February 14, 2013

Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Bab 2 & 3]



BAB 2

“HUWAA!!! Mana idea ni?!” Dian menjerit sambil menekup muka. Setelah menggumam buat seketika, dia kembali menjatuhkan tangannya. Bebola matanya ditalakan kembali pada monitor skrin komputer riba. Dan buat kesekian kalinya, dia mengeluh. Kepalanya sudah pening-pening lalat, sudah nampak bintang…tetapi monitor pada skrin itu tetap hanya menampakkan satu patah perkataan sahaja.
-Bab 1-
Ya, hanya perkataan itu! Perkataan yang menggambarkan betapa dia sebagai seorang novelis kini sedang dalam kekeringan idea, atau dalam istilah betulnya digelar sebagai writer’s block. WB. Dua patah perkataan yang amat digeruni oleh mereka yang sama profesion dengannya. Dan kini dia, Dian Damia sedang berjuang dengan keadaan yang sangat menggerunkan itu.
Sebelum ini, yakin benar dia bahawa kedatangannya ke The Weenee yang tenang ini bakal menitipkan berduyun-duyun idea buatnya. Namun ternyata dia tersilap dalam membuat perhitungan. Bukan sahaja dia tidak mendapat sebarang idea, malahan moodnya juga hilang. Mahu berjalan-jalan ke bandar, tidak pula ada hati. Lagipun dia sudah merancang mahu memulakan penjelajahan di bumi Thailand Selatan ini pada keesokan hari. Fikirnya, dia mahu menggunakan hari ini untuk merencana deraf novel. Tetapi…deraf apanya kalau idea pun tidak nampak batang hidungnya?
“Habislah…habislah aku. Kalau tak dapat meet dateline ni, confirm Encik Raz tu akan membebel bagai nak rak,” rungut Dian perlahan. Mindanya mula menerawang pada wajah Encik Razlan, editor ‘kesayangan’nya yang tidak akan pernah berputus asa dalam mencari dan menghubunginya selagi dia tidak menyiapkan manuskrip novel keempat yang perlu disudahkan dalam masa tiga bulan lagi.
Perlahan-lahan Dian bangkit dari duduknya dan menghampiri birai beranda. Anak matanya ditebarkan pada kolam renang yang terletak cuma beberapa meter jauhnya dari bilik. Kedua-dua belah tangannya diangkat ke atas, menggeliat meregangkan mana-mana urat yang mulai kebas.
Bush! Bunyi air yang bergema mematikan gerak tangan Dian. Semerta matanya membulat melihat pemandangan di hadapan mata. Tidak jauh dari kedudukannya berdiri, dia dapat melihat dengan jelas susuk sasa belakang tubuh seorang lelaki yang sedikit demi sedikit melangkah keluar dari kolam renang. Terserlah urat-urat jantan, lengkap dengan lengan berotot yang benar-benar menonjolkan kegagahan seorang lelaki. Dian menelan air liur. Adegan ini cuma pernah dilihat di dalam televisyen, bukan di dalam realiti. Dan…sungguh jantungnya mahu tercabut!
Seakan terasa diperhatikan, lelaki tersebut menoleh sedikit ke belakang. Dian tersentak sebelum cepat-cepat menunduk dan membongkokkan tubuh, bersembunyi di sebalik birai beranda.
“Fuh….” Dian mengelap dahi yang seperti berpeluh. Berdegup kencang jantungnya. Takut juga tertangkap mengintai lelaki mandi.
‘Isy, memalukan saja kamu ni, Dian’, gerutu hati Dian.
‘Tapi bukannya aku sengaja pun. Dah dia duk tayang body kat situ, siapa suruh?’ Kali ini suara hati yang lain pula membangkang.
Matanya dikerling ke belakang, mahu memastikan kalau-kalau lelaki itu masih memerhati. Setelah mematikan keadaan selamat, Dian mula merangkak ke arah komputer ribanya, mengebasnya dan pantas masuk ke dalam bilik. Pintu luncur ditutup rapat-rapat.
*****
PINTU yang sudah tertutup rapat itu diperhati melalui ekor mata. Hujung bibirnya membentuk senyuman kecil. Entah kenapa, hatinya tercuit dengan tingkah gadis yang baru sahaja tergopoh-gapah melarikan diri ke dalam bilik. Sudah mengintai, mahu lari pula, ya? Siaplah awak, cik bilik sebelah.

_____________

                                                                              BAB 3

‘EH, MAMAT tu kenapa?’ desis hati Dian. Melalui hujung mata, dia memerhatikan lelaki yang sedari tadi asyik sahaja merenungnya. Sejak dia menapak masuk ke dalam Maroc De’ Nest Home sehinggalah ke saat-saat dia selesai menghirup kuah tom yang kung pesanannya tadi, melahap Maroc Salad yang pedas itu, meminum air sejuknya hingga ke titisan terakhir dan tersadai kekenyangan. Tetapi…tetap juga lelaki aneh itu melahapnya dengan panahan mata yang tajam. Apa tidak ada kerja lain yang lebih munasabah ke? Nak juga tengok muka comot aku ni?
            ‘Takkan orang jahat, kut? Kalau tengokkan muka dan gaya, tak nampak macam penjahat. Tapi kan…zaman sekarang ni, orang yang nampak ada class tulah yang jadi perompaklah, perogol bersirilah, pembunuhlah…’ Terkumat-kamit suara hati Dian bermonolog sendiri. Matanya kini ditala tepat pada muka lelaki tersebut. Mahu memberi amaran agar menghentikan perbuatan biadapnya.
            Erk! Tetapi lain pula jadinya. Lelaki itu…tersenyum padanya? Senyuman menggoda atau senyuman menyindir tu? Ah, apa-apalah! Segera Dian melarikan pandangan mata. Lagi dia melayan lelaki itu, lagi galak pula perangai peliknya. Jadi pendekatan paling sempurna adalah…hiraukan saja.
            Seorang pelayan restoran yang kemas berpakaian serba hitam diseru perlahan. Setelah menjelaskan bayaran, Dian bingkas bangkit dan berlalu pergi. Namun sempat juga mata penyibuknya menjeling pada lelaki tadi. Dan automatik sahaja rasa sebal dalam dadanya mencanak naik. Lelaki itu masih memerhatikannya! Eh, seriously! Apa kena dengan dia ni? Stalker ke apa?
Dengan muka cemberut dan hati yang kegeraman, Dian memacakkan tubuh di tepi jalan. Nafasnya ditarik dalam-dalam, mahu menghalau kelibat lelaki tadi daripada terus menganggu akal fikirannya. Ya, dia tidak akan membiarkan seorang asing mengucar-ngacirkan percutiannya kali ini.
 Seketika kemudian, Dian mengangkat tangan untuk menahan tuk-tuk. Niatnya mahu ke Klonghae Market pula. Tidak sabar rasanya mahu melihat pasar terapung dengan biji matanya sendiri. Sudah acap kali dia dimomokkan dengan cerita akan betapa seronoknya suasana di situ, dan betapa sedapnya makanan Thai yang boleh didapati. Jadi rasa teruja dalam hatinya kala ini benar-benar tidak mampu dikekang lagi.
‘Yosh! I’m coming!!!’
*****
DERETAN pondok kedai yang diperbuat daripada buluh dan beratap nipah itu betul-betul melipat-gandakan rasa teruja dalam dirinya tadi. Dian merasakan seoalah-olah berada di suatu zaman yang lain, mungkin waktu zaman filem hitam putih Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Sungguh, mana nak dapat semua ini di Malaysia?
            Dengan hati yang girang dan berbunga-bunga, Dian menapak satu per satu ke arah kedai-kedai yang ada. Pelbagai barangan boleh didapati di sini. Ada pakaian, kasut, beg dan makanan. Pendek kata, semuanya ada. Dan yang lebih menyeronokkan hatinya adalah harga yang ditawarkan. Murah dan sangat berpatutan. Sekarang mengertilah dia kenapa dan kerana apa penduduk Malaysia gemar benar mengunjungi tempat ini.
            “Nong…(Adik…)”
            Panggilan seorang peniaga membuatkan Dian menoleh. Tersengih-sengih seorang wanita separuh umur sambil menayangkan baju T-shirt yang tertera perkataan Hat Yai. Jelas mahu menawarkan barangan jualannya. Dian menghentikan langkah buat seketika dan menimbang tara sama ada mahu ke sana atau pun tidak. Ingatanya menerawang pada Kak Liza, Abang Azmi dan anak-anak mereka. Tak ada salahnya kalau menengok-nengok dahulu. Mungkin harganya lebih murah berbanding di Kimyong Market.
            “Tao rai ka? (Berapa?)”, tanya Dian.
            “Neung roy (Seratus).”
            Dian tersenyum dalam hati. TBH100 atau RM10 sahaja untuk T-shirt yang agak baik buatannya? Wow! Hatinya menjerit gembira. Sudah murah begini, tidak perlu rasanya tawar-menawar lagi. Pantas Dian mengangkat lima jari, tanda mahu membeli lima helai. Tersenyum lebar peniaga tersebut.
     Baru sahaja Dian mahu mengeluarkan wang dari dompetnya, sekonyong-konyong matanya menangkap kelibat susuk tubuh seseorang yang agak dikenali. Automatik dia terbeliak dan secepat itu juga Dian memusing tubuh. Lelaki tadi?! Apa yang dia buat di sini?
          “Nong…nong….(Dik..dik..)”
          “Ka…ka…(Ya…ya…)” Tergagap-gagap Dian membalas sambil tangannya terkial-kial menghulurkan not TBH1000. Setelah mendapatkan baki, Dian bergegas pergi. Janganlah jumpa lelaki tu lagi, doanya di dalam hati.
*****
‘OH, GREAT…Just great!’ sindir Dian pada diri sendiri. Nampaknya doanya sebentar tadi tidak dimakbulkan, kerana kini terpacak di hadapannya muka selamba lelaki stalker yang asyik memerhatikannya sejak di Maroc tadi. Tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.
            Tadi sewaktu dia baru sahaja mahu ke deretan perahu di sungai, tiba-tiba sahaja lelaki ini menghadang laluan. Entah dari mana munculnya, dia juga tidak tahu. Sudah seperti hantu pula.
            “What?!” Kasar Dian menyergah. Isy, geram sungguh dia melihat sengihan lelaki itu. Bagaikan menyembunyikan agenda tidak senonoh sahaja.
            Lelaki tersebut mengangkat kening dan melangkah satu tapak ke arahnya. Setapak juga Dian mengundurkan diri. Tangannya mencengkam kuat gelas tanah liat berbentuk Doraemon yang telah dibelinya tadi. Kalau dia perlu membalingnya demi melarikan diri, dia akan berbuat demikian. Matanya pula diliarkan ke kiri dan ke kanan, melihat mana-mana manusia berhati mulia yang bakal menjadi penyelamat.
            “A-rai? A-rai…(Apa…apa…)” Tergugup-gagap suara Dian. Alahai, apa pula ‘Apa awak nak dalam bahasa Thai’? Fikiran Dian ligat mahu menterjemah. Dalam keadaan suspens begini, bebal pula otaknya.
            “You…have to be responsible.”
            Dian menghela nafas lega. Oh, boleh berbahasa Inggeris rupa-rupanya. Buat menyesakkan otaknya sahaja mahu menterjemah tadi. Eh, kejap! Apa yang dibilangnya tadi? Bertanggungjawab? Apa pula yang sudah dilakukannya sehinga dia perlu menggalas tanggungjawab?
            “Are you…drunk?” Entah kenapa, itu pula soalan yang terpacul dari mulut Dian.
            Tidak semena-mena lelaki itu ketawa besar. Dian mengerunyutkan dahi. Rasanya tiada apa-apa yang kelakar dengan soalanya tadi.
            “You don’t remember me, do you?” tanya lelaki itu di sebalik sisa-sisa tawanya.
            “Of course I do! You’re the one who stalk me at Maroc.” Laju Dian membidas. Sesaat kemudian dia menekup mulut. Alamak, dia dengan selambanya telah mengisytiharkan lelaki ini sebagai penghendap. Kalau lelaki ini mengamuk nanti, dia juga yang menjadi mangsa.
            “Hah? Stalk? I stalk you?” Terbit senyuman sinis di hujung bibirnya. Kemudian dia menyepetkan mata yang memang tidak terlalu besar itu dan mencerun pada Dian. “Tell me, who stalk who?”
            “What is that supposed to mean?”
            “Well….” Lelaki tersebut menjogket bahu. “Who knows…”
            Dian melopongkan mulut dengan rasa jengkel yang menggunung dalam hati. Lelaki ini memang benar-benar mencabar kesabarannya. Apa dia ingat mengenakan orang itu sesuatu yang melucukan?
            “Mr…whoever you’re. I think it would be better if you just let me go.” Dian memberikan isyarat agar lelaki itu menjarakkan tubuh. Di luar jangkaan, arahannya dituruti. “And never show up in front of me, ever again.” Dian memusingkan tubuh, mahu melangkah pergi.
            “Oh, no…no…no!!” Laju lelaki itu bergerak dan sekali lagi menghadang dirinya.
            Dian merengus kuat. “What the hell is wrong with you? Can’t you just leave me alone? I don’t know you and you don’t know me!”
            “And who said I don’t know you?” Lelaki tersebut memangkas dengan lengan yang sudah pun disilangkan ke dada. Riak wajah penuh keyakinan ditayangkan buat tatapan Dian yang hanya mampu terkebil-kebil tidak mengerti.
            “What do you mean?”           
            Belum pun sempat Dian memperoleh jawapan, hujan renyai-renyai mula menyimbah bumi. Spontan mereka berdua mendongak pada langit malam yang hitam pekat. Kemudian masing-masing saling berpandangan sebelum Dian cepat-cepat membawa langkah, berlari-lari anak ke arah sebuah pondok kedai yang sudah pun kosong. Barulah dia sedar bahawa kebanyakan pondok sudah pun ditutup memandangkan jam telah menginjak jam sembilan malam.
            “How come it’s raining? It’s not even rainy season.”
            Suara lelaki tadi tiba-tiba mengentuk gegendang telinga lantas membuatkan Dian berpaling.
            “And how come you’re still here?” Cukup pedas soalan yang dihadiahkan oleh Dian.
            Lelaki tersebut hanya tersenyum kecil tanpa menjawab, sebaliknya dia menanggalkan jaket yang dipakainya dan meletakkannya di atas kepala Dian. Cepat-cepat Dian mengelak. “What?”
            “I just don’t want you to get wet.”
            “No need. It’s not like I’m going out of this kiosk.”
            “You have to.” Tenang lelaki itu membalas.
            Dian menjeling tajam.
            “I’ll take you to your hotel.”
            Dian terngadah. “Huh? What do you think you’re doing? I’m not go…”
            “So you rather stay here, in the middle of the night, with no one accompanying you?” pangkas lelaki itu berbaur tegas. Mungkin sudah semakin jengkel dengan sikap degil Dian.
            Dian terbungkam. Matanya direwangkan pada keadaan sekeliling yang sudah pun kosong. Hanya lampu malam sahaja yang samar-samar kelihatan di sebalik hujan yang mencurah-curah.
            “I’m telling you, there won’t be any tuk-tuk here, at this hour, in this rain.”
            Dalam hati, Dian mengakui kebenaran akan kata-kata lelaki di sisinya. Dia pun satu, kenapalah tidak lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak diduga? Sekarang, siapa yang susah?
“How should I know that you’re not…”
            “What?”
            “Some kind of rapist, murderer or even a vampire who want to suck my blood out?”
            Kuat lelaki itu melampiaskan tawa. Perutnya ditekan-tekan. “Do you really think vampire does exist?”
            Dian mencemik. Sudah namanya dia adalah penulis, memanglah punya otak yang terlebih pandai berimaginasi.
            “Whatever it is, you should come with me.”
            Cepat-cepat Dian menjauhkan diri. “No, I’m not…”
            “Yes, you will.” Lelaki tersebut semakin merapati. “I’m not going to leave you here, becoming some sort of damsel in distress.”
            “But…” Belum sempat Dian membangkang lagi, lengannya sudah pun ditarik. Semakin dia cuba menahan diri, semakin laju pula kakinya terheret bersama setiap derap langkah lelaki pelik ini.
            “Don’t worry, I’m not a vampire. Instead…I’ll be your knight in armor.”
            Dian tidak menghiraukan kata-kata lelaki tersebut. Mukanya semakin keruh, sudah hampir-hampir menangis. Hatinya mula dilanda ketakutan. Knight in armor apanya kalau dah heret aku macam ni? Oh, Kak Liza, tolong Dian! Ada orang nak culik Dian!!!
*****
“OKAY, that’s enough. You don’t have to send me to my room.”
            “And who said I’m going to?”
            “Huh?”
            Lelaki itu menyeluk saku seluar dan mengeluarkan sebiji kunci. Kad yang tergantung bersama kunci tersebut ditayangkan di muka Dian. “See? Bu-nga 07.”
            Dian membulatkan mata. Semerta dia menoleh pada muka pintu biliknya yang menayangkan Bu-nga 06 dan kemudian di bilik sebelah.
            “So, you’re…”
            “Yes, I stay here, Miss Next-room. Or should I call you….”
            Berdebar Dian menanti saat-saat jiran sebelah biliknya menyudahkan ayat.
            “Miss Stalker? Anyhow, you did watch me at the pool.”
            Terlurut jatuh rahang Dian. Mukanya sepantas kilat membahang dengan rasa segan dan malu yang melimpah ruah. Patutlah lelaki ini asyik sahja melihatnya dari tadi, mahu memastikan kalau-kalau dia adalah orang sama yang menghendapnya sebelum ini. Eh, sekejap! Mana ada aku skodeng dia?!
            “I didn’t…”
            “You didn’t?” sampuk lelaki itu.
            Dian menggigit bibir. “Nope, I…”
            “So, you DID?” Lagi lelaki itu menyambung. Dian merengus dalam hati. Haish! Geramnya dia dengan mamat seorang ini.
            Menguntum senyum lebar di bibir lelaki di hadapan Dian. “Good night.” Birai pintu dibukanya sedikit sebelum dia menoleh. “And…you look kinda cute when you get angry.”
            Terkebil-kebil Dian memandang pintu yang sudah pun terkatup rapat di hadapannya. Apa? Comel bila marah? Eh, serius! Apa kena dengan dia ni???


18 comments:

  1. akk, huhu xsbrnyer nk bli nvel ni..ble nk kluar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bln ni, dear. kite tunggu KS keluarkan cover...hehe

      Delete
  2. homaiii!!!...bulan ni???..yippiee...yiehaaa!!!...

    ReplyDelete
  3. Cute gile dorang dua ni! Kak, post bab 4 cepat2... Hehe...
    -SyaZu

    ReplyDelete
    Replies
    1. okies. tp, nnti bila dh kuar versi cetaknye...sudi2 lah beli, ya. (wah! sempat promote jap...hehe)

      Delete
  4. Honestly dis a third novel yang berjaya buat aty saya penuh berperasaan untuk membaca..dri marah (sakda) cinta (karn n dian) happy (karn damia n krissada sedih (sakda) n pengorbanan (karn n krissada)...thumbs up...u make me have feel it...n sy jatuh haty dengan krissada n karn

    ReplyDelete
  5. This a third novel make me have something weird feeling...which us combined all my feel at the same time...raser marah(sakda)...cinta (dian n karn n kris to dian)happy (karn n dian) sedih (krissada) pengorbanan(krissada) n relationship(karn krissada)..thumbs up to u coz make me have feel it...honestly i didnt like 2 read malay novel...n u r the most unexpected can attract me to read it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, linda...

      Thank you so much. For someone who didn't like to read malay novels but u ended up liking my CRT..ACK, I seriously feel very much appreciated. Thank you again...=)

      Delete
  6. Tulis lah cerita pasal kembar..... Hope sgt

    ReplyDelete
  7. read it & its NICE kene jadikan DRAMA pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ!! InsyaAllah kalau ada rezeki CRT akan jd drama jugak...=)

      Delete
  8. Hi mcm mana nak dapatkan buku ni? Dah x ada kat kedai2. Saya baru came across buku ni lepas baca salju kyoto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Sy masih ad stok beberapa buah. Boleh emel sy di novelissaraaisha@gmail.com utk order. Tq.

      Delete