Assalamualaikum, darlings...
Sepertimana yang Cik SA dah announce di FB, Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu akan berada di pasaran sedikit masa lagi. Insya'Allah keluar untuk slot bulan Februari, under penerbit KaryaSeni. So, yeah...few days lagi akan selamat menemui semua (sebab biasanya novel KS keluar akhir bulan, kan?)
Buat masa sekarang, Cik SA tengah tunggu cover dan harganya. Rasanya kurang dari RM25 sebab CRT lebih nipis berbanding JIMK. Bila dah dapat harganya nanti, Cik SA akan buka order buat sape2 yang nak beli direct daripada Cik SA. Insya' Allah, disertakan dengan signature dan ayat-ayat bermadah sikit...hehe...
Hmm, apa ya perasaan Cik SA sekarang?
Unbelievable? Yup, rasa macam baru sahaja 'melahirkan' novel pertama, Jodoh itu Milik Kita. Sekarang baby kedua pula hampir 'dilahirkan'. Time goes really fast. Aariz dah pun bakal dapat adik...haha...
Menulis CRT, bagi Cik SA...suatu cabaran yang lebih sukar daripada saat-saat tulis JIMK. Cik SA ambil masa setahun untuk siapkan CRT ni. JIMK cuma enam bulan. Part rombakan, editing tu...jangan cakaplah, berkali-kali kut. Well, mungkin inilah cabaran untuk Cik SA bila cuba sesuatu yang baru. Yup, CRT adalah sebuah novel cinta aksi. Romantic action. Ini adalah percubaan pertama Cik SA dan harap-harap menjadilah. Kalau tidak, hmmm....entahlah. Kena banyak belajar lagilah nampak gayanya.
Okeylah, ini Cik SA selitkan blurp yang dihantar pada KS hari tu. Entahlah akan sama dengan novel ke tak nanti...hehe...
-Ejaan CRT kat atas ni, yang before diubah...hehe..-
“Kadang-kala kita ingin sekali
meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya
yang tidak terduga?”
Antara
Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah
persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian,
Karn adalah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian adalah teman
yang menyenangkan hatinya.
Namun
siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang
salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak
dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran
warasnya.
“You’re more than just
Karn Klaharn. Siapa….siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa
saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana
dia, Dian Damia yang menerima akibat. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah
tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa
sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak. Yang
penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan
saya jaga awak…izinkan saya lindungi awak, Dian…” – Karn Klaharn
Dalam
usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula
berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta
ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan
pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi
tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan
nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan
ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk
buat perkara yang sama demi Dian Damia. I
would do anything for her, termasuk…membunuh.”
sungguh saya teruja menanti kelahiran adik Aariz ni :D
ReplyDeletekak sara pun teruja...hehe
DeleteBace blurb ni mcm cerita misteri je... xpe WC tunggu novel dia =)
ReplyDeletewait n see, WC...hehe..
Deleteuiks..nak kuar dah ye.. waaaa tak sabar...cop seketul.. apa2 pun tahniah... n haruslah menjadi.. dont wori..
ReplyDeleteincik ensem!!! yup, udah mau keluar. tunggu KS tunjuk cover dkt website je skrg ni...=)
DeleteTahniah, akhirnya kuar juga novel ni. Dah lama say ikuti cerita ini sampai Dian tinggal dgn Karn semasa proses pemulihan dia. X sabar nak tahu kisah selanjutnya tentang percintaan mereka.
ReplyDeleteThanks a lot, dear. finally, kan? fuh...mcm lama je perjalanan CRT ni nk keluar...hehe...=)
Deletebiasa tengok akak post dlm blog tapi belum sempat baca. tapi confirm saya beli. novel akak yang JIMK memang best. hope yang ni lagi best. hihi ;D
ReplyDeletethanks, luv...hopefully mcm tulah..=)
Deletefulamak... tahniah k.sara! :)
ReplyDeletetunggu nak rembat ni... nak beli direct dr k.sara... :D
thanks, dear...okies, nnti dh tau harga, kak sara bukak order...hehe
Deletewewittt.. gud luck kakak.. ^_^
ReplyDeletethanks, darling! =)
DeleteX sabar mnunggu novel ini kuar Sara..
ReplyDeletex sbar jugak...hehe...
Deletekak SA,
ReplyDeleteble novel ni nk kuar? takk sabar da niehh
bln ni, dear. kejap je lagi...hehe
DeleteTahniah.. lama tunggu.. hari2 dok cek kt blog ni.. tahniah!
ReplyDeleteKak sara, apa pekerjaan karn klaharn dalam novel ni?
ReplyDeleteBusinessman. Nape, ya?
Delete