March 24, 2012

Memperkenalkan ---> Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu

Assalamualaikum semua,

Sara Aisha kini dalam proses untuk menyiapkan manuskrip novel kedua. Jadi di sini saya ingin memperkenalkan "Chun Ruk Ter...Aku Cinta Kamu"!!!

Yup, anda semua tidak salah membaca. Tajuknya adalah dalam bahasa Thai. Err....bukan sebab saya ni peminat lakorn, ya tapi sebab idea untuk novel kedua ini datang melalui satu keratan akhbar tentang satu kejadian yang berlaku di Thailand.

Okey, jom lihat sedikit blurp tentang Chun Ruk Ter...Aku Cinta Kamu...

***************


“Kadang-kala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?” 

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn adalah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian adalah teman yang membahagiakan hidupnya. 

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya. 

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa….siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ni???” – Dian Damia 

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibat. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak. Yang penting, Dian harus diselamatkan! 

“Izinkan saya jaga awak…izinkan saya lindungi awak, Dian…” – Karn Klaharn 

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segalanya terlambat? Dan apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua?

16 comments:

  1. WAHHH... saspen btul bila bc sinopsis nih.. hehe
    good luck kak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sara darling!! hehe...kak sara nk try tulis cerita yang action sikit. btw, thanks tau for your support...=)

      Delete
  2. wahhh best2. permulaan die pon dah mantap. cpt2 siapkan kak. hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, dear..insya'Allah, kak sara cuba siapkan secepat mungkin...hehe

      Delete
  3. meremang bulu roma ai, kak Sara... huhu~~ seram n saspens je citer ni..huhu... awwww~~ but I like!!! hehe--- suka bahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. meremang bulu roma? haha!! yup, ade unsur saspens sikit dlm manuskrip kedua ni. tapi, sikit jelah...x banyak pun..hehe...=)

      Delete
  4. sinopsis ka nie?
    aaaa...best!! :D

    [hawa]

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, blurp tu alam2 sinopsis pendek...thanks, tau! hehe

      Delete
  5. tak sabar nak baca..cpt2 siapkan ye sara(^___^)

    ReplyDelete
  6. Ceritaaa baruuuu......!!! alahai.. best nye !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiee... Semoga akak sara berjaya siapkan cepat2 ! hahahahah
      amin amin amin !

      Delete
  7. terbaikkk....penuh dgn suspen...baca sinopsis pun dah buat sy tertanya...apalaaa yg berlaku sebenarnya....good job kak aisha

    ReplyDelete
  8. baru nak mula baca..bismillah.. ;)

    ReplyDelete