BAB 28
“DIAN DAMIA!!!”
Terpelanting buku di tangan Dian.
Suara Karn yang menjerkah kuat benar-benar mengejutkannya. Jantungnya dirasakan
seperti berhenti berdegup. Terkebil-kebil matanya memandang Karn yang mula
merapati bersama sepasang mata yang mencerlung tajam.
“What
do you think you’re doing?!” Lagi suara lantang Karn menjamah gegendang
telinganya.
“Err…reading.” Takut-takut Dian menjawab. Air liurnya ditelan
berkali-kali.
Karn merengus dan mencengkam
rambutnya. Dadanya berombak laju. Geram dengan Dian yang hanya terkulat-kulat
menatapnya. Haish!!!
“Awak…awak kenapa?”
“Awak tanya saya kenapa?!” Di luar
kesedaran, Karn membentak kuat. “Awak sedar tak apa yang awak dah buat???”
Dian menyepi tanpa kata. Dia ada
buat salah apa-apa ke? Atau…bilik ini adalah kawasan larangan?
“Saya…saya tak boleh masuk sini ke?”
Tanpa mengerti apa-apa, Dian menyoal. Gerun pula dia melihat perilaku Karn.
Menakutkan betul!
Bibir Karn yang terketar-ketar
diketap kuat. Riak naïf Dian ini dirasakan benar-benar mencabar kesabarannya.
Tidak tahukah gadis itu betapa risaunya dia sekarang? Betapa hampir putus
nyawanya kerana terlampau bimbang akan keselamatan Dian?
Melihat Karn yang hanya bungkam
dengan mata yang merah menyala, Dian merasakan bahawa benar telahannya. Nampaknya
Karn memang pantang jika orang lain memasuki perpustakaannya. Perlahan-lahan
Dian mengutip buku-buku yang bertaburan di sekelilingnya dan bangun dari
duduknya.
“Maaf, saya tak tahu awak tak suka
orang lain masuk sini.” Perlahan Dian bersuara. Tubuhnya dipalingkan. Namun…
“Ahhh!!!”
Terpusing
tubuh Dian saat pergelangan tangannya
ditarik kasar oleh Karn. Sedar-sedar sahaja kedua-dua belah
tangannya kini melekat pada rak di belakangnya. Terangkat tinggi dalam
genggaman Karn yang kuat. Buku-buku dalam pegangannya tadi berterabur di atas
lantai.
Bulat
mata Dian menatap wajah Karn yang hanya beberapa inci jauh daripada wajahnya
sendiri. Lelaki itu sedang tunduk merenungnya dengan sepasang mata yang
kelihatan membara. Dada Karn berombak laju bersama bibir yang diketap kuat.
“Awak
buat jantung saya macam nak tercabut, awak buat saya risau macam nak mati…dan
awak cuma fikir pasal bilik ni?”
Terkedu
Dian mendengar nada suara Karn yang tegang, mendatar dan dingin. Wajah lelaki
itu yang merah ditatap lama.
“Awak…awak
risaukan saya?”
“Macam
mana saya tak risaukan awak?! Saya balik aje tadi, saya tengok awak tak ada
dalam bilik. Dah tu, semua orang tak tahu ke mana awak pergi!” tempelak Karn
kuat.
Lagi
terangkat bahu Dian. Dengan kedudukan mereka yang dekat sekali, dapat dia lihat
urat-urat merah yang timbul di muka Karn. Nampak sangat lelaki itu terlampau
marah. Dian mula kecut perut. Sungguh dia terasa sangat kerdil di mata Karn
sekarang.
Setelah
beberapa ketika membaham wajah Dian dengan renungan mata penuh amarahnya, Karn
akhirnya melepaskan cengkaman di kedua-dua belah pergelangan tangan Dian. Nafasnya
dihela beberapa kali dalam usaha menenangkan diri sendiri.
“Awak
dengar sini, Dian. Awak tak boleh keluar dari bilik, tak boleh ke mana-mana
tanpa pengetahuan orang lain. Saya tak benarkan. Awak faham tak?” tegas Karn
dengan jari telunjuk yang tepat ke muka Dian. Nada suaranya sudah mula
mengendur.
Lama
Dian mendiamkan diri. Bebola matanya merenung wajah tegang Karn, cuba membaca
lelaki itu.
“Okey,
saya faham. Saya akan ikut cakap awak.”
Karn
menganggukkan kepala, tanda puas hati. Namun bait bicara Dian yang kemudiannya
singgah di telinga membuatkan dia cukup tersentak.
“Apa
awak cakap tadi?” Dengan suara yang terketar-ketar, Karn menyoal.
Dian
menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab perlahan. “Suatu hari nanti awak
perlu benarkan saya keluar dari sini. Bila saya dah sembuh nanti, bila saya tak
perlu lagi bergantung pada awak…”
Lambat-lambat
Karn menggenggam tangannya. Kata-kata Dian dirasakan umpama belati yang menusuk
hatinya. Tidak tegar hatinya membayangkan Dian keluar dari rumah itu, keluar
dari hidupnya. Tidak!
“Bila
saya tak perlu lagi bebankan awak…”
“Stop it.”
“Bila
saya…”
“Stop it,
Dian Damia!!!”
Automatik
Dian menutup mulut. Matanya membulat dengan rasa terkejut atas tengkingan Karn
yang sudah entah ke kali berapa.
“Saya…saya
tak nak dengar awak cakap macam tu,” luah Karn serius, dengan suara yang
ditahan-tahan.
“Kalau
boleh, memang saya tak nak cakap macam tu. Tapi hakikatnya…suatu hari nanti,
awak tetap perlu lepaskan saya pergi.” Entah kenapa, seakan berderai hati Dian
saat ucapan itu dipanculkan. Jiwanya terasa disiat kejam. Kenapa perit sungguh
hatinya saat ini?
Tanpa
sedar Karn merengkuh bahu Dian. Sekali lagi dia menolak tubuh gadis itu ke rak
buku.
“Don’t you dare stay out of my
sight, Dian Damia.”
Dian
tergamam. Suara Karn yang mendatar tanpa rasa menyentakkan perasaannya.
“Awak
kena ingat tu,” sambung Karn lagi seraya melepaskan cengkamannya dan
memalingkan tubuh. Dia mahu berlalu pergi sebelum dia makin terjunam dalam
mengawal perasaannya. Makin lama dia di situ, makin pelik tingkahnya. Jadi
sebelum dia mengapa-ngapakan Dian, lebih baik dia pergi.
Tepat
Dian memandang belakang Karn yang tampak longlai. Tanpa sedar, dia membalas.
“Awak suka atau pun tidak, saya tetap perlu pergi suatu hari nanti. Takkanlah
awak nak terus-terusan simpan saya kat sini?”
Berdesing
telinga Karn. Perkataan ‘simpan’ yang diluahkan Dian mengingatkan dia pada
bicara Uncle Sukrit tempoh hari.
Serta-merta darahnya mendidih. Perlahan dia berpaling dan menyilangkan tangan
ke dada.
Dian
menelan air liurnya yang terasa kelat. Riak wajah Karn yang jelas lagi bersuluh
tegang dan keruh menghadirkan rasa tidak enak dalam dirinya.
“Simpan? Kenapa semua orang asyik
cakap saya simpan awak?” tanya Karn dengan cukup dingin. “Let me ask you one thing, Dian Damia. Awak ni perempuan simpanan
saya ke untuk saya simpan kat sini?”
Tersirap darah panas ke muka Dian.
Maruahnya terasa tercabar. Berani Karn cakap begitu?!
“Tak, bukan? Awak terlalu berharga
untuk jadi macam tu. You’re too
precious.” Karn menjawab sendiri pertanyannya. “Jadi jangan sekali-kali
awak cakap macam tu lagi.”
Dian terkesima. Dalam marahnya
sebentar tadi terhadap Karn yang berkata kasar, timbul pula rasa tersentuh
kerana lelaki itu mengatakan dia terlalu bernilai. Langsung sejuk hatinya,
tidak mampu untuk mempunyai secalit pun rasa marah pada Karn.
“Awak tahu itu bukan maksud saya,
kan? Saya cuma rasa…”
“Yeah,
I know. Saya tahu apa maksud awak sebenarnya, Dian. Tapi….” pintas Karn.
Lambat-lambat dia merapati Dian sehingga dia akhirnya elok berdiri di hadapan
gadis itu.
“Tapi apa?” soal Dian perlahan
sambil cuba membalas pandangan Karn yang dirasakan sangat lunak. Seakan
terselit suatu perasaan yang sukar dimengertikan dalam renungan mata lelaki
itu.
“Tapi…saya dah tak boleh imagine hidup macam dulu. I can’t see myself without you, anymore. I
can’t even imagine not having you by my side!” luah Karn penuh emosi.
Terbeliak mata Dian. Terkejut bukan
kepalang. Apa maksud Karn? Apa yang cuba diluahkan lelaki itu?
Karn mengetap bibir dan meraup wajah
beberapa kali.
“Awak tahu tak, betapa risaunya saya
tadi? Betapa takutnya saya kalau-kalau awak jatuh dalam genggaman Sakda lagi?
Betapa tak sanggupnya saya kalau awak….” Kata-kata Karn terhenti buat seketika.
Nafasnya terasa sesak. “Kalau awak hilang daripada pandangan mata saya.”
Menitis air mata Dian saat mendengar
pengakuan Karn. Hatinya menggebu dengan rasa terharu. Di suatu sudut hatinya,
dia seakan dapat merasakan apa yang dirasai oleh Karn. Ya, dia juga tidak rela
berjauhan dengan lelaki itu. Tetapi…dia juga sedar akan satu lagi hakikat.
Antara dia dan Karn, tidak punya apa-apa hubungan. Jadi, tidak mungkin untuk
dia terus-terusan bersama dengan jejaka itu.
“Saya…saya minta maaf sebab buat
awak risau. Saya tak bermaksud untuk buat macam tu. Saya..saya cuma rasa, sudah
tiba masanya untuk saya kurang bergantung pada awak. Dan perkara pertama yang
saya perlu buat adalah…keluar dari bilik.”
“And
then, awak akan keluar dari rumah ni…dari hidup saya.
Macam tu ke, Dian?” Karn menyambung perlahan.
Dian terkedu. Hanya matanya yang
menatap wajah kusut Karn. Jelas riak hiba dalam sepasang mata milik lelaki itu.
Ah, sakitnya hati dia saat ini hanya Allah yang tahu. Kenapa Karn harus
bersedih begitu?
Karn
menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil menggigit bibir. Hatinya yang
sebak cuba ditenangkan. Tetapi dapat dia rasakan betapa gagalnya dia dalam
mengawal emosi. Kalau tidak, masakan tubir matanya kini menakung air jernih
yang bila-bila masa sahaja lagi akan merembes keluar.
“Can’t
you stay with me, Dian?” Lirih Karn menyoal. Kepalanya
kini tunduk ke bawah. Tidak sanggup dia memandang wajah Dian kerana dia tidak
mahu gadis itu nampak betapa lemahnya dia saat ini.
Dian menekup mulut dan menangis
teresak-esak. Sungguh tidak tegar untuk dia membuka mulut dan mengatakan
‘tidak’ kerana dia merasakan betapa hatinya bagai disiat-siat dengan kejam
sekali. Ya, dia tidak mahu meninggalkan Karn Klaharan! Tidak!!!
Lambat-lambat Karn mengangkat wajah
dan merenung Dian yang kini menangis hiba. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja
dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Ingin sekali dia memujuk Dian dan
menghadiahkan ketenangan kepadanya. Namun, dia tidak berdaya kerana dia juga jauh
daripada sebuah ketenangan. Jantungnya sebu, jiwanya sesak!
“Dian…please…jangan menangis lagi. It
hurts me,” pujuk Karn.
“But
it hurts me too, seeing you like this. Sakit hati saya tengok awak sedih
macam ni,” balas Dian di sebalik esak tangisannya. Tangannya digenggam kemas.
Karn tergamam. Itulah kali
pertamanya ada gadis yang menangis dengan ikhlas demi dirinya. Bukan tangisan
palsu demi wang dan harta kekayaannya sahaja. Dian menangis bukan kerana takut,
bukan kerana traumanya tetapi…demi Karn Klaharn!
“Pom ruk khun (Saya cintakan awak)...” Tanpa sedar, tercetus kata-kata itu dari mulut Karn. Cukup
perlahan, hanya buat santapan telinganya sahaja.
Tepat
dan dalam renungan Karn buat Dian yang masih menangis. Ya, dia cintakan gadis
itu!
“Dian Damia…will you…”
Dian mengangkat kepala. Dari
pandangan matanya yang berbalam-balam, dia menatap wajah Karn yang semakin
mendekati wajahnya. Sepasang mata milik Dian Damia kemudiannya membuntang luas
saat Karn berbisik lembut di tepi telinganya.
“Marry
me?”
P/s: Proposal dalam library. How awesome is that?? haha..
sweetnyer sara...even mula tu dup dap dup dap ngan Karn punya temper...mmg awesome lamaran kat Library...yess finally..
ReplyDelete*pengsan* Karn lamar dalam library ? -.-'
ReplyDeletekalau lia..lia reject..muahahaha
tp Karn marah Dian :(
tapi Karn lamar Dian
tapi..tapi..gosh cair nihh
byee..nk p masuk peti jap, nak bagi beku..haha
argggggg...best nyer...
ReplyDeleteKak sara! Chun ruk ter <3
ReplyDeleteLamaran Dlm library,sweet sangat!
K.sara update cpat2 , klau boleh publish novel thun ni jugak...keke
-BlueApple
seriously !!
ReplyDeletelove it :)
library & propose - ahhh sweeetttt ^^
jeles ngan dian hahaha
cepat-cepat sambung lagi dh tak sabar nk tau cite selanjutnya. Dian
ReplyDeleteterimalh lamaran dari Karn tu ye... sweet saaangat...
terbaik la sara.... dah agak confirm karn mesti jmpa dian dlm library tu..hehehe... tpi x tersangka blh melamar dian kat c2 jgk.. apa pun.. tahniah... semoga dpt kembangkan lgi cerita ni utk di jadikan novel yg terbaik
ReplyDeleteouuu..s0 sweett ^^
ReplyDeleteSweetnya.....#^_^
ReplyDeleteemmm..manisnya..
ReplyDeleteHrp dian akn terima..
ReplyDeleteTp Karn tu Islam ke?
Akhirnya.. karn melamar Dian. So sweet sebab cinta telah ditakdirkan. Harap Dian dpt membimbing Karn.. Tq dear
ReplyDeletekak sara, good job! gambate! so cute this lovely couple...
ReplyDeletebes cite ni rupeny keke
ReplyDeletedlu bce bab1 je,.sbb ssh nk sbut nme hero pny psl,trus xfollow keke
ahh sweet, nice one. ni yang ditunggu-tunggu dari awal-awal lagi.
ReplyDeletesuper awesome!! as awesome as u are, sara.. =)
ReplyDeleteplease say yes!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!xsabar nak tggu next n3~~writer please post new n3 quickly! :D
ReplyDeleteanyway very good job! :D keep it up~
omo...i do karn klaharn!
ReplyDeletechun ruk ter tu ape sara? hehe
ReplyDeletechun ruk ter or pom ruk khun lg ssuai?? cam pom ruk khun je kak sara...hehhee,sbb dorg knl xlame..tp plik plak lau tjuk da jd pom ruk khun..anyway,bez!
ReplyDeleteasl karn sweett sgt nie . +.+
ReplyDeleteasl karn sweett sgt nie . +.+
ReplyDeletetersedak akak...:)
ReplyDeleteakak blh bygkan btp terkezutnya dian dgn lamaran itu...
msti lah dian tolak ats alasan perbezaan ugama....
OMG...OMG...OMG....SARA, D BESSSSST........can't wait to know what dian's answer would be (or what exactly u have in that sneaky-brain of yours!)...psiko akak di buat nye.....
ReplyDeletewargh!!!
ReplyDeletesuka nyeer!!!
kt library which is one of my fvrite places!
think hard either Dian will accept or not, oh stress!!!
One of the best chapter. keep up the good work.
ReplyDeletesorry ya sara. sy rs precious lg sesuai berbanding priceless... maksudnya dh berubah bila letak priceless... sorry again. this is just my 2 cent opinion!. sakura
ReplyDeletekalu dian tak terima, aku bunuh kau... ahaha. (tertiba jeh)
ReplyDeletedalam sweet2, terserlah ketegasan karn...
bab agama antara penghalangnya kot..
yes...i will...huhu
ReplyDeleteKak sara, buku ni masih ada di pasaran lagi x?...huh! Syg nyer terlambat membaca blog akk n cite ni.. SGT2 BEST!!!!
ReplyDeletelambat pulak reply. tapi buku ni masih ada di pasaran...hehe
Deletei love this story..it is so interesting.....kalu lah saya nie pandai karang cerita kan best....blog nie mmg terbaikkkk.......
ReplyDeletetq sooo much, dear. khop khun maak na ka. =)
Deletekak sara, sy baru terasa nk baca cter ni kot. aiseh.. amende la lambat sgt baru sy tersedar yg crite ni best gilas..
ReplyDeleteerm jodoh itu milik kita, novel first akk yg kite beli, pastu jatuh chenta dgn encik sayang miss sweetheart, eh pastu dengan pembuka hati, ini chun ruk ter baru nak cari.. tiheee... best r kak. ^-^
haha, xpe, dear. biar lambat asal baca jugak akhirnya. thanks ya sbb rasa CRT ni best. alhamdulillah. novel ni masih boleh didapatkan di kedai. tak pun, order direct drpd kak sara. =)
DeleteHuaaa , best akak best ! Sekarang tgh mengumpul duit nak beli novel chan rak ter , ekekeke .
ReplyDeleteda xde ke publish buku nie,..nak belii
ReplyDeleteAkak bab 29 ade takk? T-T..serius besttt saya cari novel kat kedai mendang tadak..btw salju kyoto best sangat!!
ReplyDeletesweetnyeeeeewwww
ReplyDelete