May 30, 2013

Encik Sayang dan Miss Sweetheart - Bab 4


BAB 4

“KENAPA lambat tadi?”
            Syamil memalingkan muka pada sang pemilik suara yang menyapa. Dia baru selesai menonton pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan koleksi terbaru Aaron Ng, salah seorang pereka muda yang semakin dikenali ramai.
            “Oh, kau Hazri...” tegur Syamil pada sahabat baiknya, merangkap ketua pasukan produksi bagi House of Syamil Imran. Hazri bertanggungjawab dalam menentukan kos dan harga jualan bagi setiap rekaan, serta menentukan jadual untuk pengeluaran.
            “Yalah, aku. Kenapa? Kau ingat siapa? Misha?”
Mendengarkan soalan sahabatnya, Syamil pantas membuang pandang pada Misha yang sedang berbual-bual dengan beberapa pereka fesyen yang lain.
“Aku peliklah dengan kau ni, Mil. Dalam kau asyik mengadu pada aku pasal dia over manja, mengongkong, tak reti hormat orang dan macam-macam lagi...kau tetap dengan dia, kan?”
            Bicara Hazri mengundang jelingan Syamil.
“Kau cakap memanglah senang. Aku…”
            “Tak sampai hati. Aku tahu. Kau ni, Syamil Imran…nampak aje macam keras, tapi dalam hati ada taman sungguh.”
            “Kau nak makan penumbuk aku ke?” Suara Syamil berdesis keras.
            “Wooo, wooo...emo semacam pulak?” sakat Hazri. Besar sengihnya, menayangkan wajah maha nakal.
            Syamil mengeluh panjang. Bukan boleh dilayan sangat perangai selamba Hazri. Kalau tidak, makin menjadi-jadi pula.
“Dah kau ni sesedap rasa saja cakap macam-macam. Siapa yang tak hangin?”
“Yalah, yalah. Aku tak sebut apa-apa lagi pasal kau dan Misha. Unless…”
Terjongket sebelah kening Syamil, menyoal dengan anak mata.
“Kau nak minta nasihat aku on how to dump a girl.”
Syamil menjuih bibir. Ceh, bangga sangatlah tu dengan title kasanova yang melekat atas dahi dia itu? Apalah yang seronoknya bertukar-tukar teman wanita mengalahkan tukar baju setiap hari? Dia ini…cuma punya seorang perempuan, tetapi yang seorang itu sudah cukup untuk merumitkan hidupnya. Haru biru! Kacau bilau! Semuanya ada.
“Yalah, sifu Hazri. Nanti bila aku nak dump mana-mana perempuan, aku pergi berguru dengan kau. Puas hati?” sela Syamil, dengan wajah yang olok-olok dimaniskan.
“Bagus. Itulah yang kita nak.”
Syamil tertawa dalam diam. Sahabat yang dikenali sejak kecil ini memang begini. Kadang-kadang boleh jadi serius, kadang-kadang selamba dan sesekali pula boleh beremosi sendiri. Dan yang paling haru, minat baca novel cinta. Hah, itu memang pelik bin ajaib. Lelaki maskulin macam Hazri jadi hantu novel cinta Melayu? Dahsyat!
Tapi bila disoal kenapa dia punya minat begitu, jawapan yang diberi memang tidak boleh dicapai dek akal.
“Aku belajar cara-cara nak mengurat perempuan.”
Isy, ada ke patut si Hazri ini menyalahgunakan bahan bacaan macam tu sekali?
“Hah!” Bahu Syamil ditepuk kasar. Hampir-hampir sahaja dia tersembam ke bawah.
“Kau ni kan…”
“Kau belum jawab soalan aku lagi. Kenapa kau lambat tadi?” Baru sahaja Syamil mahu memarahi sahabatnya, Hazri terlebih dahulu memintas.
Pertanyaan Hazri segera membawa Syamil kepada kejadian petang tadi. Serta-merta tawanya tercetus.
“Aku accident.”
Terkelip-kelip mata Hazri pada wajah menyengih Syamil. Dia tidak salah mendengar, bukan? Syamil accident? Jadi, kenapa…
“Habis tu, kenapa kau tersengih-sengih macam kerang busuk? Kau ni biar benar? Betul ke tidak accident tadi?”
“Eh, betullah. Kenapa pula aku nak tipu?” Tegas bicara Syamil. Namun bibirnya tetap menayangkan sengih. Sungguh! Mengingati sahaja sudah cukup untuk membuatkan dia geli hati. Alahai, Miss Sweetheart…
“Tapi, kau tak nampak macam…”
“And furthermore, aku accident dengan kereta bapak aku.”
Menjojol luas mata Hazri. Gila! Itu harta kesayangan Uncle Suhaimi, kut.
“Wei, kau biar betul?! Matilah kau! Itu kan…”
“Tak ada apa-apalah. Kereta tu okey. Aku dah check tadi, cuma ada calar sikit aje. Pandailah aku polish nanti. Tapi kau…” Syamil menarik Hazri mendekatinya. Muka mereka dekat sekali. “Jangan gatal mulut bagitahu dia. Kalau tidak, mampus aku.”
“Aku tahulah. Tapi apa yang menjadi kemusykilan aku sekarang adalah…” Hazri menggosok bawah dagu sambil matanya mencerun penuh syak wasangka.
“Apa?”
“Kenapa kau nampak happy sangat?”
“Well…” Syamil mengangkat bahu. Air muka bersahaja dipamerkan pada sahabatnya.
 “Oh, oh…I smell something fishy…” Lagi sekali Hazri memeluk bahu Syamil. “Wei, cakaplah.”
“Betul kau nak tahu?”
“Nak.” Berkali-kali Hazri mengangguk.
“Aku…” Syamil mula berbisik.
“Hmm…”
“Jumpa…”
“Hmm…”
“Miss Sweetheart.”
Hazri menoleh pada Syamil dengan muka apa-kau-merepek-ni?
“Dan aku secara rasminya dah jadi…Encik Sayang.” Tanpa mempedulikan wajah keliru Hazri, Syamil menyambung lagi.
“Encik…Sayang?”
“Yup, Encik Sayang,” akui Syamil sekali lagi. Kemudian dia menapak pergi, meninggalkan Hazri yang masih termangu-mangu sendiri. Pandai-pandailah kau figure out sendiri!
“Encik Sayang? Miss Sweetheart? Eh? Budak Syamil ni dah gila ke apa?”
*****
“YA ALLAH, ORKED!!!”
            Orked menekup sebelah telinga. Aduh, kuat sungguh suara emak. Siap dengan perfect pitching pula tu. Kalah Ella, menangis tak berlagu Datuk Siti Nurhaliza.
            “Kamu accident? Macam mana boleh jadi macam ni? Ada luka tak? Ada calar-balar? Ya Allah! Buruklah rupa kamu kalau ada parut nanti…”
            Eh, emak ni agak-agaklah. Parut itu juga yang dia fikir. Bukannya nak risaukan keselamatan aku!
            “Mak…” Orked cuba menegur ibunya yang semakin galak membelek diri. Habis tubuhnya dipusing ke kiri ke kanan, ke depan dan ke belakang.
            “Okey, tak apa. Kakak jangan bimbang. Nanti tahulah emak uruskan. Kita jumpa doktor, kita pergi spa, kita elokkan balik kulit kamu kalau ada parut ke apa ke.”
            “Mak!”
            Puan Jasmin tersentak.
            “Kakak tak apa-apa. Okey aje. Tak langsung luka atau calar-balar, dan semestinya tak ada parut bagai.”
            “Tapi, tengok kereta tu…” gumam Puan Jasmin dengan jari telunjuk yang terhala pada Viva milik anaknya.
            “Kereta aje yang teruk. Kakak okey, tip-top! Don’t worry.” Besar sengih Orked, cuba membuktikan betapa dia baik-baik sahaja. Itu pun kalau hati yang menyampah pada lelaki yang mengecopnya sebagai Miss Sweetheart tidak dikira.
            “Betul ni?”
            “Betul, mak. Betul.” Terangguk-angguk kepala Orked mengalahkan burung belatuk. Tetapi dalam hati…
‘Tak betul, mak! Sebab sekarang ada manusia sesat mana yang panggil anak kesayangan mak ni sebagai Miss Sweetheart. Huwaa!!’
Ingin sekali dia mengadu pada emak, tapi kalau dia berbuat demikian, itu mencari nahas namanya. Fikirannya sudah boleh membayangkan…
Adegan 1:
“Oh, really? Dia panggil kakak macam tu? How sweet…”
            Adegan 2:
“Wah! Ada juga orang nak kat anak mak ni, kan?”
Adegan 3 (yang paling mengerikan):
“Cepat suruh dia masuk meminang!”
Tidak!! Oh, tidak mungkin sama sekali! Walaupun lelaki tersebut boleh dimasukkan dalam stock lelaki-lelaki paling hangat semalaya, tetapi kerana perangai yang pelik lagi aneh itu, bersamanya adalah sesuatu yang sangat…mustahil. Imppossible!
Eh, sekejap. Apa yang dia merepekkan ini? Laju Orked mengetuk kepala sendiri. Kau ni dah kenapa, Orked? Orang tu tak ada apa-apa pun, yang kau melebih-lebih ni kenapa? Bongok sudah?
“Kakak…”
Isy, sudah-sudahlah tu fikir pasal mamat tu.
“Kakak!”
“Ya, mak!” Tegak terus kepala Orked. Matanya melekat tepat pada pandangan emak yang nampak sangat mengesyaki sesuatu. Cepat-cepat Orked tersenyum dengan semanis mungkin. Kalah Puteri Gunung Ledang!
“Kamu ni, betul-betul okey ke, tak? Semacam aje mak tengok. Tadi masa accident, kepala…”
Amboi, emak…nak cakap dia gila ke apa? Mulut sedap sungguh. Tapi Orked tahu emak cuma berasa bimbang tentangnya. Perlahan-lahan dia melepaskan nafas dan memeluk bahu ibunya dengan manja.
“Mak, kakak betul-betul tak ada apa-apa. I’m fine. Terkejut sikit tu mungkin ada, tapi basically I’m okay. Totally okay. Hal kereta pun kakak dah settlekan…”
‘Eh, betul ke dah settle? Dibuatnya lelaki tu tak mahu bayar ganti rugi?’
“So, mak janganlah bimbang. Nanti dah tak lawa dah. Nanti bertambah kerutan di dahi tu.”
Bulat mata Puan Jasmin. Tangannya teraba-raba di atas dahi. Menggelabah semacam.
Orked tersenyum dalam diam. Emak ni betul-betul sensitif dengan perkataan ‘kerutan’, padahal kalau dibandingkan dengan wanita seusianya, emak betul-betul cantik. Body solid molid gitu.
“Sebab tulah kalau mak nak maintain muda, maintain cantik…mak jangan bimbang lagi, tau. Jangan fikir bukan-bukan.”
            “Pandailah kakak. Padahal tak nak dengar mak bercakap, kan?” duga Puan Jasmin dengan yakin.
            Orked tergelak dan dengan sepantas kilat mengucup pipi ibunya. Kemudian mencicit dia berlari masuk ke dalam butik.
Puan Jasmin membeliakkan mata. Eh, budak ni!
“Kakak! Adik macam mana?” tanya Puan Jasmin separuh menjerit saat teringatkan anak keduanya. Janganlah dibuatnya si Orked biarkan adiknya sendirian. Perangai cemerkap budak Orked ni boleh tahan juga.
“Kakak dah call, minta dia balik dengan kawan dia!” Dari kejauhan, kedengaran suara Orked yang menjawab.
         Terlepas keluhan dari mulut Puan Jasmin. Kepalanya digelangkan berkali-kali. Hmmm….bilalah Orked ni nak matang sikit? Nak suruh kahwin dulu gamaknya.

~Bersambung~

Enjoy reading, darlings! Kalau sudi, komenlah, ya...hehe...=)

14 comments:

  1. Interesting :) I'm waiting for Encik Sayang meet Miss Sweetheart episode ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, yeah! that's gonna be next chapter...haha

      Delete
  2. Sweet betol diorang nie.hihihi.cumel2...

    ReplyDelete
  3. tdi masa cik SA seru tu bca guna hphone..xleh nk komen

    walaweiiii En sayang dh mula2 angau dgn Miss Sweetheart...

    bestt...thanks ye cik SA

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! En sayang tu saje dia aje nk kacau miss sweetheart...=)

      Delete
  4. Masa baca versi cerpen dlu WC igtkn Encik Sayang ni playboy... rupe2nye bkn... xsabar nk tnggu dorg jumpa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, tidak! dia ni stok2 lelaki setia...katanya...haha

      Delete
  5. en sayang tu kah menantu puan jasmin??

    ReplyDelete