-Mental note untuk malam ni: Esok kena pergi DEMC-
Esok pagi before pergi kerja, saya kena pergi hospital. Aduh, malas betul nak pergi! Tapi memandangkan saya sayangkan diri sendiri dan tak mahu apa-apa jadi pada diri ini, terpaksalah merajinkan diri untuk pergi..huhu..
Kalau ada mana-mana follower a.k.a kawan saya yang prihatin tu, saya nak bagitahu...saya bukannya sakit teruk ke apa. Just kena pergi check kaki yang terseliuh hari tu. Tulang kat pergelangan kaki tu rasa macam ada something wrong sikit. Effect sprained ankle hari tu, kot.
Anyway, nak tau macam mana boleh terseliuh? Saya tak adalah jatuh tangga macam Nora Elena, tapi jatuh masa pergi hiking kat Gunung Angsi. Amacam? Ada gempak tak? Haha!! Jatuh pulak tu macam durian 10 kilo (bak kata seorang participant tulah). Dan tak pasal-pasal kaki yang merana...huhu...
Apa pun saya sedikit bersyukur sebab jatuh dalam lubang yang tak seberapa dalam. Nasib baik tak jatuh kat sebelah lagi satu. Sebelah tu gaung wooooo!!! Nauzubillah...mintak dijauhkan sangat-sangat...
So sebagai penutup kata, semoga berjaya kepada diri sendiri masa kat hospital esok..=)
Gunung Angsi...sy pernah hiking situ
ReplyDeleteagk mencabar jugak, kan? walaupun x tinggi mn pun...hehe
Delete