November 11, 2019

CODE NAME COBRA - BAB 4

BAB 4
INI. KERJA. GILA.
Dia ialah seorang hacker. Dia sepatutnya berada depan komputer kesayangannya, dan menggunakan tangannya untuk menekan-nekan keyboard. Bukan menggenggam satu-satu jari membentuk kepalan, dan berdiri dalam keadaan berjaga-jaga seperti ini.
“Perlu ke aku buat macam ni?” tanya Kai pada perempuan yang terletak di hujung sana. Elok duduk atas kerusi dengan kaki bersilang. Kasut tumit tinggi merahnya, menyerlah di sebalik persalinan serba hitam yang dipakai.
“Perlu. Sangat perlu.” Jawapan yang diterima sangat tidak seronok didengar.
“This is barbarian. Kau ingat kita sekarang di Rome? Aku seorang gladiator, and this is Colosseum?” soal Kai lagi, sambil mendepa tangan ke kiri kanan. Menunjukkan arena yang sekarang mereka duduki.
Ruang luas di tengah-tengah sebuah gudang lama. Ada kotak pelbagai saiz di beberapa penjuru. Ada perabot rosak di penjuru lain. Debu dan kekotoran ada di mana-mana. Bau hapak memenuhi ruang.
“Ini yang kita dah janjikan, tiga hari lepas.”
“Yalah, tapi...”
Suara Kai tenggelam sejenak. Bawah bibirnya diketap kuat-kuat. Mula rasa mahu menyumpah diri sendiri. Kenapalah dia bodoh benar bersetuju? Sebab mahu masuk ke dalam Red Sun? Huh, ini belum sempat masuk, dia mungkin sudah mati sia-sia.
“Tak habis-habis dengan banyak cakap dia ni.” Satu suara tiba-tiba muncul. Kai kenal benar suara itu.
Lai Kuan. Tegak terpacak sebelah kanan Athena.
“Kita tengah membazir masa sekarang. Boleh tak kalau kita just go straight to the point?” Suara lain pula mencelah. Kai lihat kepada sang pemiliknya.
Seorang lelaki yang belum pernah dia jumpa. Tercegat sebelah kiri Athena. Daripada riak mukanya, jelas kebosanan yang melanda di situ.
“Okey, guys!!”
Mata Kai buntang. Cepat-cepat, dia angkat tangan tanda times up.
“Kejap! Kejap! Bagi aku masa bersedia dulu.”
Athena senyum sinis.
“Kau ingat, bila nak berlawan dengan kumpulan lain, mereka akan bagi masa bersedia dulu?”
Usai menghabis kata, Athena menjatuhkan isyarat. Secepat itu, empat orang konconya menyerbu ke hadapan. Kai membeliakkan mata sesaat, sebelum mengelak satu serangan yang datang. Kemudian, satu lagi. Dan satu lagi. Berkali-kali, dia memusing badan untuk mengelak segala serangan. Di celah-celah itu, ekor matanya sempat melihat kepada Athena dan dua lelaki di sisi. Bermuka selamba semuanya. Tidak ada perasaan. Seolah-olah, mereka bukan sedang menyaksikan seorang lelaki cuba dibelasah oleh empat lelaki.
Huh, mereka pandang rendah kepada dia!!!
Serentak dengan jeritan dalam hati itu, Kai menumbuk seorang lawan yang muncul. Kepalanya terpusing ke sebelah. Kakinya terundur beberapa tapak ke belakang.
“Tak guna!” Seorang temannya yang lain menempik. Kai berpaling kepadanya. Sebelum sempat dia masuk menyerang, Kai lebih dahulu melompat dan melibas kepalanya. Tersungkur jatuh dia atas lantai.
Seorang lagi menyerbu. Kali ini, Kai menendang perutnya. Baru dia ingin mengimbangkan badan, Kai meluru ke depan dan menumbuk rahangnya. Bersembur darah keluar dari hidung. Saat itu, bahu Kai tiba-tiba dicengkam dari belakang. Kai menghentak orang di belakang dengan siku. Cengkaman terlepas. Kai menarik tangan lawannya ke atas bahu, menunduk badan sedikit dan kemudian...
Bam!
Berdentum bunyi lelaki itu dihempap ke atas lantai, disusuli dengan erangan. Kai buat tidak peduli. Dia berpaling pula kepada tiga lelaki yang lain. Semuanya berpandangan sesama sendiri. Isyarat mata ditukar, sebelum...
“Yahhhh!!!”
Serentak, mereka menyerbu. Kai menyambut serangan. Tangan dan kakinya lincah bergerak. Sekejap menumbuk. Sekejap menendang. Sekejap melompat. Sekejap melibas. Sesekali, dia mengelak. Sesekali juga, dia menghadang. Dada yang termengah-mengah dan peluh yang merenik, dibiarkan begitu sahaja. Kesakitan dan keperitan yang mula dirasa, cuba ditahan-tahan.
“Masuk.”
Satu saat, telinganya mendengar satu arahan. Seiring itu, beberapa lagi konco Red Sun masuk.
Jahanam!!! Sempat Kai menempik dalam hati.
Sepantas kilat, dia mengelak satu serangan yang datang dari lawan yang baru. Hanya untuk diserang oleh yang lain pula. Kepalanya terasa terkehel, menerima tumbukan. Tubuhnya terasa berpusing, jatuh atas lantai. Perutnya terasa senak, disepak. Bahunya terasa patah, dipijak. Darah bersemburan dari celah rongga di muka.
Kai mengerekot, cuba melindungi diri.
“Cukup.”
Segala serangan serta-merta terhenti. Kaki-kaki yang mengelilingi Kai, berundur ke belakang. Memberi ruang kepada sepasang kasut tumit tinggi merah untuk mendekat.
Kai menengadah kepada pemiliknya. Athena tegak berdiri, dengan anak mata yang jatuh kepadanya. Seperti selalu, tidak ada riak di mata itu.
Sedikit-sedikit, Athena merendahkan badan. Sudah hampir mencangkung. Sesudah itu, dia merengkuh bawah rahang Kai. Kepala Kai jadi terdongak. Dahinya berkerunyut seribu, cuba menahan sakit.
“Sekarang, dah faham?” Athena bersuara senada.
“A... apa?” Kai membalas, di celah-celah darah dan kahak yang keluar dari mulut.
Sekilas, Athena melihat kepada tangannya yang terpalit kotor. Tetapi, tidak pula dia mengalihkannya.
“Jangan pandang rendah pada Red Sun. Jangan fikir kau boleh sentuh kami, tanpa dapat akibatnya. Aku...”
Athena merengkuh dagu Kai lebih kuat. Kai mengemam bawah bibir, tidak mahu mengerang sakit.
“Mungkin tak mahu bunuh kau. Bak kata kau sendiri, sebab kau boleh buat duit untuk aku. Tapi itu tak bermakna...”
Renungan mata Athena bertukar lebih tajam.
“Selama-lamanya, aku takkan bunuh kau.”
Kai membisu. Tidak cuba pun untuk menjawab. Dia sudah faham sekarang.
Kuasa.
Ini yang cuba ditunjukkan oleh Athena kepadanya. Betapa wanita yang seorang ini punya kuasa yang cukup besar. Dan betapa Red Sun boleh menjadi pemegang kepada hidup mati seseorang. Tetapi, mereka silap kalau fikir kuasa yang dipamer itu akan menakutkan dia. Kerana sesungguhnya, kuasa itulah yang dia mahu!
“Kau tahu tak macam mana untuk hancurkan satu-satu koloni?” Kai membuka mulut.
Dahi Athena berkerut.
“Take down their queen bee.”
Sebaik melepas kata, Kai mencengkam pergelangan tangan Athena dan menariknya kuat. Sekelip mata sahaja, mereka bertukar kedudukan. Athena terhempap atas lantai. Kai bangkit dengan tangan di leher wanita itu.
“Athena!”
“Dai kah-jie!”
Hampir serentak orang-orang di sekeliling menyeru namanya.
“Jahanam kau, Cobra!” Tengkingan Lai Kuan bergema sesaat kemudian. Tubuhnya sudah pun sampai dekat. Bersedia untuk membuat sesuatu.
“Ah Lai.” Athena menegur pendek.
Kai mengerling kepada wanita itu. Walau dengan leher separa dicekik, dia tetap kelihatan bersahaja. Bahkan, kedua-dua matanya berdesis sinis.
“Now, what? Kau nak bunuh aku?”
“Kau fikir aku tak berani?” bidas Kai sambil menjongket sebelah kening.
Senyuman halus tersungging di bibir Athena. Kai mengerutkan dahi. Tidak menjangka itu. Baru dia ingin menyoal, tangannya terasa ditepis. Tubuhnya terasa ditolak, berpusing ke bawah dan...
Bam!
Belakangnya menghempap sesuatu yang keras.
Jeda.
Mata Kai bundar memandang Athena. Elok duduk menindih dirinya. Dengan kedua-dua belah tangan mencengkam leher Kai.
“Kau teragak-agak.” Athena bertutur dingin. “Kalau kau nak buat sesuatu, jangan sesekali teragak-agak.”
Kai tidak menjawab. Sengaja. Dia merenung Athena dalam-dalam. Beberapa saat berlalu...
“Wow, you’re on top of me. Sexy. Kalau mati masa ni pun, aku dah tak kesah.”
Buk!
Melekat satu penumbuk di pipi Kai. Mukanya terpusing sekejap, sebelum dia memalingnya ke depan semula.
“Itu untuk apa?!” tempelaknya kepada Athena.
“Mulut bacul,” jawab Athena seraya bangkit dari tubuh Kai. Kemudian, dia berpaling kepada Lai Kuan. “Get ready.”
“Huh? Untuk apa?”
Kai yang sedang bangun, terbuka luas telinganya. Terus dia mengimbangkan badan yang hampir tersembam ke bawah. Sebelah tangan memeluk diri. Muka cuba dibuat selamba, sedangkan Tuhan sahaja yang tahu betapa terseksanya dia saat ini.
“Untuk upacara nanti.”
Dahi Kai semerta berkerut. Upacara? Upacara apa pula ni? Hatinya mula dirundung tidak senang. Lebih-lebih lagi bila melihat mata Lai Kuan yang membesar.
“You’re kidding me!” Suara lelaki itu kedengaran lebih kuat.
Athena berpaling menghadapnya.
“No, I’m not.” Keras nada suara yang keluar dari bibir merah itu.
Muka Lai Kuan berubah. Dia merengus kuat-kuat.
“Ini tak betul, Athena.”
“Kata siapa? Kau?”
Sekali lagi, Lai Kuan merengus. Dia mendekati Athena. Athena mendongak lebih tinggi. Mata masing-masing bersatu. Berlawan. Bersabung.
“Time is equal to money. So could you please, stop wasting our time?” Satu suara tiba-tiba menyelit di celah-celah ketegangan.
Kai menoleh kepada manusia yang baru menuturkannya. Lelaki tadi. Lelaki yang dia tidak kenal. Serupa tadi, hanya riak kebosanan yang terpampang di wajahnya.
“Or my time, to be exact.” Dia menyambung, dengan perkataan ‘my time’ yang sengaja ditekankan.
Sesudah itu, dia mengayun langkah ke hadapan. Meninggalkan ruang tempat berdirinya sejak awal. Sampai depan Athena dan Lai Kuan, dia berbicara lagi.
“Aku akan uruskan semuanya nanti. So please, you two. Knock it off.”
Athena mengerling kepada Lai Kuan. Lai Kuan mengambil tindakan sama. Kai? Dia sekadar senyap menyaksikan semuanya. Err, mereka semua sudah lupakan dia ke?
Nampaknya, tidak. Kerana mereka bertiga menoleh kepadanya. Athena mengambil tindakan pertama. Dia menghampiri Kai. Sampai depan-depan, dia bersuara.
“You are in. I’ll be your sponsor.”
“Serius?” Bulat mata Kai meminta pengesahan.
“Itu yang kau nak, kan?” Ternyata, sindiran pedas yang dia dapat.
Kai menyengih. Lebar.
Athena memandangnya kosong, sebelum memusing badan ke belakang. Bunyi derap kasut tumit tingginya bergema, dengan setiap satu langkah yang dia ambil. Sampai dekat Lai Kuan dan lelaki kedua tadi, mereka mengambil tempat di sisi kanan dan kirinya. Sama-sama berjalan keluar dari gudang, dengan kepala dan belakang yang tegak. Anak-anak buah yang ramai mengikut satu-satu. Tidak langsung menghiraukan Kai, hingga pada akhirnya Kai tertinggal seorang.
Dalam gudang. Di tengah-tengah kekotoran. Dikelilingi bau hapak. Beserta tubuh yang dipenuhi luka dan darah.
Sedikit demi sedikit, Kai mengangkat sebelah tangan. Mengelap bibir berdarah dengan belakang telapak tangannya itu. Usai menjatuhkannya semula ke sisi, dia mengulum senyuman.
“Now, let the game begins.”
~ Bersambung...~
Sara says:
And here I am!! Update novel ni pada hari Isnin. Like I've said before, starting this week, Cik SA akan update sebanyak tiga kali seminggu. Isnin, Rabu dan Jumaat. So yeah, tunggu untuk tiga hari tu, tau. 
Bwahahaha!! Kai dengan lawak tak kena tempat dia, berpisah tiada. Rasanya dalam apa jua keadaan pun, dia memang gini. Kadang annoying, kadang cute, kan? Adoi, Kai...Kai. 
Anyway, now that he is in Red Sun... permainan sebenarnya akan bermula. Korang tungggguuuu....
Jangan lupa follow Cik SA di IG for more update berkenaan novel ni, dan novel lain. IG: ciksara_aisha
Do comment, and see you again!
Love, SA

No comments:

Post a Comment