June 9, 2016

I'M BACK - PART 3

Assalamualaikum, darlings

Okey, this is weird. Sejak semalam, membuah rasa nak update macam-macam. Cik SA ni kalau dah rajin update, mulalah nak tulis beriya-iya. Kalau malas, memang blog ni akan krik...krik sangat. Haha!

So, for I'm Back - Part 3, Cik SA nak update tentang what's going on with my life sekarang. Ada ke orang nak tahu? Takpelah, kita cerita jugak. =)

As of now, Cik SA secara rasminya sudah menamatkan Masters. Konvo Insya'Allah bulan November nanti. Dua tahun cepat sangat berlalu. Rasa macam baru je semalam, Cik SA duk berfikir sama ada nak berhenti kerja dan sambung belajar. Tup..tup, dah habis study. Dan dah balik semula ke kampung halaman, selepas 11 tahun merantau ke negeri orang. Bak kata papa, balik semula bawah ketiak mak bapak. Takpelah, masa nilah nak bermanja semula dengan parents, kan? Lepas ni, mungkin bermanja dengan orang lain pula. Ops! Haha! 

So, lepas dah habis study bulan Feb lepas, Cik SA sekarang baru saja mulakan bisnes kecil-kecilan. Bisnes ni Cik SA namakan 'Ceritera Craft'. It's a one-stop centre untuk barang-barangan kraf (mostly handmade). Produk yang ada setakat ni ialah barangan kulit ie leather notebook, leather passport cover, leather pencase..etc. Produk kedua ialah dreamcatcher. Yang ni baru saja diperkenalkan minggu ini.

Ramai yang tanya, kenapa pilih bisnes barangan craft? Kenapa tak jual tudung + baju yang lebih diminati dan lebih cepat untung? Hmm, jawapannya...sebab Cik SA minat dengan barangan kraf macam ni. Especially leather notebooks. Tapi kat Malaysia, susah cari. Kalau ada pun, mahal sangat-sangat! Since susah sangat nak jumpa, jadi Cik SA jual sendiri. Ini macam sifir yang Cik SA guna dalam penulisan novel. Susah sangat cari novel action romance di Malaysia, jadi Cik SA tulis sendiri. Haha! 

Back to my business, it's a niche market actually. Bukan semua yang minat barangan handmade macam ni. So it was a really big risk for me. Macam-macam yang Cik SA fikir. Macam mana kalau tak ada orang order? Nak buat apa dengan stok? Takut wooo bila dah pikir macam ni. Tapi, Cik SA terus-terusan beritahu diri, "Ini yang awak nak, ini yang awak pilih. Jadi, perlu bersedia untuk hadap segala kemungkinan." Bak kata Arjuna Kaede, life is about choice. One you choose, you have to be responsible for it. So Sara Aisha, fighting! Hehe. 

Oh, dah alang-alang citer pasal bisnes kecik Cik SA, kalau sudi followlah IG: @ceriteracraft, atau like FB page Ceriteracraft. Thank you!





Dada!

Love, 
Cik SA


No comments:

Post a Comment