Tahun terbitan: 2017
Genre: Psikothriller
BLURP
“I’m
the only PhD in serial murder.” – Ted Bundy
“You
could smell the blood.” – Richard Ramirez
Membaca pengakuan daripada pembunuh
bersiri terkenal dunia sudah cukup menggerunkan. Tetapi, bagaimana kalau anda
yang jadi sasaran?
Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah
membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Namun
satu panggilan pada malam itu, mengubah segala-galanya.
“Tihani Rose, suara kau memang manis.”
Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang
langsung tidak dijangka-jangka. Lelaki yang pernah menghentak jantungnya dengan
pengakuan…
“I
am obsessed with serial killers.”
Kemunculan Alexander Aryan bukan sekadar
itu. Datangnya membawa memori silam dua belas tahun lalu. Katanya, mahu menjaga
dan melindungi. Tetapi, benarkah dia sekadar seorang pelindung?
“Izinkan I ambil mood musim luruh ni, izinkan I guna keberanian yang
tiba-tiba muncul ni, untuk luahkan apa yang ada dalam hati I.” – Tihani Rose
“Tia, don’t do this. You’re hurting yourself.” – Alexander Aryan
Bila
seorang demi seorang remaja perempuan dibunuh, Tihani akhirnya mengetahui
kebenarannya. Mereka semua dijadikan bahan latihan sebelum White Killer
mendapatkan dia.
“You shall be my masterpiece, Tihani Rose.” – White Killer
Tetapi
White Killer tersilap besar. Tihani Rose tidak akan semudah itu menyerah. Untuk
setiap titis air mata yang mengalir, setiap titis darah yang menitik dan setiap
penderitaan yang dia tanggung, Tihani akan melawan semula.
“Kau
nakkan nyawa aku? Baik. Bring it on.
Malam ini, hanya akan ada salah seorang daripada kita yang selamat.” – Tihani
Rose
Cabaran
akhirnya dilempar. Mereka sudah sama-sama jadi gila. Dan Alex semakin terdesak!
Mampukah dia jadi sang penyelamat? Atau dia perlu membebaskan kegilaannya sendiri?
Kerana sesungguhnya, dia juga bukan manusia biasa.
Baca bab-bab awal AL di sini!
No comments:
Post a Comment