Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama sungguh saya tak memunculkan diri, kan? Like always, i'm so sorry. Alasan dari zaman pak kaduk is of course...busy kejar dateline. Tapi dalam kekonon busy tu, sempat juga saya tengok satu lakorn. Nampak tak permainannya di situ? Cik SA dan lakorn memang tak boleh dipisahkan. Drama Korea boleh tolak ke tepi, tapi lakorn...nak juga tengok!
So, nak dijadikan cerita, lakorn terbaru yang saya tengok adalah....*drumroll sebab dah lama tak tulis pasal lakorn*...BANGRAJUN! (Sebutan: Bangrajan)
Ini lakorn untuk kisah zaman dulu2, zaman perang antara Ayuthaya Kingdom dan Burma (Myanmar zaman sekarang). Sebab tengok lakorn ni, beriya saya korek sejarah pasal perang ni. Bangrajun adalah nama satu kampung di Ayuthaya. Penduduk di situ asalnya pesawah dan petani. Pendek kata, bukanlah golongan askar pun. Lokasi Bangrajun sangat strategik (area gunung kalau tak silap), dan sebab tu Burma nak dapatkan Bangrajun untuk jatuhkan Ayuthaya. Penduduk Bangrajun punya semangat patriotik yang sangat tinggi. So, walaupun diorang asalnya pesawah/petani, diorang bermati-matian lawan tentera Burma. Diorang menang dalam tujuh pertarungan. Tapi dalam pertarungan kelapan...hah, inilah yang buat kisah Bangrajun sangat sadis!
Tapi, kita sambung kisah sadis tu kejap lagi. Biar saya mulakan pasal lakorn ni dulu. Before this, Bangrajun ada dalam bentuk filem. Yang lakorn pula, saya tak sure kalau ada versi zaman dulu. Biasalah, lakorn kan suka buat remake. Koo Gum saja dah ada berapa versi (Paling suka versi tahun 1991, Bird Thongchai jadi Kobori. Sorry, Bie Sukrit!)
Dalam Bangrajun, ada empat couple yang sama hensem, sama cantik. Jeles sekejap bila tengok rupa heroin2 yang cantik itu.
Photo credit: Fangky_np instagram
Pasangan satu (Atas kiri): Thap dan Fang
Pasangan dua (Atas kanan): Khap dan Fueng
Pasangan tiga (Bawah kiri): Sang dan Juang
Pasangan empat (Bawah kanan): Jai dan Sabai
Antara empat couple ni, saya paling suka Sang-Juang. Kisah diorang ni macam bickering-style. You know, gaduh tak ingat dunia tapi dalam hati ada taman bunga yang sedang memekar wangi, especially bagi Sang, sebab dia dari awal lagi sukakan Juang. Sang ni askar yang agak jahat. Pendek kata, memang bad boy. Perangai kasar, tapi bila dengan Juang...fuh, hati jadi lembut. Sweet2 nakal pulak tu...hehe.
Couple kedua yang saya suka adalah Khap-Fueng. Kisah yang ni slap and kiss punya style. Yes, expect the 'R' scene, ladies. Oh, no! Saya bukan suka dan tidak menyokong sama sekali perbuatan 'R' itu, tapi saya suka kisah depa sebab kesian dekat Khap. Dia memang giler2 punya cintakan Fueng (yang asalnya couple dgn Thap). Asyik nangis je si Khap ni. Dahlar hensem. Cair hati Cik SA..ahaks!
Couple lagi dua malas nak citer, sebab tak berapa minat...hehe. Tapi untuk pengetahuan semua, empat2 couple kahwin dan basically, diorang semua adalah suami isteri yang sama2 mempertahankan Bangrajun. Yes! That's the more reason I love Bangrajun. Sebab perempuan2nya bukan spesis lembik, suka menangis kat ceruk dapur. Disebabkan Bangrajun kekurangan kaum lelaki untuk mempertahankan kawasan, wanita2 juga jadi askar. Fuh, hebat sungguh tengok perempuan2 cantik yang tough dan badass!
Okey, itu part yang best dan buat saya suka sangat lakorn ni. Sekarang tiba part tak best, part sadisnya. Bangrajun BUKAN happy ending. Itu saja yang saya nak bagitahu. Kalau inform lebih, nanti jadi spoiler buat yang belum tonton. For sure, sila sediakan banyak...I mean, baaaanyak tisu waktu tengok ending. Sobs...sobs...
Apa-apa pun, Bangrajun is really recommended to you. Cuma, kena kuatkan sikit hati untuk tengok ending.
Itu saja untuk masa sekarang. Da..da!
Love,
Cik SA
Love,
Cik SA
Wan..kene tgok ni. Terlalu banyak lakorn dlm list. Klau xtgok terus, mesti da lupe nk tengok sbb keluar lakorn baru yg best pulak. Tension betul. Xsempat nak tgok. Bangrajun ni no2 rating trtnggi sejak pertengahan tahun ni. Nmpak rmai jugak artis post psl lakorn ni time episod akhir. Nanti nak tengok la, suke jugak tgok cerita sedih sbb terkesan di hati. Cewahh!!
ReplyDeletemmg terkesan sangat!!! huhu
Deletekak sara,kat mana eh boleh tengok drama ni?saya tengok ada yang upload tapi x full lagi.huhu
ReplyDelete~saba
tgk kt YT. lupa plak kat mana. blh try search kut...huhu
DeleteHelo,
ReplyDeleteLakorn koo gum 1991 cik SA tgk tu ada eng sub tak?
Tak ada. Hihi. Hari tu, ada terjumpa kat YT. so tgk...hehe
DeleteAssalamualaikum ... saya Liza, newbie kat blog cik Sara Aisha tapi lama dah juga minat lakorn. Boleh saya nak tahu mana nak tgk Bang Rajun dgn subtitles ? Saya kalau tak ada subtitles ni susah nak faham. Terminat pula nak tengok sebab saya minat "Song Huajai Nee Peau Tur" dan kalau x silap, pasangan ketiga Sang-Juang tu ada berlakon kat situ. Tapi bukan couple la.
ReplyDeleteWaalaikumussalam, Liza.
DeleteFull lakorn, kak sara tengok kt youtube, xde subs pun. hihi. yg ada subs cuma, part2 couple tu. blh cari kat youtube. =)
hai kak sara.. akak tgk dah lakorn morrasoom sawad? weir berlakon kak..best! saya tgk kat dailymotion.saja nak share ngn akak sebab tahu akak minat lakorn
ReplyDelete-hazwanihanipa-
belum, dear. skrg tgh tgk yg james dan kim. maybe lepas ni boleh tengok yg tu. tq for ur suggestion, tau! =)
Delete