March 27, 2012

Di sebalik nama Aariz Danial, Dahlia dan Syafiq

Assalamualaikum, semua...

Aariz Danial, Dahlia, Syafiq....ingat tak siapa mereka? Yup, inilah watak utama dalam JIMK. Watak yang bersama saya sepanjang enam bulan saya siapkan manuskrip. Juga, watak yang amat saya sayangi. 

Okey, nak tahu tak macam mana saya dapat nama mereka? Kita mulakan satu persatu, ya! =)

Aariz Danial

Hmmm, nama Aariz inilah yang kadang-kadang nak buat saya tergelak. Kenapa? Sebab ada yang cakap Aariz ni sempena Aaron Aziz. Yelah, Aaron + Aziz = Aariz, kan? Oh, jawapannya TIDAK sama sekali. Waktu saya bagi nama Aariz ni, tak perasan pun pasal tu. 

Nama Aariz sebenarnya datang daripada nama anak kepada kawan saya, Aariz Rafique. Baby Aariz sangatlah...sangatlah...sangatlah comel. Waktu saya duk main beracah-acah, panggil.."Baby Aariz...baby Aariz...", waktu tu terfikir "Nama Aariz ni sesuai jadi nama hero novel..".

Nak ambik nama 'Aariz Rafique'...takut melampau pulak ambik nama anak orang. So, saya gabungkan dengan 'Danial', jadilah Aariz Danial.

Khas buat Fauziah, saya pinjam nama anak awak, tau! Sebab baby Aariz comel sangat! So Auntie Sara nak paterikan nama baby Aariz dalam 'first baby' Auntie Sara sendiri. (Nak tunggu anak betul, lambat lagi...haha!!!) 

Dahlia

Kenapa ya saya pilih 'Dahlia'? Sebab saya ni memang jenis yang 'stick to simplicity', dalam erti kata lain...nama pendek (padahal nama saya sendiri panjang...haha!!). Saya suka nama bunga untuk nama seorang perempuan. Macam sweet sangat. Nak pilih Kenanga, Kemboja atau Mawar, macam klasik sangat. Tapi, Dahlia bagi saya...just nice. Ada feel klasik + moden sikit. 

Syafiq

Hmm...Syafiq, yang ni memang saya pick from the sky. Random je...main rembat. Entahlah, masa tulis watak antagonis ni, boleh pulak nama 'Syafiq' yang muncul. Padahal Syafiq yang saya kenal dalam real life saya, okey je...haha..

Apa-apa pun, inilah di sebalik tabir nama watak2 utama JIMK. Dah macam cari nama anak pulak, ada sebab musabab segala bagai...haha...=)

3 comments: