March 16, 2019

MACAM MANA NAK DAPAT IDEA


Assalamualaikum wbt dan salam Sabtu!

Untuk post hari ini, kita akan bercakap tentang IDEA aka ILHAM aka INSPIRASI. Cik SA yakin salah satu soalan yang seorang penulis sentiasa dapat ialah:

"Mana dapat idea untuk tulis cerita ini?"

Jadi persoalannya sekarang...

MACAM MANA NAK DAPAT IDEA? 


Sebenarnya idea boleh datang dari mana-mana sahaja. Yes, this is cliche but this is very true. Seorang penulis tu sebenarnya seorang yang observer. Apa yang dia nampak di sekeliling, boleh jadi pencetus untuk satu-satu karya. Just anything!

But one of the most important things to get ideas is READ A LOT.


This came from Stephen King, and I couldn't agree more. Sebabnya most of the ideas for my books datang daripada hasil bacaan Cik SA.

Jodoh itu Milik Kita - dari artikel akbar tentang penempatan perkuburan di Manila
Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu - dari artikel akbar tentang siri penculikan jutawan muda di Thailand
Pembuka Hati - dari artikel majalah tentang satu kes pemerkosaan remaja

Kalau pun bukan directly datang daripada hasil bacaan, idea Cik SA dapat dikembangkan kerana bahan bacaan. Contohnya untuk Aku Lelakimu. It all started sebab Cik SA nak sangat tulis pasal tiga watak ni: crime journalist, true crime writer and a psycho serial killer. Tapi masa tu, i have no idea nak tulis macam mana. So Cik SA beli dan baca buku-buku melibatkan tiga watak ni. The more I read, the more i can see the whole storyline in my mind. Dan alhamdulillah, akhirnya terjadilah Aku Lelakimu.

Dan ini bermaksud satu perkara.

Kita tak boleh tunggu je, tak buat apa-apa, dan mengharapkan...pap! Ada idea masuk dalam otak. No, that's not the way it is. We need to look for it, and only then it will come to us. 

Satu lagi cara untuk dapat idea ialah GO OUTSIDE. TRAVEL. 

No, Cik SA tak maksudkan korang kena gi oversea ke apa. Kalau mampu, yes you can. Tapi kalau tidak, tak apa. Korang cuma boleh keluar rumah, pergi jalan-jalan keliling kampung, take a deep breath, look around yourself. Tengok apa yang ada. That could give you a spark of idea. Mungkin seorang lelaki yang tengah tolong orang tua lintas jalan tu, boleh jadi hero untuk cerita korang. Dia rupa-rupanya datang dari masa depan, dan balik ke masa kini dengan misi untuk selamatkan dunia. Atau mungkin seorang budak yang tengok korang pelik tu, sebenarnya boleh dengar fikiran korang. Sebab tu dia asyik tengok korang je! 

Mungkin korang akan rasa masa tu, "eh, apa aku fikir ni?" Tapi, no! That may be an idea for your next book. Jot it down. Cik SA dah beritahu dalam post sebelum ni, anything...anything yang korang fikir, walau korang rasa merapu sekali pun, tulis dalam buku nota. Simpan dalam tu. Itu yang mungkin boleh dikembangkan untuk jadi karya terulung korang nanti.

Cara ketiga untuk korang dapat idea ialah WRITING PROMPT.

Bila korang rasa macam ketandusan idea sangat, korang boleh cuba google writing prompt. Akan keluar banyak. Pilih yang mana paling menarik perhatian korang, dan cuba create story based on that writing prompt. Cik SA tak pernah cuba cara ni, tapi Cik SA rasa ini cara yang menarik dan boleh dipraktikkan. Untuk yang tak tahu, writing prompt ni macam satu situasi yang diberi pada kita, dan kita tulis based on that. Dalam ayat lain, macam soalan penulisan yang kita dapat masa exam. 

Ini beberapa yang Cik SA jumpa di google.




Menarik, kan? So yeah, writing prompt ni boleh juga jadi source of ideas. Bila ada masa terluang tu, boleh cuba-cuba tengok. Mana tahu jumpa satu yang macam click dengan korang dan korang rasa 'aku nak tulis pasal ni'. Who knows, you may ended up writing a full novel on that!

Hmm, i think that's all for now. Kalau Cik SA ada jumpa cara lain yang boleh diguna untuk dapat idea, i'll update later. 

Hava a good day and happy writing! 

xoxo, Sara Aisha



12 comments:

  1. Hehe memang selalu ada idea for the theme/ genre of the stories, but always stuck masa nak kembangkan cerita. Maybe because I don't talk or hang out with people that much >.< Thank you for the tips!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome! hopefully tips simple ni boleh bantu sikit-sikit. =)

      Delete
  2. Salam kak sara.. Saya nk buku salju kyoto ada stok dk lgi sbb dkt semua buku tak dakk saya sedih nii sya nk bca buku tuu ada lgi x kak.. Pleaseee kakk😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, dik. dah dapat ke SK? Setahu kak sara,SK dah out of stock. Kena tunggu reprint.huhu

      Delete
  3. TQ tips ni.... berguna ni... ohya ini 1st time sis datang sini.. done follow blog awak.. jemput singgah dan followback nnti ya.. terima kasih =D

    ReplyDelete
  4. Tip perhatikan orang sekeliling tu nice! Biasanya saya dapat idea dari mimpi je. Thank you vm sis!

    ReplyDelete
  5. Salam akk Cik SA..masih ingatkah kat kite, dah lama try contact akak dalam fb,nampak mcm akak tak online je...hope akk cam balas ,ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Ayu. Kak sara memang dah tak guna sangat FB. lebih aktif kat IG. so apa-apa, contact ikut IG lagi cepat. =)

      Delete