March 31, 2012

Pengalaman pertama di Nasi Lemak Kopi O, TV9

10:26 PM 10
Assalamualaikum, semua...

Alhamdulillah, selesai juga interview saya di program Nasi Lemak Kopi O semalam. Fuhhh...serius lega sangat-sangat!!! =)

Dengan hujan yang lebat seawal 6 pagi, semalam memang satu hari yang sangat bermakna dalam hidup saya. Bukan sebab dapat masuk TV, okey...tapi sebab saya dapat mencuba dan buat sesuatu yang tidak pernah saya buat. Berada dalam set NLKO macam tu, siapa sangka perkara sebegini akan jadi pada saya? Yang pasti, saya tak pernah pun expect yang saya akan dipanggil ke sebuah rancangan TV untuk bercerita tentang novel saya sendiri..sama seperti saya tidak pernah menduga akan menerbitkan novel sendiri. 

Inilah yang dinamakan kuasa Allah. Juga rezeki daripada-Nya. 

Okeylah, berbalik kepada interview semalam. Hmmm....apa yang boleh saya simpulkan, ya? Menarik! Dub..dab...dub..dab... Rasa macam thrill pun ada...haha...

Mula-mula masuk set dan duduk depan Hunny Madu, memang rasa nervous. Jantung macam nak tercabut je. Tapi, thanks to Hunny yang sangat baik dan friendly, rasa nervous tu macam hilang. Once on air, rasanya saya macam nervous for few seconds dan lepas tu, semangat je jawab soalan cepu emas dia. Dahlah soalan tu semua memang on the dot punya soalan. Meaning, saya memang tak di'brief' pun pasal soalan sebelum start on air. Ingatkan adalah dia orang nak tunjuk soalan dulu ke apa ke...haha...


Dan....err...bersahaja dan tenang sangat ke saya jawab soalan? Ramai yang cakap macam tu. Entahlah, masa dalam set tu...saya cuma rasa macam...hmmm...duk bersembang dengan Hunny, bukan duk depan satu Malaysia. Lagipun, kat set tu cuma ada few people aje. Ada Farah Diana, Sharifah Aleya, few cameramen, band yang perform before that, guest yang akan di interview lepas2 saya, and few other staffs. Plus minus dalam 20 orang aje kut. Mungkin, sebab tulah...saya rasa kurang nervous.  Oh, ya!! Ada Liyana Jasmay jugak!! Tapi dia masuk lepas sesi saya dah habislar..hehe...

Okey, memandangkan dah tertulis pasal 3 pengacara NLKO tadi, saya nak bagitahu...Farah Diana sangat cantik, okey! Serius, suka tengok dia. Dan dia cakap lembut je and very supportive. Hunny Madu pun sama. She's so cool! Friendly sangat-sangat. Even waktu dah nak balik pun, dia boleh lagi tanya... "Dah nak balik ke? After this, u all nak pergi mana? bla...bla..." As for Sharifah Aleya, kita orang tak sempat nak bertegur sapa sangat. She was busy. Tapi dia pun baik je....hehe... 

Liyana Jasmay pun.....sangat comey!! Saya rasa dia nampak lagi comel in real life daripada dalam TV. Tapi, sayang...tak sempat nak tangkap gambar dengan dia, sebab after that dia kena rush ke konti Hot FM. 

Apa-apa pun, it was a once in a lifetime experience. A very great experience, i should say. Pengalaman yang  tidak terduga, tapi very sweet...=)

Terima kasih sangat-sangat buat pihak NLKO yang sudi panggil saya ke segmen 'Sinopsis' anda. Terima kasih kerana menyokong penulis tanah air. Semoga anda akan sentiasa sukses.

Salam sayang,
Sara Aisha

March 29, 2012

Jodoh itu Milik Kita ---> Full and official trailer!!!

11:30 AM 26
Assalamualaikum, semua...

Okey, disebabkan saya mahu ambil feel untuk interview di NLKO esok, jom tengok trailer JIMK lagi sekali!! hehe...

***********

Fuh, finally!!! Dapat jugak upload full trailer untuk novel Jodoh itu Milik Kita. Agak lama jugak masa yang diambil untuk siapkan vid ni..hehe

Yelar, saya ni memang tak pandai sangat buat vid cm ni. Memang kena berusaha lebih untuk gabungkan semua video2 Christian Bautista, Sari Yanti dan Sharnaaz Ahmad untuk jadi satu trailer lengkap yang betul2 gambarkan jalan cerita JIMK.

So, without further ado, let's check this out! Komenlah sikit, ya nanti...=)


Video2 yang digunakan untuk siapkan trailer ni:

1) CB - I'm already King MV
2) OST Suria di Cordoba
3) CB - Unsaid MV
4) CB - Love Moves in Mysterious Way MV
5) CB - I Remember the Girl MV
6) Trailer Mendongak ke langit 
7) CB - All That's Left MV
8) CB - Beautiful Girl MV
9) Trailer Simfoni Luar Biasa

Wah!! Bila list semua vid ni, banyak rupanya yang saya guna..haha!

Lagu yang digunakan:

1) Yiruma - Kiss of the Rain
2) Ost The Beethoven's Virus - Maestro 
3) Ost IRIS
4) Kerispatih - Demi Cinta
5) Afgan - Bukan Cinta Biasa

Honestly, saya agak berpuas hati dengan hasil trailer ni. Untuk orang yang pertama kali buat vid trailer cam ni, tak adalah teruk sangat hasilnya, tak gitu?? Haha!! Sorry, ter'perasan' sikit di situ...=)

Oh, by the way....cuma tinggal few days je lagi sebelum JIMK betul2 menemui readers di pasaran. Excitednya!!! =)

*repost*

March 28, 2012

Sara Aisha di Nasi Lemak Kopi O, TV9

5:16 PM 7
Assalamualaikum, semua.

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaan Allah yang Maha Esa, juga rezeki dari-Nya, saya akan diwawancara di rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9. 


Sungguh, langsung  tidak terduga bahawa saya akan dipanggil oleh pihak NLKO untuk ke segmen sinopsis ini. Apa-apa pun, sekalung terima kasih buat NLKO yang sudi memanggil penulis baru, yang tak ada nama macam saya ni...=)

p/s: sangatlah seram sejuk nak masuk TV...adoi...haha!!

Review JIMK - Miss Syamimi Hasli

12:40 PM 0

Assalamualaikum, semua.

Tadi waktu saya duk godek-godek Pak Cik Google, saya terjumpa review tentang novel Jodoh itu Milik Kita di blog Miss Syamimi Hasli yang manis ini. Saya minta share review ni, ya Cik Mimi...=)

***********


Novel JODOH ITU MILIK KITA

Salam semua.. tak sabar rasanya nak update blog untuk harini. maybe ada satu perkongsian yg agak menarik.. smlm jam 4 pgi baru aku dpt lelap kan mata. ni semua semata2 dan gara2 ......... buku nie...



ni semua sbb novel "Jodoh itu milik Kita"..... banyak novel menjadi koleksi dan kesayangan aku.. tapi tak pernah aku terlampau teruja untuk habiskan sebijik buku yang sgt tebal ni dlm masa satu malam! one nite only........ kalau di takdirkan msk exam mngenai crita ni dah mmg agak comfirm aku dpt A ! hehe.. ehhh.. ape yg aku melalut ni. but its true my dear. cube test tak percaya .. hee.. 

apa yang menarik sangat??? entahlah. tapi yg pasti jln critanya agak menarik perhatian. dari awal.. hinggalah akhir perceritaan.. lain org lain citerasa.. banyak org ckp novel mmg kaya dgn kisah cinta. tapi tu tak bermakna kita yg sedang dilamun cinta aja boleh baca... aku nak je menyangkal kata2 kwn aku tempoh hari. sedap je mulut dia cakap baca novel satu yg membosankan dan buang masa! aku Love novel. bukan semata-mata sebab kisah cinta yang tersenarai carta teratas. tp aku suka sebab semuanya bole jadi pengalaman bagi aku. ada suka. ada duka.. ada yang bernama kehidupan..... 


berbalik kpada story 'JODOH ITU MILIK KITA' sebenarnya lelaki yg lebih banyak memainkan peranan oleh sbb perempaun moodnya selalu berubah2. bukan dlm cerita je. sebnarnya its true. alam realiti pun perempuan mmg tak dapat agak apa yg ada dlm perasaannya. mungkin prempaun seringkali di lukai. (macam akulah tu) he.. yang pasti sayang akan meruntun hatinya tatkala perhatian dan layanan di berikan dgn penuh rasa kasih. haih... apalah harini aku jiwang sgt... hahaha... :D buku tu btol2 buat aku lebihkan perhatian utk mencari lelaki yg terbaik... mcm Aariz Danial :) dia x sempurna tapi dia cukup di kagami.. 


thanks to SARA AISHA. sbb penulisan awak cukup mendalam bagi sy .. andai sy di takdirkan berjumpa org atau pelengkap tulang rusuk yg ada di tubuh sy... saya tau dan kenal bagaimana hidup saling bertolak ansur dlm meniti khdpan dan buku awak insyaallah menjadi inspirasi sy.. 


aku juga nak cakap kat korang.. selain SARA AISHA. please creadit to Anis Ayuni, Aisha Sofea & Damya Hanna. diorg jugak berbakat dlm penulisan. & jln cerita mereka tak pernah menghampakan. :) enjoy reading! sy pasti awak pun akan suka nanti :) chill.... 


gambar istimewa utk u all pada hari ini..



***********


Di sini saya ingin ucapkan terima kasih sangat-sangat atas review yang panjng ini. Alhamdulillah, gembira saya dengan penerimaan Cik Mimi terhadap novel saya ini. Sungguh, terharu tau! 

Salam sayang,
Sara Aisha

p/s: review di atas tu hasil copy paste dr blog Cik Syamimi. all credit belong to her..=)

Review JIMK - Miss Hajar

11:30 AM 0
Assalamualaikum, semua

Di sini saya juga ingin kongsikan review tentang JIMK daripada Miss Hajar dari blog mynextplayground. Terima kasih ya, untuk review ini.

Untuk baca review beliau, sila klik di sini.

Salam sayang,

Sara Aisha

March 27, 2012

Di sebalik nama Aariz Danial, Dahlia dan Syafiq

8:16 PM 3
Assalamualaikum, semua...

Aariz Danial, Dahlia, Syafiq....ingat tak siapa mereka? Yup, inilah watak utama dalam JIMK. Watak yang bersama saya sepanjang enam bulan saya siapkan manuskrip. Juga, watak yang amat saya sayangi. 

Okey, nak tahu tak macam mana saya dapat nama mereka? Kita mulakan satu persatu, ya! =)

Aariz Danial

Hmmm, nama Aariz inilah yang kadang-kadang nak buat saya tergelak. Kenapa? Sebab ada yang cakap Aariz ni sempena Aaron Aziz. Yelah, Aaron + Aziz = Aariz, kan? Oh, jawapannya TIDAK sama sekali. Waktu saya bagi nama Aariz ni, tak perasan pun pasal tu. 

Nama Aariz sebenarnya datang daripada nama anak kepada kawan saya, Aariz Rafique. Baby Aariz sangatlah...sangatlah...sangatlah comel. Waktu saya duk main beracah-acah, panggil.."Baby Aariz...baby Aariz...", waktu tu terfikir "Nama Aariz ni sesuai jadi nama hero novel..".

Nak ambik nama 'Aariz Rafique'...takut melampau pulak ambik nama anak orang. So, saya gabungkan dengan 'Danial', jadilah Aariz Danial.

Khas buat Fauziah, saya pinjam nama anak awak, tau! Sebab baby Aariz comel sangat! So Auntie Sara nak paterikan nama baby Aariz dalam 'first baby' Auntie Sara sendiri. (Nak tunggu anak betul, lambat lagi...haha!!!) 

Dahlia

Kenapa ya saya pilih 'Dahlia'? Sebab saya ni memang jenis yang 'stick to simplicity', dalam erti kata lain...nama pendek (padahal nama saya sendiri panjang...haha!!). Saya suka nama bunga untuk nama seorang perempuan. Macam sweet sangat. Nak pilih Kenanga, Kemboja atau Mawar, macam klasik sangat. Tapi, Dahlia bagi saya...just nice. Ada feel klasik + moden sikit. 

Syafiq

Hmm...Syafiq, yang ni memang saya pick from the sky. Random je...main rembat. Entahlah, masa tulis watak antagonis ni, boleh pulak nama 'Syafiq' yang muncul. Padahal Syafiq yang saya kenal dalam real life saya, okey je...haha..

Apa-apa pun, inilah di sebalik tabir nama watak2 utama JIMK. Dah macam cari nama anak pulak, ada sebab musabab segala bagai...haha...=)

AKU, nukilan Chairil Anwar

11:54 AM 0
AKU 

Kalau sampai waktuku 
'Ku mau tak seorang kan merayu 
Tidak juga kau 
Tak perlu sedu sedan itu 
Aku ini binatang jalang 
Dari kumpulannya terbuang 
Biar peluru menembus kulitku 
Aku tetap meradang menerjang 
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari Hingga hilang pedih peri 
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi 

~Chairil Anwar, 1943~

***********

Beberapa hari lepas saya terjumpa puisi ini di internet. Dan waktu itu, tiba-tiba teringat saat-saat saya sangat meminati puisi ni. 

Ya, waktu saya sekolah dulu, puisi 'AKU' inilah yang saya tampal pada board di meja tulis, dan hari-hari saya akan baca puisi ni. Sampai dah boleh ingat setiap patah katanya. 

Kenapa ya saya sukakan puisi ini? Entahlah, saya sendiri pun tak tahu. Sebab sangat puitis, mungkin. Sebab sangat mendalam? Mungkin juga.

Apa-apa pun, AKU ini membuatkan saya berfikir tentang sebuah kehidupan. Ya, kehidupan bagaimana yang saya mahu, yang mahu saya aturkan dan pastinya…tiba masa nanti, pengakhiran kepada kehidupan ini.  

March 24, 2012

Memperkenalkan ---> Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu

5:18 PM 16
Assalamualaikum semua,

Sara Aisha kini dalam proses untuk menyiapkan manuskrip novel kedua. Jadi di sini saya ingin memperkenalkan "Chun Ruk Ter...Aku Cinta Kamu"!!!

Yup, anda semua tidak salah membaca. Tajuknya adalah dalam bahasa Thai. Err....bukan sebab saya ni peminat lakorn, ya tapi sebab idea untuk novel kedua ini datang melalui satu keratan akhbar tentang satu kejadian yang berlaku di Thailand.

Okey, jom lihat sedikit blurp tentang Chun Ruk Ter...Aku Cinta Kamu...

***************


“Kadang-kala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?” 

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn adalah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian adalah teman yang membahagiakan hidupnya. 

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya. 

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa….siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ni???” – Dian Damia 

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibat. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak. Yang penting, Dian harus diselamatkan! 

“Izinkan saya jaga awak…izinkan saya lindungi awak, Dian…” – Karn Klaharn 

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segalanya terlambat? Dan apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua?

March 23, 2012

[OST. Part 3] BFF, Teman tapi Mesra

2:13 PM 2
Okey, tak sangka pulak OST BFF ni boleh sampai ke part 3...hehe...Kat bawah ni tambahan kepada Part 1 dan Part 2.  But still...belum dapat jumpa lagu dalam episod 1. Sape-sape yang dapat jumpa tu, tolong inform saya, ya. Thanks!

Buat peminat BFF kat luar sana, do enjoy extra OST ni...=)


************

Cara ini pernah aku coba 
Waktu dulu kita berbenturan 
Sampai pada titik ku mengalah 
Dan akhirnya biasa lagi 

Ketika itu terjadi lagi 
Kita berbenturan lebih keras 
Cara lain ku pakai sekarang 
Dan akhirnya biasa lagi 

Reff : 

Namun sudah banyak cara, 
dan jalan ku tempuh damai 
Sekuat tenaga ku masih, 
masih mengusahakan 

Namun sekarang ku habis cara, 
tak ada lagi yang tersisa 
Semua telah kulakukan, 
sebaiknya ku pergi 

Cinta kita buntu ..

***********

[ello] 
 hello teman semua ayo kita sambut, 
hari baru telah tiba apa yang kurasakan, 
ku ingin engkau tahu 
dan berbagi bersama 

*reff 

buka kita buka hari yang baru 
sebagai semangat langkah ke depan 
jadi pribadi baru 
buka kita buka jalan yang baru 
tebarkan senyum wajah gembira 
damai suasana baru 
bukalah bukalah semangat baru 
bukalah bukalah semangat baru 
bukalah bukalah semangat baru 

[berry 'saint loco'] 

coba diam walau hanya tuk sejenak, 
dengarkan kata dari s'gala yang ku ucap, 
ku jelang pagi ini nikmati damai di hati, 
dalam waktu penuh arti karena aku dicintai, 
ku ingat kemarin suasana tak bersemangat, 
namun kini ku jalani dan semua rasanya tepat, 
bersama kita coba wujudkan harapan, 
membuka jalan dalam 'gapai setiap tujuan. 

[ipang]

mentari bersinar... 
selalu ini yang ku minta penuh semangat tertawa 
bersamamu teman semua 
kar'na ini saatnya kita nyanyi bersama 

[ello & all] 

buka kita buka hari yang baru 
sebagai semangat langkah ke depan 
jadi pribadi baru 
buka kita buka jalan yang baru 
tebarkan senyum wajah gembira 
damai suasana baru 

[lala] dengarkan hatimu, 
pastikan pilihanmu esok mentari kan datang, 
bawa sejuta harapan kita jumpa di sana, 
berbagi bersama dan kita tahu, 

pelangi yang satukan kita 

[ello & all] 

buka kita buka hari yang baru 
sebagai semangat langkah ke depan 
jadi pribadi baru 
buka kita buka jalan yang baru 
tebarkan senyum wajah gembira 
damai suasana baru 

bukalah bukalah semangat baru 
bukalah bukalah semangat baru 
bukalah bukalah semangat baru 
bukalah bukalah semangat baru 
bukalah bukalah semangat baru 
bukalah bukalah semangat baru 
bukalah bukalah semangat baru 

[ipang] 
bukalah bukalah semangat baru 
bukalah bukalah semangat baru 
bukalah bukalah semangat baru

**********
Untuk sahabat - Audy ft Nindy

biarkan saja kekasihmu pergi 
teruskan saja mimpi yang kau tunda 
kita temukan tempat yang layak 
sahabatku 

kupercaya kan langkah bersamamu 
tak kuragukan berbagi dengan mu 
kita temukan 
tempat yang layak sahabatku 

kita mencari
jati diri 
teman lautan mimpi 

aku bernyanyi untuk sahabat 
aku berbagi untuk sahabat 
kita bisa jika bersama 
kita berbagi untuk sahabat 
kita bernyanyi untuk sahabat 
kita bisa jika bersama 

tiba waktunya 
kita untuk berbagi 
untuk saling memberi

**********
Lagi OST BFF:

Part 1
Part 2

March 21, 2012

SPM itu...

12:23 PM 2
Hari ni 21 Mac 2012, pelajar-pelajar yang telah menduduki SPM 2011 akan mengambil keputusan mereka. Semoga berjaya ya, adik-adik! Kak Sara di sini doakan kejayaan semua…=) 

Hmm….SPM…teringat pula kenangan saya dan SPM beberapa tahun lepas. Saya ni jenis yang suka study last-minute.Saya ingat lagi saat-saat saya study malam-malam buta, lepas tu tertidur atas lantai (sebab tak nak tidur best atas katil..haha). Yang jadi mangsa? Adik sayalah! Terkejut beruk dia waktu bangun tidur tengok saya atas lantai. Sorry, dear…hehe… 

Lagi satu yang saya ingat, saya tertinggal kalkulatur waktu exam subjek Kimia. Nasib baik, masa tu papa dengan semangatnya bawa datang. Fuhhh…lega. Thanks, pa! =) 

Waktu ambil result? Memang confirm lah masa tu saya sangatlah nervous. Dub..dab..dub..dab je. Dan bila cikgu bagi result tu…masa tulah, semua rasa nervous tu hilang. Alhamdulillah, result SPM saya boleh dikira baik (tapi tak dapat straight A’s..huhu). Cuma yang paling best, selama ni tak dapat A untuk Add Math, masa SPM…dapat A. Wah! Ada rasa bahagia di situ…haha… 

Dan selepas itu, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang mahasisiwi. Mula-mula di PASUM dan kemudian di UM, sehingga akhirnya graduate dengan ijazah sarjana muda. Hmm…bilalah agaknya nak further Masters ni? Hehe… 

Apa-apa pun, buat adik-adik yang baru aje mengambil keputusan SPM, semoga berjaya dalam kehidupan akan datang adik-adik. Berusahalah untuk buat keputusan tentang hala tuju adik-adik selepas ini. Adik-adik takkan pasti sama ada keputusan itu adalah yang paling tepat, tetapi…bila sudah memilih tu, buatlah yang terbaik untuk membuktikan bahawa keputusan itu sebenarnya tepat. Err, apa kak sara cakap ni? Haha..

Apa yang kak sara nak tekankan di sini, SPM mungkin permulaan bagi hala tuju selepas ini, tapi ia bukanlah penentu kejayaan adik-adik dalam kehidupan ni. Yang penting, waktu di universiti nanti. Buat yang tidak berjaya menempatkan diri di universiti pula, pilihlah sesuatu yang dekat di hati. Buat apa yang adik minat, sesuatu yang adik rasa adik boleh buat.

Insya’Allah, DIA yang Maha Esa akan sentiasa menunjukkan jalan kepada adik-adik. Berserah dan bertawakkallah…=)

[OST. Part 2] BFF, Teman tapi Mesra

2:39 AM 16
Okey, saya telah mendapat permintaan daripada peminat drama BFF, Teman tapi Mesra untuk cari OST BFF yang lain. Ada beberapa buah lagu yang saya dapat cari. Tapi....ada jugak yang saya tak dapat cari. Serius, susah kot untuk dapatkan OST BFF ni. Fuhh....letih den duk godek2 Pak Cik Google.

Lagu dalam episod 1 memang saya tak berjaya cari. Buat yang meminta tu, sorry ya. Saya terpaksa give up sebab dah tak larat nak cari...huhu..

Lagu dalam episod 8 tu pula, dah macam lagu hantu...susah sangat nak jumpanya!! But thanks to  kHaL-eL yang sudi bagi info..akhirnya dapat jugaklah lagu tu..=)

Apa-apa pun, ini tambahan daripada OST lepas...=) Saya paling suka lagu "Buka Hatimu." Lagu ni main dalam ep. 8, waktu Is dan Sha bergaduh before Sha balik kg.

Oh, ya! Buat sesiapa yang mau ambil OST ni dari sini, silakan ya. Tapi...boleh tolong kredit pada saya? Letih kut cari lagu ni semua...haha!!!

Akhir kata, drama BFF Teman tapi Mesra memang the best!! =)

So, enjoy OST bawah ni!!

************

Biarlah sendiri - Terry

Biar biarlah sedih Asalkan kau bahagia
 Biarlah kini Usah kau kenang lagi
Biarlah kini Hidupku sendiri

 Sunyi biarlah sunyi Tanpa kasih dan sayang
Biar biarlah sunyi Meski hatiku pedih

Walaupun sedih Ku coba bernyanyi
 Walaupun hidupku Tak seindah pelangi
Walaupun laguku Tak seindah lestari

 Biar biarlah sedih Asalkan kau bahagia
Biar biarlah sedih Usah kau kenang lagi
Biarlah kini Hidupku sendiri

 Walaupun sedih Ku coba bernyanyi
 Walaupun hidupku Tak seindah pelangi
Walaupun laguku Tak seindah lestari

 Biar biarlah sedih Asalkan kau bahagia
Biar biarlah sedih Usah kau kenang lagi
Biarlah kini Hidupku sendiri
Biarlah kini Hidupku sendiri

*********

Sahabat - Mahkota Band

Hidup ini tak akan indah
Jika tak ada tangis dan tawa
Semua harus berjalan dengan lapang dada

 Mungkin tak selalu bersama
Dalam suka ataupun derita
Jika satu bersedih semua pun bersedih
 Aku punya kalian yang selalu menemaniku

Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan
 Tuhan jangan pisahkan kita
Tak terbayang ku tanpa mereka
Entah pada siapa hati bercerita

 Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan
 Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan

 Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan I
nikah arti kebersamaan atau arti persahabatan
Ku punya kalian, menemaniku

*********

Lagu sahabat - Viky Sianipar feat. Ihsan Akbar

terhentakku dan berkaca 
kala senyummu memanggilku tuk kembali 
tlah sebegitu jauhnya 
entah mengapa ku harus berhenti 

indah gelap temaram pernah di sini 
namun senyummu tetap ada 
lalui indahnya dunia 
silih berganti rasakan semua yang ada 
bertahanlah 
tetaplah dengan ku 
ku perlu itu semua 
rasa itu memanggilku 
sesuatu yang dulu ku rindu 
tuk kembali dan ulangi semua denganmu 
dan aku yakin kau di sana 

 ku pernah jadi yang terbaik 
tapi terkadang aku neraka bagimu 
mengajakmu tuk bersama 
lalu tanpa bicara aku pergi 

untukku engkau ada 
denganmu aku bertahta
lengkapi aku slalu 
oh sahabat oh..

***********

Inginku bukan hanya jadi temanmu 
Atau sekedar sahabatmu 
Yang rajin dengar ceritamu 

Tak perlu hanya kau lihat ketulusan 
Yang sebenarnya tak kusangka
Kadang ku hilang kesabaran 

Mungkinkah akan segera mengerti 
Seiring jalannya hari 
Sungguh ku tergila padamu 

Yang ada bila tak juga kau sadari 
Akan kutempuh banyak cara 
Agar engkau tau semua mauku 

Biarkan aku untuk jadi kekasihmu 
Dan takkan percaya ungkapan 
Cinta tak harus memiliki 

Terlambat jika aku harus berubah 
Ku terlanjur ingini semua 
Yang ada di dalam dirimu  


Mungkinkah akan segera mengerti 
Seiring jalannya hari 
Sungguh ku tergila padamu 

Yang ada bila tak juga kau sadari 
Akan kutempuh banyak cara 
Agar engkau tau semua mauku


Dan berulang mencoba 
Tuk merebut hati dan cintamu 
Sadarkah dirimu sering kau kesalkan aku 

Bila masih saja kau menyebut namanya 

Mungkinkah akan segera mengerti
Seiring jalannya hari
Sungguh ku tergila padamu

Yang ada bila tak juga kau sadari
Akan kutempuh banyak cara
Agar engkau tau semua mauku

Semua mauku...

***********
Tuhan tolonglah 
Hapus dia dari hatiku 
Kini semua percuma 
Tak kan mungkin terjadi 

Kisah cinta yang selalu aku banggakan 
Kau hempas semua 
Masa yamng tercipta untukmu 
Tanpa pernah melihat Betapa ku mencoba 
Jadi yang terbaik untuk dirimu 

Reff: 

Oh mengapa tak bisa dirimu 
Yang mencintaiku tuluh dan apa adanya 
Aku memang bukan manusia sempurna 
Tapi ku layak dicinta karena ketulusan 
Kini biarlah waktu yang jawab semua 
Tanya hatiku.. 
Tanpa pernah melihat 
Betapa ku mencoba 
Jadi yang terbaik untuk dirimu 

Back to Reff: 

Waktu yang jawab semua 
Tanya hatiku..

***********

Aku telah lelah mengikuti 
Semua langkah kakimu 
Dan berharap bisa memilikimu

Berbagai cara telah aku lakukan 
Untuk hidupmu... 
Hingga aku... mengorbankan hidupku 

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku 
Sehingga diriku 
Bisa memilikimu

Berbagai cara telah aku lakukan 
Untuk hidupmu... 
Hingga aku... mengorbankan hidupku

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku 
Sehingga diriku 
Bisa memilikimu

Betapa sakitnya 
Betapa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku 
Sehingga diriku 
Bisa memilikimu

Betapa sakitnya 
Betapa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku 
Sehingga diriku 
Bisa memilikimu 

Betapa sakitnya 
Betapa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada

*********
Selamat Jalan Kawan - Calistha

Kau genggam tanganku 
Bersama kita melangkah jauh 
arungi semua yang terjadi 
tuk wujudkan semua impian

detik pun berlalu 
lelah sang suria terangi waktu
perlahan bayanganmu menjauh 
kini kau pergi takkan kembali 

selamat jalan wahai kawan ku 
damai syurga kan selalu bersamamu
tersenyumlah di dalam tidur panjang mu 
ku kan selalu do'akan mu 

detik pun berlalu 
lelah sang suria terangi waktu
perlahan bayanganmu menjauh 
kini kau pergi takkan kembali

selamat jalan wahai kawan ku 
damai syurga kan selalu bersamamu
tersenyumlah di dalam tidur panjang mu 
ku kan selalu do'akan mu

banyak kisah yang kita lalui 
terkenang terjatuh menertawai 
telah terhakis sebuah kisah indah 
bersama mu didalam hidupku

selamat jalan wahai kawan ku 
damai syurga kan selalu bersamamu
tersenyumlah di dalam tidur panjang mu 
ku kan selalu do'akan mu

***********
Lagi OST BFF:

Part 1
Part 3

p/s: lagu Inginku (Bukan hanya jadi temanmu) ada versi lelaki nyanyian Yovie & The Nuno

March 20, 2012

Review novel Jodoh itu Milik Kita

6:08 PM 2
Assalamualaikum, semua..

Di sini ingin saya kongsikan satu review daripada seorang pembaca JIMK yang diemel kepada saya. Atas permintaannya yang tidak mahu saya letak nama, saya takkan reveal namanya. Saya gelar saja Miss H. 

Terima kasih yang tidak terhingga buat Miss H yang telah menulis review yang panjang lebar begini. Sungguh! Saya sangat menghargainya. Terharu, tau...hehe...

*********

Novel Jodoh itu Milik Kita


Jodoh itu milik kita ialah karya pertama daripada penulis baru yang mula meniti nama di hati pembaca dan peminat novel iaitu Sara Aisha. 

Perjalanan cerita bermula dengan Dahlia yang terpaksa menikahi abang kepada Syafiq, tunangnya yang melarikan diri pada hari pernikahan mereka. Aariz yang terkejut dengan permintaan ibunya terpaksa bersetuju dengan cadangan itu semata-mata untuk menjaga maruah semua pihak. Bermula lah kehidupan dua insan yang tidak pernah menyangka bahawa mereka akan bergelar suami isteri dalam sekelip mata. Mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai suami isteri walaupun janji telah termeterai bahawa mereka hanya bersahabat sahaja. Tanpa disedari akhirnya perasaan dan hati masing-masing telah terbiasa dengan suasana kehidupan mereka. Mereka boleh berbual, bergurau dan melakukan aktiviti seharian bersama-sama.

Sedang elok mereka cuba untuk menerima kehadiran masing-masing, Syafiq kembali untuk menuntut haknya dengan menyatakan Dahlia adalah miliknya yang telah dirampas oleh Aariz. Syafiq yang tidak boleh melihat abangnya bahagia dan sentiasa mencemburui abangnya semenjak dari kecil cuba melakukan pelbagai perkara untuk merampas Dahlia dari abangnya. Rahsia abangnya menjadi pertaruhan untuk abangnya pergi meninggalkan Dahlia. Adakah kekuatan cinta dan kasih sayang antara Dahlia dan Aariz akan mengikat hati mereka untuk selamanya? Atau Aariz lebih rela melepaskan Dahlia pergi demi rahsia yang ingin disembunyikannya? Dan benarkah Syafiq benar-benar mencintai dan menyayangi Dahlia dan meninggalkan hari pernikahan mereka dulu adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan? Jodoh Itu Milik Kita akan menjawab semua persoalan ini.

Sedutan kata-kata: 

Aariz- saya sangat sayangkan awak Dahlia tetapi saya takut awak tidak boleh menerima saya seandainya awak mengetahui siapa saya yang sebenarnya. Saya takut awak akan merasa jijik dan akan pergi meninggalkan saya.

Dahlia- saya sudah terbiasa dengan kehadiran awak dalam hidup saya. Saya rindukan semuanya tentang awak. Hati saya berdetak dengan menyebut nama awak.

Syafiq- aku bukanlah jahat tetapi semua orang tidak sukakan aku. Apa kurangnya aku kalau nak dibandingkan dengan Aariz. Hati aku sakit apabila semua orang membenci dan tidak mempedulikan kehadiran aku.

Penulis telah menulis dengan begitu baik sekali. Susunan plot telah dibuat dengan amat teratur. Bermula dengan kejadian di masjid semasa majlis pernikahan sehinggalah kepada bahagian konflik. Bagaimana Aariz sedaya upaya untuk menyembunyikan rahsianya dan bagaimana pula Dahlia cuba memujuk Aariz agar menerima cinta darinya. Ditambah pula dengan Syafiq yang cuba memusnahkan rumah tangga abang dan kakak iparnya semata-mata kerana sebuah dendam. Akhirnya klimaks untuk cerita ini berakhir dengan begitu baik. Tidak terlalu cepat atau meleret. Pengakhiran haruslah bahagia dan gembira. Wajib untuk semua novel.

Novel ini berkisar tentang kisah kekeluargaan dimana Aariz seorang anak yang sangat menyayangi keluarganya dan sanggup berbuat apa sahaja. Peranan keluarga yang ditunjukkan oleh penulis menyebabkan masalah itu ada jalan penyelesaian sebenarnya. Hubungan yang rapat antara ibu dan anak, ayah dan menantu menyebabkan mereka sentiasa rapat. Cuma dalam sebuah perhubungan yang mestilah harus ada saling melengkapi. Jangan cuba membuat andaian sendiri tetapi cubalah untuk meluahkan apa yang tersirat di hati. Bukan hanya untuk hubungan suami isteri malah hubungan antara anak dan juga ibu ayah.

Penulis juga telah menyelitkan isu tentang anak angkat dalam novel ini. Isu ini semakin bertambah menarik kerana ia melibatkan negara Filipina. Penulis juga telah melakukan sedikit kajian berkenaan negara tersebut dan juga proses untuk mengambil anak angkat. Sedikit pujian harus diberikan kepada penulis. Ini adalah satu benda baru kepada pembaca dan ia amatlah bagus untuk kami.

Saya sukakan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis. Serasa tidak percaya bahawa penulis baru sahaja menulis sebuah novel. Gaya bahasa yang indah dan sweet sahaja bila Dahlia dan Aariz saling meluahkan apa yang dirasa. Terasa maksud sampai walaupun penulis hanya menggunakan monolog (dalam hati) sahaja. Penulis juga menggunakan English sebagai selingan kepada bahasa melayu dan penggunaannya adalah tepat dan tiada kesalahan. Novel ini juga turut menyelitkan bahasa Tagalog kerana watak utama Aariz digambarkan berasal dari negara tersebut. Ia menjadikan sebagai nilai tambah kepada novel ini.

Penulis telah mengolah semua watak dengan baik sekali dalam novel ini. Setiap watak ada kekuatannya walau hanya sekadar tambahan sahaja. Jika ramai yang suka kepada watak aariz, saya pula sebaliknya. Tak tahu kenapa saya suka kepada watak syafiq. Bagi saya syafiq mempunyai semangat yang kuat dan jika dia inginkan sesuatu dia akan cuba untuk mendapatkannya. Cuma dalam novel ini syafiq digambarkan tidak baik dan semua orang membencinya. Semasa saya mula-mula membaca novel ini, saya sangat bencikan syafiq kemudian beransur-ansur perasaan benci itu bertukar kepada suka. Yes, really like syafiq.

Kesimpulannya, saya amat berpuas hati kerana mengeluarkan wang sebanyak RM23 (diskaun beli on9) dan memberikan masa saya selama sebulan untuk menyelesaikan bacaan saya. Tahniah kepada penulis dengan kejayaan novel pertama yang sungguh baik dan bagus ini. Mungkin ada sedikit kekurangan dalam novel ini tetapi percayalah tiada apa yang sempurna dalam hidup ini. JIMK pasti akan menjadi sebutan dan tersemat dalam ingatan pembaca dan peminat novel di Malaysia. Menunggu novel kedua dari Sara Aisha dan berharap ia lebih baik dari JIMK.

Inem, nukilan Pramaoedya Ananta Toer

12:37 PM 4
Baru-baru ini saya telah membaca sebuah hasil nukilan Pramaoedya Ananta Toer, seorang penulis yang sangat terkenal dari Indonesia. Beliau pernah dicalonkan sebagai penerima anugerah Nobel bagi kategori sastera. Sejujurnya saya tidak pernah mengenali siapakah beliau sehinggalah kakak saya yang kini menyambung pengajian sarjananya dalam bidang TESOL membawa pulang artikel yang bertajuk ‘Inem’. Katanya, dia perlu membuat ulasan tentang artikel itu. 

 Jadi, saya yang memang suka membaca ni pun mula membacanya. Dan…Ya Allah! Kisah Inem ini sangat meruntun hati. Ternyata Pramaoedya Ananta Toer berjaya menulis sebuah kisah yang benar-benar ‘gelap’ tetapi mungkin suatu kebenaran yang selama ini kita tidak terlalu nampak (atau mungkin kita pura-pura tidak nampak). 

Inem mengisahkan tentang perkahwinan kanak-kakak. Ya, sisi hitam sebuah perkahwinan kanak-kanak. Mungkin pada masa sekarang perkahwinan kanak-kanak sudah tidak terlalu banyak, kalau ada pun di negara-negara pedalaman yang mungkin masih ortodoks. 

Berbalik kepada kisah Inem…Inem adalah nama bagi seorang kanak-kanak perempuan yang dikahwinkan ketika berumur baru sahaja 8 tahun. Seperti kanak-kanak lain, Inem seorang yang sangat naïf. Dia sangat teruja dengan perkahwinannya kerana baginya, dia akan dapat berpakaian cantik-cantik, diarak oleh orang ramai dan diraikan. Sungguh! Dia terlampau naïf. 

Harga yang dia perlu bayar kerana kenaifannya dan kebodohan keluarganya yang menganggap anak perempuan perlu dikahwinkan cepat-cepat? Penderitaan! Ya, Inem diperlakukan seperti binatang. Dipukul..dibelasah setiap hari oleh suami sendiri. Bayangkan tubuh kecil seorang kanak-kanak 8 tahun dijadikan seperti karung guni..punching bag. Dahsyat! 

Dan yang paling menyayat hati, Inem menyoal “Inikah caranya untuk saya membahagiakan suami sendiri? Inikah caranya menjadi isteri yang baik?” 

Ya Allah! Memang betul-betul menyedihkan. 

Pengakhiran bagi kisah Inem ini? Inem akhirnya bercerai dengan suaminya selepas setahun. Pada umur baru sahaja 9 tahun, dia sudah menjadi janda. Dan dia pulang kepada keluarganya. 

Keluarga dia? Terus-terusan menganggap Inem sebagai pembawa malu. Janda bagi mereka tidak boleh keluar rumah langsung dan akhirnya Inem terus-terusan menjadi punching bag. Kali ini bukan lagi kepada suaminya, tetapi kepada bapa, pak cik, ibu, jiran atau sesiapa-sesiapa yang rasa mahu membelasah tubuh kecilnya. 

Sedih, bukan? 

Kisah ini membuatkan saya mula terfikir dan tertanya-tanya…beginikah nasib kanak-kanak perempuan di sesetengah negara yang masih membiarkan perkahwinan kanak-kanak berleluasa?  

March 19, 2012

Saya dan Short-term memory loss

10:57 PM 1
Hari ni saya rasa saya terkena short-term memory...atau...saya dah kena simptom2 tua? Oh, tidak!!! Haha..=)

Tadi waktu nak balik kerja, tiba-tiba je tak tau mana letak kereta. Boleh plak buat adegan berdiri tepi jalan 2..3 minit sebab duk fikir. Isy, kalau orang nampak...confirm orang ingat saya dah tak betul.

Hari tu pun sama. Waktu ex-officemate datang office. Situasinya melibatkan saya, A dan B.

A = ex-officemate
B = officemate skrg ni

Tengah duk borak2 tu, saya tiba2 tanye...

Saya: Eh, korang dah kenal ke?
A + B : ..... *tengok saya dengan muka blur*
Saya: korang dah berkenalan ke? A, waktu awak berhenti kerja, B dah masuk ke?

Setelah beberapa saat terkebil-kebil tengok saya..
A: Saya A *sambil menghulurkan tangan pada B*
B: Saya B *sambil menyambut salam*

A: Sara, B ni ganti C ke D? (C dan D adalah orang lama office)
Saya: B ni ganti C... *sambil senyum sbb kononnya dah memerkenalkan A dan B*

Beberapa saat kemudian...saya teringatkan sesuatu...
Saya: Ehhhhhh???? Korang berdua dah kenal kan before A berhenti dulu?

A: Sara, kau ni kenapa??? Boleh plak lupa?
B: Eh, kitorang ni rapat kut dulu!!!

Haha, memang sah saya kena short-terma memory loss masa tu. Entahlah, kenapa...boleh pulak saya lupa yang budak dua orang ni kawan rapat masa A masih kerja kat sini. Diorang pun...seronok benar menyakat saya. Boleh pulak layan perangai cemerkap saya ni...berlakon baru berkenalan (dgn bersalaman bagai) dan tanya saya soalan macam2..haha!!

MENTAL NOTE: lepas ni kena makan banyak kismis...=)

March 18, 2012

Book Stellar --> Newest online bookstore in town!!!

4:24 PM 0
Assalamualaikum, semua...

Di sini saya ingin war-warkan bahawa Book Stellar kini dibuka secara rasmi. Okey, apa itu Book Stellar? Ia adalah online bookstore milik kak long saya. 

Di kedai buku maya ni, peminat buku-buku dan novel tegar Inggeris di Malaysia ni boleh dapatkan buku dengan kadar harga yang memang rendah dari kedai-kedai buku lain. Saya bukan setakat cakap-cakap je, tau atau sebab kedai ni kakak saya punya..tetapi sebab memang inilah kebenarannya.

Oh, jangan tersilap! Book Stellar TIDAK menjual buku terpakai. Semua buku yang ada dijual adalah buku BARU (first hand) yang belum pernah dibeli, dibaca atau digunakan oleh mana-mana individu lain. 

Buat masa sekarang, senarai buku tak adalah terlalu banyak. Tapi senarai ini akan dikemas kini setiap minggu, jadi Insya'Allah...senarai ini akan bertambah dari masa ke semasa. Buat sesiapa yang ada buku yang dicari, anda juga boleh membuat permintaan di bahagian 'Wish List'. Book Stellar tak adalah memberikan 100% jaminan akan berjaya dapatkannya, tapi akan diusahakanlah. Yalah, semuanya bergantung pada stok juga, kan?

Setiap buku harganya berbeza dari segi 'paperback' atau 'hard cover'. Mestilah yang 'hard cover' lebih mahal, kan?  

Kalau para pembaca ada sebarang pertanyaan, atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang Book Stellar, bolehlah jenguk blognya, ya. Sila klik di bawah...


Sudi-sudikanlah untuk follow blog ni, ya! Sokongan anda semua buat online bookstore kak long ni...sangat saya hargai. Terima kasih sangat-sangat...=) 

~Jom jumpa di Book Stellar!!!~

BFF, Teman tapi Mesra - Review

2:00 PM 0

Apa yang membuatkan saya suka BFF ni adalah semestinya kerana jalan ceritanya. Bagi saya, jalan ceritanya tidak melalut dan terus sahaja, tidak menyimpang banyak. Pendek kata, tidak terlalu banyak konflik yang pelik-pelik dan membuatkan kita merasakan cerita ini tidak masuk dek akal langsung. 

Ramai yang mengatakan jalan ceritanya klise sahaja, tentang perkahwinan tanpa rela (atau perkahwinan atas sesuatu sebab). Saya tidak menggunakan istilah 'kahwin paksa' atau 'kahwin kontrak' kerana Iskandar dan Shahidah masing-masing bersetuju. Tiada unsur paksaan dalam pernikahan mereka, dan tiada juga disebut tentang sesuatu tempoh perhubungan antara mereka (kontrak). 

Bagi saya, tidak ada salahnya menghasilkan sesuatu yang klise, asalkan produk akhirnya bukanlah klise dan stereotaip. Dan itulah yang saya lihat dalam drama ini. Kahwin tanpa cinta....betul, tapi jalan cerita sama dengan yang lain? Tidak. 

Apa yang lainnya? 

Karmila, mahupun Emran tidak bertindak sebagai pihak ketiga yang cuba memecah-belahkan hubungan antara Is dan Sha. Sebaliknya, mereka adalah sebahagian dalam lingkungan persahabatan mereka. 

Intipati penting dalam drama ini adalah tentang impian Shahidah dan tentangan daripada ibu bapanya. Dan sememangnya inilah yang ditonjolkan dalam drama BFF. Maksud saya, bukan hanya kisah cinta yang ingin ditekankan di sini. 

Apa yang saya suka tentang BFF?

Watak Iskandar. Yup, saya gemarkan perwatakan Iskandar itu. Oh, tidak! Bukan sebab Muniff Isa. Saya merasakan sesiapa pun yang membawakan watak itu, saya pasti suka. Tapi, sudah semestinya Muniff Isa telah membawa watak Is dengan cemerlang dan jayanya. Memang kita tidak boleh menafikan bakat lakonan dia. Dan saya percaya dia akan pergi jauh lagi dalam bidang lakonan ni.

Berbalik pada perwatakan Iskandar...dia, bagi saya adalah seorang lelaki yang lembut hatinya tetapi sangat tegas. Ketegasan itulah yang paling saya suka. Juga, sikap bertanggungjawabnya itu. Dia berjaya daripada hasil usahanya sendiri. Secara peribadi, seseorang lelaki mahupun perempuan yang berjaya dari hasil titik peluhnya sendiri, sangat saya kagumi. 

Watak Shahidah. Okey, saya kena mengaku kadang-kadang saya rasa geram juga dengan perangai Sha. Manja, degil, sedikit pentingkan diri-sendiri dan tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri. Itu konklusi saya terhadap perwatakan dia. 

Tapi, perangai inilah juga yang membuatkan saya rasa Sha agak comel. Wajah selamba dan bersahaja dia kadang-kadang mencuit hati saya. Kelakar. 

Kedua-dua watak Is dan Sha ini sebenarnya bezanya macam langit dan bumi. Memang lain, tapi mungkin kerana kelainan itulah melengkapkan diri masing-masing...=)

Lagi satu yang saya suka tentang drama ini adalah...kita boleh nampak pengajaran yang cuba disampaikan. Ya, tanpa restu daripada ibu bapa dan keluarga, mana mungkin kita akan berjaya dalam hidup. Kita boleh nampak hal ini dalam kisah Syahidah. Disebabkan dia tidak mendapat restu kedua-dua ibu bapanya, sangatlah susah untuk dia berjaya. Tak kiralah apa yang dia buat, ada sahaja halangan untuk dia.

Oh, macam terlebih panjang je review ni. Pertama kali tulis review drama Melayu, tak sangka pula boleh jadi panjang macam ni sekali...haha...=) 

Rock climbing @ Kg. Damai, Batu Caves

1:30 PM 0
I joined a rock climbing activity on last 18th February. Okay, i have to admit that it was my first time. Yup, i used to do wall climbing (few times), but rock climbing is definitely new for me. 

I still remember how thrilled i was...at first. When we get there, i was like...."err, isn't that too high?" haha!!! I tried the not-too-high one with the purpose of trying and then i was gonna climb the higher path. But then....

It was raining!!!! So heavy!!!

And i went.. T_T...oh, no!!!! I haven't finish climbing!!! But, what to do, right? The rain was just too heavy so want it, or not...we need to stop...huhu

Overall, it was an okay activity (minus the rain part...huhu...) It's perfect as the food for my adrenaline..hehe..

Oh, i haven't got the pic from my friend. So, no photo (yet). I'll upload few, once i have them, okay!

Da..da!! =)

My blog's new look

2:20 AM 6
Yay, pagi tadi baru dapat doodle header yang ditempah khas daripada Cik Merah itu Jambu. Alhamdulillah, berpuas hati dengan khidmat beliau. Comellah, cik Merah! Sebijik macam permintaan saya. Thanks, tau! =)

So, pembaca semua...jangan cilok gambar kt header di atas, ya! Itu muka saya pakai spec, tau...haha!!! 

Setelah beberapa jam duk godek2 design blog, ta da!! Inilah hasilnya. Frankly speaking, saya agak berpuas hati dengan rupa baru blog ni. Kemas sikit. Dan oh! Saya dah tukar tajuk blog jadi "Kisah Sara Aisha". Entahlah kenapa, tapi mungkin saya rasa itu lebih proper. 

Okeylah, itu saja. Da da!! =)

March 13, 2012

Jom bertemu di Central Market - 17/03/12

11:12 AM 2

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana sesi autograf dan beramah mesra yang diadakan di KB Mall tempoh hari berjalan dengan lancar.

Pada hujung minggu ini, 17 Mac 2012, Insya’Allah sekali lagi saya akan berada di Sesi Autograf dan Beramah Mesra yang dianjurkan oleh POPULAR dan Karyaseni.

Buat para pembaca JIMK yang berkelapangan, sudi-sudikanlah mengjenguk, ya! Saya berharap sangat dapat bertemu dengan pembaca JIMK yang selama ini tidak henti-henti menghadiahkan saya dengan sokongan anda semua. Seperti yang selalu saya war-warkan, tiadalah penulis Sara Aisha tanpa anda semua.

Yang sudah memiliki JIMK, bolehlah datang untuk saya tandatangan buku anda, ya! =)

Harap-harap JODOH ITU MILIK KITA dan kita akan bertemu di sana. Insya’ Allah...

Salam Sayang,
Sara Aisha

March 12, 2012

Pengalaman pertama di Sesi Autograf dan Beramah Mesra, KB Mall

8:51 PM 1

Alhamdulillah, selesai sudah sesi autograph dan beramah mesra bersama peminat di KB Mall. Errr…saya ni ada peminat ke? Haha… Cuma, sebenarnya saya menganggap mereka semua sebagai sahabat baru yang mungkin menyukai hasil penulisan saya…=)

Okeylah, berbalik kepada majlis tempoh hari…ia merupakan majlis seumpama itu yang pertama dan julung kalinya buat saya sebagai seorang penulis baru. Perasaan masa tu…fuuhhh, Allah je yang tahu. Berdebarnya, ya ampun!

Dan nak dijadikan cerita, saya ingatkan itu cuma majlis biasa untuk tandatangan buku. Tak sangka pula ia satu majlis di mana saya perlu duduk kat atas pentas tengah-tengah KB Mall tu, dan saya akan ditemu ramah oleh emcee. Waktu saya dapat tahu pasal itu, rasa seram sejuk tiba-tiba. Saya kurang bersedia kut!! Hehe…

Rasanya bagi yang hadir ke majlis itu, mereka boleh nampak kut betapa berdebarnya saya masa tu. Nasib baiklah emcee tu, Abang Syam agak ‘sporting’, bersahaja dan lawak je. Jadi semakin lama saya jadi semakin tenang, kuranglah sikit perasaan berdebar dan takut tu..hehe…

Cuma…yang paling saya tak tahan adalah satu soalan daripada emcee. Soalan penuhnya saya dah lupa, tapi ada disebutkan… “….daripada pandangan seorang isteri, apa Sara rasa….” Masa tu, saya dalam hati dah.. “errk, kenapa pulak tanya pandangan seorang isteri?” Jadi, saya jawablah, “Saya belum kahwin lagi, jadi rasanya tak boleh bagi sudut pandangan seorang isteri…”

Tapi….emcee tu agak-agaknya tak berapa dengar kut jawapan saya (atau saya cakap perlahan sangat), sebab lepas tu dia ada sebut pasal surirumah tangga dan yang paling gempak dia sebut…. “Sara Aisha mempunyai seorang puteri dan dua orang putera…”

ERRKKKK!!! Hampir-hampir sahaja saya tersedak atas pentas tu. Spontan je saya balas “Saya belum kahwin lagi!!”

Rupa-rupanya dia ingat adik-adik saya yang datang bersama tu adalah anak-anak saya. Aduh, encik emcee...agak-agaklah, takkanlah saya ada anak umur 16 tahun kut...haha...

Apa-apa pun, saya gembira majlis itu berjalan dengan lancar. Terima kasih buat pembaca JIMK yang sudi menghadirkan diri ke majlis tersebut. Saya gembira dapat bertemu dengan anda semua! =)

Salam sayang dari hati,
Sara Aisha

March 9, 2012

Hiking + Caving @Dabong

11:27 AM 1

Wah, I haven’t written about my trip for such a long time. Nowadays it has always been about my novel and my addiction to a drama…haha

Okay..okay, let’s get back to my last trip to Dabong, Gua Musang, Kelantan. The 3 days 2 nights trip was held on 20th to 22nd January 2012. Yup, it was the time of Chinese New Year.

There were 29 of us (me and my friends from office). We took the night train from KL Sentral to Dabong. It was my very first time taking train, and I was of course so overwhelmed..haha!!

After reaching Dabong at around 7.30 am and having breakfast at the ‘Mok’ Stall, we proceed with the caving activities. There were three caves; Gua Keris, Gua Gelap and….oh, I forgot the name of the other one…=(

~On our way to the caves~

Gua Keris got its name from a stalagmite structure which very much resembles a ‘keris’, Malay’s traditional weapon. As for Gua Gelap…I think it got its name for being dark? Though every caves are dark…haha

~The Keris-shaped stalagmite~

For me, the caving trip was not that difficult. Gua Telinga in Taman Negara is…I think more difficult and challenging. But never mind, it wasn’t the caving trip that was the main agenda. It was the hiking trip!

So off we went to the top!! Err…after 2 and half hours of hiking with full-packed, actually. And it was my very first time hiking with full-packed! Can you imagine having almost 20 kg on my back when I am only 45 kg? That’s heavy!

~On our way to Baha Camp~

We stayed at Baha Camp where we had our camp site arranged and built. And of course rest for one night because the next day will the day of hiking to Gunung Ayam.

The Gunung Ayam trip…hmmm, it was crazy! Okay..okay, not as crazy as Gunung Tahan or Cemerong or Kinabalu. But it was quite challenging as we had to climb for 5 hours to reach the top. And not to mention…it was very steep…and slippery. Well, it was rainy season!

But…the beauty of the top of the mountain made it all worthy. You can see the ‘green’ which you can’t see in KL. The air was fresh..and oh, it was quite cold.

~The scenery~

The trip back to the camp site was…hmmm…wet? Haha, yup…it was heavily raining. All of us were soaking wet and it was soooo slippery. We were like…falling down all the time. We reached our camp site at around 9 pm. Yup, it was night already. And our bodies were aching everywhere. And I just knew that I’m going to go back to KL with bruises all over my body…haha!

~Prayed in the heavy rain..~

Our third day was filled with our trip to the waterfalls. It was really great. We had a really good time at the waterfalls…washing ourselves, eating Maggi (all of sudden, Maggi was so yummy…haha), or just chit-chatting.

 ~The waterfall~

Overall, the trip was awesome! =)

More pics:

 ~One of the boys' bag~

~Structure in the cave~


 ~The 7-wells waterfall~

 ~Waterfall~

~The sunrise/sunset watching spot~