January 5, 2012

Jodoh itu Milik Kita - Teaser bab 42

“Saya minta maaf. I’m so sorry…”

“Huh! Awak ingat sesenang tu je saya akan maafkan awak?”

Dahlia terdiam sejenak sebelum dia menarik nafas dalam-dalam. Dengan teragak-agak dia kembali duduk di birai katil.

“Jadi….jadi, apa yang saya patut buat untuk awak maafkan saya?” Perlahan Dahlia menyoal. Tangannya mula menyentuh lengan Aariz namun sepantas kilat juga tangannya ditepis. Terperanjat Dahlia dengan tindakan refleks suaminya. Juga tersinggung!

“Awak tak perlu buat apa-apa. Just stay out of my sight.”

Bergenang air mata Dahlia mendengar jawapan keras suaminya. Hatinya terasa pedih. Sanggup Aariz berkata demikian padanya. Dia tahu dia yang bersalah dalam hal ini. Tetapi dia sudah pun meminta maaf seikhlasnya, jadi kenapa…kenapa susah benar nampaknya untuk Aariz memaafkannya?

“Aariz, please….don’t do this to me.”

“Apa yang saya buat? It’s not like saya tuduh awak ada lelaki simpanan, kan?” Laju Aariz menjawab, mula mengungkit kesalahan Dahlia walaupun dia sebenarnya sudah lama memaafkan isterinya itu.

Air mata Dahlia mula mengalir perlahan. Wajahnya yang keruh jelas mempamerkan rasa terluka atas apa yang baru sahaja diucapkan suaminya.

“Saya merayu, Aariz….maafkan saya. Sa…saya janji saya takkan…takkan tuduh awak macam-macam lagi.” Lirih suara Dahlia memohon kemaafan, diselangi esak tangisannya yang mendayu.

Keluhan berat terpacul keluar dari mulut Aariz. Sedaya-upaya dia cuba menguatkan hati agar tidak mengikut perasaan cintanya buat Dahlia. Walau sekuat manapun keinginannya untuk menarik Dahlia ke dalam pelukannya dan menyapu air mata yang membasahi kedua pipi isterinya itu, dia tidak boleh berbuat demikian. Tidak boleh!

“Dahlah, Lia….awak tak payahlah nak menangis kat sini. Keluar jelah.”

“Tapi…”

“Saya baru balik dari outstation, letih and now kena menghadap drama air mata awak ni, awak tak kesian kat saya ke?”

Lagi laju air mata Dahlia merembes keluar. Keras sungguh kata-kata Aariz. Langsung tidak memikirkan hatinya yang dirasakan seperti sudah remuk. Hancur lebur!

“Tolong jangan serabutkan kepala otak saya ni, boleh tak?” sambung Aariz lagi. Masih lagi dengan nada suara yang cukup dingin.

Perlahan Dahlia bangun dan berdiri di tepi katil. Matanya masih lagi terkebil-kebil menatap wajah Aariz di sebalik air mata yang bercucuran. Hatinya benar-benar berharap agar Aariz akan menarik kembali kata-katanya.

“Tunggu apa lagi. Keluarlah!”

Tersentak Dahlia sebelum dia akhirnya berpaling dan lekas berlari keluar dari bilik Aariz. Tangannya memegang dada yang terasa perit. Fikirannya meneriak…

‘Sanggup awak, Aariz!!!’

15 comments:

  1. u r d first person to actually hate aariz danial, haha!!

    ReplyDelete
  2. la..knapa hariz bleh gaduh ngn dahlia..sblum ni dorang sweet jek..x mo la gaduh2

    ReplyDelete
  3. aisy: gaduh2 kan lumrah rumah tangga...hehe...=)

    ReplyDelete
  4. hishhh..xsenang dduk ni...cpt2 la karyaseni update..

    ReplyDelete
  5. asam garam rumah tangga.. biase la tu.. hehe

    ReplyDelete
  6. hi sara! just wondering.. how many chapter will it be?

    ReplyDelete
  7. syira: sbr2...KS tgh upgrade website dia..hehe

    ReplyDelete
  8. miss_adikimi: yup, asam garam rumah tangga, happ je memanjang...mcm x de feel pulak kan?? haha!!!

    ReplyDelete
  9. anonymous: there will be 63 chapters..=)

    ReplyDelete
  10. @nur anisah: syafiq tu mmglar kn...klu x menyusahkan org, x sah!!

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. blh order kt laman web karyaseni, atau pada saya sendiri...

      Delete
    2. How can I order from u ya?

      Delete