Assalamualaikum, darlings...
Wah! Tajuk kali ini dah ala-ala tulis buku yang...hmm...yang selalunya nak ajar kita apa yang nak buat or deal with something. Saya rasa ada nama bagi jenis buku macam ni, tapi saya lupa (kamu ni penulis, Cik SA? macam mana boleh lupa?)
Ok, berbalik pada entri kali ini. Kenapa, ya saya tiba-tiba nak tulis benda alah ni? Well, semuanya sebab....saya sangat-sangatlah busy sekarang ni! To the extend saya rasa macam semput, macam sesak nafas. Yup, bayangkan diri anda terpaksa ambil tujuh fllights dalam masa dua minggu, ke tiga negara berbeza. Dah macam artis yang tengah buat world tour concert aje. But, that's me. Yup, the very same ME.
Dengan kerja ofis yang semakin hari semakin banyak, kena menghadiri meeting hampir tiap-tiap hari, kena siapkan macam-macam report dan semestinya kena outstation (tapi kalau ke oversea macam Bangkok hari tu, saya suka...haha), kesibukan memang jadi kawan baik saya sekarang ni.
Dan semestinya....dengan satu lagi manuskrip yang saya tengah siapkan sekarang. And it's not helping when your manuscrip is one heavy genre with one heavy issue, yang memerlukan anda memikirkan semua plot dan jalan cerita dengan hati dan jiwa yang berat. Yup, bila menjadi seorang penulis ni...anda harus jadi SATU dengan semua karakter, which means...kalau karakter tu tengah menderita, anda pun menderita sama.
So now...how can I manage this whole thing?
Dengan buat semuanya, i think. Err...sebenarnya saya ni bukannya jenis yang ada A-Z list yang sangat tersusun (biasanya ini yang jadi nasihat orang bila nak deal dengan kesibukan). I'm more a 'promptu-person', a on-the-dot person. It's like, saya buat apa yang dah dekat dengan dateline (students, don't follow this). Yes, i do have my to-do list (yang selalunya akan berubah bila bos tiba-tiba muncul dengan something else yang urgent), but i don't stuck myself to it. Entahlah, saya rasa...bila kita terlalu terkekang dengan sesuatu, kita akan jadi makin tak tahu nak buat apa. Makin tak siap kerja jadinya. Tapi, itu pendapat peribadilah, kan?
Dan....yang paling penting, saya TAK bawa balik kerja ofis ke rumah. Saya selalu fikir, kerja ofis adalah kerja ofis, bukan kerja kat rumah. So, whatever happens, walau sesibuk dan sebanyak mana pun kerja saya, saya tak nak bawa balik kerja ke rumah. Full stop. Titik. Noktah.
Waktu malam pula, saya gunakan untuk tenangkan jiwa lepas seharian duk dalam ofis. Saya tengok TV, tengok lakorn, borak-borak dengan my sis, dan of course....tulis manuskrip. Yang ini lagi satu, saya akan tulis bila saya rasa ada idea, ada mood. Saya tak mampu nak paksa diri saya bila mood saya ke laut. Seriously! Saya tak dapat jadi penulis yang mampu menulis tiap-tiap hari regardless what happen. Yeah, kadang-kadang ada rasa jeles pada penulis yang mampu buat macam tu. Tapi...i just can't.
Hmm...apa lagi ya, yang saya buat?
Haaa!! Reward! Bila saya berjaya buat sesuatu, saya akan selalu bagi reward. Yalah, kalau kita dah susah-susah buat something, haruslah ada reward yang boleh buat kita rasa happy, kan? So, for me...it has always been shopping, extreme sports or vacation. Dan masa tulah, saya kaw-kaw punyalah tak nak fikir apa-apa yang ada kaitan dengan KERJA. Tak ada....tak ada, this is me-and-myself-time, so office work or manuscript...back off! Macam tulah, kiranya.
Entahlah, sebab saya selalu fikir...once kita dah start letakkan kerja kita di no.1 (kerja bawa balik rumah, tak pergi bercuti, tak spend time with family and friends...) we will end up doing that for the rest of our life. Dan itu...memang saya tak nak!
Cara saya deal dengan kesibukan hidup macam agak kelam-kabut, kan? Tak ada plan yang teratur pun. Tapi, itulah yang saya buat...haha
1) Saya siapkan kerja yang paling dekat dengan dateline
2) Saya tak bawa balik kerja ke rumah
3) Saya menulis waktu malam - masa ada mood dan idea sahaja
4) I go for vacation/extreme sports
Instead of asyik fikir 'saya ni tengah busy, saya banyak kerja, saya kena buat itu...saya kena buat ini', saya akan cuba untuk buatkan diri saya seems less busy. Walaupun kadang-kadang itu cuma macam fatamorgana je, tapi sekurang-kurangnya jiwa dan otak ni kurang sikit berserabut. Tak gitu? Hehe...
Okeylah, done membebel.
Ta...ta!!
Salam sayang,
Sara Aisha
No comments:
Post a Comment