DARIPADA FB SYAHRIL A. KADIR, Sept 21
*******
AKU LELAKIMU - Sara Aisha
Kira-kira setahun yang lalu, ada seorang gadis yang tidak aku kenali telah PM aku di Facebook. Dia hanya memperkenalkan dirinya sebagai Sara Aisha (SA), penulis novel dari negeri Cik Siti Wan Kembang. SA bersungguh-sungguh nak jumpa aku, sampai sanggup fly dari KB ke KL. Dan dia juga antara pembeli buku Kriminal: Kisah Seorang Wartawan Jenayah yang aku tulis itu.
SA nak tahu benar realiti pekerjaan sebagai seorang wartawan jenayah. Ini kerana katanya dia sedang menyiapkan novel psiko-thriller mengenai seorang wartawan jenayah wanita yang terpaksa berhadapan dengan seorang pembunuh upahan bla bla bla bla...kemudian terjadilah perlbagai peristiwa bla bla bla bla...dari situ timbullah pelbagai konflik, cinta, suspen bla bla bla bla...
Aku blur kejap. Maklumlah kami wartawan jenayah ni seharian berhadapan dengan benda realiti sedangkan SA datang dengan sebuah fiksyen...pada mulanya aku tak rasa nak jumpa SA kerana aku tak tahu bagaimana nak 'link' atau menghubungkan antara cerita 'realiti dan fantasi' ini. Namun mengenangkan kesungguhan SA, aku beralah.
Kami bertemu. Jika selama ini aku yang byk dok tanya soalan kat orang, kali ni aku pulak yang banyak ditanya. Dalam pertemuan itu aku mula nampak kesungguhan SA. Aku salute dengan SA kerana dia ternyata tidak mahu hentam keromo saja. Walaupun dia bermain dengan 'khayalan' namun dia tetap buat 'homework'. Dia tetap buat 'research'.
Walaupun kami berbual tak lama, tetapi aku sempatlah bercerita serba sedikit dan memberi gambaran macam mana kerja sebagai wartawan jenayah, suasana di bilik berita, pahit getir dan dua tiga perkara lagilah.
Selepas itu kami tidak lagi berhubung sehinggalah baru-baru ini SA menghubungi aku dan mengatakan novel psycho-thriller tu dah siap dan kini telah berada di pasaran. Tajuknya AKU LELAKIMU.
Walaupun novel ini baru sangat di pasaran, serius aku tak sangka AKU LELAKIMU telah mendapat reaksi yang cukup luar biasa khususnya pada penggemar-penggemar serta peminat novel sebegini.
Dalam hal ini aku salute kepada SA kerana aku nampak dia cukup bersungguh-sungguh membuat kajian sehingga melalui respond yang aku baca, buku AKU LELAKIMU dikatakan antara buku yang sedang menjadi 'buruan' dan aku tak terkejut akan menjadi novel best-seller untuk 2017.
Jangan lupa dapatkan segera novel AKU LELAKIMU. Walaupun aku sendiri belum berkesempatan membaca novel ini, aku yakin, ia pasti tidak akan mengecewakan!
Tahniah Sara Aisha. I'm proud of u
******
Sekilas tentang Syahril A. Kadir:
Beliau sangat dikenali dalam dunia kewartawanan kerana laporan penyiasatan (investigative reporting) membabitkan kes berprofil tinggi seperti kes pembunuhan model Norita Shamsudin, kes bunuh Bakaruddin Busu dan banyak lagi.
Beliau merupakan bekas Penolong Ketua Meja Jenayah Utusan Malaysia, pernah menjadi Penyunting Kanan merangkap Ketua Wartawan (Jenayah/Laporan Khas/Bongkar) akhbar Sinar Harian, editor di Meja Berita stesen TV Al-Hijrah dan macam-macam lagi jawatan dalam bidang kewartawanan/media.
SAK juga telah menulis dua buah buku iaitu 1) Kriminal: Catatan Seorang Wartawan Jenayah, dan 2) Konfesi Prebet Adam. Recommended!
******
BTS - Perkongsian Cik SA pula
Okeylah, since SAK cerita macam mana Cik SA tiba-tiba muncul approach beliau, meh Cik SA cerita apa jadi sebelum itu dan selepas itu.
Alkisahnya, Cik SA sebenarnya tak kenal siapa SAK. Tapi mungkin ini jalan yang dibuka oleh Allah. Di satu hari sebelum PBAKL2016 (yup, tahun lepas), di saat Cik SA memang tengah tulis watak wartawan jenayah, tiba-tiba muncul iklan buku KRIMINAL - Catatan seorang wartawan jenayah, kat FB. Buku tu akan release masa PBAKL2016. So, Cik SA pun dah aim. By hook or by crook, nak dapatkan jugak buku. So alhamdulillah, berjaya jugaklah beli kat booth POJOK. For info, harganya RM27. Dalam buku tu, SAK cerita pasal dunia wartawan, kes-kes yang pernah dia hadapi etc.
Sayangnya, beliau cuma sentuh sedikit-sedikit. Tak menyeluruh. Cik SA rasa tak puas hati. Maka, Cik SA pun cari FB beliau. Fuh, terkejut jap. Femes jugak beliau rupanya. Followers FB ratus ribu kut. Masa tu muncul perasaan ‘nak ke dia ni layan aku?’, tapi Cik SA main gamble je. Dengan selamba badak, hantar PM pada beliau (macam yang SAK cerita kat atas). Perkenalkan diri dan bagitahu tujuan segala. Tup-tup, beberapa hari lepas tu, dapat reply. OMG!!! Happy gila!!! Lepas tu, tukar-tukar contact no. Tapi untuk interview through whatsapp memang tak sesuai. So I did what I need to do. Cik SA beli tiket flight ke KL, untuk interview SAK. Alhamdulillah, akhirnya berjaya jumpa beliau. Interview dalam 2 jam gitu. Memang dapat banyak info masa tu, dan tahu macam mana kerja wartawan jenayah di Malaysia, istilah yang mereka guna etc.
Taaaaapi....
Maklumat daripada hasil interview tu, membuatkan Cik SA terpaksa rombak balik manuskrip yang dah puluh-puluh ribu words siap tulis. Kalau rombak dan dapat tulis semula, tak apalah jugak. Ini tidak! Since the whole storyline kena tukar balik, Cik SA jadi macam blur. Tulis-delete, tulis-delete. Serius, dalam banyak-banyak novel yang Cik SA pernah tulis, AL lah yang ada banyak versi. Setiap kali stuck, Cik SA akan mula balik dari awal. So dalam folder AKU LELAKIMU kat laptop, ada doc AL 1, AL 2, AL 3.....entah sampai berapa. Lupa dah. Seriously, Cik SA kena writer’s block. Sedih kut!!!
Masa tulah, Karyaseni tanya kalau-kalau Cik SA boleh olah skrip drama Syurgaku Tak Sempurna ke bentuk novel. Fikir punya fikir, Cik SA setuju. Atas dua sebab. Pertama, untuk jauhkan diri daripada AL sekejap (ini cara untuk Cik SA hilangkan writer’s block). Kedua, untuk cabar kemampuan diri tukar naskah skrip ke bentuk novel. That’s how Cik SA ended up with STS. Cik SA ingat lagi, punyalah readers terkejut masa tu. Sebab diorang tunggu lain, yang keluar lain. Haha!
Ok, back to AL. Selepas STS keluar, Cik SA tak terus sambung tulis manuskrip AL. Sebaliknya, Cik SA sambung research, in term of baca balik buku-buku rujukan pasal pembunuhan bersiri, psikopat, crime investigation, forencic etc, dan check part mana boleh masuk. Masa tu, manuskrip AL basically back to ZERO. Yang dah ada banyak versi tu, tak boleh guna.
So macam yang Cik SA mention tadi, Cik SA study balik kes-kes pembunuh bersiri dalam dunia. Serius, nak muntah baca semua tu. Mereka sangat-sangat kejam. Dan itu satu lagi yang menambahkan kesukaran untuk manuskrip AL. Sebab Cik SA dah ada kriteria sendiri bagi kes yang boleh dijadikan ‘inspirasi’ untuk pembunuhan dalam AL. Kriteria kes: pembunuh kena ambil satu body part mangsa, tapi caranya tidak terlalu mengerikan. Kenapa kriteria macam tu? Sebab ada readers Cik SA bawah umur 18 tahun. So kena make sure, cara pembunuhan tidak terlampau gruesome. Masalahnya, semua kes yang Cik SA baca dalam buku, kejam giler-giler punya kejam!
So, Cik SA carilah lagi dan lagi dan lagi, google macam-macam hinggalah akhirnya...Cik SA jumpa kes The Eyeball Killer. Kiranya kes itu jadi basic pembunuhan dalam AL. Bila dah ada basic, barulah boleh dikaitkan dengan semua plot yang dah Cik SA fikirkan sebelumnya. Alhamdulillah, bila Cik SA dah baca balik, kumpul balik semua info, idea pun datang. Masa tu, laju je tangan menaip (dengan dibantu oleh dateline!)
Lalu, selepas setahun setengah, AKU LELAKIMU akhirnya berjaya dibukukan. Fuh, syukur sangat-sangat. Alhamdulillah.
Okeylah, itulah sedikit perkongsian di sebalik tabir AL. Rasanya itu juga menjawab soalan beberapa orang pembaca yang mesej Cik SA dan tanya, “macam mana Cik SA boleh tulis jalan cerita yang macam tu?”
Time to sleep!
Love, Cik SA (Oct 13, 2017. 3:09 am)
idola T.T
ReplyDelete