March 9, 2019

MACAM MANA NAK START MENULIS - BAHAGIAN 2



Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari Sabtu!

Seperti yang diberitahu sebelum ni, hari Sabtu ialah hari untuk Cik SA update blogpost.  Sekarang sudah 10.37 malam. Cik SA sebenarnya mahu update post lebih kurang pukul 9.00 malam, tapi hari ni terpaksa lewat sikit sebab Cik SA baru pulang dari Kuala Terengganu. Pergi ke sana atas urusan kerja, interview seseorang untuk manuskrip yang tak tahu bila akan tulis. But yeah, collect data first, write later. Just like waktu tulis tesis. One semester just for data collection, and one semester for writing. Haaa, tulis novel ni lebih kurang macam tulah. 

Okey, enough with the introduction. Seperti yang dijanjikan dalam post lepas, hari ni Cik SA akan sambung untuk part kedua, yang mana akan menyentuh step yang Cik SA praktikkan selama ini. 


MACAM MANA NAK START MENULIS - STEP BY STEP 


'The start is always the hardest.'

Kalau korang fikir, setiap penulis tu senang je dia orang nak menulis, that's wrong. That's totally WRONG. It's always a battle for us, at least for me, especially for me. Sebabnya Cik SA selalu ambil masa berehat setiap kali siapkan satu-satu projek. Walaupun orang selalu cakap, penulis kena menulis SETIAP HARI, bukan itu yang Cik SA buat. Bila Cik SA dah siapkan satu manuskrip dan hantar pada penerbit, Cik SA akan berhenti menulis dalam sebulan dua. Just to rest, rehatkan otak yang dah bekerja kuat.

So bila nak start balik menulis tu, kesnya macam nak kena panaskan balik enjin yang dah sejuk. The momentum of writing that previous manuscript dah tak ada, which explain the reason kenapa penulis kena menulis setiap hari. Once you stop, the momentum was gone. But then, me being me, i cannot straight away tulis cerita baru bila cerita lama tamat. Maybe I should try to, just to keep the momentum tapi buat masa sekarang, macam tulah caranya Cik SA bekerja. Siap, rehat, tulis balik. The cycle goes on.

Now, here comes the big question. Macam mana nak START BALIK menulis? Atau dalam kes penulis baru, macam mana nak START menulis?

It always comes back to the idea (Next week Cik SA akan sentuh pasal macam mana nak dapat idea). Bila Cik SA ada idea baru, untuk manuskrip baru, with a whole new plot, Cik SA akan start dengan ambil notebook and jot down that idea. I'm telling you this, tak kira merapu atau gila macam mana pun idea yang korang tiba-tiba dapat, please...please....WRITE IT DOWN. Tak kira dalam notebook, phone, atau mana-mana pun. Tapi serius, tulis jangan bagi hilang. Kalau just fikir dalam otak, korang boleh ended up tak ingat dah dan idea tu akan lenyap begitu saja. Bila tulis dan simpan idea tu, you can always come back to that dan kembangkan. Tak semestinya guna sekarang. Mungkin tahun depan, lima tahun lagi atau mungkin idea tu boleh digunakan untuk karya sepuluh tahun akan datang. Yang penting, just to have that bucket of ideas somewhere in a notebook, or mana-mana. 

Okey, itu boleh dikira sebagai pre-step untuk menulis. So bila dah betul-betul lock idea mana yang nak dijadikan novel (in case ada banyak idea), atau dalam kes memang idea ada satu je, let's get to work on that one!

Biasanya Cik SA akan start dengan:


1) MIND MAP a.k.a peta minda. Untuk menunjukkan watak-watak penting dan perhubungan antara setiap satu watak. Biasanya Cik SA letak, kat tengah-tengah tu watak hero + heroin. Di sekelilingnya ialah watak-watak sampingan yang ada kaitan dengan hero ATAU heroin.

Contoh: dalam SALJU KYOTO.

Watak utama: Arjuna Kaede + Nailah Farafisha
Watak sekeliling AK: Ryohei, Sato, Inoue-san, Nakajima Hiroshi
Watak sekeliling Nailah: Badri, Yumiko, Mak Badri

Bila buat macam ni, korang akan boleh lebih nampak secara visual perkaitan antara semua watak. So takdelah berterabur dan memeningkan kepala.

2) RESEARCH

"Before anything else, prepartion is the key to success." - Alexander Graham Bell

This is why Cik SA selalu tekankan pada RESEARCH, RESEARCH dan RESEARCH. Sebagai penulis, jangan malas dan jangan kedekut untuk buat research. 

Bila nak buat research, Cik SA akan start dengan research berkaitan: 1) kerja watak tu, 2) isu yang nak ditonjolkan, 3) tempat

Contoh: dalam SALJU KYOTO

- Kerja: perniagaan antik.

I read all sort of things pasal antique business and antique items. Semua barang antik yang Cik SA mention dalam SK, benar-benar wujud. That's how i can describe them. Cik SA juga tengok bidding video (for hours) untuk scene membida AK di Bangkok yang cuma beberapa muka surat tu.

- Isu: yakuza

I read a whole book on that. Gambarnya kat bawah. This is my main reference. Info lain pula datang dari keratan akhbar dan jurnal artikel. Subjek yakuza ni macam menarik, so banyak ada artikel pasal yakuza



- Tempat: Kyoto, Bangkok

Basically, Cik SA memang betul-betul ke tempat yang ada dalam SK. I went to Japan masa awal tahun, sebelum tulis SK. Masa tu bukanlah bertujuan untuk cari ilham tulis SK, tapi just to jalan-jalan biasa. Balik-balik, dapat idea for SK. Sama kes juga dengan Bangkok. Bukan ke sana sebab nak tulis manuskrip, tapi sebab Cik SA memang selalu ke sana. So, masukkan pengalaman sendiri ke dalam karya.

Contoh 2: dalam AKU LELAKIMU

- Kerja: wartawan jenayah

Cik SA pergi interview wartawan jenayah sebenar, iaitu Encik Syahril Kadir. Bekas penolong editor Utusan, dan berpengalaman lama sebagai wartawan jenayah (he's one of the top crime journalists in Malaysia)

- Isu: psikopat, serial killers, no fear

Books, books, and books! Ada banyak buku pasal ni. So baca dan cuba hadamkan informasi yang ada, walaupun memeningkan otak dan memualkan tekak. Serius scary baca buku-buku ni. Especially yang pasal serial killers tu. Sebabnya, siap ada gambar mayat dalam tu. Huwaaaa! Seram!



- Tempat: Malaysia, New York

Malaysia tu tak perlu explain lah. Negara sendiri, kan? Tapi for NY, i have to be honest. Cik SA tak pernah ke sana. So macam mana nak describe? Youtube jawapannya. Cik SA search 'New York', akan keluar bermacam video. Pilih yang mana berkenan, tengok ulang-ulang sampai boleh describe secara details. Same thing i did for 'Central Park NY'. Tengok video on how it looks like and cari peta untuk gambarkan kedudukan sebenar. Yes, Cik SA tengok peta.

So pendek kata, for the setting of location, memang bagus kalau dapat ke tempat tu sendiri, atau mungkin berdasarkan pengalaman pergi travel, TAPI kalau tak dapat ke sana sendiri, there's always tonnes of videos out there. Sekarang dah zaman digital, informasi di hujung jari.

3) PLOT

Okey, for plotting, setiap penulis ada caranya sendiri. Ada yang buat plot sampai habis dari awal sampai akhir, baru start menulis. Ada penulis yang tulis je tanpa ada plot. As for me, it's in between. Cik SA tak tulis plot dari awal hingga akhir, dan takdelah tak tulis plot langsung. What I did was, I plot for FOUR things. 1) Permulaan, 2) Klimaks, 3) Ending dan 4) Plot penting. 

Dari awal masa nak tulis manuskrip, Cik SA dah tahu macam mana cerita itu start, apa klimaksnya dan apa endingnya. As for 'plot penting', well...it literally means that. I can't really say it's the conflict, because that's not really what I mean. Macam nilah, let me give you an example.

Dalam AKU LELAKIMU, ada beberapa plot penting. Pertama, siri pembunuhan yang dilakukan oleh White Killer. Jadi masa Cik SA build the whole plot for AL, Cik SA set aside special notes for that murder. Maksudnya, persiapkan details of the murder: modus operandi, how, why, apa yang dia buat dengan mayat, apa tujuannya dia ambil mata, apa kaitannya dengan Moonlight Sonata etc. Kedua, background Tihani Rose dan kes kehilangan kakak dia. There's another details for this yang Cik SA persiapkan: bila hilang, kat mana hilang, macam mana hilang, apa jadi lepas tu. Ketiga, background Alexander Aryan: what happened to his family, macam mana dia boleh ended up di New York, apa yang selama ni jadi pada dia

So basically, bila nak start tulis tu, dah siap sedia prepare all the details for the most important plots. How they come together, itu sub-plot yang punya kerja. These sub-plot in between yang menghubung kaitkan semua plot penting, klimaks dan ending tu pula, akan muncul bila tengah-tengah tulis. It will just come. Naturally, berdasarkan maklumat-maklumat yang kita dah cari. Hmm, macam mana nak cakap ni, ya? Maklumat-maklumat yang kita dah baca tu, walaupun sebenarnya berterabur dan kita tak tahu nak letak celah mana, once you start writing, they will come into place. It's like pieces of puzzle yang masuk ke tempatnya.

4) START TULIS

Dah siap buat tiga perkara tu, masanya sekarang untuk tulis. Sesetengah penulis akan tulis dulu dan edit kemudian. Kiranya main tulis dulu, tak kisah pasal ayat yang cantik atau typo error. Kemudian, baru edit untuk cantikkan semuanya balik. That's NOT what i do. Cik SA ada masalah perfectionist sikit. Selalu nak terus cantikkan ayat, dan betulkan typo. Ayat perlu dah betul-betul kena dengan jiwa, baru akan sambung ayat lain. Itu yang buat Cik SA lambat siap menulis. Tapi kelebihan cara Cik SA ialah TAK perlu masa lama untuk editing. Sebab basically, manuskrip yang dah siap tu, dah boleh terus hantar pada publisher. No need for thorough editing. Yang Cik SA buat for editing cuma, cari kesilapan typo atau grammatical error. Bukan nak cantikkan ayat, atau nak betulkan plot etc. Save time on that. Sebab kadang-kadang editing boleh ambil masa dua tiga minggu, which for me few days je.

But then...

Setiap penulis ada caranya sendiri. Yang lebih selesa bagi diri sendiri. Jangan paksa diri ikut cara orang lain, kalau kita tak selesa dengan cara tu. Sebab honestly, cara Cik SA tak berapa dicadangkan oleh buku-buku penulisan kat luar sana tu. Selalunya buku tu akan suggest, 'JUST WRITE FIRST, EDIT LATER'. Not for me. I can't do that. Macam tak puas hati, bila ada rasa 'ayat ni tak best, ayat ni tak masuk jiwa, ayat ni tak sesuai'. Serius, cannot move on to the next step bila ada rasa tu.

So...that's it! Macam mana nak menulis, cara Cik SA. Harap-harap adalah info yang berguna. Mungkin ada cara Cik SA yang tak berapa kena dengan korang, but like i said, semua penulis ada caranya sendiri. You just have to look for what's the most comfortable for you, and can make you NOT STOP writing till you get that TAMAT. Haaa, yang itu memang betul-betul kena ada keazaman jiwa. Sebabnya, walaupun dah buat step kat atas tu, TIDAK bermakna proses tulis manuskrip akan jadi smooth tanpa sebarang masalah.

Cik SA selalu je stuck tengah jalan, dan perlu  buat rombakan....from scratch. Tak kiralah rasa macam dah buat ayat-ayat cantik sekali pun, tapi kalau tak boleh membawa kepada arah cerita yang sepatutnya, maka terpaksalah pejam mata, kuatkan hati dan buang semua yang dah siap tulis tu. I've done that! Pernah tukar the whole plot, lepas dah tulis lebih 20,000 patah perkataan, sebab jalan cerita stuck. Sayang memanglah sayang, tapi apa gunanya rasa sayang tu, kalau novel tak siap-siap? 

Eh, itu dah terjawab satu soalan lain yang Cik SA dapat di IG story. Ada readers tanya, apa Cik SA buat bila stuck masa menulis? Itulah jawapannya: rombakan secara besar-besaran.

That's all for now! Have an amazing day and happy writing!

xoxo, Sara Aisha










8 comments:

  1. OMG feeling blessed with all these helpful tips! May Allah help you with more ideas for your upcoming novels, cik Sara AIsha! You have no idea how much these tips mean to me. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. i'm so happy to be sharing my own experience. Good luck to you!! =)

      Delete
  2. Thank you so much cik SA. You helped me a lot! Now I can get started with my manuscript... May Allah bless you cik SA. Do share more about your writings. And I love your books too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome. alhamdulillah. good luck for your writing.=)

      Delete
  3. Assalamualaikum cik SA .. sy nak tanye .. "Manuskrip" tu keseluruhan cerita novel yg kite buat atau hanya sinopsis bab2 yg perlu dihantar ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. manuskrip tu keseluruhan. dari bab 1 sampai tamat.

      Delete
  4. Assalammualaikum kak sara saya ada cita-cita nak jadi penulis.boleh tak kak sarah share prosedur yang kakak buat sebelum temuramah.sebab saya selalu risau kalau nak jumpa orang,takut mengganggu kerja ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, maksudnya nak tahu prosedur nak jadi penulis ke?

      Delete