May 3, 2012

Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Bab 10]


BAB 10

“KARN…” bisik Dian. Kini dia sudah pun berada di sebalik tubuh tegap Karn. Tadi sewaktu lelaki-lelaki itu masuk, Karn segera menggerakkan tubuh ke hadapannya.
            “Apa kau nak?” Dingin Karn menyoal Manop. Di sebalik topeng yang menutupi wajah mereka, dia dapat mengecam Manop. Tatu di kedua-dua belah tangannya sudah cukup untuk menggambarkan identiti di sebalik topengnya.
“Karn…” Sekali lagi suara perlahan Dian singgah di telinga Karn. Melalui hujung mata dia mengerling ke arah sahabatnya itu. Jelas tergambar ketakutan pada wajah Dian.
“Apa-apa pun yang kau nak buat, jangan libatkan dia.” Keras Karn memberikan amaran kepada Manop dan orang-orangnya.
Meledak ketawa Manop sebelum dia kemudiannya memberi isyarat kepada Chen, orang suruhan yang berada di sebelah kanannya agar merapati orang tahanannya.
Sedikit demi sedikit Karn dan Dian cuba menolak tubuh ke belakang. Mata mereka tepat pada Chen yang mula menapak dengan lagak jahat. Jelas senyuman sinis dan penuh muslihat yang tersungging di bibirnya.
“Apa kau….” Sebelum pun sempat Karn menyudahkan kata, tubuh Dian tiba-tiba sahaja ditarik. Sedar-sedar sahaja Dian sudah pun berada di dalam genggaman Chen.
Karn tergamam. Matanya membulat.
“Karn!!!” jerit Dian seraya meronta-ronta. Pinggangnya kemas dipegang dari belakang oleh Chen dan diheret pergi. “Lepaskan aku…lepaskan aku!!!”
“Dian!!!” teriak Karn. Dengan tangan yang masih berikat, dia cuba bangun dan berdiri. Namun tidak semena-mena hinggap satu tendangan di perutnya. Spontan Karn kembali terduduk. Seketika kemudian, kedua-dua belah bahunya dicengkam oleh Pong.
“Kau jangan berani sentuh aku!” Lantang Karn menengking seraya meronta, cuba menolak tangan lelaki itu daripada terus melekat pada bahunya.
“Kalau kau tak nak apa-apa jadi pada perempuan tu, kau takkan cuba melawan lagi.”
Terkaku tubuh Karn saat suara garau Manop tiba-tiba hinggap di gegendang telinganya. Bibirnya diketap penuh kemarahan. Pong menariknya kasar dan memaksanya berdiri. Karn mengikut sahaja. Namun matanya mencerlung tajam pada Manop yang semakin mendekati.
“Perempuan tu…penting bagi kau, kan?” Penuh sinis Manop menyoal.
Karn mendengus. “Walau apa-apa pun permusuhan antara aku dan Sakda, semuanya tak ada kena mengena dengan dia. Baik kau lepaskan dia, kalau tak…”
“Kalau tak apa, hah? Kau tu…kena sedar sikit siapa yang berkuasa kat sini. Jangan nak tunjuk lagak. Kalau tak…” Sengaja Manop menghentikan kata dan mengangkat kening. “Perempuan tu yang akan terima akibatnya.”
Berdesing telinga Karn mendengarkan amaran Manop.
“Jahanam!” pekik Karn seraya cuba untuk meluru ke arah Manop. Namun pegangan Pong ternyata sangat kuat. Karn meronta lagi, cuba melepaskan diri. “Lepaslah!!”
Manop tersenyum sinis. Kemudian dia memberi isyarat pada Pong agar mengheret Karn ke luar, membawa lelaki kaya itu ke tempat lain.
Tempat di mana permainan paling menarik itu akan bermula.
*****
HAMPIR TERJOJOL mata Karn saat terpandangkan Dian yang sudah pun terikat di kerusi. Mulut gadis itu ditutup dengan menggunakan pita pelekat yang berwarna hitam. Tudung yang sebelum ini membaluti kepala gadis itu sudah hilang entah ke mana.
            “Dian!!!” jerit Karn. Gadis itu kelihatan meronta-ronta bersama linangan air mata. Jelas kesakitan dan ketakutan yang tergambar di dalam kedua-dua matanya.
            “Apa kau nak buat pada dia, hah?” Kuat dan lantang Karn menyoal Manop. Panas dan berapi hatinya dengan perlakuan lelaki-lelaki keparat itu terhadap Dian.
            “Kan aku dah cakap…let’s play a game,” balas Manop sinis. Matanya dijeling ke arah wanita yang digelar Dian itu. Kemudian dia mengalihkan kembali pandangan matanya pada Karn yang sedang mencerlung tajam. Nampak sangat lelaki itu sedang membara. Namun di sebalik api kemarahan itu, Manop dapat melihat dengan jelas kegusaran dan kerisauan yang terpalit pada wajah Karn. Huh, puas sungguh hatinya melihat riak wajah itu!
            Walaupun bukan dia yang punya permusuhan dengan Karn Klaharn dan dia hanyalah pengikut Tuan Sakda, namun dia tetap berasa puas saat melihat riak wajah penuh kerisauan itu. Ya, dia puas kerana bukan mudah untuk membuatkan ketua keluarga Thanasukolwit goyah begitu. Dan dia sudah pun berjaya melakukannya!
            “Apa maksud kau? Permainan apa yang kau cakap ni?” Di sebalik bibirnya yang diketap kuat, Karn menyoal. Hujung matanya tidak lepas daripada memandang Dian. Sungguh! Dia benar-benar takut kalau-kalau manusia-manusia jahanam ini akan mengapa-apakan Dian.
          Perlahan-lahan terbentuk senyuman sinis di bibir Manop sebelum dia kemudiannya menapak merapati Dian.
Chen yang sedari tadi berdiri di sisi Dian pula mengalihkan tubuhnya sedikit dan seketika kemudian mengeluarkan perakam video dari belakang tubuhnya. Perakam video itu dihalakan pada Dian.
            Terbeliak mata Karn. Apa…apa yang mereka cuba lakukan pada Dian? Jangan-jangan…
            “Kalau dia orang tak nak duit, itu lagi menakutkan, Karn. Macam mana kalau…kalau dia orang jual saya? Paksa saya jadi pelacur? Jadi pemuas nafsu beratus-ratus lelaki kat luar sana?”
            Tidak semena-mena kata-kata Dian tadi terngiang-ngiang di telinga Karn. Serta-merta tubuh Karn bergetar dengan rasa terkejut, marah dan takut. Tidak!!!
“Jahanam! Jangan kau berani sentuh dia!!” Sedaya-upaya Karn cuba melepaskan diri daripada cengkaman Pong. Dia meronta-ronta dengan kuat. Namun segala usahanya ternyata gagal. “Lepaslah!!!”
            Bulat mata Dian memandang Manop yang semakin mendekat. Dengan kudrat yang ternyata secebis cuma, dia berusaha untuk melepaskan kedua-dua tangannya yang terikat pada kerusi. Rasa pedih dan ngilu yang mencengkam pergelangan tangannya sudah tidak dipedulikan lagi. Air mata yang berderaian juga diabaikan. Ya Allah! Tolong hamba-Mu ini!!!
       “Hei, kenapa nampak takut sangat ni?” tanya Manop perlahan pada Dian sambil menundukkan kepalanya sedikit. “Aku bukan nak buat apa pun. Aku cuma…”
Terkulat-kulat mata Dian merenung lelaki jahanam itu. Langsung dia tidak memahami apa yang dituturkan lelaki itu. Semuanya dalam bahasa Thai. Namun satu yang dia pasti…dia akan hancur! Maruahnya bila-bila masa sahaja lagi akan direnggut kejam oleh binatang-binatang ini. Binatang yang bertopengkan manusia!
Tidak! Tidak! Hati Dian meneriak hiba. Dia tidak sanggup, dia tidak rela diperlakukan sedemikian. Dia lebih rela mereka menyeksa dia, membunuh dia dengan kejam tetapi bukan…bukan menjadikan dia pemuas nafsu jantan-jantan keparat!
“Hei, Karn…kenapa perempuan kau ni nampak takut sangat, hah?” Penuh sinis Manop menyoal Karn yang masih lagi meronta-ronta, cuba meloloskan diri daripada cengkaman Pong yang kelihatan dua kali lebih besar daripadanya.
“Kau memang keparat!!! Lepaskan dia!!!” pekik Karn. Turun naik dadanya dengan rasa lelah, dengan rasa takut kalau-kalau mereka akan melakukan yang bukan-bukan pada Dian. Peluhnya membasahi dahi.
Dalam hati, Karn turut berasa benci pada dirinya sendiri. Betapa lemahnya dia! Langsung tidak mampu melindungi Dian. Jadi ke mana perginya janji-janji dia tadi? Huh, konon mahu menyelamatkan Dian. Namun apa yang terjadi kini adalah Dian diseksa di hadapan matanya sendiri dan dia…dia langsung tidak mampu untuk berbuat apa-apa!
“Oh, no..no..no. Aku tak boleh lepaskan dia. Aku kan nak main game dengan kau. Dan dia ni…watak utama.” Usai menyudahkan kata, melekat tangan Manop pada paha Dian.
Terbeliak mata Dian. Di sebalik mulutnya yang ditutup, dia menjerit. Kakinya ditendang-tendang, cuba menjauhkan tangan kotor Manop dari pahanya. Deraian air matanya semakin laju bercucuran.
Kedua-dua mata Karn turut membulat. Rontaannya dikuatkan lagi. Kedua-dua tangannya yang terasa seperti mahu patah akibat cengkaman Pong tidak dihiraukan. Ah, kesakitan ini tiada langsung makna jika dibandingkan dengan keperitan Dian yang sedang meronta-ronta bersama jeritan yang tidak boleh langsung diluahkan. Dian terlampau menderita!!!
“Aku sumpah, Manop!!! Aku sumpah akan cincang-cincang tangan kau tu!! Berani kau sentuh dia!!!” Karn memekik kuat. Matanya merah, mencerlung penuh kebencian.
Manop terkaku. Sebentar kemudian, dia mula tersenyum sinis. Tangannya yang tadi melekat pada paha Dian diangkat perlahan-lahan. Pandangan matanya dihalakan pada Karn.
“Apa kau cakap tadi? Kau nak cincang-cincang tangan aku? Jari aku ni?” tanya Manop sambil membelek-belek jari-jemarinya.
“Kalau…kalau aku selamat, aku sumpah akan cincang kau sampai mampus!” bidas Karn. Dadanya berombak penuh kemarahan.
Tidak semena-mena Manop meledakkan tawa. Kedengaran sangat jelik di telinga Karn dan Dian.
“Kau memang angkuh, Klaharn. Angkuh sangat. Kau nak cincang tangan aku? Kau nak cincang aku sampai mampus? Boleh..boleh tapi before that…apa kata aku tunjuk demo dulu?” balas Manop setelah tawanya mati. Kemudian dia mengubah kedudukannya ke belakang Dian. Tangan Dian yang terikat pada kerusi dipegang. Satu persatu jari jemari gadis itu disentuh dan dibelek-belek.
Karn memerhatikan segala perilaku gila Manop. Membuntang matanya tatkala pandangannya melekat pada pisau rambo yang tiba-tiba dikeluarkan oleh Manop.
“Apa..apa…kau nak buat?” Tersekat-sekat suara yang keluar dari kerongkong Karn.
Dian hanya memerhatikan riak wajah Karn yang tampak terkejut. Melalui ekor mata, dia berusaha melihat ke belakang.
“Errghhhh…erggghhh!!!”  Melalui mulut yang tertutup, meletus jeritan Dian. Hujung matanya dapat melihat dengan jelas pisau rambo yang dipegang oleh lelaki di belakangnya. Semakin kuat Dian meronta-ronta, cuba melepaskan jari-jemarinya yang masih dibelek-belek oleh Manop.
“Cantik jari perempuan kau ni, Karn. Tapi sayang…”
Pantas Dian memejamkan mata. Tubuhnya menggeletar penuh ketakutan dan rasa panik. Walaupun dia tidak memahamai percakapan antara Karn dan manusia keparat di belakangnya ini, dia tetap dapat meneka apa yang lelaki itu cuba lakukan.
Lelaki itu mahu mengerat jari-jemarinya! Mengerat bukan setakat kesempurnaannya sebagai manusia tetapi juga punca rezekinya. Ya, jari-jemari itulah yang selama ini menaip setiap patah kata dalam novel-novelnya. Kehilangan jari itu bukan setakat bermakna kecacatan tetapi juga kehancuran masa depannya. Tidak!!!
‘Ya Allah! Tolong aku, Ya Allah!!!’ teriak hati kecil Dian, memohon perlindungan daripada Dia yang Maha Esa.
Terkaku Karn melihat pisau rambo Manop yang semakin mendekati jari-jemari Dian. Semakin dekat dan…semakin dekat…
“No!!! Stop!!! Aku merayu kau lepaskan dia!! I’m begging you!!!”
Tangan Manop terhenti. Senyuman sinis mula tersungging di bibir sebelum dia akhirnya mengalihkan perhatian kepada Karn.
 “Aku…aku  merayu…jangan buat apa-apa pada dia. Kau….kau buatlah apa saja pada aku. Tapi…tolong…tolong jangan apa-apakan dia.”
Penuh rasa ragu-ragu Dian membuka matanya kembali. Karn dilihatnya sedang berbicara sesuatu dengan keadaan penuh terdesak. Kedua-dua mata lelaki itu kelihatan berkaca-kaca.
“I’m begging you, Manop. Please…let her go.” Lagi Karn merayu. Harga diri dan maruahnya ditolak ke tepi. Ah, semua itu tidak sepenting Dian! Tidak sepenting nyawa, maruah dan kesucian seorang gadis bernama Dian Damia, gadis yang terperangkap kerana dirinya.
Manop tersenyum puas. Terasa kemenangan berada dalam genggaman tangannya. “Okay, fine. Tapi kau…kena sujud di kaki aku.”
Tersirap darah panas ke muka Karn. Dia…Klaharn Thanasukolwit bersujud di kaki manusia keparat ini? Huh, jangan harap!
Namun saat melihatkan wajah Dian yang jelas pucat dengan tubuh yang terketar-ketar penuh penderitaan, hati Karn jadi berbelah bahagi. Ya, dia merasakan dirinya kini berada di antara dua persimpangan…antara nyawa Dian dan maruah keluarga Thanasukolwit yang dijaga rapi selama ini. Ah, Dian lebih penting!
Karn mendengus kasar sebelum menjawab penuh kedinginan. “Macam mana aku nak bersujud kalau anjing kau ni asyik pegang aku aje?”
Manop segera memberikan isyarat agar Pong melepaskan Karn. Chen yang berada tidak jauh daripada mereka mengalihkan perakam video ke arah Karn pula.
Tercegat Karn di tengah-tengah bilik itu. Sebelum sempat dia menunduk, belakang kakinya tiba-tiba disepak. Serta-merta Karn jatuh melutut di atas lantai. Sambil mengetap bibir kuat-kuat dan dengan tangan yang masih terikat ke belakang, perlahan-lahan Karn melabuhkan kepalanya ke atas lantai kotor itu.
Membuntang mata Dian melihatkan segala adegan di hadapannya. Barulah dia tahu kenapa jantan keparat itu tadi tiba-tiba sahaja menghentikan perlakuannya. Karn merayu pada mereka. Bukan setakat merayu…bahkan melutut dan bersujud! Semuanya demi dia!
            Dan tiba-tiba…
         ‘Ya Allah!’ Dian terjerit dalam hati. Bulat matanya memerhatikan lelaki-lelaki bertopeng itu menendang perut Karn. Sedikit terdorong ke belakang tubuh Karn menerima tendangan padu itu. Wajah Karn jelas menyeringai kesakitan.
            “Errrghhh…ergghhh!!” Dian berteriak di sebalik mulutnya yang bertutup. Dia meronta-ronta kuat, cuba melepaskan dirinya. Ya Allah! Sakitnya hati dia melihat Karn diperlakukan umpama punching bag. Dua lelaki durjana itu bersilih ganti menendang perut dan sesekali memijak kepala Karn. Seorang lagi lelaki bertopeng pula sedang ketawa jelik sambil merakamkan segala adegan dengan menggunakan perakam video di tangannya. Apa semua ini? Orang gila apakah yang dia dan Karn sedang hadapi ini???
            Karn pula…Karn langsung tidak membalas!
‘Bangun, Karn! Kenapa awak tak lawan balik? Kenapa???’
Di sebalik matanya yang mulai kabur dan dipalitkan dengan darah pekat dan hanyir, Karn dapat melihat Dian yang sedang meronta-ronta di atas kerusi.
‘Maafkan saya, Dian…’
Dan Karn terus-terusan membiarkan tubuhnya dibelasah seenaknya oleh manusia-manusia keparat ini. Kalaulah ini harga yang perlu dibayar demi nyawa, keselamatan dan harga diri Dian, dia sanggup menghadapinya. Kesakitan ini pasti berbaloi.
Tetapi…sakitnya! Karn menggigit bibir, berusaha untuk tidak meledakkan jeritan penuh kesakitan. Walau tulang-temulangnya dirasakan satu persatu hampir patah, ditahankan sahaja rasa perit itu. Dia tidak mahu menunjukkan betapa terseksanya dia saat ini pada Dian. Gadis itu sudah cukup menderita. Dan sungguh dia tidak mahu Dian bertambah menderita dengan rasa bersalah atas apa yang terjadi pada dirinya.
Bercucuran air mata Dian memerhati segala perlakuan penuh kebinatangan lelaki-lelaki bertopeng itu pada Karn. Hilang sudah wajah tampan Karn. Yang tinggal kini hanyalah wajah yang penuh dengan darah. Darah pekat lagi hanyir!
‘Ya Allah!! Tolong aku dan dia…'
________________________________________
Kata SA: inilah kesannya suka tengok Criminal Minds...hehe....saya pun tak sangka boleh tulis benda ganas macam ni.

26 comments:

  1. hwaaa..kak sara
    asal sedih sgt nihhh ? T.T

    ReplyDelete
  2. kejam nyer...ksian Dian ngn Karn,,,

    ReplyDelete
  3. Geramnya kat samseng tu!!!!!
    Bila nak akhiri penderitaan Karn & Dian ni??????
    Yang membaca ni pulak yang rasa tersiksa... (T.T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sabar2...nnti kita akhiri.

      buat masa skrg, jom sama2 terseksa dgn diorng...

      Delete
  4. salam..
    sedih plak kali nie..
    ermm..

    ReplyDelete
  5. Huhu! Kak Sara! Best sangat! Tapi sedih T_T
    Tak sabar nak baca sambungannya. Sambung lagi ye, kak!
    Chaiyokkk!

    ReplyDelete
  6. cik sara..
    saya tertarik gilerr ngan crite ni.. lain dari novel2 yg ada di pasaran skrg.. syabass..

    tak sabar nak baca full version..

    JIMK pun 5 starr..

    tahniah..

    -rhn-

    ReplyDelete
  7. waaa...karn sanggup melakukan ap shaja untuk dia..
    ngeeee.. bila nasib depa akan terbela nihh..
    adehh... kak sara, mcm menonton sinetron pula..
    saspen n mengerikan.. hahaha..
    tp sy suka.. lain dari yang lain..

    ReplyDelete
  8. geramnya dekat samseng tu kak sara.ishhh saje la kak sara ni buat orang jadi thrill...lagi lagi we want more more more

    -kinder bueno-

    ReplyDelete
  9. Seram nya bila bantuan tiba..cepatlah kesiannya kat dian & karn

    ReplyDelete
  10. makin lama makin menarik lh cter nie.. suspen btol lk kak sara nie

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. makin lama makin best..tak sbr tggu yg next chapter..

    p/s:sara dialog yg “Kalau tak apa, hah? Kau tu…kena sedar sikit siapa yang berkuasa kat sini. Jangan nak tunjuk lagak. Kalau tau…” Sengaja Manop menghentikan kata dan mengangkat kening. “Perempuan tu yang akan terima akibatnya.” mmg cmtu ek?ke ayat kalau tau tu spatutnya kalau tak?

    ReplyDelete
  13. aduh kak.... tak sanggup tgk mereka apa2 karn ngan dian... cepatlah selamat kan mereka....

    ReplyDelete
  14. sedeynye... :( terasa diri di tempat dian tatkala manop nak potong jari jemari dia..sgt scary!

    ReplyDelete
  15. Waaaaaa..... cedih ye...ToT
    Air mata ni trs meleleh keluar bc en3 ni tau... dah la Hana tengah dgr lagu cedih... makin laju plk... cpt2ambil tisu nanti mama prsan plk.... the best la kak sara.... keep going ^_^

    ReplyDelete