June 9, 2011

Bila novel menjadi drama/filem

Perasan tak sesuatu yang baru dalam industri hiburan Malaysia hari ini? Filem-filem atau drama, bahkan teater banyak yang diadaptasi oleh novel-novel Melayu. Dan sudah tentulah novel-novel yang terpilih adalah novel-novel yang bestseller.

Tengok saja pada Lagenda Budak Setan. Novel asalnya nukilan Ahadiat Akashah, yang saya baca waktu saya di sekolah, bila dibawa ke panggung wayang.....meletup!!! Dan sekarang rasanya hampir satu Malaysia tengah minat dengan Nora Elena yang diadaptasi dari Kasih yang Suci. Sejujurnya, saya sebenarnya lebih suka novel berbanding filem/dramanya. Tapi, nak buat macam mana. Saya memang orang yang lebih suka novel berbanding filem/drama yang diadaptasi oleh novel itu sendiri.

Contohnya: Harry Potter, Twilight, Ayat-Ayat Cinta dan Slumdog Millionaire. Semua ni adalah filem-filem pecah panggung, tapi saya tetap menggemari novel asal. Bagi saya, kebanyakan filem-filem ini walaupun diadaptasi daripada novel, filem ini tidak sama dengan novel asal. 

Tapi, ini hanyalah pendapat peribadi saya sendiri...=)

No comments:

Post a Comment