Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar, semua? Alhamdulillah, saya sihat dan...busy dengan baby baru..eh...haha!! Bukan baby yang baby tu, tau. What I mean is....novel ketiga saya sudah muncul. Yay!!!
Kali ini, saya memperkenalkan anda dengan sisi sengal saya pula...hihi. Yezza, selepas kisah cinta dan drama yang berat dalam Jodoh Itu Milik Kita, serta kisah cinta aksi yang agak ganas dalam Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu, saya muncul dengan kisah santai lagi romantik komedi dalam....
ENCIK SAYANG DAN MISS SWEETHEART
KELUARAN NOVEL KARYASENI UNTUK BULAN JUN 2014.
Kata orang, kerana mulut badan binasa. Rasanya peribahasa itu memang sangat kena untuk aku, sebiji menempek di atas dahi!
“Macam inilah, encik… encik sayang. Sebelum I naik hantu kat sini…”
Kerana mulut, aku dicap sebagai miss sweetheart oleh encik sayang yang semestinya aku tak sayang langsung. Semuanya gara-gara cik gincu merah yang sangat gedik menggeletis macam ulat bulu!
“Kalau macam tu, emak ajelah cari calon untuk kakak. Senang cerita.”
Kerana mulut aku sendiri, emak dan ayah tiba-tiba membawa calon suami untuk aku. Atau lebih spesifik, dia orang bawa encik sayang! Dalam aku baru sahaja mahu reda dan menerima nasib jadi heroin novel kahwin paksa, kenapa pula mamat sengal itu yang jadi heronya? Sudah tidak wujudkah makhluk berkromosom XY yang lain? Kenapa mesti dia?!
“Ya, ya… Saya janji. Kalau… Kalau awak selamat, kalau kita dapat keluar dari sini, saya akan kahwin dengan awak. Just… Just be safe, please…”
Kerana mulut, ‘operasi memutuskan pertunangan’ aku tiba-tiba sahaja berubah menjadi ‘operasi persiapan perkahwinan’. Sedar-sedar sahaja, aku sudah pun duduk di atas pelamin yang pengantin lelakinya ialah tidak lain dan tidak bukan… encik sayang!
Oh, jangan fikir cerita ini berhenti takat itu saja. Kerana dalam kisah pelik ini, terselit juga si dia yang digelar ‘the most dashing, hottest eligible bachelor on earth’. Ya, aku tahu. Gelaran ni memang sangatlah melebih-lebih. Tapi hakikatnya, dia memang berkali-kali ganda kacak, bergaya dan kaya berbanding encik sayang. Dan yang paling seronok… encik dashing ini ialah bekas kekasih aku! Cinta pertama zaman muda remaja dulu yang rupa-rupanya masih cintakan aku setengah mati. Aduh… Haru, haru.
Itu belum lagi termasuk kes cik gincu merah yang tiba-tiba mengumumkan diri sebagai musuh ketat aku.
Lalu perjalanan hidup aku yang selama ini landai, normal dan bebas daripada anasir-anasir konflik tiba-tiba sahaja berubah menjadi roller-coaster!
Tajuk: Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
Penulis: Sara Aisha
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-73-4
Harga: RM24 (Semenanjung) // RM27 (Sabah & Sarawak)
*******
Novel ini sebenarnya adalah keluaran KaryaSeni untuk bulan Jun. Tapi KS sudah print awal tempoh hari, khas untuk Pesta Buku Kuala Lumpur Antarabangsa (PBAKL) yang baru saja berakhir Ahad lepas. Jadi alkisahnya, sesiapa yang tak dapatkan ESMS di PBAKL hari tu, perlu tunggu ianya masuk ke pasaran bulan Jun nanti. Lama jugak kan tu, nak kena tunggu?
Untuk itu, Cik SA dah ambik sedikit stok daripada KS. Kalau ada yang mahu order direct daripada Cik SA, cara-caranya adalah seperti berikut:
- 1) Sila emel saya di --> sitisarahaishah@gmail.com dengan subjek 'Tempahan novel Encik Sayang dan Miss Sweetheart' dan emelkan maklumat seperti berikut:i) Nama sebenar (seperti dalam IC)ii) Jumlah novel yang ingin dipesan (sebuah atau lebih dari satu)iii) Alamat untuk diposkan novel (rumah/pejabat)iv) No telv) Emel2) Pembayaran di no akaun:03010100797529 (CIMB)162218520579 (MAYBANK)Atas nama : SITI SARAH AISHAH BINTI MOHD AZKAHHarga:Semenanjung = RM21 (Selepas diskaun RM3) + RM6 (Kos pos) = RM27Sabah/Sarawak = RM24 (Selepas diskaun RM3) +RM10 (Kos pos) = RM343) Setelah pembayaran telah dibuat, sila emel bukti pembayaran kepada saya. Bukti pembayaran adalah seperti slip yang discan atau diambil gambar, emel daripada pihak bank (kalau order melalui online).Sebarang pertanyaan/kemusykilan, sila PM di FB atau emel pada Sara Aisha di:
- Last but not least, thanks a lot buat semua yang hadir di sesi saya pada 1 Mei dan 3 Mei tempoh hari. Terharu sangat-sangat bila agak ramai yang turun PWTC untuk jumpa saya. Thanks sangat-sangat!!
- Lots of love,
- Sara Aisha
Dh beli ms kt PBAKL dan dah habis baca...
ReplyDeleteMmmg best...
Novel2 SA memang xpernah mengecewakan...
Yay!! TQ soooo much. Alhamdulillah...=)
DeleteTahniah! dh baca versi cerpen. Memang best..dan saya pasti versi novel pun lg best :)
ReplyDeleteTQ!!! Terharu jap...hehe
Deletedapat autograf tak lau order sekarang??? :(
ReplyDeletesorry lambat reply. dapat kalau order direct drpd sy..=)
DeleteSalam.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Macam best novel tu.
Kalau nak promote blog ni boleh la share link kat sini ye:
http://free-unlimited-backlinks.com
ESMS antara novel yg sy suka. Best!! :)
ReplyDeleteawww, tq soooooo much!!! =)
DeleteDah falling in love with Encik Sayang !!!!!!! Best sangat cite ni .
ReplyDeleteKat sini ada share pasal novel ni <3 http://shaaminashabuya.blogspot.com/
ya allah... mcm best jek. :). ni realiti ke?
ReplyDelete