February 3, 2013

Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Prolog dan Bab 1] - Versi manuskrip

Assalamualaikum, darlings...

Okay, first of all Cik SA nak buat confession. CRT dalam manuskrip yang dah dihantar ke publisher dengan yang before ni Cik SA letakkan dalam blog adalah hampir 50% TAK SAMA. Well, itulah natijahnya edit berulang kali...haha...

So, now Cik SA perkenalkan CRT versi manuskrip!!!

P/s:  InsyaAllah, few weeks lagi CRT akan menemui semua. Harap2 selamatlah my 2nd baby ni dilahirkan...haha...=)

************


PROLOG

“E-BAH! (PEREMPUAN SIAL!)”
            Serentak dengan jerkahan itu, tubuh Dian terbanting jauh dan menghempap jalan tar yang keras. Menyeringai dia menerima habuan atas tindakan drastiknya tadi. Tulang-temulangnya bagaikan patah satu per satu. Dari kejauhan pula telinganya dapat mendengar dengan jelas satu suara yang menjerit-jerit memanggil namanya.
            “Jahanam kau! Apa kau nak buat, hah???”
            Mendengar tengkingan itu, Dian cuba mengangkat kembali tubuhnya. Bibirnya diketap kuat, cuba melawan rasa sakit yang mencucuk-cucuk. Baru sahaja dia menengadah, rahangnya terlebih dahulu menjadi mangsa. Direngkuh cukup kasar sehingga mukanya terangkat sendiri.
“You want to play rough with me, huh?”
            Semerta Dian dapat merasakan anak matanya membuntang luas. Setiap inci tubuhnya kaku dan keras. Muncung pistol yang melekat betul-betul di atas dahinya benar-benar merenjatkan seluruh nadinya. Nafasnya terasa terhenti di celah kerongkong. Air matanya mula bertakung di birai mata, menanti saat sahaja untuk dirembeskan. 
            “Dian!!! Dian!!!” Lagi suara itu berkumandang kuat, menyeru namanya berulang kali dengan cukup terdesak. Perlahan-lahan Dian menggerakkan bebola mata ke arah lelaki itu yang sedang meronta-ronta dan memekik-mekik sambil cuba menahan diri daripada terus terseret pergi.
Bibir Dian terketar-ketar. Dia mahu memanggil nama lelaki itu. Dia mahu memohon untuk diselamatkan. Dia mahu terlepas daripada semua ini!
“Dian!!!”
Jeritan terakhir itu mengiringi tubuh sasa lelaki tersebut yang akhirnya melurut ke bawah, terkulai layu bersama sepasang mata yang semakin lama semakin terkatup.
Dian terlopong buat seketika sebelum terasa belakangnya dihentak kuat. Pejam celik, pejam celik matanya cuba menahan rasa ingin hanyut. Ya, hanyut dalam kegelapan yang semakin mencengkam dan meninggalkan seorang Dian Damia dalam kengerian yang mungkin baru sahaja bermula.
                                                          **********
                                                               BAB 1

“BETUL ke Dian nak pergi sendiri ni? Tak boleh ke tunggu akak dan abang ada masa dulu, kemudian kita pergi sama-sama?”
“Ala, akak ni! Macamlah Dian tak pernah pergi mana-mana sendirian berhad.”
“Yalah, tapi…”
“Kak Liza….” Lengan kakak angkatnya dipaut mesra. “Dian pergi ni demi kerja Dian, tau. Sambil…jalan-jalan, shopping-shopping of course…”
“Eh, budak ni! Orang cakap serius, dia main-main pula.”
Terburai tawa dari bibir mungil Dian Damia. Penuh kemanjaan dia memeluk Kak Liza seerat mungkin dan berbisik. “Dian pergi dulu, kakak kesayangannya.
Usai menyudahkan kata, Dian meloloskan diri daripada rangkulan dan menyambar beg sandang North Face 45L miliknya yang tersadai di lantai.Kemudian dia berlari-lari anak ke eskalator yang menuju ke arah Platform 2, platform yang menempatkan keretapi Senandung Langkawi. Tangan kanannya diangkat tinggi, melambai-lambai tanpa berpaling ke belakang.
“Isy, budak ni, Bukannya nak bye-bye betul-betul. Asyik main-main aje,” omel Liza.
“Biarlah dia tu. Macamlah awak tak kenal si Dian tu,” balas Azmi, suaminya yang sedari tadi menjadi pemerhati setia untuk adegannya dan Liza.
“Tapi dia tu asyik main-main sangat, naik risau saya jadinya…” suara Liza sedikit berbaur kegusaran. Entahlah, kali ini agak sukar baginya untuk melepaskan Dian pergi. Intiusinya seakan-akan dapat menebak sesuatu yang tidak enak, tidak kena dan bagaikan bakal merembat siapa Dian Damia yang sebenarnya.
*****
“WELCOME to Thailand, Dian Damia. Finally, you’re here.”
Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi gajah ini, hati Dian bergelojak dengan rasa teruja. Kalau tidak bersemangat, takkanlah dia beriya-iya benar mengambil kursus pendek Bahasa Thai sebelum datang ke sini. Dan juga menaiki kereta api yang mengambil masa hingga dua belas jam untuk tiba. Yalah, katanya mahu ada feeling backpack bagai, takkanlah mahu menggunakan kapal terbang, desis hati kecilnya sendiri.
Sepasang matanya tertancap pada papan tanda Hat Yai Junction yang tergantung. Teringat Dian pada kata-kata seorang sahabatnya. Stesen keretapi Hat Yai tidak digelar sebagai Hat Yai Station kerana stesen ini merupakan tempat pertemuan dan pertukaran keretapi ke banyak tempat. Dari sini orang ramai boleh ke Yala, Bangkok, Thung Song dan juga Butterworth. Dan kerana itu ianya digelar sebagai ‘Junction’.
Kemudian Dian mengalihkan pula pandangan pada potret King Bhumibol Adulyadej dan Queen Sirikit yang lebih besar daripada manusia sebenar, dihiasi indah dengan kalungan bunga kuning yang biasanya digunakan dalam upacara keagamaanBuddha dan Hindu. Terbit secalit rasa kagum dalam hatinya. Rakyat Thailand benar-benar menyanjungi raja mereka. Dan Dian pasti, keluar sahaja dia daripada stesen ini, pasti dia akan sentiasa disambut dengan potret raja dan permaisuri tersebut.
“Okey, first thing first, cari SIM card dulu,” ucap Dian perlahan. Ya, tidak mahulah dia menggunakan international roaming yang memang terkenal mahalnya. Lebih baik rembat sahaja SIM card yang cuma berharga THB10 atau RM1 di Seven Eleven. Jimat dan tidak membazirkan wang.
Setelah beberapa minit merayau di Bandar Hat Yai yang klasik, Dian mengambil keputusan untuk pergi mendaftarkan diri di hotel yang telah terlebih dahulu ditempah. Lagipun, rancangannya hari ini hanyalah berehat-rehat sahaja sebelum memulakan hari menjelajah bumi asing ini di kemudian hari. Tenaga harus disimpan, kalau tidak dia juga yang semput nanti. Dan pastinya sia-sia sahaja segala rancangannya.
*****
“KHOP KHUN KA(Terima kasih).”
Beberapa keping not Baht dihulurkan pada pemandu tuk-tuk yang baru sahaja menghantarnya ke The Weenee. Sambil memerhatikan tuk-tuk yang memaparkan iklan Red Bull itu berlalu pergi, selendang bermotif bunga yang melilit kepalanya dibetulkan. Kemudian cermin mata hitam yang tersangkut elok di atas hidungnya dijatuhkan perlahan, lantas menampakkan sepasang matanya yang hitam pekat. Nafasnya dihela panjang, menikmati pemandangan dalam taman yang mengelilingi hotel butik pilihannya kali ini.
Kala memalingkan tubuh, lobi sederhana besar dikelilingi dengan kolam kecil yang menempatkan ikan koi menyambut ketibaannya. Hotel ini tidaklah terlalu besar, tetapi menepati citarasanya. Tidak terlampau dekat dengan hiruk-pikuk Bandar Hat Yai, dan tidak juga terlalu jauh. Just nice, kata orang putih. Ya, boleh sahaja kalau dia memilih Centara atau Lee Garden Plaza yang terletak betul-betul di tengah kesibukan Bandar Hat Yai.Tetapi bukanlah itu pilihannya kerana dia ke sini mahu mendapatkan ketenangan, bukannya mahu menadah telinga mendengar  bunyi hingar-bingar sebuah bandar.
Lagipun dengan seni bina moden yang disertakan sedikit unsur-unsur Thai, dikelilingi pula dengan pohon-pohon menghijau, The Weenee betul-betul membuatkan dirinya terasa berada di dalam hutan. Tempat yang mungkin dapat menghadiahkannya dengan idea-idea dan mood yang sangat diperlukan kala ini.
“Sawaddi ka (Helo).”
Satu suara menyapa lembut, membuatkan Dian terpempan seketika. Dia menoleh. Di hadapannya, seorang gadis manis berpakaian tradisional Thailand sedang menunduk hormat dengan kedua-dua belah telapak tangan dirapatkan ke dada. Dian kenal akan gerak laku tersebut. Itulah yang digelar sebagai ‘wai’ oleh masyarakat setempat. Ianya merupakan suatu adat budaya bagi penduduk Thailand sebagai tanda menghormati orang lain.
Tanpa membuang masa, Dian turut melakukan perkara yang sama demi rasa hormatnya terhadap tuan rumah. “Sawaddi ka.”
Gadis penyambut tetamu itu membalas sapaannya dengan senyuman lebar.
“Holiday, miss?” tegur gadis itu dengan suara yang kedengaran mesra. Sebelah tangannya menggamit seorang lelaki yang sedang berjalan mendekati mereka.
Dian turut melarikan pandangan ke arah lelaki tersebut yang dia kira bekerja sebagai bell boy. “I wish…but nope, I’m here for work.”
Kepala si gadis penyambut tetamu terangguk-angguk mendengarkan jawapan Dian.
“Yin dee dawn rap (Selamat datang).” Lelaki yang difikirkan sebagai bell boy tadi tiba-tiba menegur. Tangannya pantas sahaja mengambil bagasi milik Dian dan sama-sama membuntuti langkah Dian yang kini sudah menghampiri meja kaunter.
“Khop khun ka.” Sempat Dian berterima kasih pada bell boy tersebut sebelum dia kembali menghadap wajah staff di kaunter pendaftaran hotel.
            “Sawaddi ka. I would like to check in.”

13 comments:

  1. wah!!!! Karn syg sudah mari check-in itu hotel...!!! :D hahahah... serious saya x sabo nk tggu baby ke-2 kak sara nge..ngeh.. :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. karn mmg dh tunggu kat situ...haha!! thanks dear...=)

      Delete
  2. power la kak sara. Cakap betul saya interested nk baca sebab ada kait pasal siam ni. Macam mana akak buat research?? Akak pergi sana eh??? hehe.. semoga semua berjalan lancar sampailah novel ni muncul dipasaran.. tak lama lagi je kan?? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sara plak buat sbb kak sara mmg minat Thailand ni...hehe...=)

      Delete
  3. sara dah anta publish ke??dah lama tunggu CRT ni...sgt minat sebab dulu kat uitm 3rd language sy amek bahasa thai..dpt la ilabg windu skit ngan negara gajah putih ni...bila akan publish..dah tak sabar nak rembat

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hantar dah. insyaAllah kuar bulan ni. under KaryaSeni. oh, third language Thai, ya? best kan bhs Thai? (walaupun org ckp bhs Thai ni buat sakit telinga. tp d reality is...bhs Thai ni sangat lembut, kan?)

      Delete
  4. Izzati Aisyah Nd Nor:

    x sabar nak baca CRT versi cetak...:)

    ReplyDelete
  5. pertama kali bace citer pasal thai,kak Sara kenal x mario maurer? kiutlah dye
    anyway,saya half thai

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah kenal, dear. yezza!! mmg sgt comel...hehe...

      oh, half-thai, ya. so blh ckp thai? kak sara cuma tahu skit2 je, basic. tp mmg sgt minat utk ambk kelas betul2 untuk jdi fasih...hehe

      Delete
  6. Baru selesai bca novel ni.jalan cerita lain dr lain.menarik. Saspen pun ada. Jahat2 kris,tp dia pncinta yg setia. Sdih jga dia plh jaln cm2. Anyway karn and dian lovely couple.chan rak ter..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, dear sudi dapatkan CRT..ACK.

      hmmm...itulah, dia yg pilih jln mcm tu (err...ke i yg buat watak dia cmtu? haha) so kenlah terima akibatnya...huhu

      Delete
  7. seriously...best gilerrr CRT kak:)...dh lama sya tinggalkn dunia novel, but skali dpt bca CRT, I'm seriously deeply in love!...dgn jln cerita yg awesome, CRT mmg lain dr yg lain! dpt sya byangkn setting ceritanya dkt thai n kcantikan tmpat2 kt sna, it's feels like i'm going to find my own karn klakarn thanasukolwit there;)haha...n really2 hope so that this novel dpt diadaptasikn dlm filem @ drama, n if that happen, hope pelakon n lakonan mereka x menghampakan sebab CRT adalah cerita yang sangat2 best!i'm always imagine that klu jdi diadaptasi, pelakonnya adalah; karn-fattah amin, dian-mia ahmad, n kris-fadlan hazim...n lagu yg sya rsa sesuai n sya dgrkn semasa lyan CRT is by data-sayangku sbb mv lgu 2 agk sma dgn CRT n it's lyric is really suits dgn pengorbanan karn terhadap dian;)

    last but not least, syabas diucapkan buat kak SA ats penghasilan novel yg amat2 best nie, dri awal prolog sampai epilog ceritanya memang tidak langsung menghampakan sya sbg pembaca n i'm starting to love ur writing<3<3<3

    ReplyDelete
  8. seriously...best gilerrr CRT kak:)...dh lama sya tinggalkn dunia novel, but skali dpt bca CRT, I'm seriously deeply in love!...dgn jln cerita yg awesome, CRT mmg lain dr yg lain! dpt sya byangkn setting ceritanya dkt thai n kcantikan tmpat2 kt sna, it's feels like i'm going to find my own karn klakarn thanasukolwit there;)haha...n really2 hope so that this novel dpt diadaptasikn dlm filem @ drama, n if that happen, hope pelakon n lakonan mereka x menghampakan sebab CRT adalah cerita yang sangat2 best!i'm always imagine that klu jdi diadaptasi, pelakonnya adalah; karn-fattah amin, dian-mia ahmad, n kris-fadlan hazim...n lagu yg sya rsa sesuai n sya dgrkn semasa lyan CRT is by data-sayangku sbb mv lgu 2 agk sma dgn CRT n it's lyric is really suits dgn pengorbanan karn terhadap dian;)

    last but not least, syabas diucapkan buat kak SA ats penghasilan novel yg amat2 best nie, dri awal prolog sampai epilog ceritanya memang tidak langsung menghampakan sya sbg pembaca n i'm starting to love ur writing<3<3<3

    ReplyDelete