Assalamualaikum, semua
Seperti yang saya war-warkan di fb dan juga fanpage drama Jodoh itu Milik Kita, seorang lagi pelakon mantap tanah air akan berlakon dalam drama ini. Beliau adalah tidak lain dan tidak bukan...Kak Ziela Jalil. Pelakon senior yang sudah lama tidak berlakon dan juga merupakan bekas pengacara program Primadona di Astro. Untuk makluman, beliau keluar dari Primadona kerana bakal mengendalikan program bual bicara beliau sendiri.
Sejujurnya, Cik SA rasa macam satu penghargaan pula bila Kak Ziela, selaku penerbit akan berlakon sendiri dalam drama ini. Serius! Rasa macam...OMG! It's Ziela Jalil. Haha! Excited terlebih pula.
Ziela Jalil sebagai Puan Marina
Dalam drama ini, Kak Ziela Jalil akan melakonkan watak Puan Marina, ibu kepada Aariz dan Syafiq. Bagi pembaca JIMK, anda tahulah kan betapa pentingnya watak ini dalam kisah JIMK. Boleh dikatakan watak Puan Marina inilah yang sebenarnya menggerakkan seluruh jalan penceritaan. Seperti watak-watak lain, watak ini juga sangat bermain dengan emosi. Seorang ibu yang terperangkap antara kasih dua anak, antara rahsia yang disimpan rapi dan keinginan untuk melihat keluarga bahagia. Fuh, lepas ni pakat-pakatlah kita menangis dengan Kak Ziela. Haha!
Jadi, setakat ini yang sudah confirm dalam drama Jodoh itu Milik Kita ini adalah...
Farid Kamil sebagai Aariz Danial
Tiz Zaqyah sebagai Dahlia
Syazwan Zulkifly sebagai Syafiq
Ziela Jalil sebagai Puan Marina
Keith Foo sebagai Joshua
Nabila Huda sebagai Alya
Alhamdulillah, melihat senarai barisan pelakon di atas Cik SA rasa macam...wah! Mantap-mantap semuanya. So, harap-harap dramanya pun nanti mantaplah....hehe
Salam Sayang,
Sara Aisha
daebakkk...x sabar rasa nak tengok drama nanti....
ReplyDeletex sabar gak ni...hehe
Deleteakak..yang berlakon sebagai dahlia bukannya dabila huda ke?sebab saye ada terbaca kat pereka cerita they wrote nabila huda(dahlia)
ReplyDeletedear...
Deleteyang berlakon sebagai Dahlia adalah Tiz Zaqyah. dlm pereka cerita tu salah.