete
  8. UISH... makin kronik pulak cerita nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah kronik. kn dh ckp citer lg berat dr JIMK...haha

      Delete
  9. saya sebak membaca ini! :'(

    ReplyDelete