December 8, 2011

Jodoh itu Milik Kita - Bab 3


BAB 3

PERLAHAN Dahlia membuka mata. Sedikit demi sedikit sebelum matanya terkebil-kebil memandang siling. Dahlia cuba berfikir, cuba mengingati apa yang telah terjadi. Namun fikirannya keliru. Kepalanya dipicit beberapa kali, masih cuba mengingati segalanya.

Fikirannya menerawang pada majlis perkahwinannya, pada saat-saat dia dikahwinkan dengan Syafiq, tunangnya. Seketika kemudian, Dahlia teringatkan sesuatu. Tidak! Dia tidak berkahwin dengan Syafiq! Lelaki dalam ingatannya bukan Syafiq, tetapi Aariz. Ya, Aariz Danial. Dahlia terus terbangun dari pembaringan. Cepat-cepat dia memandang sekeliling.

Dalam kelam, samar-samar mata Dahlia menangkap sekujur tubuh yang kaku di atas sofa. Dahlia mengelipkan mata beberapa kali, cuba untuk memastikan apa yang dilihatnya. Ya, itulah dia. Aariz Danial, suaminya.

Lambat-lambat Dahlia bangun dari katil dan menapak ke arah Aariz yang sedang lena. Dia berhenti betul-betul di sebelah sofa dan kemudiannya duduk bersila di atas lantai. Pandangan Dahlia tidak lepas daripada Aariz. Ditelitinya wajah tenang itu. Kening yang elok terlukis, hidung yang sedikit mancung, bibir merah tanda tidak merokok dan kulit yang kuning langsat.

Dahlia cuba membandingkan wajah Aariz dengan Syafiq. Syafiq berkulit hitam manis, mempunyai kening yang agak tebal, hidung yang lebih mancung berbanding Aariz dan bibir yang lebih tebal.

“Diorang tak sama,” getus Dahlia tanpa sedar. Cepat-cepat dia menutup mulut, takut-takut Aariz akan tersedar.

“Apa yang tak sama?” Tiba-tiba Aariz menjawab.

“Aaaaaaaahhhh!!!” Dahlia sedikit menjerit.

Spontan Dahlia berundur ke belakang. Dadanya diurut sambil matanya terkebil-kebil memandang Aariz yang sudah mula bangun dan duduk di atas sofa. Selimut yang menyelimutinya ditarik lebih erat. Sejuk mungkin.

“Good morning,” ucap Aariz sambil menguap beberapa kali.

Dahlia tidak menjawab. Masih terkejut.

“Lia, are you okay?” Aariz menyoal setelah agak lama Dahlia kelihatan terkaku di hadapannya. Dia menggerakkan tangan beberapa kali di hadapan Dahlia.

“Yang awak kejutkan saya macam tu kenapa? Nasib baik tak terkeluar jantung saya,” marah Dahlia.

Aariz tersenyum. Nampaknya emosi Dahlia sudah tenang. Tidak lagi sedih seperti semalam. Dipandangnya wajah Dahlia yang sedikit masam. Namun, perasaan amarah sudah tidak kelihatan lagi pada wajah itu. Aariz berasa lega.

“Sape yang kejutkan sape sebenarnya ni? What are you doing down there? Elok pula tu bersila atas lantai,” jawab Aariz diselangi dengan soalan juga.

Dahlia dapat merasakan darah menyerbu ke wajahnya. Malu! Dia sendiri pun tak pasti kenapa dia berbuat demikian. Tadi sewaktu dia bangun dan melihat Aariz tidur begitu, terdetik di hatinya mahu melihat lebih jelas wajah suaminya. Semalam langsung tidak sempat untuk dia meneliti wajah itu. Mungkin kerana perasaan marah yang dibendungnya.

“Saja. Nak test macam mana rasanya duduk atas lantai macam ni.” Selamba jawapan Dahlia sambil bangun dan menepuk punggung yang terasa agak kebas.

Meletus ketawa Aariz mendengarkan jawapan selamba yang keluar dari mulut mungil Dahlia. Sungguh dia tidak menyangka Dahlia seorang yang lucu begitu. Hilang sudah imej garang dan tidak berperasaan yang dia lihat sejak semalam.

Dahlia hanya memandang Aariz yang sedang ketawa galak. Dia sedar lelaki itu sedang mentertawakan dia. Rasa geram menerpa masuk ke dalam hatinya.

“Jangan ketawakan saya, boleh tak? Suka hati dia je nak ketawakan kita,” bebel Dahlia, tanda tidak puas hati.

Semakin kuat pula ketawa yang dihamburkan Aariz. Dipandangnya sekilas wajah masam Dahlia yang sudah memuncungkan mulut.

“Dah, sudah. Tak payah nak gelak-gelak lagi. Bangun cepat, solat Subuh.” Tegas suara Dahlia sebelum dia mula melangkah. Mahu meninggalkan Aariz. Namun belum sempat Dahlia melangkah jauh, Aariz terlebih dahulu menangkap pergelangan tangannya.

“Are you okay?” Lembut suara Aariz menyoal Dahlia.

Dahlia berpaling sambil matanya merenung Aariz tajam.

“Termasuk tadi, dah tiga kali awak tanya benda yang sama. Jawapan macam mana yang awak nak daripada saya?” Dahlia menjawab soalan suaminya dengan soalan juga.

Aariz mengerutkan dahi. Tanda tidak mengerti.

Dahlia mengeluh perlahan sebelum manyambung lagi. 

“Saya tak boleh cakap okey, because I really am NOT okay. Tapi saya tak boleh cakap tak okey jugak, sebab saya sendiri yang setuju dengan semua ni. Now, could you please let my hand go?” jawab Dahlia penuh ketegasan.

Jawapan penuh ketegasan isterinya membuatkan Aariz terdiam sejenak. Perlahan dia melepaskan pegangan tangannya. Matanya memandang Dahlia yang sudah menapak pergi dan kemudiannya berhenti betul-betul di hadapan cermin.

“Semalam…..” Tiba-tiba Dahlia bersuara.

“Yes?” jawab Aariz pendek.

“Awak ke yang angkat saya atas katil?” soal Dahlia akhirnya.

“Hmm.” Aariz menjawab sambil matanya tidak lepas memandang gerak geri Dahlia yang sedang menanggalkan tudung yang meliputi kepalanya.

“Thanks. And thanks jugak sebab tak tanggalkan tudung saya.” Lembut suara Dahlia. Penuh dengan rasa penghargaan.

Tadi sewaktu dia tersedar, Dahlia rasa sedikit pelik macam mana dia boleh elok berbaring di atas katil. Sambil memakai tudung pula itu. Tidak pernah seumur hidupnya tidur bertudung. Namun bila dilihatnya lelaki itu, dia sedar Aariz adalah orang yang bertanggungjawab mengangkat dan membaringkan dia. Mungkin juga menyelimutinya kerana dia berselimut sewaktu sedar tadi.

Dahlia berasa sedikit terharu kerana Aariz tidak cuba menanggalkan tudungnya. Menghormati dia mungkin. Aariz kelihatan seperti lelaki yang baik, tapi..entahlah, mungkin terlalu awal untuk Dahlia menilai lelaki itu. Lagipun Dahlia takut dia akan membuat penilaian yang salah. Sepertimana salahnya dia menilai Syafiq.

Aariz tersenyum mendengar kata-kata lembut Dahlia. Kemudian cepat-cepat dia menunduk, cuba menyembunyikan senyumannya. Takut-takut dituduh mentertawakan Dahlia lagi. Personaliti Dahlia yang kejap-kejap berubah dirasakan sangat comel baginya. Belum sampai 24 jam dia mengenali isterinya itu, Aariz telah melihat pelbagai jenis emosi Dahlia.

Tidak berperasaan sewaktu mengahwininya.

Marah dan mengamuk bila pertama kali bercakap semalam.

Sedih dan menangis bila Aariz turut mula meninggikan suara.

Selamba bila ditangkap memandang Aariz secara curi-curi tadi.

Cukup tegas bila berbicara soal perasaannya.

Penuh kelembutan bila menghargai perbuatan orang lain untuknya.

“She’s interesting,” ujar Aariz tiba-tiba, lebih kepada dirinya sendiri. Namun sedikit didengari oleh Dahlia.

“What? Did you say something?” soal Dahlia.

Aariz mendongakkan kepala dan sedikit tersentak. Jelas di matanya wajah Dahlia tanpa tudung yang selama ini meliputi auratnya yang satu itu. Rambut panjang Dahlia yang sedikit wavy kelihatan sangat lembut di mata Aariz. Dipandangnya gerak tangan Dahlia yang menarik rambutnya ke hadapan sebelah kanan lalu menampakkan leher dan sebahagian bahu kiri Dahlia.

‘Cantiknya dia!’ getus suara hati Aariz.

Sungguh dia tidak menyangka bahawa Dahlia akan kelihatan cukup berbeza bila tidak bertudung begitu. Ya, dia akui Dahlia memang cantik. Mungkin tidak bagi sesetengah orang, tetapi di matanya, Dahlia seorang yang manis. Wajah gadis itu penuh kelembutan, walaupun ketika marah.

Dahlia bukan berwajah pan-asia dengan hidung tegak dan mancung. Sebaliknya Dahlia berwajah Melayu dan mungkin juga mempunyai iras-iras Siam. Dahlia berkulit kuning langsat seperti dia. Tapi sedikit putih berbandingnya. Hidungnya tidak terlalu mancung, tapi hidung itu membuatkan wajah Dahlia nampak sempurna. Bibir Dahlia pula tidak seksi seperti bibir Angelina Jolie. Dahlia punya mulut yang kecil dan bibir yang sedikit mungil.

“Aariz!! Aariz!!” Tiba-tiba telinga Aariz menangkap satu suara.

Terpinga-pinga Aariz memandang wajah Dahlia yang kini sudah pun berdiri di hadapannya.

“Awak ni kenapa? Bangunlah. Solat Subuh,” ujar Dahlia sebelum berpaling menuju ke arah bilik air. Mahu mandi.

Aariz meraup wajah beberapa kali. Seketika kemudian, dia mula menggelengkan kepala. Apa dah jadi pada dia sebentar tadi? Dia seperti terlalu tergamam bila melihat Dahlia begitu.
*****
“AMIN Ya Rabbalalamin…”

Aariz mengaminkan doa. Perlahan dia berpaling ke belakang, ke arah Dahlia yang duduk bersimpuh dalam kain telekung yang dipakainya. Kedua-dua tangannya dihulurkan, menanti saat disambut oleh Dahlia.

Terketar-ketar tangan Dahlia menyambut huluran itu. Perlahan dia menunduk dan mencium tangan itu. Entah kenapa, tiba-tiba dia terasa syahdu. Inikah rasanya solat berimamkan suami sendiri? Seketika kemudian, Aariz mencium dahi Dahlia. Penuh kelembutan. Saat itu, setitis air mata Dahlia jatuh. Aariz kelihatan kaget.

“Eh, kenapa ni? Awak okey tak ni?” Pantas Aariz menyoal isterinya. Ada nada kebimbangan pada suara itu. Dahlia sedikit tersenyum mendengar soalan Aariz.

“Awak tak ada benda lain ke nak tanya? Dari semalam asyik tanya saya…are you okay, are you okay?” jawab Dahlia akhirnya, disusuli senyuman manis.

Aariz tergamam lagi. Itulah kali pertama dia melihat senyuman Dahlia. Amat manis pada pandangan matanya.

“Apa-apa pun, thanks. Thanks for your concern,” sambung Dahlia lagi seraya bangun dan menanggalkan kain telekung.

Aariz masih seperti tadi. Terkaku. Dahlia baginya betul-betul penuh dengan kejutan. Sekejap marah, sekejap comel, sekejap sedih, sekejap gembira. Tanpa sedar, Aariz semakin tertarik pada isterinya itu. Hatinya mahu lebih mengenali Dahlia.

“We need to talk.” Akhirnya Aariz bersuara setelah dia menyangkut sejadah di ampaian dan duduk di birai katil.

“Cakap pasal apa?” soal Dahlia sambil tangannya ligat melilit selendang di kepala.

“Come here. Duduk sini,” jawab Aariz sambil menepuk ruang di sebelahnya.

Dahlia berpaling. Sedikit teragak-agak untuk mengikut kata suaminya itu.

“Come here. Don’t worry. Saya takkan apa-apakan awak,” ujar Aariz, cuba memberikan kepastian pada Dahlia yang jelas kelihatan teragak-agak. Takut padanya mungkin.

“Promise?”

Tersenyum Aariz melihat wajah Dahlia tatkala Dahlia menuturkan kata-kata itu. Dahlia kelihatan seperti kanak-kanak yang menagih janji daripada ibunya. Comel!

“Yes, I promise. Now come here. Meh sini, meh.” Aariz menjawab seraya menepuk ruang kosong di sebelahnya lagi.

Teragak-agak Dahlia menapak ke arah suaminya. Perlahan dilabuhkan punggung ke atas katil. Matanya tidak lepas daripada memandang Aariz. Takut-takut lelaki itu akan bertindak terhadapnya.

“Saya nak cakap pasal…hmm..pasal kita. Pasal perkahwinan ni.” Tenang suara Aariz menuturkan kata-kata itu.

Dahlia dapat merasakan wajahnya berubah. Sedari tadi dia cuba untuk bertenang, tidak mahu berfikir tentang apa yang telah terjadi. In denial! Ya, itulah yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan dia sekarang. Kerana itu, dia kelihatan tenang melayan Aariz. Seolah-olah perkahwinan ini adalah perjahwinan yang diingininya. Perlahan Dahlia menggenggam tangan.

Aariz dapat melihat dengan jelas reaksi isterinya itu. Dia tahu Dahlia sedang menahan perasaan. Walaupun tidak sampai 24 jam dia bersama Dahlia, dia perasan bahawa itu adalah tabiat Dahlia. Menggenggam tangan bila mahu menahan perasaan, bila tidak mahu orang lain tahu apa yang benar-benar dirasakannya.

“First thing first, mungkin saya patut minta maaf pada awak.” Akhirnya Aariz memulakan kata.

Dahlia tersenyum sinis. Maaf! Maaf! Maaf! Sejak petang semalam, itulah yang asyik didengarinya. Hinggakan sudah naik jelak dia mendengarnya.

“Orang yang patut minta maaf pada saya bukan awak, tapi Syafiq.” Tegas suara Dahlia.

Aariz sedikit mengangguk. Ya, betul cakap Dahlia. Orang yang berhutang kata-kata maaf kepada Dahlia adalah Syafiq, adik lelakinya sendiri. Syafiq, lelaki yang sepatutnya berada di tempatnya sekarang.

“Sebenarnya, saya pun patut minta maaf pada awak,” sambung Dahlia lagi.

Spontan Aariz berpaling ke arah Dahlia dengan dahi yang berkerut.

“Kenapa?” soal Aariz, tidak mengerti.

“Semalam saya marahkan awak walaupun semua ini bukan salah awak. Sorry, ya,” ujar Dahlia memohon maaf. Dipandangnya wajah Aariz dengan harapan lelaki itu akan memaafkan dia.

Aariz tersenyum. Dia tidak pernah menyangka Dahlia akan memohon maaf begitu. Dahlia membuat kejutan lagi! Isterinya itu benar-benar seorang wanita yang menarik. Seumur hidup Aariz, tidak pernah dia menemui wanita seperti Dahlia.

“No, it’s okay. Saya faham. Sesiapa pun yang jadi awak, tentu akan bagi reaksi yang sama,” jawab Aariz memberikan kepastian bahawa dia tidak ambil kisah tentang apa yang terjadi.

Dahlia tidak menjawab, sebaliknya hanya tersenyum lemah. Senyuman terpaksa. Senyuman yang tidak sampai di matanya.

“Semalam awak tanya pasal ending perkahwinan kita ni. Honestly, saya sendiri pun tak ada jawapan bagi soalan awak tu.” Aariz memandang Dahlia sekilas sambil menuturkan kata-kata itu. Dahlia hanya mendengar tanpa sebarang kata.

“Semua ni berlaku terlalu pantas. Awak pun rasa macam tu jugak, kan?” sambung Aariz lagi disusuli dengan soalan yang ditujukan kepada Dahlia.

“Yup. Sampai sekarang pun saya tak boleh nak percaya. Until yesterday orang yang sepatutnya jadi suami saya adalah Syafiq. Tapi hari ni, tiba-tiba saja saya jadi isteri kepada Aariz Danial.” Dahlia akhirnya menjawab setelah agak lama mendiamkan diri.

“Awak tahu tak, this whole thing buat saya rasa macam saya ni murah sangat. Saya…saya…boleh diambil…dibuang..macam tu je…” sambung Dahlia lagi mula beremosi.

Aariz mula kaget. Dia tidak mahu Dahlia menangis lagi.

“Please, Dahlia. Jangan menangis. Saya nak kita bincang baik-baik pagi ni.” Aariz mula kelam-kabut memujuk Dahlia.

Dahlia yang melihat berasa geli hati. Aariz kelihatan betul-betul kaget. Tanpa sedar Dahlia mula tersenyum.

“Okay, I’ll be calm. Saya takkan menangis lagi. Lagipun semalam saya dah menangis macam tak ingat dunia. Nasib baik mata tak bengkak. Kalau tak, saya kena keluar bilik pakai shades,” jawab Dahlia selamba.

Ketawa Aariz meledak. Sempat pula isterinya itu buat lawak dalam keadaan yang runcing begitu. Dahlia yang melihat hanya terkebil-kebil. Tidak memahami kenapa suaminya itu tiba-tiba ketawa.

“Ok, back to our discussion. Saya akui saya kahwin dengan awak sebab maruah keluarga. For the sake of umi and abah. Saya tak terfikir pun pasal apa akan jadi lepas saya kahwin dengan awak,” terang Aariz panjang lebar setelah ketawanya reda.

Dahlia tidak menjawab. Dia hanya membiarkan Aariz berbicara. Dia ingin mendengar luahan rasa Aariz. Pagi ini dia benar-benar mahu menjadi lebih tenang. Tidak mahu lagi terbawa-bawa dengan emosi seperti semalam.

“Saya tak tahu apa yang patut saya buat. Yalah, tiba-tiba je saya yang selama ini single and available ada isteri. Tak pelik ke tu?”

Dahlia mengangguk mengiyakan kata-kata Aariz.

“So apa kata we….we just go with the flow?” Tiba-tiba Aariz memberikan cadangan.

“Maksud awak?” tanya Dahlia tanda tidak mengerti akan maksud suaminya itu.

“Awak just anggap saya sebagai kawan baru. Saya pun akan anggap awak macam tu. That you’re a new friend of mine.”

Aariz memandang wajah Dahlia yang kelihatan agak tergamam. Ya, dia akui cadangan itu agak gila. Dahlia isterinya dan dia adalah suami Dahlia. Mereka adalah suami isteri yang sah. Tapi dia memohon agar mereka berkawan. Pelik? Tapi memang itulah yang baru saja meluncur keluar dari mulutnya.

Dahlia sedikit mengeluh. Cadangan daripada Aariz dirasakan pelik. Namun bila difikirkan balik, mungkin itu yang terbaik untuk mereka dan situasi mereka sekarang. Mungkin Aariz mahu dia rasa selesa dengan kehadiran lelaki itu. Mungkin juga Aariz mahu Dahlia mengerti bahawa dia tidak punya niat jahat terhadap Dahlia.

Perlahan Dahlia mengangguk dan kemudian menghulurkan tangan kanannya.

“Friends?”

Aariz menyambut huluran tangan itu dan tersenyum lebar.

“Yes, friends.”

Dahlia turut tersenyum. Tanpa disangka-sangka ketenangan mula bertamu di hatinya. Setelah apa yang terjadi, Dahlia tidak menyangka bahawa dia akan berasa tenang begitu. Dan yang lebih pelik, dia berasa selamat berada di samping Aariz Danial.

“Aariz!” jerit Dahlia yang tiba-tiba teringatkan sesuatu. Aariz yang baru saja mahu menapak keluar dari bilik berpaling.

“Yes?” soal Aariz kembali.

Dahlia mengetap bibir. Agak teragak-agak untuk menyoal Aariz tentang apa yang difikirkannya. Dapat dirasakan darah naik ke pipinya.

“I..i …don’t have…to….you know…” ujar Dahlia tanpa memandang wajah Aariz.

Spontan senyuman nakal terbit di bibir Aariz. Dia dapat meneka apa yang cuba dikatakan Dahlia. Tercuit rasa mahu mengusik Dahlia yang sudah pun malu-malu. Blushing!

“No, I don’t know. Cuba explain lebih lanjut…” usik Aariz sambil merenung wajah Dahlia yang makin merah.

“Since awak nak saya anggap awak macam kawan je, jadi saya tak perlu….hmm…tak perlu….” Dahlia menghentikan kata-kata. Tidak sanggup meneruskan kata-katanya.

“Tak perlu apa, huh?”

Kali ini Aariz mula manapak ke arah Dahlia. Perlahan dan penuh menggoda. Dahlia yang melihat terus sahaja berundur ke belakang. Agak panik dengan gerak-geri Aariz.

“Awak…awak ni..kenapa da…datang…de..dekat macam ni?” Tergagap-gagap suara Dahlia yang keluar.

Aariz tidak menjawab. Sebaliknya dia menghampiri Dahlia semakin dekat dan semakin dekat. Pandangannya tidak lepas daripada memandang wajah Dahlia yang kelihatan semakin kaget. Akhirnya Dahlia berdiri betul-betul di dinding, tiada ruang untuk lari lagi.

Aariz mula menundukkan kepala dan kemudian….

“Awak ni comellah. Awak tak perlu risau pasal tu.” Aariz berbisik di telinga Dahlia.

Mata Dahlia membulat, terkebil-kebil tanpa sebarang reaksi.

“Tak ada kawan yang minta kawan dia tidur dengan dia, kan?” sambung Aariz lagi setelah dia mengangkat wajah.

Lembut Aariz mengusap kepala Dahlia yang bertudung sebelum berpaling pergi. Bibirnya mengukir senyuman, agak geli hati dengan keadaan Dahlia yang kaku seperti patung.

“Awak!! Janganlah buat macam tu. Takut, tau!!”

Dari kejauhan Aariz mendengar jeritan Dahlia. Ketawanya meledak dan dia kemudiannya berpaling dan menarik Dahlia ke arahnya. Dahlia terdorong ke hadapan sebelum akhirnya dia berada dalam pelukan Aariz. Sekali lagi Dahlia tergamam.

“Pengantin baru kena keluar bilik sama-sama tau,” bisik Aariz lembut di telinga Dahlia yang masih seperti tadi, tergamam dan terkedu.

3 comments:

  1. Tidak berperasaan sewaktu mengahwininya.

    Marah dan mengamuk bila pertama kali bercakap semalam.

    Sedih dan menangis bila Aariz turut mula meninggikan suara.

    Selamba bila ditangkap memandang Aariz secara curi-curi tadi.

    Cukup tegas bila berbicara soal perasaannya.

    Penuh kelembutan bila menghargai perbuatan orang lain untuknya.

    “She’s interesting,” ujar Aariz tiba-tiba, lebih kepada dirinya sendiri. Namun sedikit didengari oleh Dahlia.


    sara, mmg best la cite nie. adesss....

    ReplyDelete