March 31, 2012

Pengalaman pertama di Nasi Lemak Kopi O, TV9

Assalamualaikum, semua...

Alhamdulillah, selesai juga interview saya di program Nasi Lemak Kopi O semalam. Fuhhh...serius lega sangat-sangat!!! =)

Dengan hujan yang lebat seawal 6 pagi, semalam memang satu hari yang sangat bermakna dalam hidup saya. Bukan sebab dapat masuk TV, okey...tapi sebab saya dapat mencuba dan buat sesuatu yang tidak pernah saya buat. Berada dalam set NLKO macam tu, siapa sangka perkara sebegini akan jadi pada saya? Yang pasti, saya tak pernah pun expect yang saya akan dipanggil ke sebuah rancangan TV untuk bercerita tentang novel saya sendiri..sama seperti saya tidak pernah menduga akan menerbitkan novel sendiri. 

Inilah yang dinamakan kuasa Allah. Juga rezeki daripada-Nya. 

Okeylah, berbalik kepada interview semalam. Hmmm....apa yang boleh saya simpulkan, ya? Menarik! Dub..dab...dub..dab... Rasa macam thrill pun ada...haha...

Mula-mula masuk set dan duduk depan Hunny Madu, memang rasa nervous. Jantung macam nak tercabut je. Tapi, thanks to Hunny yang sangat baik dan friendly, rasa nervous tu macam hilang. Once on air, rasanya saya macam nervous for few seconds dan lepas tu, semangat je jawab soalan cepu emas dia. Dahlah soalan tu semua memang on the dot punya soalan. Meaning, saya memang tak di'brief' pun pasal soalan sebelum start on air. Ingatkan adalah dia orang nak tunjuk soalan dulu ke apa ke...haha...


Dan....err...bersahaja dan tenang sangat ke saya jawab soalan? Ramai yang cakap macam tu. Entahlah, masa dalam set tu...saya cuma rasa macam...hmmm...duk bersembang dengan Hunny, bukan duk depan satu Malaysia. Lagipun, kat set tu cuma ada few people aje. Ada Farah Diana, Sharifah Aleya, few cameramen, band yang perform before that, guest yang akan di interview lepas2 saya, and few other staffs. Plus minus dalam 20 orang aje kut. Mungkin, sebab tulah...saya rasa kurang nervous.  Oh, ya!! Ada Liyana Jasmay jugak!! Tapi dia masuk lepas sesi saya dah habislar..hehe...

Okey, memandangkan dah tertulis pasal 3 pengacara NLKO tadi, saya nak bagitahu...Farah Diana sangat cantik, okey! Serius, suka tengok dia. Dan dia cakap lembut je and very supportive. Hunny Madu pun sama. She's so cool! Friendly sangat-sangat. Even waktu dah nak balik pun, dia boleh lagi tanya... "Dah nak balik ke? After this, u all nak pergi mana? bla...bla..." As for Sharifah Aleya, kita orang tak sempat nak bertegur sapa sangat. She was busy. Tapi dia pun baik je....hehe... 

Liyana Jasmay pun.....sangat comey!! Saya rasa dia nampak lagi comel in real life daripada dalam TV. Tapi, sayang...tak sempat nak tangkap gambar dengan dia, sebab after that dia kena rush ke konti Hot FM. 

Apa-apa pun, it was a once in a lifetime experience. A very great experience, i should say. Pengalaman yang  tidak terduga, tapi very sweet...=)

Terima kasih sangat-sangat buat pihak NLKO yang sudi panggil saya ke segmen 'Sinopsis' anda. Terima kasih kerana menyokong penulis tanah air. Semoga anda akan sentiasa sukses.

Salam sayang,
Sara Aisha

10 comments:

  1. Tahniah kpd kak sara
    Smoga sukses tuk hari2 y mendtg^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot, dear..insya'Allah. kak sara pn akn sentiasa buat yg terbaik.;-)

      Delete
  2. nanti kak sara upload la video tu...
    xdpt tgk smlm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, WC dear. kak sara zde rakaman dia actually, tp kak sara mntk dgn org yg dh rakam...hehe...

      Delete
  3. tahniah...buleh upload tak video nya tuk.tatap kita dbrunei darussalam...walau jauh bribu batu kita ttap sokong sara...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot, darling!! thanks sgt2 sbb sokong sy dari jauh...hehe...insyaAllah, bila dh dpt rakamannya, saya akan upload..=)

      Delete
  4. Terbaik siti sara..:))

    ReplyDelete
  5. Tahniah sarah, u look gorgeous on air.. sarah dalam konti dengan sarah waktu hiking sama ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!!! sm ek? selamba tahap gaban je. thanks tau, dayah..=)

      Delete