November 13, 2019

CODE NAME COBRA - BAB 5

BAB 5
"SO, how's everything?"
"Masih hidup lagi."
Tawa kecil berbunyi di hujung talian. Kai bangkit dari kerusi dan menghampiri dinding di hadapannya. Usai dekat, dia berhenti.
"Biar aku tukar soalan. How is she?"
"Macam yang kita dah jangkakan."
"Can you handle her, then?"
Terlepas gelak halus dari mulut Kai. Namun secepat itu juga, dia mematikannya. Terasa sakit di mulut, senak di perut. Lantas, Kai memegang abdomennya. Dahi berkerut menahan perit yang masih bersisa.
"Kau tengah cakap dengan siapa, sekarang? Ini akulah."
"Yeah, right. Mr. Romeo terunggul kita." Satu suara lain menyelit dalam panggilan.
"Tahu tak apa. So, jangan berangan untuk rampas takhta tu daripada aku," balas Kai dengan muka bangga. Macamlah orang di sebelah sana boleh nampak.
Sekali lagi, bunyi tawa berbunyi di hujung talian. Lebih kuat kali ini. Lebih nyaring. Lebih membingitkan telinga.
"Focus, you two." Suara pertama masuk semula.
Bunyi tawa serta-merta mati.
"Yalah-yalah." Suara kedua mengalah. Jelas sangat tidak relanya.
Kai senyum kecil. Otaknya dapat membayangkan adegan di sebelah sana. Seorang dengan muka cemberut. Seorang dengan muka tak ada perasaan.
"Setakat ni, semuanya berjalan lancar. Mengikut perancangan kita. Tapi lepas ni..."
"Kami tak boleh awasi kau lagi."
"There will be no direct communication between us. Kecuali, kalau terdesak sangat."
Suara pertama dan suara kedua, saling bersilih ganti di telinga Kai.
"Cara kau orang bercakap ni, macamlah aku tak biasa. This is..." Sejenak, Kai diam dan mengerutkan dahi. Otaknya mengira-ngira.
"My sixth case already."
"Setiap kes berbeza. Jangan pandang rendah pada mana-mana pun." Suara pertama berbunyi serius.
"Okay, fine." Kai menjawab, mula berasa sebal. Mereka fikir dia siapa? Ini dialah! Dia tahu apa dia buat dan apa yang bakal dia buat.
"L is your courier. You know what to do, right?"
"Aku tahu." Pendek Kai mengaku. Tetapi bersalut tegas. Sengaja mahu menekankan bahawa mereka tidak perlu risaukan dia. Pembetulan. Mereka tidak perlu risaukan operasi ini.
"That's it, then. You are on your own. Good luck." Seperti sebelumnya, suara pertama kedengaran mendatar. Namun Kai kenal pemilik suara itu. Hatinya lebih besar daripada suaranya. Lebih berperasaan.
"Jangan mati. Aku masih sayangkan kau." Suara kedua pula, masih kedengaran main-main. Seperti selalu.
Kai senyum halus.
"Jangan rindukan aku." Dia melayan.
"Daripada rindukan kau, lebih baik aku rindukan Anjali."
Terlontar tawa Kai. Kepalanya tergeleng-geleng memikir hubungan aneh temannya itu dengan Anjali. Tidak habis-habis!
Klik.
Panggilan putus. Kai mematikan sisa ketawa. Kembali berwajah serius. Kembali menengadah kepada dinding.
Dia melangkah lebih dekat, sambil mengeluarkan sim card dari telefon bimbit. Sesudah itu, Kai melemparnya ke dalam bekas atas meja sebelah. Sebaik jatuh, bunyi percikan api memecah keheningan. Pada masa yang sama, warna oren menerangi bekas.
Kai sekadar melihat kad itu terbakar, lewat ekor mata.
Sepenuh perhatiannya yang lain, diberikan kepada dinding depan. Atau lebih tepat lagi, kepada papan kenyataan dari material kaca yang terletak betul-betul depan dinding. Di atas permukaannya, penuh dengan bermacam-macam tulisan dan gambar. Setiap satunya dihubungkan dengan anak panah dan nota-nota kecil.
Kai memerhati semuanya. Satu-satu. Dari atas ke bawah. Dari kiri ke kanan, hingga anak matanya melekat pada dua gambar di bahagian tengah. Terletak sebelah-menyebelah. Satu memaparkan bentuk bayang-bayang hitam dengan tanda soal warna putih. Satu lagi...
"Athena..." Dia menyebut nama itu. Mata Kai tidak berkelip. Merenung gambar perempuan berbaju cheongsam keemasan. Cantik dengan rambut yang disanggul tinggi. Ada cucuk sanggul dengan hujung bentuk bunga orked di situ.
"I have to admit this. Kau memang menarik, Athena. Sangat-sangat menarik," bisik Kai disusuli senyuman herot. Matanya tetap kejap kepada wanita dalam gambar. Penuh dengan makna tersirat, yang cuma dia dan mereka dalam telefon yang tahu.
Setelah beberapa minit begitu, Kai bergerak. Menghampiri belah kiri papan kenyataan, dan kemudian menyentuh bahagian bawahnya. Seperti silap mata, segala gambar dan tulisan atas permukaan papan kenyataan bertukar jadi lutsinar.
Kai melihat sekilas, sebelum memaling tubuh ke belakang. Kakinya diayun menghampiri pintu. Setapak demi setapak hingga dia akhirnya berada di luar. Almari buku yang berada di sebelah, dia dekati. Sebuah buku di dalamnya, Kai sentuh. Automatik, almari tersebut bergerak. Kai memberi ruang dan melihatnya melongsor dari kiri ke kanan. Lantas, mengaburi apa yang ada di sebaliknya. Namun sebelum pintu terkatup terus, anak mata Kai sempat melekat pada fail atas meja.
2019. RED OPERATION
CODENAME: COBRA
*****
"COBRA."
Athena berbisik perlahan. Pandangannya tepat pada kepingan gambar yang sedang dia pegang dan belek. Ada rupa lelaki. Sedang berjalan depan rumah. Sedang bergembira di kelab malam. Sedang bercakap di telefon bimbit. Sedang bercanda dengan perempuan. Sedang berjoli di pusat membeli belah.
Kemudian, dia meletak gambar-gambar tersebut ke tepi. Dokumen yang sedari tadi terbentang atas meja, dia ambil. Bait-bait tulisan yang tertera, dia baca satu per satu.
"Cobra. One of the top hackers in Malaysia. Create his own computer programme at mere age of thirteen. Participate in Google's bug bounty at the age of twenty, and successfully tracked down a vulnerability in Pixel mobile phones that allowed attackers to inject arbitrary code via the phone's Chrome browser."
Semakin Athena baca, semakin dia mengerutkan dahi.
"Berapa kali baca pun, tak faham-faham aku," rungutnya sendiri. Termasuk kali ini, sudah tiga kali dia baca profil yang dia dapat tentang Cobra. Namun bila sampai di bahagian tersebut, otaknya terasa biul sekejap.
Selesai mengomel, dia kembali menyambung pembacaan. "The payout that he received from Google was estimated to be one hundred thousand-dollar USD."
Kali ini, Athena menjuih bibir pula. Menyinis apa yang lelaki itu buat walaupun selepas sudah memperoleh wang sebanyak itu. Cobra, dia bukanlah seorang white-hat hacker. Sebaliknya, dia membina nama dalam 'dark net'. Kerjanya? Menggodam bagi pihak kumpulan penjenayah antarabangsa. Malangnya, dia ditangkap beberapa tahun sudah. Lalu, terkuburlah seorang Cobra. Tidak diketahui mana dia pergi dan apa yang dia buat.
Ada cerita mengatakan dia dipenjara. Ada juga cerita mengatakan dia bekerja dengan pihak kerajaan. Ada juga yang cakap dia sudah cuci tangan. Bak kata dia sendiri, menjadi rakyat Malaysia yang mengikut undang-undang dan berhati nurani. Yang mana satu, Athena tidak pasti. Dia tidak peduli pun. Yang dia tahu cuma kebenaran yang satu itu. Bahawa sesungguhnya, jantan tak guna itu berani menggodam dan mencuri daripada dia!
"He's impressive, isn't he?"
Athena menengadah ke arah pintu pejabat.
"Aku dah baca profile tentang dia. He's impressive. Tak hairanlah kau nakkan dia." Tanpa dipelawa, lelaki depan pintu melangkah masuk.
"Bukan aku seorang."
Lelaki tersebut mengangkat sebelah kening. Memohon penjelasan dengan isyarat muka. Athena menyandarkan belakang ke kerusi dan membiarkan lelaki itu duduk di hadapan.
"You too, Charlie. Sebab tu, kau tak halang aku."
Terkulum senyuman halus di bibir Charlie.
"I'm all about money. Macam mana pun caranya, terpulang. Yang penting, duit masuk dalam akaun kita."
"Glad that we are on the same page."
Charlie tergelak halus.
"Kita kan memang selalu sehati sejiwa."
Athena tergelak sama.
"Anyway, aku dah cakap dengan dia."
"Siapa? Lai Kuan?"
Tekaan Athena dibalas dengan anggukan Charlie.
"Yeah, I've talked to him. Terangkan pada dia yang kau ambil keputusan ni demi kumpulan. Yalah, sampai bila kumpulan kita nak berada di takuk lama? We need something bigger than those small businesses. Lagipun..."
Suara Charlie tenggelam. Bawah bibirnya dikemam. Seperti tidak mahu menyambung kata. Langsung, Athena mencantas.
"Lagipun apa?"
Halkum Charlie tampak bergerak. Menelan liur. Athena menatap dia lebih tepat.
"Mesti ini yang dia nak, kan? Supaya kumpulan kita..."
"Kembali seperti dulu," celah Athena. Suaranya keluar antara dengar tak dengar. Bahkan, bersalut getaran. Di bawah meja, Athena menggenggam tangannya kuat-kuat. Cuba menghalang diri yang mula terkesan.
Cukup, Athena! Cukuplah terkesan dengan 'dia'.
Charlie senyum kecil. Jelas pahitnya di pandangan mata Athena.
"Ya. Seperti dulu."
Suasana menghening. Tiba-tiba, lidah mereka tidak tahu mahu mengata apa. Athena lihat Charlie. Charlie pandang dia. Walau tanpa kata, Athena tahu apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu.
Pasti tentang 'dia'.
"Okeylah..." Charlie memecah keheningan. Suaranya kembali ceria.
"Aku kena pergi dulu. Kau jangan risaukan Ah Lai. Dia dah faham," sambungnya seraya mengangkat punggung.
Kepala Athena terngadah melihat dia yang lebih tinggi.
"Tapi ingat..." Charlie menoleh semula kepadanya. "Sebelum buat apa-apa, bagitahu aku dulu. So that..."
"Kau boleh prepare untuk counter-measure." Athena menyampuk, tahu benar apa yang bakal keluar dari mulut Charlie. Itulah yang selalu dituturkan lelaki tersebut, setiap kali mereka mahu buat sesuatu.
"Itu kerja aku, kan?" ucap Charlie, disusuli dengan kenyitan mata.
Athena tertawa, dan melihat sahaja bila mana Charlie meloloskan diri balik pintu. Dia kembali sendiri. Dalam bilik kerja separa gelap. Perlahan-lahan, Athena membawa tubuhnya lebih ke belakang. Kembali bersandar pada kerusi. Lehernya diletak atas kepala kerusi, lantas dia jadi separa terdongak. Melihat siling kosong.
Lama, Athena merenung ke atas. Sesekali, kelopak matanya berkelip. Di siling itu, dia seperti dapat melihat suatu bayangan. Langsung, lidahnya berdesis...
"Dia..."
~ Bersambung...~
Sara says:
Cik SA pernah inform sebelum ni, kan? Yang Cik SA cuma akan reveal tajuk lepas sampai ke scene yang membawa kepada tajuk itu. So yeah, here it is!!! 
Dengan ini, Cik SA umumkan bahawasanya tajuk novel baru ini ialah...
CODENAME COBRA
And yes, Kai is not just Kai the hacker. He is more than that. He is someone with a codename. Mesti korang boleh agak siapa dia, kan? 
Sekarang, permainan sudah benar-benar bermula, Athena. Good luck from me. 
For those yang belum follow Cik SA di IG, please do so (IG: ciksara_aisha). Semua update pasal novel ni dan novel lain, Cik SA share kat situ. So, do follow, ya. Thank you!
See you, next Friday!
Love, SA

No comments:

Post a Comment