ENCIK SAYANG DAN MISS SWEETHEART


Tahun terbitan: 2014
Genre: Romantic Comedi

BLURP:

Kata orang, kerana mulut badan binasa. Rasanya peribahasa itu memang sangat kena untuk aku, Sebijik menempek atas dahi!

“Macam nilah, Encik…Encik Sayang. Sebelum I naik hantu kat sini…”

Kerana mulut, aku dicop Miss Sweetheart oleh Encik Sayang yang semestinya aku tak sayang langsung. Semuanya gara-gara Cik Gincu Merah yang sangat gedik menggeletis macam ulat bulu!

            “Kalau macam tu, emak ajelah cari calon untuk kakak. Senang cerita.”

Kerana mulut, emak dan ayah tiba-tiba membawa calon suami untuk aku. Or to be more specific, dia orang bawa Encik Sayang! Dalam aku baru sahaja mahu redha dan menerima nasib jadi heroin novel kahwin paksa, kenapa pula mamat sengal itu yang jadi heronya? Sudah tidak wujudkah makhluk berkromosom XY yang lain? Kenapa mesti dia?!

            “Ya, ya…saya janji. Kalau…kalau awak selamat, kalau kita dapat keluar dari sini, saya akan kahwin dengan awak. Just…just be safe, please…”

Kerana mulut, ‘Operasi memutuskan pertunangan’ aku tiba-tiba sahaja berubah menjadi ‘Operasi persiapan perkahwinan’. Sedar-sedar sahaja, aku sudah pun duduk di atas pelamin di mana pengantin lelakinya adalah tidak lain dan tidak bukan…Encik Sayang!

Oh, jangan fikir cerita ini berhenti takat itu saja. Kerana dalam kisah pelik ini, terselit juga si dia yang digelar ‘The most dashing, hottest eligible bachelor on Earth’. Ya, aku tahu. Gelaran ni memang sangatlah exaggerated. Tapi hakikatnya, dia memang berkali ganda kacak, bergaya dan kaya berbanding Encik Sayang. Dan part yang paling best adalah…Encik Dashing ini adalah bekas kekasih aku! Cinta pertama zaman muda remaja dulu yang rupanya masih cintakan aku setengah mati. Aduh, haru…haru.

Itu belum lagi termasuk Cik Gincu Merah yang tiba-tiba mengumumkan diri sebagai arch enemy aku. Moto hidup dia: Merampas dan menghancurkan Encik Sayang. Like seriously?! Aku pula yang kena jadi heroin untuk selamatkan Encik Sayang?

Lalu perjalanan hidup aku yang selama ini landai, normal dan bebas dari anasir-anasir konflik tiba-tiba sahaja berubah menjadi roller-coaster!

Baca bab-bab awal ESMS di sini!



No comments:

Post a Comment