November 8, 2019

CODE NAME COBRA - BAB 3

BAB 3
“ATHENA.”
Wajah wanita itu kekal tanpa riak.
“Kau tahu nama aku.” Dia berkata senada.
Kai membawa kedua-dua belah tangan bersilang ke dada.
“Tak adil kalau hanya kau yang tahu siapa aku, tetapi aku tak tahu siapa kau, kan?”
Wanita bernama Athena itu senyum sinis.
“Huh, a snake will always be a snake.”
Kai menjongket kening.
“I consider that as a compliment. Thank you.”
“Now...” Athena menggerak mukanya lebih ke hadapan. Bertentang lebih dekat dengan Kai. “Tell me. Apa yang kau nak?”
Serupa dia, Kai turut sama membawa muka ke hadapan. Jarak antara mereka semakin dekat. Mata bersabung mata. Nafas hampir bersatu.
“Kenapa kau rasa aku nak sesuatu daripada kau?” tanya Kai, separa berbisik.
Sejenak, suasana hening. Soalan Kai tidak berbalas. Sebaliknya, Athena merenung dirinya lebih tajam. Seolah-olah mahu membacanya dan mengorek apa yang tersimpan dalam otaknya.
Kai membalas selamba.
Seketika berlalu, Athena menjauhkan semula badan. Kembali kepada postur tegak yang serupa, dan gaya anggun yang sama. Namun sebelum itu, mata tajam Kai sempat menangkap pandangan sinis yang berbias dalam sepasang mata wanita itu.
“Cobra.” Dia menyebut sepatah. Pandangan mata sinis tadi, melekat ke muka Kai.
“One of the best hackers in Malaysia. Biarkan dirinya ditangkap lepas curi dua ratus lima puluh ribu ringgit daripada Red Sun. That doesn’t sound right.”
“You think so?” balas Kai, dengan gaya tertarik atas apa yang baru didengar.
“Kau takkan sesenang itu tinggalkan kesan, dan biarkan orang-orang aku jejak kau. Unless...”
“Aku sengaja.” Kai menyambung.
“Dan kau takkan sesenang itu biarkan orang-orang aku heret kau ke sini. Unless...”
“Aku sengaja.”
Athena mengangkat kening. Menunjukkan rupa bahawa dia tahu apa yang dia cakapkan dan dia tahu apa yang cuba dibuat oleh lelaki di hadapannya.
Kai menyengih.
“It’s not that easy, you know. Kau ingat senang untuk aku korbankan Camaro kesayangan aku, demi biarkan diri aku diheret ke sini?”
“Well... you want drama, you got one.”
“But that’s my new car!” Kai acah-acah merengek. Siap dengan muka yang konon-konon sedih.
Athena tetap dengan muka kosongnya. Dia menyambung dingin.
“Yang kau beli dengan duit aku.”
“Janganlah pandang aku dengan rupa menakutkan macam tu sekali. I can get you more than that. Setakat dua ratus lima puluh ribu ringgit? Itu celah jari aku.”
Kai mengangkat jari-jemari depan muka dan memusing-musingnya.
“Yeah, literally celah jari aku.”
Usai berkata demikian, dia berpaling kepada Athena. Sengaja merenung dengan satu makna tersendiri. Yang dia yakin, perempuan di hadapannya mengerti.
Tersinggung senyuman sinis di bibir Athena.
“Kau memang betul-betul tak reti takut, kan?”
“Kau memang tak reti bosan, kan? Tanya benda yang sama. Okey, biar aku ulang lagi sekali. Aku tak rasa takut sekarang. Aku tak takutkan Red Sun. Dan semestinya, aku tak takutkan kau. Macam yang aku cakap tadi...”
Kai mengangkat tubuhnya sedikit, dan bergerak melepasi meja. Sampai dekat, dia memegang pipi dan mengusap bawah bibir Athena.
“You are too pretty, untuk aku takutkan kau.”
Athena mematung. Hanya anak matanya yang melihat kepada jari-jemari di bibir. Seketika kemudian, dia menepis tangan Kai, mencengkam pergelangannya dan menghentaknya ke atas meja. Belum sempat Kai memikir apa-apa, matanya sudah pun buntang melihat Athena mengambil teko panas dan mengangkatnya tinggi. Bersedia untuk menumpahkan isinya ke atas tangan Kai.
“Okey-okey, aku minta maaf. Aku minta maaf!” Kelam-kabut, Kai memohon maaf, sambil meronta cuba menarik tangannya kembali. “Aku takkan buat macam ni lagi. Aku takkan sentuh kau!”
Gerak tangan Athena terhenti. Teko dibetulkan semula kedudukannya, sebelum diletak atas meja. Lekas, Kai menarik tangannya dan memegangnya. Umpama baru mendapat benda paling berharga dalam dunia.
“Dia buat kat kita, tak apa. Kita buat kat dia, tak boleh,” gerutu Kai dengan mulut yang terherot-herot.
Athena menjeling tajam.
“Ops, dengar ke?” tegur Kai sambil menayang muka tak bersalah.
“I guess, aku kena puji kau,” tutur Athena.
Kai mengerutkan dahi. Dah kenapa dia ni? Tadi nak bakar tangan dia, sekarang mahu memuji pula?
“Apa?”
“Berani cari pasal dengan Red Sun.”
“Kalau aku nak cari pasal dengan sesiapa, lebih baik aku cari pasal dengan yang terbaik, kan? The best of all. The biggest of all. Barulah sesuai untuk orang macam aku.”
“Orang macam kau?”
Kai menjongket kedua-dua bahu.
“Ya, orang macam aku. The best of all.”
Athena mengangguk kecil. Senyuman halus juga terukir di bibirnya. Untuk apa, Kai tidak tahu. Mungkin menyindirnya dalam hati, atau mungkin juga terhibur dengan apa yang baru didengar.
Ah, Kai tidak peduli. Dia cuma mengatakan kebenaran. Memang dialah yang terbaik. Dan kerana itu...
“You’ve got my attention. So, what now?”
Kai senyum dalam diam. Seronok dengan apa yang terpacul dari bibir merah depan mata.
“Kenapa pula kau fikir aku nakkan perhatian kau?” Tetap juga, Kai main tarik tali.
“Apa lagi cara terbaik untuk tarik perhatian aku, selain mencuri daripada aku? Huh, kalau orang lain, dah lama...”
“Dahlah-dahlah cakap pasal bunuh, darah, mati tu semua. Tak seronok. Tak sesuai untuk perempuan cantik macam kau,” sampuk Kai. Bersahaja.
Hasilnya? Satu renungan membunuh daripada Athena.
“Okay, fine. Aku tak cakap macam tu dah.” Kai mengalah. “And... you are so right,” sambungnya selepas itu.
“Aku memang nak tarik perhatian kau.”
“Kenapa?” tanya Athena.
“Aku bosan.”
Dahi Athena berkerut.
“Kau bosan?”
“Ya,” akui Kai seraya mengangguk. “Dengan apa yang aku buat sekarang. Hack bank, sedut duit sikit dari sana, hack website, hack sistem komputer. This is Cobra. Semua tu membosankan. I need something big.”
Gelak halus tiba-tiba melekat di hujung telinga Kai. Dia pandang kepada sang pemiliknya. Athena kelihatan menekup mulut, jelas mahu mengaburi tawa yang terlepas keluar. Sesudah itu, dia cepat-cepat menukar riak wajahnya. Kembali serius.
“Aku ingatkan kau dah cuci tangan.” Kembali juga dengan intonasi suara yang mendatar.
“Itulah masalahnya. Aku sebenarnya kalau boleh, nak cuci tangan. Nak jadi rakyat Malaysia yang baik, yang mengikut undang-undang, yang berhati nurani. Tapi, macam yang kau cakap tadi...”
Kai berhenti sekejap dan mengulum senyum herot.
“A snake will always be a snake.”
Seperti dia, Athena turut tersenyum. Jelas sekali betapa terhiburnya dia dengan apa yang berlaku sekarang.
Kai melebarkan lagi senyuman.
“Dan ular ini tahu apa yang kau nak.”
Anak mata Athena bergerak sedikit. Jelas tertarik dengan apa yang baru dia dengar.
“Apa?”
“Duit. More and more money.”
“Siapa dalam dunia ni, yang tak mahukan duit?”
“Ada beza antara orang yang nak duit, dengan orang yang betul-betul nakkan duit.” Kai menjawab dengan perkataan ‘betul-betul’ yang sengaja ditekankan.
Athena mendiam. Hanya anak matanya yang setia memanah Kai.
“Sebab tu, kau tak bunuh aku,” sambung Kai.
Tetap tidak mendapat balasan.
“Sebab aku ada apa yang kau nak. Aku boleh buat duit untuk kau.”
Athena kekal dengan lidahnya yang membisu. Kai mengatup mulutnya kali ini. Membiarkan mereka sekadar berlawan tenung. Masing-masing tidak mengalah. Masing-masing tidak tergugat.
Seketika berlalu...
“Bijak. Kau memang bijak. I can’t deny that.” Athena lebih dahulu memecah keheningan.
“Thank you.” Kai menerima pujian dengan muka bangga.
“Jadi kau tahu jugalah, kan?”
“Apa dia?”
“Sekali kau dah muncul depan aku, kau takkan boleh lepas lagi.”
“Oohhh...” Kai membulatkan mulut. “Kau maksudkan, sekali dah berurusan dengan Red Sun, selama-lamanya aku akan terperangkap. Well, for your information...”
Dia berhenti sekejap. Sengaja.
“That’s gonna be our deal.”
Sekali lagi, dahi Athena berkerunyut.
“Our deal?”
“I want in.”
“You want in?” ulang Athena. Nada suaranya masih tenang, tetapi telinga Kai tidak tuli untuk menangkap kejutan yang berselit.
“Maksud kau, kau nak masuk dalam kumpulan ni? Kau nak jadi salah seorang Red Sun?”
Benarlah, perempuan bernama Athena ini sedang terpanar. Dua soalan yang berulang itu sebagai buktinya. Kai tidak mengiya apa-apa, tetapi Athena mungkin sudah membaca riak mukanya. Kerana wanita itu tiba-tiba menyambung.
“So, I guess, kau perlukan aku untuk itu.”
“Well, I need a sponsor, am I not?”
“I see. Kau nak gunakan aku.”
“Pembetulan. Kita gunakan satu sama lain. Kau perlukan aku untuk wang. Dan aku perlukan kau untuk kuasa. We will be the best duo. With money and power. Dua benda yang sebenarnya menggerakkan dunia.”
“Money and power. Benda yang menggerakkan dunia,” ulang Athena sambil mengangguk-anggukkan kepala. “Hmm, I like your mindset.”
“Aku dah belajar dari pengalaman. Tak kira sehebat mana pun kau, kau sebenarnya bukan siapa-siapa. Kau takkan ke mana-mana pun. Macam yang kau sendiri cakap tadi, yang menentukan semuanya tetap ialah kuasa.”
“Betullah apa orang cakap.”
“Apa dia?”
“No matter how many times a snake shed its skin, it is still a snake.”
Kai senyum bangga.
“That’s who I am. I should embrace it.”
“Tapi kau fikir sesenang itu untuk masuk ke dalam Red Sun?”
“Senang. If you said so.”
Athena terdiam. Kai mengambil peluang untuk bersuara lagi.
“After all, you are one of the most powerful leaders in the Red Sun, aren’t you? Mereka semua akan dengar cakap kau.”
“Macam mana kalau aku tak nak cakap macam tu?” Kali ini, Athena membalas.
Kai mengerutkan dahi. Athena merenung ke mukanya dan mengulum senyuman. Jelas-jelas tidak sampai ke mata dan tidak datang dari hati.
“Kau fikir kau boleh muncul depan aku sesuka hati dengan syarat kau sendiri? Dan kau expect untuk aku terima macam tu saja? Huh, you are underestimating me, young man.”
Wajah Kai terasa berderau. Namun cepat-cepat, dia ubah riak muka biar kekal tenang. Usai menelan liur, dia bertanya.
“Habis tu, apa aku perlu buat?”
“It’s obvious.”
“Apa dia?”
“Fight.”
******
“APA semua ni?”
Tangan Athena yang sedang mengangkat teko, terkaku sekejap di udara. Lewat ekor mata, dia lihat pintu yang terbuka dan terkatup. Ada sepasang kaki di hadapan pintu tersebut. Tanpa sepatah kata, Athena menyambung gerak tangannya tadi dan meletak teko atas pelapik. Disusun elok-elok. Sebentar lagi, seorang staf akan datang mengambil.
“Dai kah-jie... (Kakak...)”
“Berapa kali aku perlu ulang?” Athena bertutur. Mendatar. “Jangan lagi panggil aku macam tu.”
“Tapi selama-lamanya...”
“Tak pernah wujud. Dan takkan pernah wujud,” cantas Athena.
Ada bunyi keluhan yang menyapa hujung telinganya. Athena mengangkat pandangan. Kelihatan Lai Kuan berdiri di hujung sana, dengan muka merah padam. Sama ada geramkan dia yang degil, atau pun marahkan dia atas apa yang baru berlaku.
Tidak kira yang mana satu pun, Athena tidak peduli.
“Kalau kau tak puas hati sebab aku biarkan dia pergi, kau boleh buang perasaan tu jauh-jauh.”
Kali ini, dengusan kasar pula yang sampai ke telinga Athena. Lai Kuan meraup rambut dengan cukup kasar, sebelum datang mendekat. Tanpa dipelawa, dia menjatuhkan duduk di hadapan Athena.
“Aku bukan setakat tak puas hati sebab kau biarkan dia pergi, tapi juga sebab kau buat deal dengan dia. We are Red Sun, Athena. Kita tak biarkan orang hidup, lepas dah mencuri daripada kita.”
“Apa gunanya bunuh dia, kalau kita tak dapat balik duit?”
“Sekurang-kurangnya, air muka kita takkan terconteng.”
“Air muka?” Athena gelak sinis. “Huh, kau fikir itu lebih penting sekarang?”
“Ya! Biar orang tak pandang rendah pada kita.” Laju, Lai Kuan mengaku.
“Orang cuma takkan pandang rendah pada kita, bila kumpulan kita dah cukup kaya.” Laju juga Athena membidas.
Lai Kuan terdiam. Matanya mengecil kepada Athena.
“This is about him, right?” Dia bertanya. Hampir berbisik.
“Siapa?” Athena berbalas soalan.
“Kau tahu siapa.”
“Kalau kau dah tahu, jadi kenapa mahu sebut lagi? Kenapa mahu buat-buat tak tahu lagi?” tempelak Athena. Nada suaranya mengeras. Renungan matanya semakin tajam membunuh.
Lai Kuan meraup wajah dan mengetap bibir. Sesudah itu, dia membuka semula mulut. Dengan intonasi suara yang mula mengendur.
“Dai kah...”
“Jangan panggil aku itu!” Pantas dipintas Athena. Kedua-dua matanya menjegil. “Berapa kali lagi aku perlu ulang sebelum otak kau boleh hadam?”
“Baik. Aku minta maaf. Aku takkan panggil kau macam tu lagi.”
Sejenak, Athena mendiamkan diri. Dia memandang ke muka Lai Kuan. Serupa tadi, masih merah padam. Cuma bezanya kali ini, bukan riak tidak puas hati yang dia nampak di wajah itu. Sebaliknya, terkilan.
Sedikit-sedikit, rasa tidak senang menjengah ke dalam diri Athena. Dia menghela nafas dalam-dalam. Cuba bertenang. Tidak mahu terus terkesan. Serupa selalu, bila soal ‘dia’ itu disebut-sebut.
Sungguh! Sampai bila lagi dia perlu terkesan macam ni? Sampai bila lagi ‘dia’ akan memberikan impak kepadanya?
Athena benci jadi seperti ini. Sangat benci.
“I’m doing this for the group, Ah Lai.” Athena membuka mulut. Lebih tenteram. “Cobra... dia bukan calang-calang orangnya. Kalau kita boleh pegang dia, then kumpulan kita akan naik. Akan jadi lebih hebat.”
“Habis tu, kenapa tak terus terima dia tadi?”
“Dan abaikan peraturan kumpulan? Walaupun aku nak dia, itu tak bermakna aku akan letak kumpulan kita di belakang.”
Sekejap, Athena berhenti dan senyum menyenget. Anak matanya berbias seribu satu makna.
“Dia silap besar kalau dia fikir dia boleh permainkan Red Sun sesuka hati dia macam tu.”
Lai Kuan merenung Athena. Tepat. Seperti wanita itu, dia kemudiannya turut mengukir senyuman.
“Inilah Athena yang aku kenal.”
~ Bersambung...~
Sara says:
Introducing Kai as Cobra!! He is a hacker. A black-hat one. And surprise!!! Dia memang dari awal lagi dah memang tunggu Athena datang heret dia. Sanggup tu korbankan Camaro kesayangan. But then... bak kata Athena, kereta tu dia beli dengan duit Athena. So tak bolehlah salahkan Lai Kuan sebab hancurkan kereta tu, kan? Hehe..
Anyway, I was thinking of updating cerita ni tiga kali seminggu. Maybe Isnin, Rabu dan Jumaat. Who wants? Korang nak, tak? 
Jangan lupa follow Cik SA di ig: ciksara_aisha for more update. Apa-apa pasal novel ni Cik SA share kat situ. 
Happy reading and see you in next chapter! =)
Love, SA

No comments:

Post a Comment