BAB 7
PANTULAN
di cermin kupandang sambil menyangkut kot ke tubuh.
Perlahan, aku melepaskan keluhan. Sungguh aku tidak sangka bahawa aku sudah
benar-benar bermalam di sini. Di sebuah rumah lelaki yang langsung aku tidak
kenal. Gila. Aku betul-betul gila!
Tanpa semena-mena,
ingatan terhadap Badri datang menerjah. Dia yang mengamuk dan menggerunkan.
Cepat-cepat, aku memejamkan mata, berharap agar tindakan itu dapat melenyapkan
ingatan tersebut. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Sebelah telapak tangan pula
aku letak ke atas dada. Tenanglah hati, tenanglah jiwa.
Beberapa minit
berkeadaan begitu, aku kembali membuka mata. Kemudian, aku memusing badan dan
melangkah ke arah pintu gelangsar shoji yang
memisahkan aku dari dunia luar. Dengan sekali tarik, pintu tersebut terbuka
luas. Sekelip mata, angin sejuk luar menderu masuk. Lambat-lambat, aku menapak
keluar hingga akhirnya tegak berdiri di laluan koridor.
Saat itu, aku dapat
merasakan segenap tubuh yang mula mengeras. Anak mata terbeliak. Mulut
ternganga. Menakjubkan. Sangat-sangat menakjubkan!
Taman yang aku lihat
semalam sudah berubah rupa. Jambatan kecil, batu-batuan yang tersusun elok di
dalam kolam, pepohon renek dan tinggi…semuanya sudah diselaputi warna putih.
Hanya air kolam yang tidak beku dan masih mengalir perlahan. Di hadapanku kini
adalah satu dunia magikal yang penuh dengan sucinya putih.
‘SubhanAllah.’ Dalam
hati, berkali-kali aku memanjatkan rasa takjub buat Yang Maha Kuasa.
“Kau dah bangun?”
Aku tersentak. Langsung,
aku menoleh pada tuan empunya suara. Arjuna sedang mendekat dalam satu
persalinan kimono berwarna biru gelap. Rambut lurusnya dibiarkan lepas menutupi
dahi, tidak lagi dengan stail pomade.
Melihat dia begitu, dalam rumah tradisional begini, membuatkan dia kelihatan
seperti satu watak yang keluar dari drama lama Jepun.
“Kenapa terpacak kat
luar? It’s cold here,” tanya Arjuna
lagi, seusai menghadapku.
Perlahan-lahan, aku
mengulum senyum kecil. Perhatian kembali ditebarkan ke dunia putih yang
terhampar indah.
“It’s a magical world. Cantik, kan?”
Arjuna diam tidak
mengatakan apa-apa, lalu aku melirikkan mata ke sebelah. Dia masih tegak di
sisi. Serius dan sepi. Tetapi, ada yang berlainan dalam pandangan matanya.
Seperti semalam, ada sesuatu yang sukar untuk aku teka.
“Kau betul-betul fikir macam tu?” Suara garau
Arjuna sipi-sipi menyentuh peluput telinga. Perlahan dan bergetar.
“Apa?”
“That snow is beautiful?”
“Yes, it’s cold and yet beautiful. Dalam dinginnya salji,
kecantikannya buat hati saya tenang. And
you know, Arjuna…”
Dia mengangkat sebelah
anak kening, memberi reaksi saat aku memanggil namanya.
“Lepas apa yang jadi
semalam, ketenangan adalah apa yang saya sangat perlukan sekarang. So that, saya boleh berfikir. Apa yang
patut saya buat, apa rancangan saya lepas ni…everything.”
“Kalau kau perlukan
apa-apa, bagitahu aku.”
“Kenapa awak…”
“Berhenti cakap aku
baik.”
Baru sahaja aku ingin
sekali lagi menyoal kenapa dia baik denganku, Arjuna terlebih dahulu memintas.
Bahkan, dia menyambung lagi, “Aku cuma mahu bayar balik atas budi kau. I’ve told you, right? Aku tak suka
berhutang.”
Aku gelak sinis. “Awak
tak rasa ke awak dah bayar balik hutang awak? Dengan bunganya sekali. Semalam…”
“Apa yang aku buat tanpa
kau minta, tak dikira sebagai bayar hutang,” cantas Arjuna dengan suara
mendatar yang tegas.
“Maksud awak?” Aku
menyoal dengan dahi bertaut.
“Aku selamatkan kau atas
pilihan aku sendiri. Setakat ni, kau belum minta apa-apa daripada aku.”
“Jadi saya perlu minta
sesuatu daripada awak, barulah awak akan rasa dah bayar budi saya. Macam tu?”
tanyaku, memohon kepastian.
Arjuna menganggukkan
kepala. “Ya.”
Aku mengerutkan lagi
dahi yang sedia berkerunyut. Pelik sungguh lelaki ini. Sifir apa yang dia guna?
Bukankah aku yang sepatutnya rasa sangat-sangat terhutang budi kepadanya?
Bukankah aku yang perlu beriya-iya membalas budi tersebut? Ini terbalik pula jadinya.
Aku cuma menjerit ‘watch out’ tempoh
hari. Bukan apa-apa yang hebat pun. Tetapi melihatkan gayanya, berhutang
mungkin adalah satu pantang besar buat Arjuna Kaede.
“Arjuna-sama.”
Satu suara yang menegur
membuatkan aku dan Arjuna sama-sama menoleh. Inoue-san sedang tercegat tidak
jauh daripada kedudukan kami.
“Sarapan sudah sedia.”
Inoue-san bertutur dalam Bahasa Jepun.
“Okey.” Pendek jawapan
Arjuna sebelum kembali memandangku. “Aku ada hal penting pagi ni. Tak boleh
hantar kau pulang. Tapi aku dah cakap dengan Ryohei. He’ll drive you to…kau masih tinggal di Hitsuji-an?”
Aku mengangguk.
“Great. Kau ikut Inoue-san ke ruang makan. Take breakfast. And then, Ryohei akan hantar kau balik.” Panjang
lebar Arjuna memberikan arahan. Sesudah itu, dia terus berjalan meninggalkan
aku. Seperti tiba-tibanya dia muncul sebentar tadi, tiba-tiba juga dia
menghilang. Lalu, aku terpacak canggung di hadapan Inoue-san yang memaparkan
muka tenang tidak beremosi.
*****
SUASANA
janggal mengerumuni isi kereta. Sesekali aku
mengerling ke hadapan, ke arah Ryohei yang senyap memandu. Keluhan berat
dilepaskan. Sungguh aku rasa tidak selesa berada dalam keadaan begini. Di dalam
kereta semewah Audi S5, duduk di kerusi belakang dengan seorang pemandu di
hadapan. Sudah serupa puan besar. Semua ini membuatkan aku gentar. Membuatkan
aku sangsi akan siapa sebenarnya Arjuna Kaede.
“Ryohei…”
“Hait.”
“Apa yang Arjuna buat
sebenarnya? Apa kerja dia?” Aku menyoal dengan Bahasa Jepunku yang pelat.
Dari pantulan cermin
kereta, riak muka Ryohei jelas berubah. Namun dia cepat-cepat menayang muka
bersahaja.
“Saya minta maaf, Cik
Nailah. Tapi itu bukan untuk saya jawab.”
Aku mengerutkan dahi.
Bukan untuk dia jawab? Bukankah itu soalan yang sangat senang? Apa kerja awak?
Saya bekerja sebagai guru. Begitu sahaja, kan?
“Kalau bukan awak,
siapa?”
“Arjuna-sama.”
Arjuna? Huh, aku tidak
fikir dia akan menjawab soalanku. Lelaki tersebut terlalu misteri. Nanti tidak
pasal-pasal pula aku yang dimarahi.
“Tapi…” Ryohei
menyambung tiba-tiba.
“Apa dia?”
“Apa-apa pun yang Cik
Nailah fikir tentang dia, semuanya salah.”
“Apa yang saya fikir
tentang dia?” ulangku kembali.
“Mungkin Cik Nailah
fikir benda buruk pasal Tuan Arjuna.”
Aku terbungkam.
Bagaimana Ryohei tahu bahawa aku punya syak wasangka terhadap Arjuna?
“Sudah terlalu ramai
orang berfikir begitu tentang Tuan Arjuna. Jadi, saya harap Cik Nailah takkan
jadi salah seorang daripada mereka.” Tutur kata Ryohei kedengaran tegas, tetapi
sangat berkias.
“Kalau tak nak saya
fikir macam-macam tentang dia, jadi berterus-terang sajalah kepada saya.”
“Sesetengah perkara
patut didiamkan. Kalau tak, teruk jadinya nanti.”
Aku menjuih mulut.
Ryohei dan Arjuna sama sahaja perangainya. Suka sangat cakap macam tak
bercakap, bagi jawapan yang bukan macam jawapan, semuanya ada maksud tersirat.
Apa mereka fikir aku tidak ada kerja lain selain cuba mencari jawapannya?
‘Isy, sudahlah tu,
Nailah. Kenapa pula kau nak cari jawapan? Ignorance
is the best policy, remember?’ tempelak hati kecilku.
“Cik Nailah…”
“Hmm, apa dia?” balasku
acuh tak acuh.
“Kita dah sampai. Tapi
lebih baik Cik Nailah jangan keluar dulu.”
“Kenapa?” tanyaku seraya
terus memandang ke luar tingkap. Semerta, riak muka berderau. Tidak jauh dari
pintu masuk Hitsuji-an, kelihatan Badri sedang berdiri tegak di situ.
“Nak saya cakap dengan
dia ke?”
“Cakap apa?” Aku bermain
soalan.
“Err, mungkin Cik Nailah
tak nak jumpa dia.”
Aku diam sebentar.
Memikirkan sama ada aku patut bersembunyi di dalam kereta atau pun keluar
berhadapan dengan sahabat yang sudah tidak seperti sahabatku. Beberapa saat
berlalu, aku menggali nafas dalam-dalam dan menghembusnya.
“Tolong bagitahu Arjuna,
saya cakap terima kasih sebab tumpangkan saya semalam. Dan terima kasih juga
untuk awak, sebab hantarkan saya balik.”
“Cik Nailah pasti?”
tanya Ryohei. Dia mengerti bahawa aku sudah membuat keputusan.
“Awak jangan bimbang,
Ryohei. Tahulah saya uruskan hal saya.”
Usai bersuara, aku
membuka pintu kereta dan mengangkat kaki keluar. Sepantas itu juga, Badri
menengadah kepadaku.
“Kenapa kau keluar dari
kereta tu? Kenapa kau ada dengan dia?” Terus dia menyoal sambil laju
merapatiku.
Automatik, aku
menghentikan langkah dan berundur satu tapak ke belakang. Riak muka Badri jelas
berubah. Dia turut mematikan derap kaki. Lalu, aku dan dia berdiri jauh
menghadap satu sama lain.
“Kau…takutkan aku?” Ada
nada sendu dalam bicara itu.
Aku memejamkan mata
sesaat. Hati jelas terkesan dengan pertanyaan tersebut. Kedua-dua belah tangan
dikepal, mengharapkan agar aku cukup kuat dan tenang.
“Apa yang kau dah buat,
Badri?” Lain yang dia tanya, lain yang aku jawab.
Badri mengetap bawah
bibir. Aku yakin dia mengerti apa maksudku. Kemudian, dia menjawab, “Aku cuma
mahu hidup.”
“Dengan membunuh orang
lain?”
“Dia tak mati,” balas
Badri menujukan jawapan buat lelaki di stesyen subway tempoh hari.
“Itu dia. Tapi aku tak
rasa dia satu-satunya orang yang kau buat macam tu, kan?”
“Aku tak pernah bunuh
sesiapa pun,” nafi Badri penuh ketegasan.
“Tapi kau belasah orang
sampai hampir mati, kan?”
Lelaki di hadapanku
menyengap.
Aku menarik senyum
paling kelat. Hatiku sangat kecewa.
“Bila kau dah mula buat
macam tu, tinggal sikit saja masa untuk kau betul-betul cabut nyawa orang.”
“Kau tak percayakan
aku?”
“Bukan aku tak
percayakan kau, tapi aku tak percayakan kerja kau. You’re a yakuza, right?”
Sekali lagi, Badri
mendiam. Dia mengiya dalam kebisuannya.
“Kau tahu tak apa
perasaan aku bila nampak kau semalam? Kau bukan lagi Badri yang aku kenal. Kau
dah berubah. Kau dah bertukar. It’s like
you’ve became a monster!”
Muka Badri berderau. Nafasnya mula berdengus-dengus.
Dia marah.
“A monster? Huh, mungkin kau betul. Aku dah jadi monster yang cuma tahu belasah orang
sampai mati. Aku suka bergelumang dengan darah. Aku puas bila orang merayu-rayu
di kaki aku. Aku rasa hebat! Aku rasa berkuasa!”
Aku tercengang. Mata
sudah pun bergenang.
“Kau tahu tak, Nailah?
Inilah kali pertamanya aku rasa yang aku ni berguna. Aku jadi orang kepercayaan
ketua aku. Hanya dalam masa dua tahun, dia dah serahkan dua kawasan untuk aku
jaga. Aku ada berpuluh-puluh orang bawahan. Aku ada kuasa. Aku ada duit.”
“Dan duit tu kau hantar
kepada emak kau? Duit haram tu?!” tempelakku, semakin kalah dengan emosi yang
membuak-buak.
“Kau jangan cuba
menghina aku, Nailah.”
“Aku bukan menghina. Aku
cuma cakap benda betul. Sanggup kau, kan? Sanggup kau bagi emak kau makan duit
haram.”
“Kau!!!” Badri tiba-tiba
menyerbu ke arahku. Namun satu tubuh lain terlebih dahulu muncul di antara kami
berdua. Aku tergamam. Mataku tepat tertala kepada belakang tegap seorang
lelaki. Ryohei! Fikirku, dia sudah berlalu pergi sebentar tadi. Rupa-rupanya
aku silap.
“Ini antara aku dan dia.
Kau jangan masuk campur.” Badri berdesis keras.
“Cik Nailah adalah
tetamu kepada majikan aku. Jadi, tanggungjawab aku untuk pastikan dia selamat.”
Tenang dan bersahaja Ryohei menjawab.
“Majikan kau? Arjuna
Kaede?”
Aku agak tersentak.
Badri kenal Ryohei? Dia tahu bahawa lelaki itu bekerja dengan Arjuna?
Sekelipan, amaran Badri sebelum ini menerjah kotak memori.
Stay away from Arjuna Kaede.
Huh, kalau sudah
mengenali Arjuna, pasti Badri mengenali Ryohei dan Sato. Mereka bertiga itu
sudah umpama belangkas, tidak boleh berpisah.
“Ya, Arjuna Kaede. Kau
tentunya tak mahu buat hal dengan dia, kan?” Ryohei bertutur lagi.
Tanpa semena-mena, Badri
menghambur tawa. Mengejek dan sinikal. Ryohei tetap tegak dengan muka tenang
tidak berperasaan.
“Eh, kau dengar sini.
Orang lain mungkin takutkan dia. Tapi tidak aku!”
“Jadi, kau ada masalah
besar sekarang,” sinis Ryohei.
“Tak guna!!!”
Penumbuk Badri tiba-tiba
melayang ke muka Ryohei. Mataku terbuntang. Cepat-cepat aku bergerak, mahu ke
hadapan. Tetapi sepantas itu juga, Ryohei mendepa sebelah tangan, menghadang
pergerakanku.
“Jangan gerak. Cik
Nailah berdiri belakang saya. Biar saya uruskan dia.”
“Sorry, Ryohei. Tapi saya bukan jenis perempuan yang cuma tahu
berdiri belakang lelaki,” bantahku tegas. Tangannya ditolak ke tepi, lalu aku
membawa diri menghadap Badri. Kepalaku tegak. Mataku mencerlung tajam.
“Kau…memang betul-betul
dah jadi lain, kan?”
Rahang Badri
terketap-ketap. Aku tahu dia sedang kegeraman. Tetapi peduli apa aku? Yang aku
tahu sekarang, dia benar-benar melampau. Cuma tahu guna kekerasan sahaja.
“Amirul
Badri bin Amran, kau benar-benar dah kecewakan aku.”
Berubah raut muka Badri. Wajah
kegeraman dengan mata merahnya bertukar rentak. Ada biasan sedih di situ.
Malahan, matanya tampak berkaca-kaca.
“Nailah…”
Pantas, aku memaling muka ke
sebelah. Tanpa memandangnya, aku menyambung lagi. “Tolong pergi, Badri. Sebelum
aku dah tak mampu bertenang, dan naik gila di sini.”
Seketika suasana hening. Lewat ekor
mata, aku sedar Badri masih ralit menatapku. Entah apa yang dia fikirkan, aku
tidak tahu.
“Aku ingatkan kau kawan aku.
Sekurang-kurangnya, kau patut cuba untuk tanya aku, kenapa aku jadi macam ni.”
Lirih dan pilu suara Badri menujah
anak telinga. Aku tersentap. Hati rasa ditusuk sembilu. Spontan, aku mengangkat
muka dan memerhati dia yang sudah membawa langkah pergi. Belakang Badri tampak
longlai.
Sedikit demi sedikit, bibirku
terketar-ketar. Jantung rasa sesak hinggakan nafas bagai tersekat di tengah
jalan. Air mata yang cuma bergenang tadi, menitis setitik di pipi. Namun,
cepat-cepat aku menyeka. Nafas ditarik dalam-dalam. Kemudian, aku berpaling
kepada Ryohei.
“Awak okey ke?” tanyaku sambil
meniliti mukanya. Ada darah yang terpalit bawah bibir. Tanpa menunggu lagi, aku
membuka beg silang.
“Saya rasa Cik Nailah yang tak
okey.”
Tangan yang baru menyeluk tisu
terkaku. Bibir diketap kuat. Tanpa mendongak kepadanya, aku membalas. “Taklah.
Awak silap. Saya okey.”
“Tak. Cik Nailah tak…”
“Saya cakap saya okey, saya okeylah!
Apa yang awak tak faham sangat?!” Di luar sedar, aku menempik kuat. Kepala
sudah pun dipanggung terus kepada Ryohei. Dia terkulat-kulat memandangku.
Sesaat, dua saat berlalu. Kami
saling berpandangan hingga aku akhirnya tersedar akan tindakanku sebentar tadi.
“Saya…saya minta maaf. Saya tak
patut…”
Belum sempat aku menyudahkan kata,
Ryohei tanpa semena-mena berjalan ke arah kereta dan membuka pintu belakang.
“Masuk.”
“Huh?”
“Masuk, Cik Nailah.”
Teragak-agak aku menghampiri kereta
dan menjatuhkan punggung di tempat duduk penumpang. Mataku masih terkebil-kebil
tidak mengerti dengan perlakuan Ryohei.
Dengan muka seriusnya, Ryohei
bergerak sedikit untuk menutup pintu. Tetapi sebelum itu, dia bersuara...
“Dalam ni, Cik Nailah boleh menangis sepuas-puasnya. Tiada siapa pun nampak. Saya tunggu di luar.”
“Dalam ni, Cik Nailah boleh menangis sepuas-puasnya. Tiada siapa pun nampak. Saya tunggu di luar.”
Aku terpana dan diam sahaja saat
pintu kereta dikatup dari luar. Air mata yang rupa-rupanya masih bertamu di
tubir, perlahan-lahan mengalir. Bibir yang bergetar diketap kuat. Lalu, di
sebalik hitamnya cermin kereta, aku mula menangis. Sedikit demi sedikit hingga
aku akhirnya teresak-esak laju.
**************
TEASER BAB 8:
Dadaku semakin sesak. Rasa mual membuak-buak di celah tekak. Hampir muntah membayangkan betapa mereka mereka berbangga dengan apa yang sudah dilakukan. Mereka ini manusia jenis apa? Tidak! Ini bukan manusia namanya. Bahkan, bukan binatang. Ini syaitan. Selaknat-laknat syaitan!
Dan sekarang, aku berada bersama syaitan-syaitan itu.
'Ya, Allah! Tolong aku,' teriakku dalam senyap. Rasa takut semakin ganas mencucuk-cucuk jiwa. Dari sebalik mata yang tertutup, air mataku mengalir laju.
Sebelah pipiku tiba-tiba rasa disentuh dan diusap-usap. Aku meronta dan menggerak-gerakkan kepala. Walau dalam keadaan terpasung begini, aku cuba sedaya-upaya untuk mengelak. Sungguh, aku tidak rela disentuh mana-mana jantan kotor. Tidak rela!
Pang!
Mukaku terteleng ke sebelah. Kepalaku berpinar. Tidak cukup dengan itu, bawah daguku pula yang menjadi mangsa. Direngkuh kasar hinggakan separuh mukaku terangkat. Penutup di mataku kemudian ditarik kasar. Terpisat-pisat aku membuka mata.
Dekat di hadapanku adalah muka seorang lelaki yang tidak pernah ditemui. Ada parut di atas dahi. Sepasang mata sepetnya merah membara. Penuh kebencian, penuh dendam. Serta-merta, aku menelan air liur. Lelaki ini sungguh menakutkan.
Tanpa semena-mena, hujung bibirnya menyenget sinis. Bulu romaku automatik meremang.
"Sakit ke?" Dia tiba-tiba menyoal lembut, siap dengan jari-jemari yang membelai-belai pipi bekas tamparannya tadi.
*****************
NOTA CIK SA:
Honestly, kasihan jugak dekat si Badri ni. Oh, well...sayalah yang create watak dia macam tu...haha!!
Jom komen. Sesiapa yang ada wattpad tu, sudi-sudilah follow Cik SA, ya. ID: sara_aisha.
Thanks a lot, and see you next Monday. =)
best2 membuatkan saya tak sabar nak tahu apa jadi seterusnya.
ReplyDeletetq sooo much, dear. =)
DeleteKalau saya jadi nailah, dah lama saya balik msia. Tak faham kenapa dia masih disitu selepas apa yang berlaku.
ReplyDeleteDia belum sempat balik. Dia kan baru dapat tahu pasal Badri. Hari yg sama (malam tu), dia duk rumah Arjuna. Keesokan harinya, waktu dia balik ke guest house, dia jumpa Badri balik. Macam kat bab atas.
DeleteSo time frame lepas dia nampak Badri mengamuk dan dia jumpa balik Badri depan Hitsuji-an cuma satu hari. Tak sempat nak balik lagi.
Org tak betul je tak nak balik Malaysia lepas apa yg jadi. So, jawapan kenapa Nailah still tak balik2 ada di bab 8. Sabar, ya.
sayang cik sara byk2. muah ciked...
ReplyDeleteTQ soooo much, dear. =)
DeleteRasa kesian plak dgn badri ni
ReplyDeletekannn? huhuhu
DeleteAla...kena tunggu sambungannya hari Isnin ke? Lambatnya....
ReplyDeleteCongrats cik sara...macam2 rasa ada bila baca...puas hati sangat...suka sangat2...
TQ sooo much!! =)
DeleteKesian pulak dkat badri...can't wait for ch.8
ReplyDeletekannn? huhuhu...
DeleteSy pun ade rasa kesian kat badri, sure ade benda yg jadi kat dia before ni..
ReplyDeleteyup. setuju!!
DeleteCamne Badri boleh terjebak eh!
ReplyDeleteakan terjawab tidak lama lagi. hehe
DeleteSiapa Lelaki berparut di atas dahi tu??
ReplyDeleteApa sebenarnya yang terjadi???
Dimana Badri dan A.K???
Adakah Lelaki tu ketua Badri...
Adus....penasaran sungguh...
wah, banyak sekali persoalannya...hehe...
Deletesabar2, kita bg jawapan satu per satu dalam bab akan datang. =)
Wah,daekbaklah
ReplyDeletearigatou!!! =)
Delete