Showing posts with label priya persis dia. Show all posts
Showing posts with label priya persis dia. Show all posts

November 14, 2014

[Limited Edition] Full cover Cereka Cinta

5:11 PM 16
Assalamualaikum, darlings!

Woot! Woot! Inilah dia rupa full cover untuk Kompilasi Mini Novel Cereka Cinta. Comel tak? Cik SA design sendiri, tau. Melintang? Of course, trademark Cik SA tu..hehe. 

Pre-order masih dibuka, tau. Just emel nama, alamat dan no tel ke novelissaraaisha@gmail.com. For now, payment belum dibuka sebab masih menunggu buku dan gift. 

Semenanjung: RM 21 (tak termasuk kos pos RM6)
Sabah/Sarawak: RM24 (tak termasuk kos pos RM10)

TQ so much!



Love,
Cik SA

November 10, 2014

[Limited Edition] Kompilasi Mini Novel Cereka Cinta - Blurp & Tempahan

2:13 AM 15
Assalamualaikum dan selamat malam, darlings

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, Cik SA akhirnya boleh buka order untuk kompilasi mini novel yang asyik diwar-warkan sejak dua tiga menjak ni. Actually, ini projek limited edition sempena event di Singapura pada 30 November nanti. I was asked to prepare a limited edition novel or anything. Disebabkan Cik SA masih tengah siapkan manuskrip Pembuka Hati a.k.a Jodoh Itu Milik Kita 2, jadi tak sempat untuk sediakan sebuah novel baru. So I ended up writing three mini novels dan kumpulkan menjadi kompilasi mini novel yang diberi tajuk 'Cereka Cinta'. 

Tiga mini novel yang ada dalam Cereka Cinta adalah:

1) Dendam Bersulam Cinta (versi panjang kepada cerpen tangkap leleh Cik SA, 'Jodoh Bersulam Dendam')

2) I'm Not A Monster (yang dah pun Cik SA kongsikan pada semua)

3) Priya Persis Dia

Basically, ketiga-tiga mini novel ini ada 'feel' yang berbeza. Kalau nak tahu, kenalah dapatkannya direct daripada Cik SA...hehe. Yup, order untuk Cereka Cinta is officially opened!!! Tapi sebelum itu, jom skodeng cover yang comel dan blurp. 


Oh, yeah! Signature cover melintang Cik SA tetap maintain...hehe

~Blurp~

Dendam Bersulam Cinta

Kata orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita.

“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.” - Amsyar

“Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja.” - Jannah

I’m Not A Monster

“Aku...bunuh seseorang. Hari ini.” - Ryu

“Kau tahu tak, Ryu? Kau yang berikan nyawa kepada aku.” - Maya

Ryu, si pembunuh kejam, ketua Red Dragon. Maya, gadis misteri dengan rahsianya tersendiri. Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya, kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya?

Priya Persis Dia

“Kenalin, Sofiyya. Pacar gue. Wanita paling cantik, paling keren, dan paling gue cinta semesta alam.” - Andrian

“Mencintai itu jangan terlampau.” - Sofiyya

Kata Andrian, dia mencintai Sofiyya. Kata Sofiyya, biarlah dia cuba mencintai. Tetapi benarkah bicara puitis Andrian itu datangnya dari hati atau sekadar mainan bibir semata-mata? Atau mungkinkah ada kisah di sebalik kemunculan jejaka tanah seberang itu?

******

So, how? What do you think? Agak2 blurp di atas mampu tarik perhatian untuk dapatkan Cereka Cinta tak? Fuh, Cik SA memang tak pandai untuk buat blurp. Tapi, kalau ada yang berminat untuk dapatkan kompilasi mini novel 'Cereka Cinta' ini, harganya adalah:

Semenanjung Malaysia: RM21 (Kos pos: RM6)
Sabah/Sarawak: RM24 (Kos pos: RM10)

Cik SA print secara novel. Meaning, rupanya adalah sama macam novel-novel sebelum ini, di bawah keluaran KaryaSeni with the ISBN and everything. Bukunya masih dalam proses printing, though. Bila dah siap nanti, Cik SA akan upload gambar di blog ini. 

Cara untuk order:

1) Emel kepada alamat: novelissaraaisha@gmail.com
2) Berikan nama, alamat dan no telefon

Disebabkan buku masih belum siap print, pembayaran boleh dibuat kemudian. Tapi mohon bagi nama dulu untuk menempah. Cik SA print tak banyak, tau. So, first come first serve. Ceh, budget ramai je orang yang nak novel dia...haha!

Bila semuanya dah siap (including gift), Cik SA akan maklumkan kemudian tentang pembayaran. Oh, satu lagi. Pengeposan akan dibuat awal bulan Disember, selepas event di Singapura.

Hmm, rasanya itu sahaja buat masa sekarang. Kalau ada apa-apa, Cik SA akan update di blog ni, di FB (sara aisha) dan juga di page (novelis sara aisha). 

That's all for now. Thank you soooo much!

Love,
Cik SA a.k.a gadis siung