Assalamualaikum dan selamat malam, darlings
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, Cik SA akhirnya boleh buka order untuk kompilasi mini novel yang asyik diwar-warkan sejak dua tiga menjak ni. Actually, ini projek limited edition sempena event di Singapura pada 30 November nanti. I was asked to prepare a limited edition novel or anything. Disebabkan Cik SA masih tengah siapkan manuskrip Pembuka Hati a.k.a Jodoh Itu Milik Kita 2, jadi tak sempat untuk sediakan sebuah novel baru. So I ended up writing three mini novels dan kumpulkan menjadi kompilasi mini novel yang diberi tajuk 'Cereka Cinta'.
Tiga mini novel yang ada dalam Cereka Cinta adalah:
1) Dendam Bersulam Cinta (versi panjang kepada cerpen tangkap leleh Cik SA, 'Jodoh Bersulam Dendam')
2) I'm Not A Monster (yang dah pun Cik SA kongsikan pada semua)
3) Priya Persis Dia
Basically, ketiga-tiga mini novel ini ada 'feel' yang berbeza. Kalau nak tahu, kenalah dapatkannya direct daripada Cik SA...hehe. Yup, order untuk Cereka Cinta is officially opened!!! Tapi sebelum itu, jom skodeng cover yang comel dan blurp.
Oh, yeah! Signature cover melintang Cik SA tetap maintain...hehe
~Blurp~
Dendam
Bersulam Cinta
Kata
orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tapi aku? Manisnya cinta aku
menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya
itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh
derita.
“Aku
kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.” - Amsyar
“Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak
begitu saja.” - Jannah
I’m
Not A Monster
“Aku...bunuh seseorang. Hari ini.” - Ryu
“Kau tahu tak, Ryu? Kau yang berikan nyawa kepada
aku.” - Maya
Ryu, si pembunuh kejam, ketua Red Dragon. Maya, gadis
misteri dengan rahsianya tersendiri. Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan.
Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah
menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada
mencabut nyawa Maya, kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya?
Priya
Persis Dia
“Kenalin, Sofiyya. Pacar gue. Wanita paling cantik,
paling keren, dan paling gue cinta semesta alam.” - Andrian
“Mencintai itu jangan terlampau.” - Sofiyya
Kata Andrian, dia mencintai Sofiyya. Kata Sofiyya,
biarlah dia cuba mencintai. Tetapi benarkah bicara puitis Andrian itu datangnya
dari hati atau sekadar mainan bibir semata-mata? Atau mungkinkah ada kisah di
sebalik kemunculan jejaka tanah seberang itu?
******
So, how? What do you think? Agak2 blurp di atas mampu tarik perhatian untuk dapatkan Cereka Cinta tak? Fuh, Cik SA memang tak pandai untuk buat blurp. Tapi, kalau ada yang berminat untuk dapatkan kompilasi mini novel 'Cereka Cinta' ini, harganya adalah:
Semenanjung Malaysia: RM21 (Kos pos: RM6)
Sabah/Sarawak: RM24 (Kos pos: RM10)
Cik SA print secara novel. Meaning, rupanya adalah sama macam novel-novel sebelum ini, di bawah keluaran KaryaSeni with the ISBN and everything. Bukunya masih dalam proses printing, though. Bila dah siap nanti, Cik SA akan upload gambar di blog ini.
Cara untuk order:
1) Emel kepada alamat: novelissaraaisha@gmail.com
2) Berikan nama, alamat dan no telefon
Disebabkan buku masih belum siap print, pembayaran boleh dibuat kemudian. Tapi mohon bagi nama dulu untuk menempah. Cik SA print tak banyak, tau. So, first come first serve. Ceh, budget ramai je orang yang nak novel dia...haha!
Bila semuanya dah siap (including gift), Cik SA akan maklumkan kemudian tentang pembayaran. Oh, satu lagi. Pengeposan akan dibuat awal bulan Disember, selepas event di Singapura.
Hmm, rasanya itu sahaja buat masa sekarang. Kalau ada apa-apa, Cik SA akan update di blog ni, di FB (sara aisha) dan juga di page (novelis sara aisha).
That's all for now. Thank you soooo much!
Love,
Cik SA a.k.a gadis siung
Yeayyy!! Dah email dab kak sara. Hehhhee
ReplyDeleteyay!!! dah reply dah emel tu. TQ, darling!
Deletehwaa macam xda rezeki nk beli.. -_-
ReplyDeletehuwaaa!!! =(
DeleteMenarik... WC nk 1...
ReplyDeleteKak Sara, ade typo kt tarikh penghantaran nvel. Spatotnye awal bulan december en? Kak Sara tulis awal bulan november
Alamak, tersilap plak. tq, dear. tolong cakap...hehe
DeleteDh email tp x de balasan ^_^
ReplyDeleteawww, i'm so sorry. ada exam. x sempat buka emel. tp tadi, sy dah reply. tq tau for d order. =)
DeleteDh email
ReplyDeleteTp.no.reply ^_^
any chance buku ni dpt diposkan di Singapura?????
ReplyDeletebuku ni akan launch di Singapura, actually. dan ada dijual di event yg sy ckp kat atas. utk beli direct dgn sy pun boleh. cuma, kos pos ke Singapura mungkin lbh tinggi.
Deletewah... Alhamdulillah... ok ok that is gud news... Ada chance la ni boleh mit ngn Sara Aisha?? hehehe... boleh saya tahu event ni kat mana eh? Singapore Expo ke?? Sorry, saya nama je tinggal kat SG tapi kdg2 tak tau pon ada event...
DeleteNur...
Event tu anjuran Franzee Novel, yg selalu jadi distributor utk novel2 malaysia. Rasanya itu event tertutup, ada tiket segala. tiket plak dah sold out...huhu.
Deleteslm sis sara, skrg masih boleh order lg ke mini novel ni?
ReplyDeleteSalam kak, Semarang boleh order lagi untuk buku ni? Saya suka sangat dengan penulisan akak dan harap2 ada lagi stok buku ni.. 😃
ReplyDelete