Awak semua tahu tak sebenarnya selain Hari Ibu dan Hari Bapa, kita ada Hari Datuk Nenek? Yup, Grandparents Day!! Tapi, hari ini tak adalah disambut di seluruh dunia, kot. Biasanya US sambut Grandparents Day setiap tahun, sehari selepas Labor Day. And as for this year, Grandparents Day jatuh pada 11 September (semalam).
Grandaparents Day mengingatkan saya pada arwah datuk dan nenek yang amat saya rindui…huhu… Kalau datuk, nenek sebelah ibu memang saya tak pernah jumpa seumur hidup sebab arwah Tok dan Tok Wan dah lama tak ada. Tapi arwah datuk, nenek sebelah papa memang rapat dengan kitorang adik beradik.
Ada banyak sangat memori dengan arwah…
Dulu waktu kitorang kecil, arwah datuk selalu belikan gula-gula kat kitorang. Arwah akan naik basikal tua dengan gaya orang dulu2 tu, dan bawak balik gula-gula untuk kitorang yang selalunya tunggu kepulangan arwah kat atas buaian bawah rumah.
Bila petang2 pulak, arwah akan bawak kitorang mandi sungai kat belakang rumah. Dan memandangkan kitorang semua tak pandai berenang, arwah atuk akan pastikan kitorang main kat tepi je. And then arwah akan bawak kitorang sorang demi sorang ke bahagian tengah sungai, konon nak belajar berenang lah, kan??
Arwah nenek pulak suka sangat bercerita. Cerita paling dia suka cakap pulak kisah masa zaman jepun dulu. Contohnya kisah arwah nenek dengan atuk sembunyi daripada tentera Jepun masa diorang nak ambil orang kampung untuk jadi buruh yang bina Jambatan Maut tu. Arwah nenek cakap diorang gali lubang dalam2 untuk muatkan arwah datuk, pastu tutup lubang tu dengan daun2. Macam2 lagilah kisah Jepun waktu tu. Cerita yang sampai sekarang saya boleh ingat…
Huhu…rindukan arwah atuk dengan nenek… Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…
No comments:
Post a Comment