Assalamualaikum, darlings
Ahad lepas, Cik SA berkesempatan untuk turun padang dan melihat sendiri penggambaran drama JIMK. Kebetulan mereka shoot dekat dengan rumah, itu yang saja-saja nak memunculkan diri...hehe...
Dan akhirnya, saya pun bertemu empat matalah dengan mereka2 yang membawa JIMK jadi live. Untuk scene hari tu, pelakon2 yang ada adalah Farid Kamil, Keith Foo, Syazwan Zulkifly, Haryanto Hassan dan Lana Nordin.
Farid Kamil a.k.a Aariz Danial saya. Fuh, mamat ni hensem dalam real life! Haha. Tinggi yang amat dan sangat peramah, juga kelakar. Hmmm, sapelah yang cakap dia kerek, ya? Serius, FK mmg peramah. Kami siap makan lunch sama-sama dan berkongsi cerita macam-macam. Basically, bercerita pasal pengalaman saya tulis JIMK dan pengalaman dia membawa watak hero novel. Dia kan Kasyah dalam Lagenda Budak Setan.
Honestly, waktu jumpa FK tu, saya boleh rasa aura seorang Aariz Danial dalam dirinya. Entahlah, susah nak explain...tapi memang boleh nampak AD dalam FK. Ke sebab scene yg saya jumpa dia tu adalah scene ofis dan FK nampak sangat macho dalam office attire dia? haha..
Oh, satu yang buat saya tabik spring pada FK adalah sikap professionalnya. Mesti anda tahu, kan pasal kecederaan dia yang jatuh motosikal hari tu? Dan dia dapat cuti seminggu dari doktor daripada menjalani penggambaran. Walaupun dia dah mula shoot balik untuk JIMK ni, FK sebenarnya masih sakit lagi, tau. Kesian tengok dia menahan sakit. Tapi dia memang professional habis. Waktu dia shoot scene dia, memang dia tak tunjuk rasa sakit tu. Terus dia jadi Aariz Danial yang tak patah bahu.
Keith Foo...ohmai!! He's definitely a gentleman. Dia sangatlah polite, peramah, soft-spoken...pendek kata, macam watak hero novel yang perfecto tu. Kalau part hensem tu, memang jangan cakaplah. Giler hensem kut! Haha. Oh, lagi satu...we talked a lot pasal company dia yang dinamakan AKT. Kalau follow Keith kat IG dia, banyak yang dia cerita pasal company dia tu. Banyak perancangan Keith utk AKT, contohnya bekerjasama dengan Noor Arfa batik untuk membawa batik Malaysia ke persada antarabangsa. Jom kita sama-sama support usaha Keith, ya...=)
Syazwan Zulkifly....ini kisah sedih pasal saya dan dia. Ceritanya macam ni. Memang pada mulanya, saya dimaklumkan SZ tak ada kat set. Tapi tup..tup, bila sampai sana, saya nampak dia tengah tidur. Mulalah rasa, "Eh, SZ adalah." Tapi, orang tengah tidur, takkanlah nak kejut kut? Dia tengah letih tu. So, saya biar ajelah dia kat situ. Kiranya, jarak antara saya dengan dia cuma lebih kurang sedepa aje. Dia memang betul2 depan mata saya. Bila dia bangun, dia mula busy untuk shoot. So, saya sekali lagi cuma tengok aje dan tak berani nak tegur. Takut plak dikatakan mengacau. Ingat lepas dia dah habis shoot, bolehlar nak tegur. And then saya keluar kejap, tup...tup...bila saya balik, SZ dah balik. Rupa-rupanya, scene dia memang sikit aje hari tu. Melepas nak jumpa dia...huhu...
Dan yang kelakarnya, bila SZ dapat tahu saya rupa-rupanya ada kat set, he was like... "Maksudnya awak ada kat sana masa saya ada? Ya Allah! Awat tak tegur??" - Inilah yang dia tulis kt IG dia waktu saya inform dia akan keberadaan saya kat set. Adus, saya tak berani tegur sbb awak nmpk busy. Itulah ceritanya, Encik Syazwan.
Basically, meeting them was a nice experience. Boleh tengok sendiri macam mana diorang shoot drama JIMK. Pengarah, Encik Jamal Khan, Assistant director, kak Amy Nawari, krew...semuanya baik2 aje dan rajin melayan kami (saya pergi sana dgn my sisters). Thanks a lot, uolls. Terima kasih atas layanan.
Dalam awal bulan Julai nanti, mereka akan ke New Zealand selama dua minggu untuk penggambaran di NZ pula. Good luck! Moga2 semuanya selamat...=)
Salam sayang,
Cik SA
p/s: ketinggian FK dan KF membuatkan Cik SA rasa kerdil sangat bila duk dengan diorang...haha!
jamal khan msti best citer ni...dia yg buat teduhan kasih jgk...
ReplyDeleteyup, dia yg buat TK. also, drama dr novel Tangisan Bulan Madu...
Deletesape heroin cite JIMK ye??
ReplyDeleteTiz Zaqyah sebagai Dahlia.
Deletetak sabarnya, Jamal Khan buat cerita memang best2... pemilihan pelakon punsesuai sangat :)
ReplyDeleteyup, JK mmg pengarah yang handal. kan? barisan pelakon mmg sy suka...=)
Deletehurm.....seronoknya... huhuhhuuhuhuhuuhuhu...
ReplyDeletesaya dpt rasai mcm mn perasaan ad depan mata tapi tak berani nak tegur.. tak tahu kenapa.. tp blh rasa. kah kah kah...
saya doakan filming ni berjalan lancar, sehinggalah drama ni ditayangkan ^^
ps: kak sara memang kecik... hehehe.. cute je!! hehehehhehe
itulah, smpai skrg kak sara x faham...napelah mulut yg selalunya becok ni x berani nk tegur si SZ tu? nk kata dia nmpk garang, tak pun. nmpk biasa aje. ke sbb org br bgn tido, so...ala2 jangan kacau dia! haha...
DeleteThanks a lot, darling! =)
p/s: omo! janganlah dibilang soal kecik itu. tp klu nk ulang part comel tu xpe...haha
waaaaaaaaaaa.. tak sabar tak sabarrrrrrr.. tahniah akak!!!
ReplyDeletethanks, dear!!! =)
Deletebest nyer sara...jumpa plak hot guys..phewww..bravo sara..tak saba nk tunggu cite nih..
ReplyDeletehaha!! that's so true. mujur aje xde Zul Ariffin. kalau tak, complete package F4 dalam JIMK...haha...
Deletethanks, anyway...=)
Wow...xsb nk tnggu dram nie...cnfrm mst boombastik mcm TK...anyway congrat SA..kne re-read JIMK sbb da lame qatam so agk lupe ngan jln ctew...
ReplyDeletethanks, dear...
Deletehopefully, berjayalah drama ni nanti...hehe..
woww!!..untung nye SA dpt jmpe dieorg..jeles i ngan SA..and da xsbr nk tgk drama nehh..nk tgk AD versi FK..hehe
ReplyDeletehehe...kebetulan diorng yg jadi pelakonnya. yeay, x sabar gak nk tgk AD versi FK...hehe
DeleteDah 2016, plot novel dan drama JIMK still awesome! Memang Cik SA pernah ke New Zealand personally? Bcoz that part of the story is very splendid. :)
ReplyDelete