Showing posts with label just something. Show all posts
Showing posts with label just something. Show all posts

June 28, 2015

"Does your work give you a sense of fulfilment?"

11:41 PM 6
Assalamualaikum w.b.t and Salam Ramadhan

I was reading and doing some research about my next novel (yes, I'm writing a new one) when I came across this story about a guy and an ex-yakuza. The guy was having problems in achieving his dream. He quit his job to do what he loves to do. But things are not that easy. Then, he met this ex-yakuza who asked him, "Does your work give you a sense of fulfilment? If it is, then don't stop. Don't give up."

This story reminds me of myself. I started working one week after I finished my final exam in UM. I didn't even have long vacation which I wanted so much. But then, it's better to be employed than unemployed, right? Especially, in today's world where finding a job is like an unending battle. Since then, I've never stop working. My life became a routine of going to the office, sleep at night, and go back to office the next day. I've became like the other millions employees in the world (or perhaps, billions?)

The downside? I don't really feel happy. Yes, I think I did good job, I've fulfilled my job expectations, and I got bonus for that. But, that's it. Just...that's it. No sense of fulfilment what-so-ever. I was lucky that I can actually write. Writing suddenly became my escapism. I went to the office from Monday to Friday, and I wrote at night. While still working in my previous office, I managed to publish two novels. 

And then...I made a decision that I think will forever change my life. I quit my job. Some people that I know went all..."Are you crazy? Do you know how hard it is to find a job? It's a permanent job in a well-known company." Yes, I know. People don't just suddenly wake up in the morning and said 'I want to quit my job.' 

Me, neither. I thought about it for a long time. I discussed it with parents. But my parents...being my parents, are not the type who would force their children to do what we don't want to do. They raised us to be independent and make our own life decision.

 "Think thoroughly and make your own decision. Whether you'll regret it or not, it's your own responsibility and you should bear it. As for us, we will always support you."

That's what my parents always told us when we need to decide on something. And I honestly, I'm happy that I have that kind of parents. They would always be there to give advice but would never force us on something. They thought us about the burden of making decision, and the responsibility that comes with it. 

And so, I decided to really quit my job and further study. No, I won't be a full-time writer, though it's my passion. It gives me the sense of fulfilment, it makes me happy, it doesn't tire me out even though I have to sleep at 3 am in the morning. But...I have my other future plans. And I'm looking forward to it. If you can have two jobs that give you the sense of fulfilment, then why you need to choose, right? 

Honestly, I'm just happy and lucky that I can actually took the step and throw away the security. Yes, working in the office is a security. I got paid every month, but it was at the expense of not being happy. I know there are a lot people who's not that happy with their jobs, but they are stuck to it because of money and responsibility towards the family. 

I....just don't want to be part of it. 

Lots of love,
~Sara Aisha~

October 31, 2014

Apa khabar, semua?

12:28 PM 0
Assalamualaikum dan selamat pagi.

Apa khabar, semua? Cik SA? Alhamdulillah, sihat walafiat. Agak busy dengan kehidupan sebagai pelajar dan masih menulis manuskrip, tetapi masih bertahan dengan sengih siung Cik SA...haha! When life is a little bit hard, haruslah senyum menerima seadanya, tak gitu? Fuh, sangat positif di hari Jumaat ini.

Seperti selalu yang Cik SA tulis, maaf sangat2 sebab lama tak jenguk rumah sendiri. Banyak yang Cik SA nak kongsikan dengan semua sebenarnya, tetapi biasalah Cik SA ni kan jenis yang suka bertapa dalam gua kalau nak siapkan manuskrip. Meaning, kurangkan kemunculan di dunia maya. Sebabnya FB, twitter, blog dan seumpamanya sangat berbahaya untuk Cik SA. Boleh melekat berjam-jam, tau.

Okey, hmmm....apa Cik SA nak kongsi, ya? Sekarang Cik SA baru sahaja masuk ke semester kedua sebagai pelajar MBA. Alhamdulillah, sem satu berjaya dilepasi dengan jayanya. Syukur pada Allah s.w.t. sebab Cik SA berjaya dapat dean list.

Travel untuk tahun ni? Hmmm, ini part sedih. Kalau tahun lepas, pergi ke empat negara luar, tahun ni baru dua buah negara luar. Okeylah, kira tiga kalau include jalan2 ke Malaysia. Baru balik dari Kuching hari tu. Isy, ini yang rasa nak melawat website Air Asia dan klik2 tiket kat situ. Sara, behave sikit. Anda tak ada masa. Sila ingat manuskrip dan assignments yang melambak!

Apa-apa pun, last trip to Indonesia sangat best! Cik SA pergi ke Lombok (oh, don't worry...bukan kawin lari ke sana) tapi Cik SA pergi mendaki Gunung Rinjani, the third highest mountain in Indonesia. Lepas tu pusing2 Gili and Bali. Seriously, pemandangan di Rinjani sangat cantik! Memang berpadanan dengan proses mendaki yang menyeksakan. 

 Pemandangan dari base camp di Pelawangan. Basically walking in the clouds.

Danau Segara Anak yang boleh dilihat dari atas puncak. View memang awesome giler!!!

Turun dari Rinjani, Cik SA and the gang, pergi ke Gili Trawangan pula. It's an island kat Lombok. Tempat ni cantik. Cik SA lebih suka Gili berbanding Bali sebab Bali macam cramped sangat, maybe sebab popularitinya.

Sunset in Gili.

Oh, apa projek terbaru Cik SA? Kenapalah konon2 busy sangat tu? Actuallly, I'm going to Singapore untuk event anjuran Franzee Novelist, pada 30 November nanti. So, pembaca dari Singapura...tak sabar mahu jumpa anda semua!! 


Istimewa untuk event ini, Cik SA dah siapkan satu kompilasi mini novel edisi terhad yang bertajuk 'Cereka Cinta'. It will be launched in the event, InsyaAllah. Adakah hanya pembaca Singapura yang boleh dapatkan Cereka Cinta? Oh, tidak! Pembaca Malaysia juga boleh order novel ini directly daripada Cik SA bila order dibuka nanti. Like I said, it's limited edition so tak ada terjual di kedai2 buku. More info pasal Cereka Cinta akan Cik SA update dalam next entry.

For now, itu sahaja daripada Cik SA, tuan rumah yang macam chipsmore ini. See u again, and love u all!

Love,
Gadis siung aka Cik SA

June 19, 2013

Pengalaman di set penggambaran drama Jodoh Itu Milik Kita

12:00 PM 17
Assalamualaikum, darlings

Ahad lepas, Cik SA berkesempatan untuk turun padang dan melihat sendiri penggambaran drama JIMK. Kebetulan mereka shoot dekat dengan rumah, itu yang saja-saja nak memunculkan diri...hehe...

Dan akhirnya, saya pun bertemu empat matalah dengan mereka2 yang membawa JIMK jadi live. Untuk scene hari tu, pelakon2 yang ada adalah Farid Kamil, Keith Foo, Syazwan Zulkifly, Haryanto Hassan dan Lana Nordin. 

Farid Kamil a.k.a Aariz Danial saya. Fuh, mamat ni hensem dalam real life! Haha. Tinggi yang amat dan sangat peramah, juga kelakar. Hmmm, sapelah yang cakap dia kerek, ya? Serius, FK mmg peramah. Kami siap makan lunch sama-sama dan berkongsi cerita macam-macam. Basically, bercerita pasal pengalaman saya tulis JIMK dan pengalaman dia membawa watak hero novel. Dia kan Kasyah dalam Lagenda Budak Setan. 

Honestly, waktu jumpa FK tu, saya boleh rasa aura seorang Aariz Danial dalam dirinya. Entahlah, susah nak explain...tapi memang boleh nampak AD dalam FK. Ke sebab scene yg saya jumpa dia tu adalah scene ofis dan FK nampak sangat macho dalam office attire dia? haha..

Oh, satu yang buat saya tabik spring pada FK adalah sikap professionalnya. Mesti anda tahu, kan pasal kecederaan dia yang jatuh motosikal hari tu? Dan dia dapat cuti seminggu dari doktor daripada menjalani penggambaran. Walaupun dia dah mula shoot balik untuk JIMK ni, FK sebenarnya masih sakit lagi, tau. Kesian tengok dia menahan sakit. Tapi dia memang professional habis. Waktu dia shoot scene dia, memang dia tak tunjuk rasa sakit tu. Terus dia jadi Aariz Danial yang tak patah bahu. 

Keith Foo...ohmai!! He's definitely a gentleman. Dia sangatlah polite, peramah, soft-spoken...pendek kata, macam watak hero novel yang perfecto tu. Kalau part hensem tu, memang jangan cakaplah. Giler hensem kut! Haha. Oh, lagi satu...we talked a lot pasal company dia yang dinamakan AKT. Kalau follow Keith kat IG dia, banyak yang dia cerita pasal company dia tu. Banyak perancangan Keith utk AKT, contohnya bekerjasama dengan Noor Arfa batik untuk membawa batik Malaysia ke persada antarabangsa. Jom kita sama-sama support usaha Keith, ya...=)

Syazwan Zulkifly....ini kisah sedih pasal saya dan dia. Ceritanya macam ni. Memang pada mulanya, saya dimaklumkan SZ tak ada kat set. Tapi tup..tup, bila sampai sana, saya nampak dia tengah tidur. Mulalah rasa, "Eh, SZ adalah." Tapi, orang tengah tidur, takkanlah nak kejut kut? Dia tengah letih tu. So, saya biar ajelah dia kat situ. Kiranya, jarak antara saya dengan dia cuma lebih kurang sedepa aje. Dia memang betul2 depan mata saya. Bila dia bangun, dia mula busy untuk shoot. So, saya sekali lagi cuma tengok aje dan tak berani nak tegur. Takut plak dikatakan mengacau. Ingat lepas dia dah habis shoot, bolehlar nak tegur. And then saya keluar kejap, tup...tup...bila saya balik, SZ dah balik. Rupa-rupanya, scene dia memang sikit aje hari tu. Melepas nak jumpa dia...huhu...

Dan yang kelakarnya, bila SZ dapat tahu saya rupa-rupanya ada kat set, he was like... "Maksudnya awak ada kat sana masa saya ada? Ya Allah! Awat tak tegur??" - Inilah yang dia tulis kt IG dia waktu saya inform dia akan keberadaan saya kat set. Adus, saya tak berani tegur sbb awak nmpk busy. Itulah ceritanya, Encik Syazwan.

Basically, meeting them was a nice experience. Boleh tengok sendiri macam mana diorang shoot drama JIMK. Pengarah, Encik Jamal Khan, Assistant director, kak Amy Nawari, krew...semuanya baik2 aje dan rajin melayan kami (saya pergi sana dgn my sisters). Thanks a lot, uolls. Terima kasih atas layanan.

Dalam awal bulan Julai nanti, mereka akan ke New Zealand selama dua minggu untuk penggambaran di NZ pula. Good luck! Moga2 semuanya selamat...=)

Salam sayang,
Cik SA

p/s: ketinggian FK dan KF membuatkan Cik SA rasa kerdil sangat bila duk dengan diorang...haha!

April 26, 2013

PBAKL 2013 - Tahun kedua sebagai penulis

12:08 PM 9
Assalamualaikum, semua

Hari ini, secara rasmi bermulalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Fuh, dah sampai PBAKL, ya? That's mean...sudah hampir dua tahun saya bergelar seorang penulis. 

Yup, saya ingat lagi tahun lepas waktu pertama kali turun ke PBAKL, perasaan tu macam...hmmm...sukar untuk digambarkan. Pertama kali bertentang empat mata dengan para pembaca novel Jodoh Itu Milik Kita, dapat feedback face to face dan semestinya dapat peluk, laga-laga pipi dengan dia orang (perempuan aje, tau!). 

Jadi kali ini...it's the second time! Kali kedua saya turun ke PBAKL. Slot saya adalah pada hari Ahad, 28 Mei 2013, pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. 


Kalau sudi, datanglah dating dengan saya, ya...hehe...Sambil2 tu boleh dapatkan kedua-dua novel saya, Jodoh Itu Milik Kita dan Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu. 

~Kisah manis Aariz Danial dan Dahlia...~

~Kisah cinta bersulamkan aksi Karn Klaharn dan Dian Damia...~

Tak sabar untuk jumpa kamu semua!

Da..da!!

Salam sayang,
Cik SA

April 1, 2013

Novel ketiga?

3:14 AM 6
Assalamualaikum, darlings...

Buat masa sekarang, saya dah mulakan misi untuk menulis manuskrip yang ketiga. Teringat pulak perbualan dengan Kak Hanim dari KS waktu hari pelancaran novel CRT...ACK.

Dia: Sara, manuskrip ketiga macam mana?

Saya: Erk, akak...CRT baru je kuar. Akak dah tanya pasal novel baru? Saya plan nak buat satu novel je tau, dalam setahun. So, next year lah.

Dia: Satu novel setahun? So, that's why...dateline sampai akhir tahun ni aje, tau.

Dush! Dah dapat dateline dah. So, by hook or by cook, saya kena mula dengan novel ketiga ni dan siapkan sebelum tarikh keramat tu. Aduh, back to BAB 1.

Yup, when u're a writer, your 'TAMAT' always mean 'BAB 1'. Or jadi 'PROLOG' if you have one. It's like...tutup buku lama dan mulakan buku baru. Kena keluarkan diri daripada dunia yang lama dan cipta satu lagi dunia baru. Wah! Dah macam pelakon, kan?

Tapi, bila difikirkan balik...seorang penulis itu memang tak ubah macam seorang pelakon. Atau mungkin...satu produksi, seorang pengarah dan semua pelakon. Yalah, anda yang arahkan jalan cerita itu macam mana, shot mana yang nak ambil, nak zoom dekat mana, pakaian macam mana, dan semestinya nak bawa karakter yang macam mana. Anda yang kena jadi watak baik, watak jahat menyampah tahap giler, watak bodoh-bodoh, watak kejam...pendek kata, lakonkan semua watak. Bukan ke itu namanya menjadi semua pelakon?

Sebab itulah sekarang saya ni kira macam dalam proses transisi untuk keluar dari dunia Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu, dan membawa diri saya masuk ke dalam dunia novel ketiga ni. Dan yang harunya...these two are totally different world. Dah tak ada i'll-love-u-even-if-i-die-scene atau Tee rak-t-rex-scene. Yang ada sekarang adalah...dunia malap dua orang manusia yang ditakdirkan jatuh cinta dalam keadaan paling tragis? 

Eh, kejap. Macam tu ke novel baru saya ni? Entahlah, belum siap lagi. So, saya sendiri tak pasti semalap mana atau setragis mana kisah mereka ni. For sure, it's another genre for me. This time it's gonna be melodrama. Tough it's still about love story, of course. Cuma, mengikut plannya...saya nak masukkan satu isu berat yang mungkin menjadikan novel ini sebuah novel yang berat dan sangat melo.

Isy, saya ni tak habis-habis cuba tulis macam-macam genre, kan? Well, what to do? That's me. Saya adalah seorang penulis yang nak cuba macam-macam. Mungkin orang akan ingat saya ni tak ada pendirian, tak boleh nak decide apa yang saya nak. Tapi...saya anggap diri saya adalah seorang penulis yang akan tulis apa yang SAYA nak tulis. Bukannya tulis apa yang ORANG nak saya tulis.

Entahlah, ini pendapat peribadi sayalah, kan. Saya rasa kalau seorang penulis itu tak dapat tulis apa yang dia nak dan cuma terkekang dengan permintaan orang padanya, lambat laun dia akan kehilangan keghairahan dalam menulis. Losing my passion of writing, of creating stories...that's the one thing that i don't want it happen to me. 

Okeylah, done membebel malam-malam buta ni. Dahlah waktu tengah menaip cerita baru ni. Boleh pulak budak Sara ni tiba-tiba berblog pula, kan?

Adios!

Salam Sayang,
Cik SA yang tak reti-reti nak masuk tidur dalam pukul 3.15 pagi ni.




March 29, 2013

Special Edition untuk Chan Rak Ter…Aku Cinta Kamu?

4:09 PM 6
Assalamualaikum, darlings… 

Nampak tak tajuk kat atas tu? Nampak, kan? Err, alkisahnya bukan saya nak up SE untuk CRT…ACK. Tapi, saja nak cakap (maybe mohon pendapat sikit) yang sejak kebelakangan ni ramai jugak pembaca CRT…ACK yang minta diadakan special edition untuk my second baby ni. 

Omo! How? What to do? Macam mana? Aduss….honestly, saya memang tak ada plan nak sambung CRT…ACK. Bukan tak nak, atau tak sudi tapi tak ada idea…huhu… Bak kata kakak saya, “SE macam tak sesuai sebab jalan cerita CRT…ACK memang dah tamat. Dah ada peleraian segala. Tapi kalau Ngah nak sambung lagi, bukan jadi SE dah tapi jadi CRT…ACK 2. Terus jadi novel baru, dengan watak penjahat baru yang lagi psiko, aksi yang lagi mendebarkan dan kejam, Karn, Dian dan anak diorng yang lagi terjebak dalam bahaya.” 

 Jawapan saya untuk cadangan kak long pulak, “Kalau CRT…ACK tu, ngah ambik masa setahun nak siap. Rasanya sambungan dia akan jadi 2 tahun kut. Sebab lagi berat dan bertambah konfliknye…” 

So, how’s that sound? Agak-agak patut ke saya cuba tulis sambungan CRT…ACK? Kalau saya betul-betul sambung, memang scene aksi tu akan saya buat lagi kejam ala2 Criminal Minds, gitu…haha… 

Apa-apa pun, buat masa sekarang…saya memang masih belum ada idea untuk sambungan CRT…ACK. Lagipun, saya sekarang ni baru mula date dengan Tuan Syafiq Tuan Haikal pula. Oh, itu lagi satu! Kisah Syafiq ni, saya nak kategorikan sebagai kisah berat melodrama which means, saya memang berniat nak buat readers menangis dan melalak. So hopefully, saya akan berjaya buat anda semua menangis. Amacam? Jahat tak saya? Haha! 

Ciao! Adios! 

Salam Sayang, 
Cik SA

February 24, 2013

Cerpen Coklat Cinta yang dicilok orang

10:04 PM 23
Assalamualaikum, semua...

Rasanya ramai yang dah tahu pasal cerpen saya bertajuk Coklat Cinta yang duk circulate through Facebook. Entahlah siapa punya kerjalah pergi cilok kerja orang. Mula-mula waktu ada seorang reader inform saya, memang rasa... "What?! Apa ni?" Rasa ralat, sedih, semua ada...mungkin inilah perasaan penulis lain bila ada orang yang plagiarize kerja diorang. 

So, nak dijadikan cerita. Sebab saya nak claim cerpen tu sebagai saya punya cerpen, saya hantarlah ke penulisan2u. Sebenarnya dari awal tulis Coklat Cinta, saya dah hantar ke sana tapi entahlah...tak tersiar pula.  Now bila dah keluar, orang duk kata "Eh, pernah bacalah cerpen ni kat FB." "Tak ada originaliti lah penulis ni...bla...bla..."

Okey, please ya...orang2 tukang komen ni. That cerpen is mine in the first place. Saya yang susah2 tulis walaupun cerita dia simple je and berdasarkan lagu Noona, Only you. Oh, ini lagi satu. Orang kata cerpen tu sebijik lagi Only You. Alahai, sayang....dah memang saya inform awal2 lagi, Coklat Cinta is based on Only You sebab saya suka sangat lagu tu and i love Mark Prin & Noona.

Ini dia link untuk cerpen Coklat Cinta yang dari awal lagi saya letak kat blog ni. Dan yang FB tu ambik saya punye, ok!


Dan ini pulak entri pasal Coklat Cinta is based on Only You. Siap dengan video klip sekali. 


Isy, saje je benda alah ni buat saya jadi geram...huhu...Lepas ni nak set kan dekat blog ni, so that orang tak boleh right clik. Before ni memang sengaja tak nak buat macam tu sebab rasa macam susahkan orang je. Tapi lepas dah jadi macam ni, memang kenalah buat macam tu. So that, tak ada lagi manusia yang boleh kopi pasta hasil kerja Sara Aisha kat sini.

Okeylah, done membebel menyuarakan ketidakpuasan hati.

Salam sayang,
SA

February 23, 2013

CRT...ACK - Dah sign!!

7:47 PM 17
Assalamualaikum, darlings!!

Semalam last minute confirm dapat gi sign kat KS hari ni. So, done signing untuk yang order direct dari Cik SA dan jugak first 300 untuk yang order online dari KS. Tapi kan...ada sedikit rasa bersalah sebab staff KS terpaksa datang kerja hari Sabtu disebabkan oleh Cik SA. 

Staff KS dah bungkus CRT yang diorder direct daripada Cik SA dan katanya akan diposkan hari Isnin nanti. Tracking no akan Cik SA letak dalam doc (dlm grup JIMK_Aarilia). Nanti boleh check kat situ je. Jangan kacau ofis KS pasal tracking no kalau anda beli dgn Cik SA, tau...hehe...

Lagi satu, dah check CRT...ACK. Ada sedikit kesilapan teknikal yang buat Cik SA ralat sikit. Part 'sawadee ka'. Sebenarnya Cik SA dah tulis 'sawadee krap' bila lelaki yang sebut. Tapi bila melalui proses editing and proof reading, sume dah jadi 'sawadee ka' tak kira lelaki or perempuan. 

I guess itu mungkin juga kesilapan Cik SA sbb tak inform dulu pasal beza 'ka' dan 'krap' tu. Tapi tak apalah, nak buat macam mana lagi, kan? Mungkin boleh dibetulkan dalam cetakan kedua dan seterusnya. Cewah, confident aje ada cetakan2 seterusnya...haha

 So, di sini Cik SA nak jelaskan ianya adalah kesilapan teknikal, ya. Kita semua kena ingat bahawa 'ka' adalah untuk perempuan sahaja dan 'krap' untuk lelaki sahaja. Fuh, dah macam dalam kelas bahasa thai pula...hehe...

Apa-apa pun, hati ni memang sangat teruja sebab dapat peluk cium my second baby tadi dan sangat bersyukur sebab KS sudi terbitkan CRT...ACK ni. Thanks KS dan thanks jugak untuk hari ni! Sayang semua!! =)

Lots of love,
Sara Aisha

February 4, 2013

Penghargaan pada novel cinta

4:39 PM 2
Assalamualaikum, darlings...

Hari ini Cik SA terjumpa artikel ni di Utusan.com.my bertarikh 13 Januari 2013. Buat pertama kalinya, rasa macam ada yang menghargai hasil karya kami, penulis novel cinta. Yalah, sebelum ni telinga kami sudah terlalu biasa dimomokkan dengan ayat-ayat seperti 'novel cinta ni cuma novel picisan sahaja atau tak ubah macam karangan SPM.' Sejujurnya, hati ni tersinggung bila hasil penulisan kami dilabelkan macam tu. Sebab bukan senang untuk kami hasilkan karangan kami itu. 

Ya, mungkin ayat-ayat yang digunakan tidak terlalu 'sastera', jalan cerita pula biasanya berkisarkan kisah cinta antara uda dan dara, tetapi...dalam setiap hasil tulisan kami, sebenarnya kami cuba masukkan unsur-unsur lain. Jodoh itu Milik Kita, contohnya...Cik SA cuba tonjolkan isu anak hasil rogol, isu anak angkat dan isu anak kandung yang terabai, isu penerimaan masyarakat pada anak yang kononnya lahir dalam keadaan 'kotor' dan lain-lain. Cik SA selalu percaya pembaca yang betul-betul 'baca' JIMK, akan nampak apa yang Cik SA nak tunjukkan. 

Okeylah, cukuplah membebel pasal JIMK. Akhir kata, terima kasih buat penulis artikel ni yang bagi Cik SA tidak berat sebelah dalam menilai hasil penulisan/karya seseorang penulis. 

*********

Link untuk artikel yang Cik SA maksudkan:

http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130113/sa_02/Penghargaan-pada-novel-cinta



Penghargaan pada novel cinta



SEJAK beberapa tahu tahun lalu, novel cinta yang diterbitkan oleh berbagai penerbitan mendapat pasaran hebat terutama daripada dalam kalangan remaja perempuan. Novel cinta yang laris kebanyakannya dihasilkan oleh penulis wanita yang berumur antara 20 hingga 35 tahun. Kebanyakan novel yang dihasilkan tebal antara 500 hingga 1000 halaman.

Penulis wanita yang masih muda ini kebanyakannya mempunyai tenaga dan daya pemikiran yang segar. Mereka sanggup berjaga malam untuk menyiapkan sesebuah novel dan ini patut diberi pujian.

Mereka menulis berdasarkan pengalaman yang dilalui yang bersamaan pula dengan yang dilalui oleh pembaca. Pertautan pengalaman menyebabkan novel itu laris kerana kisahnya dekat di hati pembaca.

Ini bertepatan dengan kata pengarang Indonesia B.Simorangkir Simanjuntak dalam Kesusasteraan Indonesia bahawa "Kesusasteraan adalah cermin jiwa, getaran sukma pengarang, kesusasteraan harus tumbuh di tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat."

Seorang lagi pengarang Indonesia melalui bukunya Punca Sastera Indonesia, menegaskan "Kesusasteraan adalah manifestasi daripada gerak kerja jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakikatnya kesusasteraan atau seni sastera itu Ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat."

Berdasarkan kenyataan ini novel cinta boleh dianggap termasuk dalam kategori sastera walaupun bagi setengah orang ini lebih kepada sastera popular mainan para remaja. Namun begitu sastera popular ini mendapat sambutan hebat dalam kalangan pembaca. Sastera serius yang penuh nilai estetika ternyata tidak mendapat sambutan kerana nilainya hanya difahami oleh segelintir sahaja dan bukan masyarakat biasa.

Pelbagai novel yang hasilkan berligar kehidupan cinta para remaja, alam berumah tangga dan lain-lain. Novel Ombak Rindu karya Fauziah Asyaari umpamanya berjaya mencetus fenomena apabila ia mendapat sambutan hebat dalam kalangan pembaca tua dan muda.

Apabila diadaptasi menjadi filem maka kelarisan novel itu meningkat sehingga puluhan ribu naskah. Novel-novel lain yang dijadikan drama termasuk Adam dan Hawa karya Aisya Sofea dan siri Trilogi Cinta 1 dan 2 karya Sharifah Abu Salem.

Antara novel kisah cinta yang laris pada tahun 2012 ialah Isteri Sepenuh Masa, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Maaf jika Aku Tak Sempurna, Jodoh itu Milik Kita, Dia Segalanya, Kasih Antara Kita, Kan ku Cinta Mu, Lafazkan Kalimah Cinta Mu, Suamiku Ustaz, Kejora Di Langit Cinta, Seindah Sakura, Love You Mr Arrogant dan banyak lagi.

Tahun 2011, lima novel yang dicatatkan mendapat sambutan hebat ialah Akhirnya Aku Miliki karya Hanna Dania, Cinta Kontrak (Nurul Ain Syuhada), Uda dan Dara (Aisya Sofea), Yes Bos (Rosmizah). Selain novel-novel ini banyak lagi novel lain yang mencatat jualan yang tinggi.

Antara novelis wanita yang novelnya berjaya dijual sehingga ratusan ribu ialah Ain Maisarah, Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea, Anis Ayani, Damya Hanna, Dhiya Zafira, Shahriah Abdullah dan Siti Rosmizah.

Ain Maisarah umpamanya telah menghasilkan 33 buah novel dan novelnya berjaya dijual sehingga 200 hingga 500 ribu naskah, Fauziah Asyari pula menghasilkan tujuh buah novel berjaya dijual sehingga lebih 500 ribu naskah, Aisya Sofea pula menghasilkan sembilan novel dan berjaya dijual sehingga 600 ribu naskah, Anis Ayani menghasilkan sembilan novel dan novelnya berjaya dijual sehingga 600 ribu naskah.
Ada novelnya yang dicetak sehingga lapan kali, Damya Hanna berjaya menghasilkan lapan novel dan berjaya dijual sehingga 500 ribu. Ada novelnya diulang cetak sehingga 18 kali.

Kelahiran penulis-penulis wanita yang menghasilkan novel cinta ini merupakan satu fenomena yang perlu diberi perhatian. Ia berjaya memecah tembok kelarisan buku di Malaysia.

Selama ini kita mendengar novel-novel serius yang dihasilkan oleh penulis terkenal tidak laris di pasaran. Pembaca tidak membelinya kerana kurang faham atau cerita yang dipaparkan jauh daripada hati mereka.
Dalam kalangan penulis wanita itu terdapat juga beberapa orang penulis lelaki yang mencebur diri dalam genre novel cinta antara yang berjaya ialah Ramlee Awang Murshid yang telah berjaya menghasilkan 16 buah novel dan novel-novelnya dikatakan berjaya dijual sehingga 500 ribu naskah lebih.

Di Indonesia pun ada novel cinta dan mendapat pasaran meluas. Menurut sumber, ada sepuluh novel cinta berunsur Islamik yang mendapat sambutan hangat antaranya karya penulis Habiburrahman el Shirazy dengan novel-novel seperti Ayat-Ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Cinta Berbunga Syurga, dan Di Atas Sejadah Cinta.

Penulis Indonesia lain yang buku mereka mendapat sambutan hangat termasuklah Taufigrahman Al Azizi dan Abidah el Khaliegy. Taufig umpanya menghasilkan novel Musafir Cinta, Shahadat Cinta, Munajat Cinta dan Makrifat Cinta manakala Abidah pula menghasilkan Perempuan Berkalong Sorban.

Malang sekali novel serius yang berestetika tinggi tidak digemari pembaca, hendak dijual tiga ribu naskah pun terpaksa mengambil masa sehingga tiga hingga lima tahun.

Berbanding dengan novel cinta, dalam setahun sudah puluhan ribu dapat dijual. Dan penulis berjaya memperoleh royalti yang lumayan. Ada penulis novel cinta yang berjaya membeli kondominium dan kereta mewah hasil royalti novel cinta.

Kalangan sasterawan mungkin menganggap novel cinta sebagai buku picisan yang kurang wajar diberi perhatian. Mungkin mereka menganggap ini tidak termasuk dalam kategori sastera yang patut dikembangkan dan diberi perhatian. Tetapi masyarakat ternyata meminati karya seperti ini.

Mungkin ada yang menganggap sasterawan menulis bukan kerana duit. Ia lebih bertujuan kepada hendak memperkembangkan sastera di kalangan pembaca. Tetapi kalau novel serius yang dihasilkan tidak mendapat sambutan bagaimanakah sastera hendak dikembangkan dalam kalangan masyarakat. Bukankah kita menjadi penulis syok sendiri dan mendapat habuan lebih apabila buku kita memenangi hadiah sastera dan lain-lain.

Tanpa hiruk pikuk dan hadiah-hadiah sastera, penulis wanita yang bilangannya beratus orang kini sedang bergerak menghasilkan novel-novel yang terlaris dalam kalangan pembaca. Kejayaan mereka patut diberi perhatian.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) patut memasukkan kategori hadiah novel terlaris pada setiap kali Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) diadakan . DBP patut memikirkan perkara ini supaya penulis-penulis wanita itu diberikan penghargaan walaupun mereka telah menikmati hasil penulisan yang lumayan.

-Kredit: Utusan.com.my-

December 3, 2012

Beto Khusyairy – The next Aaron Aziz?

3:36 PM 14
Okey, ke tepi – ke tepi sawang-sawang yang ada…shuuuu…shuuuu incik spider. Penyapu mana? Penyapu!! 

Yezza!! I’m back! Setelah berkurun lamanya tak jenguk rumah sendiri, barulah Cik SA insaf dan kembali ke sini. OMG!! So dramatikus…haha 

And…what the heck with the title? Out of nowhere Cik SA nak cakap pasal Beto Khusyairy? Dan Aaron Aziz? Tapi kan, dari title tu, kamu semua tahu apa Cik SA nak bebelkan, tak gitu? It’s simple! Though I’m not a fan of AA, he is no doubt a phenomenon in Malaysia. So in my personal opinion, Beto Khusyairy will be the next Aaron Aziz.

Credit gambar: Eh.com

Okey2, Beto bukannya hensem macam AA. Tak ada badan ketak2, muka macho bagai...tapi kan, he’s so cute! Muka boyish, walaupun umur tak muda belia sangat pun. Dan yang paling penting, lakonan dia memang tip…top! Bagilah watak apa-apa pun, mesti dia boleh bawa.

Dan sebab dia pandai berlakonlah, Cik SA dengan ini kena mengaku yang Cik SA adalah peminat dia. Waktu mula-mula tengok dia dalam telefilem…entah lupa dah tajuk dia, heroinnya Sharifah Amani (but not Kasyaf Imani) Cik SA dah terjatuh suka kat Incik BK ni.

Hari tu Cik SA tengok Aku, Dia dan Tong Sampah. And the magic happened. Rasa macam jatuh cinta dengan watak Amir Haikal. Like seriously! Dia sangat comel, simple, memahami, tenang, berdikari dan yang paling penting tak pentingkan diri sendiri. I can’t take it if a man expects his woman to sacrifice everything for him.

So dalam busy nak siapkan manuskrip, boleh plak Cik SA godek2 Pak Cik Google dan download habis citer yang ada Beto. Not all, of course. For now, Cik SA dah DL Jujur Aku Dayus, Kasyaf Imani (dah tengok banyak kali, still nak DL lg), Selagi Masih Ada, Aku, Dia dan Tong Sampah, and the latest is Istanbul, Aku Datang.

Honestly, Cik SA beriya-iya nak tengok Istanbul, Aku Datang sebab ada Incik Betolah. Dia kan hero? Dengan Lisa Surihani pulak tu. Though, I personally think watak Hariz tu patut lebih dikembangkan lagi. Entahlah, Hariz macam takleh lawan Amir Haikal je. 

Okeylah, done membebel pasal Beto Khusyairy. Tersedak-sedak dia kita duk cakap pasal dia…hehe… 

Da..da!! Chow! 

Salam Sayang, 
Cik SA yang dah lama invisible dari rumah sendiri 

p/s: next entri akan diceritakan progress CRT…=)

August 9, 2012

Rindu sama blog sendiri...^_^

6:33 AM 5
Assalamualaikum, semua

Rindu dengan Cik SA, tak? haha!! Saya? Haruslah rindu sama blog ni dan followers semua. Sorry, ya dah lama tak update blog ni. Dah bersawang dah pun ni...haha...

Well, Cik SA memang boleh dikatakan sangatlah busy sejak kebelakangan ni. Mana nak buat kerja office lagi, mana nak siapkan manuskrip CRT lagi.

Oh, speaking of CRT. Rombakan besar-besaran dah pun siap. So sekarang ni dah sambung balik dari bab yang tersekat hari tu. Serius, cabaran nak siapkan CRT ni memang lebih daripada nak siapkan JIMK dulu. Maybe sebab jalan ceritanya yang rasanya lagi berat daripada JIMK + setting kat Thailand...hehe...

Apa-apa pun saya akan cuba siapkan CRT secepat mungkin. Lagipun, penerbit dah asyik tanya tu. Adoi,  kena kejar dah ni....hehe...

By the way, selamat menyambut Ramadhan, ya. Huwaaa!! Lambat bebenor wish...sobs...sobs...

Salam sayang,
Sara Aisha

June 14, 2012

Oh, writer's block...tolong pergi!!

6:21 PM 4
Assalamualaikum, semua...

Sekarang saya tengah berdepan musuh paling ketat seorang penulis iaitu...Writer's Block. Oh, tidak!!! WB...please go away!!!

Seriously, dah dua hari saya tak menulis. Siap tidur awal pulak tu. Aduh! Kalau biasanya saya tidur dalam pukul 2 atau 3 pagi, tapi dua tiga menjak ni pukul 12 dah tidur...huhu...Err, adik2, sila jangan ikut timing kak sara ni ya. Kak sara ni memang jenis burung hantu, idea datang time tengah malam2 buta so masa menulis memang time orang lain semua zzzzzz....haha

Apa-apa pun, saya berharap dan berdoa sangat2 so that WB ni janganlah lama sangat teman saya. Saya ada dateline kena meet, CRT kena siapkan dan next novel untuk dimulakan...huhu

Okeylah, sebelum saya tamatkan bebelan saya ni, jomlah layan lagu Writer's Block ni...

Da...da!!

Salam Sayang,
Sara Aisha

June 9, 2012

Jom ke Gathering 4 penulis!!!

11:46 PM 4
Jom peminat2 buku tanah air!!! Kita berdating bersama empat penulis tanah air...Sara Aisha, Rehan Makhtar, Zura Asyfar dan Ezza Sara

Pada yang berminat untuk menyertai, kami mengalu-alukan. Pengesahan penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 15.06.2012 untuk memudahkan pihak kami mengatur segalanya agar berjalan lancar. Pembayaran akan dibuat hujung bulan ni untuk terus book. (book awal dapat murah)..hehe.. 

Tarikh : 21-23 September 2012 (Jumaat - Ahad) 
Tempat: Residence Inn, Cherating 
Bayaran : RM 150 (Bujang 4-5 orang/ bilik)  
RM420 (Sepemeli 2 dewasa + 3 kanak2) 

*Bayaran adalah all in (tapi tidak termasuk pengangkutan ke sana) 

Bertemakan "WE ARE HOT" but SOPAN... 

Program akan kami update tak lama lagi. 

Jom kita sama2 meriahkan Gathering Hotties. Sebarang permintaan boleh letakkan nama di sini. Mohon nyatakan kehadiran anda adalah bersama family ataupun tidak bagi memudahkan pihak kami mengaturnya. (B=Bujang / F=Family)

'We are hot in our very own way. We are here to share and we know, you are here because you care..."

Salam sayang,
Sara Aisha

April 27, 2012

PBAKL --> I'm coming + Handmade bookmarks

11:02 PM 3
Assalamualaikum, semua...

Wah, esok sudah 28 Mei 2012. Lagi beberapa jam sahaja lagi saya akan ke PBAKL untuk bertemu dengan pengunjung dan peminat JIMK. Ada ke peminatnya? haha!!

Sebenarnya saya mahu hadiahkan sesuatu yang special buat peminat JIMK yang datang. Tapi...nak dijadikan cerita, saya tak sempat nak tempah hadiah (busy sangat dengan kerja office). Lepas tu bila pergi cari something kat kedai, tak adalah pula yang berkenan...huhu...

So, i buat keputusan untuk....buat sendiri gift tu. Dan akhirnya, ta da!!! 


Siaplah handmade bookmarks untuk dihadiahkan esok, tapi buat yang 30 terawal aje. Sebenarnya saya buat dalam 50 lebih keping. Tapi, kena divide untuk pengunjung 6hb nanti. Sorry ya, sebab tak buat banyak. Tak sempat dan tak larat sebenarnya. Apa taknya, semalam baru saya buat...huhu...

Inilah sahaja pemberian tak seberapa daripada saya buat penyokong JIMK yang selama ini bersama saya. Terima kasih sangat ya, darlings! 

Dan buat yang akan datang esok, selamat bertemu. Tak sabar saya nak jumpa anda semua. Love you mucho!!! haha...

Salam sayang,
Sara Aisha

April 21, 2012

Novel: Ringan, sederhana, berat?

3:18 PM 8
Assalamualaikum, semua.

Okey, saya bukan mahu berbicara tentang berat dari segi kg, ya. Tapi dari segi jalan cerita sesebuah novel. Rasanya semua pembaca boleh bahagikan jenis novel kepada ringan, sederhana dan berat, kan?

Bila saya meletakkan diri saya sebagai seorang penulis, saya teringin mahu jadi seorang penulis yang boleh menulis ketiga-tiga jenis ini. 

JIMK bagi saya adalah sebuah novel yang sederhana berat. Ia tidaklah jatuh dalam kategori ringan dan santai. Kalau tak, takkanlah pembaca menangis bagai masa baca JIMK, kan? Hehe...Tapi JIMK juga bukanlah novel yang berat sampaikan pembaca rasa sesak jiwa bila membacanya. 

CRT...ACK, novel kedua saya yang masih dalam proses itu, juga saya kira sebagai novel sederhana berat. Mungkin akan jadi sedikit berat berbanding JIMK, tapi dalam perancangan saya...ia takkan jadi terlampau berat. Akan ada unsur-unsur cinta yang santai dan juga sedikit romantik. 

Sejujurnya, bagi pendapat peribadi saya...menulis cerita berat memerlukan seseorang penulis itu mempunyai pengalaman yang cukup meluas, dan juga cukup ilmu penulisan untuk menulis kisah yang berat dari segi konflik dan jalan penceritaannya. Saya? Memang jauh panggang dari api. Pengalaman saya memang seciput aje dan ilmu penulisan pun sangatlah kurang. Rasanya saya memerlukan masa sehingga beberapa tahun lagi untuk mempersiapkan diri bagi menulis cerita yang berat sebegitu.

Sebab itulah, saya sangat mengagumi penulis lama yang berjaya menghasilkan cerita sebegini. Contoh novel berat yang paling saya ingat adalah Diari Bonda. Novel itu agak berat bagi seseorang yang mempunyai pemikiran yang agak ringkas seperti saya. Novel-novel thriller juga berat bagi saya, seperti novel Ramlee Awang Murshid, John Grisham atau Dan Brown. Tapi, saya sukakan novel begini, yang membuatkan otak saya ligat berfikir.

Novel ringan dan santai? Saya juga teringin untuk menulis novel begini. Menulis novel ringan juga bagi saya mempunyai cabarannya yang tersendiri. Yalah, walaupun ringan dan santai, novel itu tetap perlu ada jalan penceritaan dan kisahnya sendiri, kan? Dan untuk memastikan novel ini tetap ringan tetapi pada masa yang sama, ada konfliknya sendiri...itulah cabaran bagi seorang penulis. Jadi tolonglah jangan ingat, menulis novel ringan dan santai itu sesuatu yang senang.

Bila saya meletakkan diri saya sebagai pembaca pula, saya juga sukakan ketiga-tiga genre. Ringan dan santai waktu saya mahu merehatkan minda, mahu ketawa dan relax aje. Sederhana bila saya mahu merasai semua perasaan yang ada dalam novel itu. Saya mahu rasa kelakar, lucu tapi pada masa yang sama mahu juga rasa sakit hati, sedih dan geram. Berat pula waktu saya mahu membaca sambil berfikir. Walaupun kadang-kadang bila membaca novel berat, saya boleh jadi sesak jiwa...tetapi that's the beauty of reading, kan? Kita akan dibawa ke suatu dunia yang menghadirkan perasaan yang pelbagai dalam diri kita.

Okeylah, pendapat anda bagaimana? Sebagai penulis, suka yang macam mana? Dan sebagai pembaca, anda suka yang bagaimana? Ringan, sederhana atau berat??

p/s: Fuhhh...terpanjang pula entri kali ini. Entahlah, terfikir pula untuk berkongsi ini dengan semua di tengah-tengah hari yang suram ini...haha...

April 19, 2012

The Banshee - hantu pejuang wanita?

11:06 AM 2
Assalamualaikum, semua.

Few years back, waktu saya masih di sekolah, saya pernah baca sebuah novel thriller yang sampai sekarang memberikan kesan pada saya. Kesan macam mana? Well, sampai sekarang saya ingat cerita dia! Bayangkan dah hampir 10 tahun, tapi saya masih ingat hampir keseluruhan jalan cerita. Tapi, sayang...saya dah lupa tajuknya.

Basically, novel ni menceritakan tentang The Banshee. Apa itu the banshee? Ia adalah satu lagenda Irish tentang semangat atau spirit atau hantu seorang perempuan yang akan menghukum lelaki-lelaki yang menganiyai wanita.  Dalam novel yang saya baca tu, banshee ni digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat cantik, tapi mata dia, kalau tak silap saya...berwarna pink/merah. Pandangan mata dia sedih dan dia kelihatan seperti menangis. Bukan semua orang boleh nampak perempuan ni sebab dia cuma menampakkan diri dia di hadapan lelaki yang akan dihukum. Lepas je lelaki tu nampak the banshee, dia akan mati dalam suatu tempoh masa (saya dah lupa berapa lama). Dan dia akan mati dalam keadaan mengerikan.

Cara the banshee menjatuhkan hukuman? Melalui suara dia. Yup, dia akan membunuh mangsanya dengan pekikan maut. Lelaki yang mendengarnya akan mati dalam kedaan dahsyat seperti badan meletup tiba-tiba. Rasanya pekikan the banshee yang memecahkan segala organ, urat-urat darah dan akhir sekali badan orang tu.  Isy, mengerikan...

Saya sebenarnya tidak terlalu percaya tentang benda-benda begini. Ya, jin dan roh itu wujud. Cuma yang menyerupai benda-benda pelik itu sebenarnya adalah syaitan yang menjelma untuk menyesatkan umat manusia.

Tapi, saya rasa apa yang tersirat di sebalik lagenda Irish ini adalah...kaum lelaki janganlah menganiyai wania. Anda adalah kaum yang kuat, yang sepatutnya menjadi khalifah di dunia ini, dan yang sepatutnya melindungi seseorang wanita. Ketahuilah, walau sekuat mana pun seorang wanita...dia akan tetap memerlukan perlindungan seorang lelaki. Tak kiralah sama ada lelaki itu adalah ayah, abang, adik lelaki atau pun suami. 

April 14, 2012

Segmen Tahukah Anda? - Jodoh itu Milik Kita

9:49 PM 12
Tahukah anda? – Bahagian 1 

Akta perkahwinan di Malaysia jatuh di bawah Akta 164, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian), 1976. 

Kes kahwin ganti (seperti dalam JIMK), saya tak pasti jatuh di bawah seksyen mana. Waktu saya menulis JIMK, agak lama jugalah saya godek-godek Akta 164 ini, tapi memang sahlah saya bukan otak lawyer, sebab tak faham apa pun…hehe… 

Cuma ada satu seksyen 44 berkenaan ‘Membetulkan kesilapan’ yang mungkin ada sedikit kaitan dengan kes kahwin ganti ni. Nak tahu lebih lanjut tentang seksyen 44 ini, silalah cari dalam Akta 164. 

Apa yang saya nak cakap di sini adalah…kahwin ganti ni bukan senang.  Dari segi agama, perkahwinan Aariz dan Dahlia memanglah sah. Tapi, dari segi undang-undang, banyak lagi benda lain yang perlu diuruskan selepas itu. Ada info yang saya dapat mengatakan bahawa bila pengantin dah tertukar begitu, pasangan itu perlu membetulkan segala maklumat kepada pihak berkuasa yang terbabit dan membayar denda. 

Sebenarnya saya cuba sahihkan maklumat ini, dengan menghubungi pegawai dari jabatan yang ada kaitan dengan hal perkahwinan di Malaysia, tapi sayangnya tak dapat feedback. Sebab itulah dalam JIMK tidak ada disebut tentang semua ‘tindakan selanjutnya’ yang dibuat oleh Aariz dan Dahlia dalam menguruskan perkahwinan mereka. Yalah, mana boleh saya masukkan maklumat yang belum tentu sahihnya, kan? 

Dan lagi satu, sebab saya mahu memendekkan cerita. Hmmm…mungkin itu satu kelemahan bagi penulis baru seperti saya yang nak cut short cerita ini. Maaf, ya. 

Tahukah anda? – Bahagian 2 

Akta anak angkat di Malaysia jatuh di bawah Akta 253, Pendaftaran Pengangkatan 1952. 

Berdasarkan akta 253, kanak-kanak yang lahir di luar negara boleh dianakangkatkan oleh pasangan suami isteri di Malaysia dengan syarat kanak-kanak tersebut menyempurnakan tempoh pemastautin biasa seperti diwajibkan oleh Akta dan mempunyai surat perjalanan yang sah sebelum layak untuk Permohonan Pengangkatan. 

So, yeah…Aariz Danial perlu melalui ini semua sebelum dia benar-benar menjadi anak angkat Tuan Haikal dan Puan Marina 

Berdasarkan akta 253 juga, kanak-kanak ini akan memperoleh Sijil Pengangkatan yang mempunyai taraf kesahihannya sama seperti Sijil Kelahiran dan boleh digunakan untuk Pendaftaran Sekolah, Permohonan Kad Pengenalan, Permohonan Pasport dan lain-lain urusan rasmi. 

Tahukah anda? - Bahagian 3 

Navotas, tempat asal Aariz Danial merupakan satu kawasan setinggan perkuburan yang terdapat di pinggir kota Manila, Filipina. Terdapat kira-kira 600 keluarga yang menetap di tanah berunsur perkuburan ini. Dan ironiknya komuniti ini digelar sebagai Bagong Silang (Newborn). 

Penduduk di kawasan ini tidur, masak, makan, mandi dan membasuh baju di atas makam. Tiada langsung tandas atau bekalan air. Disebabkan kekurangan ruang di dalam tanah perkuburan, mayat-mayat lama terpaksa dikeluarkan dari makam dan tulang mereka dibuang berselerak begitu sahaja di kawasan berhampiran. 

Di Navotas, penduduk tempatan mendapat pengkebumian secara percuma apabila mereka meninggal dunia, tetapi mayat mereka hanya boleh disimpan di dalam makam selama lima tahun. Selepas tempoh lima tahun, mayat mereka akan dikeluarkan dan digantikan dengan mayat baru. 

Bolehkan anda membayangkan hidup di tempat sebegini? Saya? Memang tak tercapai dek akal. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu akan kewujudan tempat sebegini sehinggalah saya terbaca suatu artikel tentang Navotas di akhbar Kosmo. Dan artikel inilah yang telah memberikan saya idea tentang asal-usul Aariz Danial.

April 10, 2012

Ketidaksempurnaan watak

1:21 PM 8
Assalamualaikum, semua 

Baru-baru ini, saya ada baca satu artikel daripada kak Maria Kajiwa. Beliau mengatakan bahawa dalam penulisan, ketidaksempurnaan watak adalah sesuatu yang sempurna. Pening, ya? Hehe…

Cuba fikir, dalam dunia realiti ni…ada ke orang yang sempurna? Tak ada, bukan? Mustahil! Jadi bila watak yang kita tulis itu adalah bukan seorang yang sempurna, watak itu sebenarnya lebih dekat kepada pembaca.

Semua ini mengingatkan saya kepada komen salah seorang pembaca JIMK yang mengatakan bahawa dia sangatlah menyampah dan benci pada watak Aariz Danial, iaitu hero JIMK. Tetapi katanya lagi, kerana Aariz tidak sempurna, dia jadi suka pada JIMK. Begitu juga dengan watak Dahlia yang memang jauh daripada sempurna.

Ya, Aariz bagi saya memang tidak sempurna. Dia…boleh saya kira sebagai penakut! Aariz tidak berani nak capai kebahagian yang memang dah ada depan mata, asyik nak buat assumption sendiri tanpa fikir pasal perasaan Dahlia, sangatlah pesimistik dan terlampau mengikut kata/sayangkan Syafiq sampaikan tak boleh berfikir secara rasional.

Dahlia pula…seorang yang terlampau mendesak. Bila dia dah mula jatuh sayang pada suaminya, dia jadi possessive, mungkin sedikit obses pada Aariz. Sebab tulah, dia jadi cemburu buta. Inilah ketidaksempurnaan dalam diri Dahlia.

Apa kata anda? Adakah anda suka watak novel yang sempurna? Bagi saya, saya memang suka yang TIDAK sempurna…hehe 

Salam sayang, 
Sara Aisha

April 7, 2012

Kerja

9:46 PM 0
Assalamulaikum, semua...

Apa khabar? Bila tengok tajuk entri ni, apa yang saya nak cakap..errr...tulis, ya? Pasal kerja?? Yup, pasal kerja. Semalam waktu saya meeting dan list out semua projek kelolaan saya, my senior cakap "Sara, your workload ni banyak rupa-rupanya..." Masa tu, barulah saya perasan....oh, okey...agak banyak.

Tapi, saya tak pernah bawa balik kerja ke rumah sampaikan my sis akan tanya.. "Ngah tak pernah bawa balik kerja, kan?"

Nak tahu apa jawapan saya? 

"Sebab Ngah tak mahu jadi hamba kepada kerja. Kerja office hanya setakat pukul 6 petang, kecuali kalau terpaksa outstation."

Yup, saya selalu fikir....kita memang akan kerja demi kemaslahatan hidup kita. Be it a job we love so much atau sekadar kerja sebab nak duit. Tapi, itu tak bermakna kita perlu jadi hamba kpd kerja. Bekerja dan bekerja sampaikan tak ada masa untuk diri sendiri. Saya tak nak kehidupan yang hanya berkisar pd kerja semata-mata. Saya tak nak kehilangan momen-momen kehidupan muda saya ni, saat-saat indah dengan family and friends. 

Tapi...Sara Aisha ada dua kerja.

Soooo true! Saya ada dua kerja and yet saya cakap pasal 'tak mahu jadi hamba pada kerja'. Hmmm...apa saya blh ckp, ya? Saya tak menganggap menulis sebagai suatu kerja? Err...tak juga. Menulis bagi saya adalah kerja yang berdasarkan hobi saya. Sesuatu yang saya suka buat. Sesuatu yang dekat pada saya. Sesuatu yang tidak membebankan saya. Sebab tulah saya tak boleh terlalu memaksa diri saya menulis, maksud saya...terlalu mengejar dateline. Saya tak fikir saya boleh menulis dengan baik jika saya asyik kena push untuk kejar dateline. Bila saya menulis, biarlah pada waktu hati saya benar-benar nak menulis. Saya percaya bila saya dapat menulis dengan hati, barulah pembaca dapat menyelami perasaan watak dalam karya saya tu.

Am i thinking too much? Tapi, memang itu yang saya rasa. Kedua-dua kerja saya menjadikan saya Sara Aisha, tapi itu tidak bermakna saya hanya akan bekerja without enjoying myself. Saya masih akan keluar on weekends with my sisters and friends, pergi hiking atau masuk hutan mana-mana, atau pergi muzim (i love museums sooo much!!) atau duduk saja-saja kat rumah, tengok kartun kat TV. 

One thing for sure, macam dalam buku Rich Dad Poor Dad....don't be a slave to our works, let the works be our slave. 

April 2, 2012

Saya dan mereka ---> 1 Malaysia

12:51 PM 0
Assalamualaikum, semua 

Dua hari lepas saya habiskan masa bersama dua orang kawan baik saya, an Indian girl and a Chinese guy. We were soooo….1 Malaysia!!! Hehe… 

Memang seronok dapat berborak dengan dia orang. Bercakap pasal memori lama-lama dulu waktu di UM, dan cakap pasal current life masing-masing. We were talking for hours!!! Rasanya waiter kat Tappers tu pun dah pandang semacam, it’s like… “Budak 3 orang ni tak reti-reti nak keluar ke?” Tapi, masa tu tak ramai customers so okeylah kut..(maybe sebab tu tak kena halau…haha..)

Actually, that’s the great thing about living in Malaysia. Walaupun kita berlainan bangsa, kita boleh berkawan, boleh menghormati antara satu sama lain tanpa ada sebarang prejudis. Ya, kita berbeza, cara hidup kita pun tidak sama…tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berkawan, kan?

Kadang-kadang saya akan jumpa manusia-manusia yang sangat skeptikal tantang berkawan dengan orang yang berlainan bangsa. In fact, ada yang cakap “Macamlah tak ada Melayu lain nak berkawan..” And I was like… “Errk, apekah??” 

Seriously!! Kenapa dalam tahun 2012 ni, ada lagi orang yang macam tu?

Bagi saya, bangsa bukanlah penentu untuk kita berkawan dengan sesiapa, kan? Yang paling penting, perangai dia, attitude dia dan rasa hormat antara satu sama lain. Ya, tidak kiralah walau macam mana pun perbezaan kita, kita tetap perlu menghormati diri masing-masing. That’s the basic thing about being human.

Salam hormat,
Sara Aisha