March 7, 2012

BFF, Teman tapi Mesra


Jarang sekali saya mahu menulis entri tentang drama Melayu. Oh, tidak..tidak! Bukan saya tidak meminati drama Melayu, cuma...mungkin sebab sudah ada banyak blog yang berbicara tentang drama itu??

Tapi, tak apa. Kali ini biarlah saya buat sedikit kelainan. Yup, hari ini saya mahu menulis tentang BFF, Teman tapi Mesra yang kini ditayangkan di TV3. Errr...lagi satu episod drama ini akan tamat.

Sinopsis:

BFF, Teman tapi Mesra berkisar tentang kisah persahabatan, impian dan rasa cinta. Iskandar (Muniff Isa) dan Shahidah (Sariyanti) merupakan kawan baik sejak dari kecil. Iskandar bercita-cita untuk menjadi juruterbang, manakala Shahidah pula mengimpikan dirinya sebagai pereka fesyen.

Namun bapa Shahidah mahukan dia mengikut jejak sebagai seorang guru. Seringkali merasakan dirinya terkongkong, Shahidah cuba memberontak. Tetapi hanya dibalas dengan kata-kata keramat “Hanya selepas kahwin kamu boleh buat apa yang kamu nak, asalkan suami kamu izinkan!”

Errkkk…Shahidah buntu! Dan tidak semena-mena Iskandar menebaknya dengan soalan “Kau…aku…kita kahwin!”

Bagi Iskandar, itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan sahabat baiknya daripada penjara kongkongan ibu bapa sendiri. Dia hanya mahukan yang terbaik buat Shahidah, dia mahu Shahidah menggapai impiannya, walaupun itu bermakna dia turut terpaksa membuat pengorbanan.

“Perkahwinan ni cuma tiket untuk kebebasan aku. Aku ni cuma isteri tipu-tipu kau aje.” - Shahidah

“Nikah kita ni sah kan, Sha? Apa kata kalau awak…betul-betul jadi isteri saya?” – Iskandar

Ah, Iskandar keliru! Kenapa mesti tiba-tiba ada perasaan dalam hatinya buat sahabat baik merangkap isterinya itu? Shahidah pula...makin buntu jadinya. Kenapa Iskandar mula berubah? Sudah mula menegaskan “Saya ni suami awak! Dan awak tu…isteri saya!”

-Sinopsis tamat-

Pelakon:


Muniff Isa sebagai Iskandar

Sariyanti sebagai Shahidah

Irfan Roslan sebagai Emran

Syatilla Melvin sebagai Karmila

p/s: bila penulis menulis sinopsis drama, sudah seperti blurp novel jadinya...haha!

2 comments:

  1. Aishairissa - kak longMarch 7, 2012 at 12:27 PM

    Haha..Kak long sukelah post ngah kali ni..Mmg cerite ni lain dr yg lain..Iskandar is strict, protective and childish at the same time..Definitely a good combination for a guy who falls in love with his wife who is also his own best friend! Thumbs up to the script writer!Oh, yeah, kak long jugak suka ayat ngah yg last..sinopsis drama mcm blurp novel bila ditulis oleh penulis novel.Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, itulah. bile novelis tulis sinopsis...mmg jdk cm blurp novel..=)

      Delete