June 18, 2013

Encik Sayang dan Miss Sweetheart - Bab 6


BAB 6

“WOAH! Kiranya kau dah buat ala-ala adegan novellah dengan dia?”
            Terkelip-kelip mata Syamil. Novel apa pula ni?
            “Kan banyak novel kat Malaysia ni yang hero heroin jumpa buat pertama kali sebab accident. Lepas tu jatuh cinta dan…walla!! Happily ever after!” Turun naik tangan Hazri bercerita. Bersungguh!
            Syamil tetap pegun tanpa reaksi.
Melihatkan reaksi kosong sahabatnya, Hazri merengus.
“Okay, my mistake. Kau tak tahu dan tak kenal novel melayu,” tukas Hazri dengan muka kegeraman. Tak teruja sungguh bercakap dengan orang yang tak satu kepala dengan kita.
            “Kalau dah tahu, kenapa asyik nak kaitkan semua benda dengan novel melayu kesayangan kau tu? Dahlah semua cerita, macam cliché aje aku rasa.” Sempat Syamil membuat komen di hujung kata, padahal dia sendiri tidak tahu akan kebenarannya. Itu hanya apa yang selalu dia dengar.
            “Kau dengar sini, ya? Novel melayu memang cliché, tapi bukankah kehidupan kita sendiri ini pun memang cliché?” bangkang Hazri. Oh, my! Macam mana aku boleh tersebut kata-kata Lisa Surihani dalam drama Maskara? Kalau Syamil tahu, memang teruk aku dikerjakan. Lenyap kejantanan aku selama ini.
            “Pandailah, kau. Mana kau dapat jawapan macam tu?”
            Oh, Syamil tidak tahu. Hazri menarik nafas lega. Selamat imej macho dia.
            “Adalah. Dan lagi satu aku nak tegur sikit.” Hazri mula memeluk dada. “Kau tu baca novel pun tidak, tak payahlah nak cakap pasal cliché-cliché bagai ni. Tak cukup layak pun untuk buat analisa. Inikan pula, nak komen atau nak kritik. Dan untuk pengetahuan kau, Encik Syamil Imran…”
            Syamil menggigit bibir. Ingin sekali dia mengetuk kepala sendiri. Macam manalah dia boleh sentuh bab paling sensitif bagi Mohd Hazri ini? Bukan dia tidak tahu betapa pantangnya Hazri kalau ada manusia yang mengutuk-ngutuk novel Melayu. Peminat tegar, katakan.
            “Walaupun mungkin tema bagi sesebuah novel tu adalah cliché, kelihatan sama tapi garapan setiap penulis tu berbeza. Cara dia tulis, isu yang nak dimasukkan, pengajaran yang cuba disampaikan...semua tu tak sama, tau.”
            Berubah wajah Syamil menjadi kelat. Aduh, bila masa pula sesi dia bercerita tentang Miss Sweetheart bertukar jadi sesi Hazri mempertahankan novel Melayu?
            “Huh, kau ni tayang muka plastik pulak! Daripada aku bercakap dengan kau ni…baik aku cakap dengan tembok. ”
            Akhirnya! Syamil bersorak dalam hati. Walaupun dia tahu bahawa agak kurang ajar dia menayangkan muka tidak berminat tadi, tetapi itu sahajalah caranya untuk membuatkan Hazri berhenti membebel.
            “So…”
            “So apanya?” Syamil menyoal kembali.
            “Apa jadi antara kau dengan dia sekarang?” Soalan Hazri berbalik kembali pada topik asal. Berminat benar dia dengan kisah kelakar sahabatnya. Hmm…Encik Sayang dan Miss Sweetheart. Comel!
            Semerta bibir Syamil mengulum sengihan.
            ‘Dah, sudah!’ Hazri kenal benar sengih itu. Habislah, awak Miss Sweetheart, kena banyak berdoa agar boleh lepas daripada si mamat sengal ini.
            “5, 4…” Syamil tiba-tiba membilang nombor.
            Hazri mengerutkan dahi. Apa pula yang dia ini dah buat?
            “3, 2, 1…”
            Kring!! Kring!! Samsung S4 yang tersadai di atas meja berbunyi tiba-tiba.
            Senyuman Syamil makin melebar dengan seluas-luasnya, sudah hampir ke telinga. Sepasang matanya menyinar nakal.
Dan-dan Hazri menunjukkan muka what-have-you-done, Syamil Imran?
*****
“AWAK MEMANG GILA!”
            Tanpa salam atau apa-apa sapaan, telinga Syamil dihambur dengan kuat. Seakan berdengung telinganya menerima habuan sedemikian. Namun tidak pula dia berasa marah, sebaliknya hatinya dicuit-cuit rasa mahu gelak.
            “Oh, Miss Sweetheart…”
            Ternaik kening Hazri dengan riak wajah ‘diakah?’ Syamil mengangguk kecil seraya menjatuhkan duduk ke atas kerusi. Sebelah kakinya disilang dengan lagak selesa.
            “Awak ingat awak ni siapa, nak arah-arahkan saya?!” Lagi suara di sebelah sana menempelak. Aduh, sayang…tak sakit tekak ke menjerit-jerit macam tu?
            “Saya? Saya Encik Sayang awaklah.”
            Tercetus tawa dari bibir Hazri sebelum dia membuka mulut dengan gerak ‘kau memang gila.’ Syamil menjongket bahu bersama wajah yang beriak nakal.
            “Haish! Awak ni kan….”
            “Awak ni, marah aje lebih. Tapi ikut juga cakap saya, kan?” cantas Syamil cepat-cepat. Masih mengusik.
            Terdengar dengusan kasar di hujung talian. Pasti sekali Miss Sweetheart sedang menahan marah yang amat padanya. Haha…itulah, siapa suruh hang up semalam? Lepas tu buat derk aje waktu orang telefon dia.
            “Dah awak cakap awak akan…awak akan…”
            Syamil menanti dengan setia. Butir bicara gadis di sebelah sana kedengaran tersekat-sekat dalam rasa geramnya. Atau…dia ni tak sanggup nak teruskan apa yang dia nak sampaikan? Okey, tak apa. Saya tolong awak.
            “Akan apa? Serbu tempat kerja awak dan announce pada semua orang yang kita ni tengah hangat bercinta?”
            Kali ini mata Hazri menjojol besar. Gila! Itu yang si Syamil dah buat?
            “Awak jangan nak buat kerja gila dan merepek yang bukan-bukan!”
            “Lar, merepek apanya? Bukankah awak yang dah cop saya ni Encik Sayang awak?” balas Syamil selamba. Suara Miss Sweetheart yang kedengaran makin keras tidak dipedulikan langsung. Malah yang keras itu kedengaran seperti lembut dan membuai-buai sahaja di telinganya.
            “Dan untuk pengetahuan am awak, orang yang sedang hangat bercinta aje yang panggil orang lain ‘sayang’, tau. Sebab itulah, when you called me ‘sayang’, I called you ‘sweetheart’. Kan sedondon namanya tu,” sambung Syamil lagi sambil menahan tawa yang menanti saat sahaja untuk meledak kuat. Hazri di hadapan sudah pun ketawa bagai tak ingat dunia.
            “Okay, fine! Memang salah saya. Saya yang lebih dulu panggil awak macam tu. Puas hati? Sekarang saya nak tarik balik. Jadi awak sila abaikan panggilan saya tu.”
            Syamil tersenyum lagi. Ewah, ewah…nak tarik balik? Dia ingat apa yang dah keluar dari mulut tu boleh ditarik-tarik macam main tarik tali ke?
“Saya tak tahu hantu mana yang dah rasuk saya masa tu sampaikan saya gila terpanggil awak macam tu, tapi tolonglah lupakan pasal hal itu, boleh tak?”
“Eh, mana boleh lupa? Dah ada perempuan manis panggil saya macam tu, wajiblah saya ingat sampai bila-bila.”
            “Haish!! Awak ni kan….” Lagi suara Miss Sweetheart berdesis marah.
            “Dahlah, tak payahlah nak marah-marah macam ni,” sela Syamil dengan lagak serius. Kemudian dia menyambung lagi dengan gelak halus. “Nanti makin comel pula awak jadinya.”
            “Awak…”
            “Hah, jangan nak hang up pula tu!” sergah Syamil tiba-tiba. Entah kenapa dapat dia rasakan bahawa gadis di hujung talian akan mengulangi tindakan semalam. Alahai, dia ini…takkanlah tak ada orang yang pernah ajar dia bahawasanya hang up atas orang lain itu adalah satu perbuatan yang tersangatlah kurang ajar?
            “Mana ada saya nak hang up!”
            “So sukalah dapat cakap dengan saya?”
            “Isy, dia ini kan…memanglah. Sabar, Orked…sabar…”
            Suara Miss Sweetheart kedengaran halus sekali di hujung talian. Cakap seorang-seorang pula? Kelakar!
            “Macam nilah, Encik…”
            “Sayang. Ya, Encik Sayang di sini…” Syamil menyahut sambil menganggukkan kepala berkali-kali.
            “Suka hatilah kalau awak nak terus berilusi dengan Encik Sayang awak tu. Saya malas nak ambil peduli. Yang penting sekarang….”
            “Duit ganti rugi awak tu.”
            “Tahu tak apa. Bila awak nak settlekan semuanya?”
            “Hmmm, bila, ya?” Sengaja Syamil mencucuk-cucuk Miss Sweetheart.
            “Awak berhenti main-main, boleh tak? Saya tak ada masa nak layan perangai pelik awak ni!”
            Aik, dia dikatakan pelik pula? Bahagian mana yang peliknya pada dia? Wajahnya yang kacak? Rupanya yang menawan? Atau sikap gentlemannya? Wah! Perasan kau, Syamil.
            “Okey, okey. Isy, suka sangat marah-marah. Nanti kalau cepat tua, tak puas hati pula,” bebel Syamil dengan selamba badaknya. “Awak ada dua option sekarang.”
            “Option apa pula ni? Saya bercakap pasal ganti rugi kereta saya, bukannya pasal option untuk…entah apa-apa.”
            Terlepas keluhan dari bibir Syamil. Miss Sweetheart dah bertukar jadi Miss Blur pula ke? Dia ini mesti jenis perempuan yang tak tahu apa-apa pasal kereta dan tak reti nak uruskan hal-hal kereta. Pandai pakai aje!
            “Option cara untuk saya bayar ganti rugi awaklah. Awak ingat apa? Option untuk awak…jatuh cinta pada saya atau pun tidak? Macam tu?” Sempat Syamil menyakat di hujung penjelasannya.
            “Huh, kalau saya ada option macam tu, memang jawapannya tidaklah! Saya pilih untuk tidak jatuh cinta pada awak. Titik. Noktah. Full stop.”
            Amboi, confident nampak? Dia ini tak tahu keperkasaan aku. Kalau tidak, tak adalah Misha terpikat.
            “Awak jangan yakin sangat, Miss Sweetheart. Nanti dimakan kata-kata tu.” Agak serius Syamil bersuara walaupun hajat di hati hanya untuk mengusik.
            “Huh, whatever! So apa optionnya?”
            “Option apa?” Syamil bermain soalan. Tiba-tiba terasa bingung pula.
            “Option cara untuk awak bayar ganti rugi sayalah. Awak ingat apa? Option untuk awak jatuh cinta pada saya atau pun tidak?” Miss Sweetheart memulangkan paku buah keras.
            “Then, saya ambil pilihan pertama. Jatuh cinta pada awak.” Syamil tetap tidak mahu mengaku kalah. Spontan sahaja dia menjawab begitu. Eh, kejap! Aku ni biar betul. Boleh pula jawab macam tu.
            “Awak jangan nak buat lawak bodoh kat sini. Tak kelakar, okey. So pleaselah, balik pada topik asal. Saya bukan macam awak, banyak sangat masa untuk bersimpang siur ke mana-mana entah.”
            “Yalah, yalah.” Syamil akhirnya mengaku kalah. Eleh, orang bergurau sikit pun nak melenting. “Option pertama, awak hantar kereta awak tu ke bengkel, ambil resit dan claim pada saya kemudian.”
            “Option kedua?”
            “Awak dan saya sama-sama ke bengkel dan saya akan bayar on the dot bila siap kereta tu nanti. So pilihlah.”
            Senyap seketika. Hanya dengusan nafas gadis di hujung talian yang menyapa telinga Syamil.
“Oh, option untuk report polis tak termasuk dalam urusan kita ni sebab saya tak mahu bayar saman tiga ratus tu,” ucap Syamil tiba-tiba saat teringatkan hal laporan polis yang tidak dibuat. “Dan kalau kerosakan yang sikit tu, rasanya tak perlulah insurans yang tolong cover. Buat hilangkan NCB aje.”
“Huh, mentang-mentanglah dia guna kereta mahal, kerosakan kita dikatakan benda kecik aje. Menyampah aku!” Kedengaran suara kecil Miss Sweetheart yang membebel-bebel sendiri. Syamil hanya tersenyum. Tidak terasa apa-apa.
“So dah pilih belum?” gesa Syamil.
“Nombor dua.”
Syamil membulatkan mata. Woah! Unpredictable. Dalam-dalam menyampah dia pada aku, nak juga ambil pilihan kedua.
“Awak tolong jangan fikir saya pilih macam tu sebab saya nak jumpa awak ke apa, ya. Saya cuma tak nak awak tipu saya dan tak nak bayar saya balik kalau saya ambil option pertama.” Bagaikan mengerti apa yang bermain di dalam benarnya, suara Miss Sweetheart menempelak keras telinganya. Eh, awak dapat baca fikiran saya, ke? Hebat!
“Mana ada saya…”
“Then, kita jumpa di Old Town Seksyen 7. Datang ambil kereta saya dan kita akan sama-sama ke bengkel. Petang nanti, lepas office hour sebelum pukul 7 sebab bengkel biasanya tutup pukul 7.” Sebelum sempat Syamil menjawab, bait bicaranya terlebih dahulu dipintas. Dengan arahan pula tu!
“Assalamualaikum and good bye.” Miss Sweetheart menyambung lagi sebelum…klik!
Syamil terlopong. Eh, berani-berani saja dia hang up lagi sekali? Tak bagi peluang aku cakap pun?
‘Waalaikumussalam.’ Dalam tidak berpuas hatinya, sempat juga Syamil menjawab dalam hati.
*****
‘Oh, awak nak lari daripada saya, ya? Tak nak jawab call saya. Okey, tak apa. Esok pagi tepat pukul 8.50 pagi awak mesti akan call saya sendiri. Nak tahu kenapa? Sebab kalau awak lambat seminit pun, saya akan ke tempat kerja awak dan announce yang kita ni couple, wahai Miss Sweetheartku.’

SMS yang tertera di skrin telefonnya dipandang dengan rasa jelik yang amat sangat. Huh, sebab SMS inilah dia tebalkan muka menelefon lelaki gila tu. Tak pasal-pasal terpaksa menadah telinga mendengar macam-macam jenis ayat pelik yang keluar dari mulut seorang lelaki pelik. Isy, peliklah semuanya!
            Dan…kalau pelik semata-mata tidak mengapa jugalah. Ini tidak, gatal, menggeletis, mengada-ngada…semuanya ada. Complete package!
“Then, saya ambil pilihan pertama. Jatuh cinta pada awak.”
            Sekonyong-konyong ucapan lelaki itu tadi terngiang-ngiang di hujung telinga. Automatik meremang bulu roma Orked. Seram seriau tubuhnya. Haish, gila! Simpang malaikat empat puluh empat.
*****
“BRO, advance nampak? Belum apa-apa, dah siap berbincang pasal jatuh cinta?”
Sergahan Hazri mengetuk gegendang telinga Syamil. Tersentak dia dibuatnya. Alamak, macam mana pula dia boleh terlupa pasal manusia seorang ini yang sedari tadi terpacak menjadi saksi perbualan antara dia dan Miss Sweetheart?
“Apa tadi? Saya pilih untuk…jatuh cinta pada awak? Woah! Dahsyat kau! Sejak bila pandai mengayat macam ni? Baca dalam novel mana ni?” sakat Hazri lagi sambil tersengih-sengih.
Sekonyong-konyong Syamil menghamburkan tawa. Teringat-ingat di dalam benak segala adegan perbualannya tadi. Kelakar! Memang sangat kelakar.
“Isy, melampau pulak aku tengok dia ni gelak.” Hazri mendesis perlahan. “Woi, dahlah tu. Ingat Tuhan sikit. Ini dah macam langsuir aku tengok.”
“Aku...aku tak bolehlah. Dia tu…dia tu…” Tersekat-sekat suara Syamil cuba menahan gelak. “Lawak sangatlah.”
“Kalau iya pun lawak, dah-dahlah gelak macam tu. Seram aku yang menengok ni. Dah serupa orang kena rasuk.”
Syamil menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal tawanya yang seperti tidak sudah-sudah. Dah, Syamil…dah…
“Tapi kan, aku peliklah tengok kau tadi,” komen Hazri tiba-tiba. Serius. Matanya tajam mencerun.
Berkerunyut dahi Syamil. “Apanya?”
“Beriya-iya sangat usik dia, sakat dia. Tell me…kau betul-betul dah jatuh suka kat dia ke apa?”
Tersekat air liur di celah kerongkong Syamil. Apa pula si Hazri ni merepek?
“Kau jangan mengarutlah! Aku mana ada…”
“Kau ni mesti tak pernah dengar, kan?” cantas Hazri sebelum sempat Syamil menyudahkan kata.
Terangkat kening Syamil, menyoal dengan anak mata.
“Salah satu cara untuk seorang lelaki menunjukkan rasa suka dia pada seorang perempuan adalah…”
Jantung Syamil tidak semena-mena berdegup semacam. Aduh, jantung ni buat hal pulak dah? Berdebar sangat ni kenapa?
“Dengan cara mengusik dan menyakat perempuan itu.”

            Gulp! Syamil mula terasa semacam. Entah kenapa, kali ini lidahnya bagaikan gagal untuk menjawab. Kelu dan kedu daripada menitipkan apa-apa. Hati dan jantungnya pula mula mengatur rentak yang semakin pincang daripada kebiasaan. Dah, sudah! Apa semua ini?


~Bersambung...~

Fuh, finally! Dapat juga Cik SA letak entri ESMS kt sini. Sorry sangat2 sebab lambat, darlings. Cik SA teramatlah busy dengan kerja ofis, meeting sana meeting sini, outstation, accident dan macam2 lagi...huhu...jadi manuskrip ESMS ni bergerak pada skala siput sedut yang amatlah sloooow....huhu...

Apa-apa pun, do enjoy kisah kelam kabut Orked dan Syamil ni. Do comment supaya siput sedut ni boleh jadi laju skit...haha...thanks! =)

15 comments:

  1. terubat rindu kt orked n syamil....hehehe
    cpt la smbng x sbr nk tgu....

    ReplyDelete
  2. Best,best..kelakar,memang santai. Bca sambil trgelak,trsengeh sengeh.hehe

    ReplyDelete
  3. weehaaaa... best2!!!... nakal la syamil sakat orked sampai mcm tu skali... so sweet... ;)

    ReplyDelete
  4. nakal eh Syamil.... hahahaha

    ReplyDelete
  5. Comelnyaaa diorg. Baca sambil gelak plus tepuk2 tilam. Kelakar sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey, nk imagine awak baca sambil tepuk tilam...awak plak yg comel...haha

      Delete
  6. Ok. Serius best... Kak Sara, lenguh 'keng' saya senyum memanjang.......LIKE 100%... ^,^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww, thank u. dah okey tak 'keng' tu....hehe

      Delete
  7. tersengih2 WC bce... xsangka syamil ni pandai mengayat smpai hazri pon tkejut tgk dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. and d problemnya, dia sendiri pun x sangka...haha...

      Delete