November 18, 2019

CODE NAME COBRA - BAB 8

BAB 8
"CK GROUP. The leading automotive and energy company in Malaysia." Kai melihat Athena yang sedang berdiri depan dinding putih. Sebelah tangannya memegang penunjuk laser, dihala tepat pada pantulan yang ada di dinding tersebut. Sebuah logo yang tidak asing lagi di Malaysia.
Sesekali, Kai tunduk membelek-belek fail yang tadi dibawa keluar dari laci meja Athena dan diserah kepadanya. Setiap muka surat memaparkan pelbagai maklumat berkenaan syarikat tersebut.
"One of the three Malaysian companies that have made it to the two hundred top-performing public companies of the 2019 Forbes Asia's Best Under A Billion list. Annual revenue is estimated to be twenty-six million USD."
Sekejap, Athena berhenti dan menjuih mulut. "Boleh tahan untuk sebuah syarikat yang baru berumur lapan tahun."
"Well, they are dubbed as Tesla of Malaysia," sampuk Kai menyebut tentang Tesla Motors, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang mengkhususkan kepada pembuatan kereta elektrik, melalui subsidiarinya yang dikenali sebagai SolarCity.
Itulah juga yang dilakukan oleh CK Group, satu-satunya syarikat di Malaysia yang menghasilkan kereta elektrik. Berdasarkan kerjasama yang dimeterai dengan kerajaan Malaysia, dan beberapa syarikat gergasi dari luar negara, maka tidak hairanlah jika syarikat tersebut boleh termasuk dalam senarai Forbes. Ura-ura mengatakan bahawa pemiliknya bakal dinobatkan sebagai antara orang paling kaya di Malaysia.
"Sebab itulah, mereka yang paling sesuai untuk jadi sasaran kita."
"Sasaran?" Dahi Kai berkerut.
Athena datang merapat dan menyangkut punggung di sisi meja. Elok-elok dekat Kai. Pandangan matanya turun ke bawah, berlawan dengan renungan mata Kai yang mendongak.
"They are yours. Untuk kau kucar-kacirkan."
Kai mengecilkan mata ke arah Athena. Penuh rasa curiga. Wanita itu membalas dengan wajah yang masih bersahaja sinis.
"Apa yang kau nak buat?" Setelah beberapa saat, Kai membuka mulut. Dia mula dapat meneka ke mana arahnya perbualan ini.
"Tiga minggu lagi, mereka akan mengumumkan produk terbaru mereka, iaitu..."
"Driverless car," pintas Kai.
Athena membundarkan mata.
"Oh, kau tahu? Impressive!"
"Hello! It's me, Cobra. Semua info di hujung jari aku," tempelak Kai sambil menggerak-gerakkan jari-jemarinya.
Senyuman kecil terkulum di bibir Athena.
"Jadi kau tahulah kan, yang pada hari tu, mereka akan membuat demonstrasi untuk CK1 Roadster, their very first driverless car."
"Ya, aku tahu. So..." Kai meleretkan suara, bersama kening yang sengaja dijongket. Mahukan penjelasan lanjut.
"I want you to hack into their system."
Kali ini, mata Kai pula yang terbuntang luas.
"Are you nuts? Baru berapa saat lepas kau beritahu, menjadi ahli kongsi gelap tak semestinya kena bunuh orang. Kalau aku hack sistem mereka masa tu, people will die. Ada orang dalam kereta tu!" Nada suara Kai ternaik tanpa sempat dihalang.
Cepat-cepat, dia mengetap bibir biar lebih bertenang. Bukan dia mahu jadi sensitif serupa ini, tetapi dia tahu. Dalam demonstrasi itu nanti, akan ada programmer yang berada dalam kereta tersebut. Pertama, untuk memainkan watak sebagai pemandu yang secara harfiahnya tidak memandu. Kereta itu bakal bergerak sendiri. Kedua, sebagai langkah berjaga-jaga kalau-kalau sistem kereta rosak. Programmer tersebut perlu berada di lapangan untuk urusan membaik pulih. Jadi ya, akan ada orang dalam kereta yang konon-konon 'driverless' itu nanti.
Walaupun dia sekarang ialah Cobra, Kai seboleh-bolehnya tidak mahu melibatkan orang tidak berdosa dalam apa yang sedang dia buat.
"Boleh tak..."
Suara Athena menggamit perhatian Kai semula. Lamunan lama yang baru muncul, lenyap sebelum sempat menyinggah.
"Kau jangan over-react sangat? Siapa cakap aku nak kau hack masa demonstrasi tu? Apa motifnya?"
"Habis tu?" Kai tiba-tiba berasa diri bodoh.
"Sebelum demonstrasi. Aku tak tahu berapa lama sebelum, tapi aku nak kau jangan beri langsung kesempatan untuk orang-orang CK Group betulkan balik sistem. I need chaos on that day. Enough chaos that they would do anything, untuk betulkan balik semuanya."
Semakin Kai mendengar penerangan Athena, semakin dia faham apa yang cuba dibuat oleh wanita yang seorang ini. Sesuatu yang memang selama ini Red Sun buat. Bezanya kali ini, skala kebesarannya.
"Ransomware." Kai menyebut apa yang bermain dalam fikirannya.
Athena senyum menyenget. Punggungnya diangkat dari sisi meja. Tubuhnya tidak pula dijauhkan daripada Kai, sebaliknya dia berpaling menghadap lelaki itu.
"Aku dah bosan main ugut-ugut atas syarikat kecil. It's time for something bigger. Much bigger."
Kai angguk mengerti dan menyandarkan tubuh ke belakang kerusi.
"How could you be so sure that I could pull it off?" soalnya seraya mengangkat sebelah kening. Sengaja mahu bermain tarik tali.
"Sebab kau ialah Cobra." Laju Athena menjawab. Tidak teragak langsung.
Terlepas gelak halus dari mulut Kai.
"Then, apa yang aku akan dapat?"
Athena tiba-tiba menarik kerusi yang diduduki oleh Kai hingga berpusing, dan berhenti betul-betul di hadapannya. Kai terpanar. Tidak menduga tindakan itu. Kepalanya terngadah. Matanya terkulat-kulat, menatap Athena yang kini meletak telapak tangan kiri dan kanan atas pemegang kerusi.
Kai terperangkap.
Sedikit-sedikit, Athena menundukkan muka. Kai menanti keras. Sampai betul-betul depan muka, Athena berhenti. Kemudian...
"Kau pernah mencuri daripada aku ke? Tak ingat pun." Dia berbisik. Perlahan.
Kai merenung wajah depan mata, dalam-dalam. Athena melawan tidak tergugat. Bahkan, segenap wajahnya masih terpampang dengan suatu makna tersendiri. Kai faham apa yang cuba disampaikan. Dengan satu kerja ini, hanya dengan satu kerja ini, dia akan bebas daripada hutang yang dia ada dengan Red Sun.
Huh, senang pula untuk lepas. Aku ingatkan susah sangat!
Langsung, sedikit-sedikit Kai mengukir senyuman. Namun, yang keluar dari mulutnya ialah satu sindiran.
"Kau sedar, kan? Apa yang kau bakal dapat daripada CK Group adalah jauh lebih tinggi daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit?"
"Tiga juta." Athena membetulkan sambil melepas kerusi dan berdiri tegak. Dia melihat sekilas kepada Kai, sebelum menyambung lagi. "That's what we aim for. Tiga juta ringgit."
"Dan aku cuma dapat dua ratus lima puluh ribu? Mana aci!"
"Itu dah cukup baik. Sekurang-kurangnya kau cuma perlukan satu kerja untuk hapuskan hutang kau."
Kai terdiam. Tidak mampu lagi membidas apa yang sudah terang lagi bersuluh. Apatah lagi, memang itu pun yang dia fikirkan tadi.
"Untuk next job, kau akan dapat habuan kau. Semakin banyak kau bawa masuk duit untuk kumpulan, semakin banyak habuan untuk kau." Athena bertutur lagi, sambil berjalan ke tempat duduknya semula. Dia menjatuhkan punggung di kerusi.
"Kau happy. Aku happy. Kita semua akan happy," tekannya sebagai rumusan. Penunjuk laser yang masih berada dalam tangan, dia letak semula ke dalam laci.
"CK Group won't be happy."
"Perlu peduli ke? Tak, kan?" sela Athena tanpa riak.
Kai tergelak sinis.
"Kau memang berhati kering."
"Hati kering?" Bibir Athena senget sebelah. Ada gelak halus yang menampar telinga Kai.
"That's only a tip of iceberg. I'm more than that, Cobra."
Athena mengangkat kepala kepada Kai. Merenung setepat-tepatnya.
"I am Athena Li."
~ Bersambung... ~
Sara says:
Okey, Cobra... sila tunjukkan kehebatanmu sebagai hacker!! Selamba badak Athena je cakap pasal juta-juta, kan? Macamlah tiga juta tu tiga posen je. But then, this is normal untuk kumpulan jenayah macam tu. Senangnya depa dapat duit, kan?
Anyway, kat Malaysia tak ada lagi driverless car. So, obviously apa yang CK group nak buat tu adalah rekaan Cik SA semata-mata. And one more thing, mesti korang perasan. Bab kali ni pendek sikit. Well, bab 9 nanti akan jadi panjang. You will know more Athena Li. So, tunggguuuuuu....
Oh, ada satu lagi Cik SA nak cakap. You guys are AMAZING!!! Cik SA dah share ni kat IG (please follow, sape yang belum), tapi nak juga cakap kat sini. 
Code Name Cobra is one of the HIGHEST RANKING stories, here in wattpad!! As of two days ago, waktu Cik SA last check, it is:
#1 in hot Thriller
#1 in rising Thriller
#1 in hot Action-thriller
#1 in rising Action-thriller
#1 in new Action-thriller
#3 in new Thriller
I can't do this without you all. So thank you sooooo much!! Please keep supporting me. Jangan lupa like dan tinggal komen banyak-banyak. Thank you, again!
Love, SA


No comments:

Post a Comment