November 10, 2011

Errkk, penguin gay?

Cuba baca sedutan akhbar KOSMO hari ni:


TORONTO, Kanada - Pihak pengurusan Zoo Toronto di sini mengumumkan bahawa mereka akan memisahkan dua ekor penguin jantan di zoo berkenaan selepas kedua-dua haiwan tersebut menonjolkan perlakuan gay.

Dalam satu kenyataan media kelmarin, pihak Zoo Toronto memberitahu bahawa keputusan memisahkan dua ekor penguin Afrika bernama Pedro dan Buddy itu dibuat bagi mengekalkan kesinambungan spesies terancam berkenaan.

Menurut kenyataan sama, Pedro dan Buddy akan disatukan semula selepas 'mereka' mengawan dengan penguin betina lain di zoo berkenaan. - Reuters

Kredits: KOSMO online, 09/11/11

Okay, saya nak digest info ni dalam otak jap. Penguin as in burung tapi mamalia yang warna hitam putih dan comey macam dalam Happy Feet tu??? Gay maksudnya perlakuan mempunyai perasaan terhadap sesama jantina?? Dua tu bergabung jadi penguin gay??

EHHHHH???

Itu memang pelik. Kalau manusia saya tahu dah ramai macam tu dalam dunia ni. Saya pun tak naklah cerita lebih lanjut pasal hal ni. Tapi…penguin??? Okay, ini memang berita yang sangat pelik bin ajaib. Tak pernah langsung saya terfikir akan baca berita macam ni.

No comments:

Post a Comment