BAB 2
“SELAMAT pengantin baru, Ana!”
Kopi yang sedang diteguk diletakkan
kembali ke atas meja. Kepalaku dilangut melihat Nadiya yang sedang melangkah
ala-ala catwalknya. Bekerja sebagai
model membuatkan dia biasa berjalan serupa itu.
“So,
how’s everything, babe? Mesti tengah happy
sekarang ni, kan? Yalah, uolls kan perfect couple gitu.” Tidak henti-henti
mulut Nadiya membebel. Beg tangan Michael Korsnya diletakkan di sisi sebelum
melabuhkan punggung ke kerusi.
Perfect
couple? Aku menarik senyum kelat. Ya, aku dan Amsyar pernah menjadi
pasangan sempurna, pasangan bahagia yang tiada cacat celanya. Jannah dan
Amsyar. Cinta yang bersemi dalam hati yang tulus. Tetapi rupa-rupanya, hanya
Jannah yang mencintai setulusnya, sedangkan Amsyar mempermainkan cinta. Amsyar,
lelaki kejam yang mempergunakan hati dan perasaan orang lain dalam mendapatkan
keinginannya.
“Kenapa senyap je ni? Letih layan hubby, ya?” usik Nadiya dengan kening
yang dijongket-jongket.
Letih? Ya, memang aku letih.
Sangat-sangat letih dengan seorang lelaki yang bernama Amsyar. Aku letih
melayan rasa bencinya, rasa dendamnya. Aku letih menghadapi pandangan matanya
yang penuh rasa jelik, kata-katanya yang membunuh jiwa dan perlakuannya yang
cukup kasar.
“Ana, hei…what’s wrong?”
Suara Nadiya
mula berbias rasa bimbang. Cepat-cepat aku mengulum senyum yang dibuat
perhiasan bibir semata-mata. Plastik. Palsu daripada rasa hati yang sebenar.
“Nothing. I’m still tired kut.
Ala, kan ada banyak hal yang kena settle
untuk majlis hari tu,” dalihku, masih dengan senyum yang dibuat-buat.
“Oh,
patutlah. I ingatkan…”
“Apa? You ingatkan apa?”
“Well…” Nadiya
mengangkat bahu dan mengubah muka nakalnya tadi kepada serius. “Amsyar tak
layan you dengan elok. You know what I mean, kan? And definitely I takkan boleh tahan
kalau itu yang betul-betul jadi.”
Terasa
riak wajahku berubah. Cepat-cepat aku mengangkat cawan dan meneguk kopi,
sekadar mahu melindungi muka. Sungguh aku tidak mahu Nadiya perasan akan
sebarang perubahan mukaku.
“You
adalah kawan baik I, Ana. My very best
friend. I takkan boleh berdiam diri kalau anything happen to you.” Lagi Nadiya bertutur serius.
Aku tersenyum halus. Sedikit rasa
terharu menjengah masuk. Walaupun Amsyar sudah hilang daripadaku,
sekurang-kurangnya aku masih punya Nadiya. Seorang sahabat yang aku tahu takkan
membiarkan aku terkapai-kapai, terkontang-kanting sendiri.
“Diya, apa you merepek ni? I’m okay. You
sendiri cakap tadi, kan? Amsyar and I are
like perfect couple. Takkanlah dia nak buat benda yang bukan-bukan pada I.”
“Lelaki, Ana. They’re unpredictable. Satu saat dia orang mencintai sampai ke
bulan. Sesaat kemudian, dia orang buat kita macam sampah.” Keras sekali bicara Nadiya.
Pandangan matanya jauh ke hadapan, bagaikan berada dalam dunia sendiri.
Aku mendiam sejenak. Kata-kata Nadiya
membawa aku kepada Amsyar. Ya, lelaki itu sudah pun membuat aku umpama sampah.
Tiada nilai, tiada harga langsung. Yang ada cuma sekujur tubuh untuk disakiti.
“You
janganlah bimbang. I’m really okay. We’re
okay. Macamlah you tak kenal
Amsyar. He loves me so much, kan?”
tegasku dengan pembohongan. Ah, apa lagi pilihan yang aku ada? Mahu
berterus-terang? Mahu menelanjangkan isu rumah tanggaku kepada orang luar?
Tidak! Aku tidak boleh berbuat begitu.
Kepala Nadiya terangguk-angguk.
“Ha’ah. Betul, kan? Dia memang
sayangkan you sangat-sangat.
Macam-macam dia sanggup buat demi you.”
Pembetulan, Nadiya. Amsyar bukannya
sanggup buat macam-macam demi aku. Tetapi demi melunaskan dendam dan
kebenciannya. Demi memusnahkan aku.
“I fikir banyak sangat, kan?” Isy!” Nadiya
mengetuk kepala sendiri sambil menyengih lebar. “Jangan fikir bukan-bukan
lagi.”
Aku tergelak kecil.
Sekurang-kurangnya lagak Nadiya mampu membuatkan hatiku sedikit terubat.
“You
ni dari tadi asyik cakap aje. Order
something.”
“Your
treat?” tanya Nadiya, masih dengan sengih di bibir.
Terlepas keluhan daripada mulutku.
Kepalaku tergeleng sekali. “Yes, my
treat. Biar pengantin baru ni yang belanja.”
“Yay!
Thank you, darling!”
Aku memandang Nadiya dengan rasa
hati yang berat. Separuh hatiku meraung-raung mohon aku mengatakan sesuatu,
tetapi separuh lagi menegah kuat. Lalu, dalam hati, aku jadi tertanya-tanya.
‘Diya, help me. Tell me. Apa I patut buat sekarang? Amsyar dah tak sayang
I lagi. He hates me, Diya. He hates me so much…’
*****
“KAU pergi mana?”
Tubuhku terkaku membelakangi
lontaran suara yang baru sahaja bergema.
“Kenapa balik lambat?”
Mulutku langsung tidak dibuka.
Sebaliknya aku menekan punat di tombol dan memusing tubuh menghadap dia. Wajah
tanpa perasaan aku tayangkan kepada Amsyar.
“Kau pekak ke? Aku tanya, kenapa
balik lambat?!” Nyaring sekali suara dia. Tinggi menengking, berbeza sekali
dengan suara lembutnya yang selalu aku dengari dulu. Suara yang aku rindui.
“Kerja.” Sepatah aku menjawab.
Amsyar senyum menyenget. “Kau memang
tak ada alasan lain mahu bagi, kan? Aku tahu kau habis kerja pukul berapa. Dan
sekarang dah pukul berapa?”
Aku mengerling pada jari telunjuknya
yang ditalakan pada jam dinding. Jarum jam sudah menunjukkan pukul sembilan
malam.
“Suka hati kaulah nak percaya atau
pun tidak.” Selamba sekali balasan yang aku berikan. Malas mahu melayan
perangai cengeng dia yang entah apa-apa. Kakiku sebelah diangkat mahu menaiki
tangga.
“Eh, kau jangan melampau!”
Dia terlebih dahulu menarik lengan
kanannya, lalu memaksa aku menghentikan langkah.
“Kau fikir aku bagi kau bekerja,
jadi kau boleh buat sesuka hati kau?”
Aku merengus dalam diam dan menoleh
ke muka Amsyar.
“Bila masanya aku buat sesuka hati?
Aku cuma pergi kerja, balik kerja. Itu pun salah ke?!”
Cengkaman Amsyar semakin terasa
kuatnya. Sepasang matanya semakin tajam menikam. Bibirnya kemudian berdesis
keras. “Berani kau menjawab, kan?”
“Dah kau tanya, takkanlah aku nak
membatu macam tunggul pula?” bidasku keras.
“Well,
maybe lebih baik kau jadi tunggul. Tak adalah menyakitkan hati aku.”
Spontan aku menghambur tawa mengejek
dan menepis tangannya. Kepalaku dipanggung tinggi, mahu melihat tepat ke muka
seriusnya.
“Sakit
hati? Siapa yang sakitkan hati siapa sekarang ni? Siapa yang beriya-iya sangat nak
hancurkan aku? Siapa?!” Tanpa henti aku menyoal. Semakin lama semakin beremosi.
Amsyar
terpacak kaku. Tiada walau sedikit pun reaksi. Apa yang dia buat cuma meratahku
dengan renungan kosong. Beberapa ketika berlalu, suasana mula terasa hening.
Fikirku, dia tidak akan sesekali menjawab soalan yang sudah punya jawapan
terang itu. Namun dia akhirnya membuka mulut…
“Hancurkan kau? Kau belum tengok
apa-apa lagi, Jannah. Aku belum lagi mula.”
Berdengung perkataan ‘belum mula’ di
segenap telinga dan mindaku. Jantungnya terhentak keras. Setelah apa yang dia
buat, setelah dia dapatkan haknya dengan cara yang kejam begitu, setelah dia
jahanamkan tubuhku, berani dia mengatakan bahawa dia belum mula lagi? Sungguh,
apa lagi yang dia mahu? Apa lagi?!!
“Apa…apa yang kau nak buat?”
Tersekat-sekat suaraku menahan emosi yang membuak-buak.
Amsyar memusing tubuh dan berjalan
ke tengan rumah. Tangannya didepa ke atas.
“Untuk apa aku bagitahu kau
awal-awal? Mana seronok. Kau kenalah tunggu dulu, sayang…”
Arghh, benci sungguh aku mendengar
dia menyebut ‘sayang’. Terlalu terserlah sinisnya. Sekadar mainan bibir untuk
menyakitkan hatiku.
“Tapi yang pasti…” Amsyar
mengeraskan riak muka. “Ayah kesayangan kau akan mula faham maksud kehilangan.”
“Jangan sentuh papa!” Laju aku
memberi amaran.
“Kalau tak sentuh dia, kau nak aku
sentuh kau? Kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan.” Bibir Amsyar menyenget
lagi. Anak matanya tajam melekat padaku. Cepat-cepat aku mengundur ke belakang.
“Kau jangan cuba…”
“Kau jangan bimbang. Aku tak ada mood malam ni.” Amsyar mencantas
selamba. Tubuhnya sudah pun dilabuhkan ke atas sofa. Sebelah tangan mengambil alat
kawalan jauh. Televisyen yang sebelum ini mati mula menayangkan siaran.
Perasaan cuak yang tadi menyerbu
mulai lenyap. Bukan kerana aku mempercayai lelaki itu, tetapi aku tahu Amsyar
bukanlah jenis lelaki yang memungkiri apa yang dituturkan. Iya, sepertimana dia
katakan akan memusnahkan aku, seperti itulah yang sedang dia lakukan.
*****
TERPISAT-PISAT aku
membuka mata dan melihat ke dalam samar-samar cahaya malam. Terasa seperti ada
sesuatu yang merayap di pinggang. Menyedari apa yang berlaku, aku cepat-cepat
memusing badan ke belakang. Namun…
“Shhh…jangan gerak.”
Aku dihalang daripada bergerak.
Tubuhku ditarik lebih rapat. Belakangku kini elok melekat pada dadanya yang
bidang. Desah nafasnya menampar-nampar leher.
“Kau cakap kau takkan…”
“Maybe
aku dah ubah fikiran.”
Aku tersentak kuat. Tubuh yang
terperangkap dalam rangkulannya cuba dilepaskan. Apa yang aku fikir tadi? Amsyar
takkan memungkiri apa yang dia ucapkan? Huh, aku silap. Aku benar-benar silap!
“Kenapa kau beriya-iya meronta ni?
Bukannya aku…” Bibir Amsyar menyentuh cuping telinga. “Tak pernah rasa kau.”
Darah panas terasa menyirap ke muka.
Bibirku diketap kuat-kuat menahan rasa meluat dan benci yang meluap-luap.
Terasa maruah dan harga diriku benar-benar diperlekehkan dan dipijak-pijak.
“Jadi tak payahlah kau
bersusah-payah berlakon naïf sangat,” sambung Asmyar lagi. Kepalanya kembali
dijauhkan dari mukaku dan kini mendarat di bahu. Tangannya kemas memeluk
pinggang dan tidak pula merayap lebih-lebih. Daripada gayanya, Amsyar seperti
tidak berniat apa-apa malam ini.
Dalam diam, aku menarik nafas lega.
Tubuhku dibiarkan kejung dalam rangkulannya. Sungguh aku tidak berani melawan
lebih-lebih. Elok-elok sahaja dia tidak mahu mengapa-apakan aku, tidak
pasal-pasal pula lain jadinya.
“Amsyar…”
“Hmmm…”
Suaranya
kedengaran mengantuk sekali. Aku tersenyum tawar. Kalaulah perkahwinan kami ini
adalah sebuah perkahwinan normal yang dihiasi cinta, pasti sekali aku akan
mengatakan bahawa suara itu seksi sekali. Membuai-buai perasaan. Namun sayang,
hakikatnya aku dan dia bukan seperti itu. Bukan pasangan bahagia yang memadu
kasih.
“Dalam
dua tahun itu, memang…memang…” Hatiku mula bergetar kuat. Mataku berkaca-kaca.
Segala memori indah selama dua tahun kami bercinta berlegar-legar di hadapan
mata.
“Tak.”
Tegas suara Amsyar.
Mataku
terpejam sekali. Pedih.
“Kalau
kau nak tahu sama ada aku ada perasaan pada kau dalam dua tahun tu, jawapannya
tak.”
Kali ini
aku tersenyum kelat. Mengejek diri sendiri yang masih menyimpan harap pada
lelaki di belakangku ini. Soalan apa yang kau tanya, Jannah? Kau memang bodoh!
“Berapa
kali aku nak kena cakap? Nak kena ulang baru kau nak faham? Tujuan aku kahwin
dengan kau adalah untuk hancurkan kau dan ayah kau.” Intonasi Amsyar semakin
lama kedengaran semakin keras. Bergema dengan kebencian dan dendam yang bukan
sedikit.
“Jadi
kau gembira?” soalku lagi. Entah kenapa, saat ini berani pula aku menyoal
bermacam-macam. Mungkin kerana aku sedang membelakanginya dan aku tidak perlu
menghadap muka sinisnya yang selalu sahaja menyakitkan hati.
“Apa maksud
kau?”
“Kau
gembira ke dengan apa yang berlaku sekarang? Kau betul-betul gembira sebab
dapat sakitkan aku?”
Amsyar
tidak segera menjawab. Hanya keheningan dan kedinginan menyelabungi kami
berdua. Sesekali aku bagaikan dapat mendengar rengusan nafasnya yang tidak
selesa.
“Kenapa?
Are you hurt? Are you in pain?”
Soalan juga yang akhirnya dia balas.
Aku membatu.
Tidak mahu terang-terangan mengaku kerana bagiku, itu umpama mengaku kalah,
sedangkan aku sudah berkali-kali menyimpan azam untuk tidak menampakkan
kelemahan.
“Kau
senyap. Jadi betullah kau sakit. Selama ni bukan main lagi kau tunjuk muka
selamba, jadi aku ingatkan kau tak rasa apa-apa.”
‘Bagaimana
mungkin saya tak rasa apa-apa, Amsyar? Awak lelaki pertama yang saya cintai,
awak lelaki pertama yang ajar saya tentang cinta. Tapi awak juga lelaki pertama
yang ajar saya tentang betapa kejamnya awak dan betapa kejamnya sebuah cinta,’
detik hatiku hiba. Mutiara jernih sudah pun selama mengalir di hujung mata.
“Baguslah
kau rasa sakit. Memang pun itu tujuan aku. Dan aku…” Amsyar memeluk pinggangku
lebih rapat dan meletakkan bibir ke telinga. Suara kerasnya kemudian berbisik
sedingin salju. “Akan pastikan kau benar-benar sakit, benar-benar terluka
hingga kau bencikan kehidupan kau sendiri. Hingga kau fikir kematian itu lebih
baik untuk kau.”
Setiap
patah kata itu aku dengar teliti. Dengan hati yang hancur lebur, perlahan-lahan
aku mengatup mata. Tidurlah, Jannah…tidurlah. Kau perlu kuat untuk menghadapi
kebencian suami kau sendiri.
~Bersambung...~
No comments:
Post a Comment