May 14, 2012

PBAKL 2012 ---> Pengalaman pertama sebagai seorang penulis

Assalamualaikum, semua.

Wah! Macam sudah lama rasanya since saya tulis entri kat sini (tak termasuk CRT). Apa khabar? Saya? Sakit tekak. Dah serak-serak basah suara i...haha!! 

Okeylah, 6hb yang lepas berakhirlah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Ada pergi tak? Ada beli buku yang diingini? Saya pasti peminat buku tanah air rata-rata tidak melepaskan peluang untuk ke sana. Kalau tidak, takkanlah penuh PWTC tu. Serius, ramai sangat orang! Especially on weekends, dan secara kebetulan saya memang ada kat sana waktu weekend je. Dua kali Sabtu dan dua kali Ahad.

Sabtu pertama, 28hb...hmmmm...pengalaman hari tu memang, macam mana nak cakap ya? Agak mendebarkan? Yalah, hari tu kan ada Bersih 3.0. Saya dan sahabat penulis, Cik Rehan Makhtar (kenal dia tak? ala, penulis Terlerai Kasih tu) sama-sama naik komuter ke sana. Dalam tu? Alahai, ramainya orang. Kebanyakannya pakai baju warna kuning. Waktu nak balik pun sama.

Ahad pertama, 29hb....saya tak ada slot pun. Tapi tetap pergi sana sebab nak temankan cik RM. Yalah, hari Sabtu tu...dia dah temankan saya so saya temankanlah dia balik. Hari tu kak Fauziah Ashari datang kat booth dan tegur, "Sara..." Saya angkat je kepala, memang terus terjerit. "Kak FA!! Rehan....Rehan, tengok sape datang?" 

Serius, rasa terharu sangat masa tu. Kakak senior datang melawat junior tuuuuu....hehe...Rupa-rupanya Kak FA datang nak hadiahkan kami novel DURI yang original version (cover hijau tu). Err...actually, kami nak beli dgn beliau, tapi beliau cakap F.O.C. Memang terharu sangat-sangat dengan kebaikan kak FA...sobs...sobs...

Dan lepas tu, beliau cakap dah baca JIMK. Dan-dan tu jugak rasa macam..."OMG!! Kak FA baca JIMK!!" Dan the best part is...kak FA bagi ulasan dan komen yang baik tentang JIMK. Alhamdulillah...=)

Sabtu kedua, 5hb...apa yang jadi, ya? Oh, ya!! Dinner with kak Fauziah Ashari. Yup, saya dan Cik RM dijemput ke majlis yang diadakan beliau di Hotel Sri Pacific. Ingatkan ramai penulis lain yang datang, rupa-rupanya kami berdua aje. Yang lain semuanya, people from syarikat buku macam POPULAR dan peminat-peminat beliau. Kak FA siap mention nama kami lagi pada semua hadirin. Rasa segan sangat-sangat masa tu...hehe...

Buat Kak Fauziah Ashari, terima kasih yang teramat sangat sebab sudi jemput kami ke majlis akak dan sentiasa menyokong penulis baru seperti kami. Tanpa penulis senior yang tidak henti-henti memberi tunjuk ajar, kami penulis junior tidak akan ke mana. Sayang akak! 

Ahad kedua, 6hb...hari yang takkan dilupakan kut. Sebab....err, ada seorang peminat yang digelar mereka di booth sebagai 'peminat fanatik' datang jumpa saya. Diorang cakap, beliau dah cari saya sejak dari hari pertama PBAKL. Masa jumpa tu, rasa macam....errr, agak extreme juga minat dia pada novel JIMK. Tapi sejujurnya, saya rasa gembira sebab novel JIMK berjaya menghadirkan pelbagai rasa dalam dirinya (bak katanya) dan JIMK dapat menggembirakan dia. Wajah terlebih happy dan excited dia sebab dapat jumpa Sara Aisha, penulis novel Jodoh itu Milik Kita memang rasanya takkan dilupakan.

Secara overall, pengalaman pertama saya sebagai seorang penulis di PBAKL memang satu pengalaman berharga. Yang paling penting, dapat jumpa ramai peminat JIMK. Memang rasa suatu kepuasan dan terharu sangat-sangat bila ramai yang datang, beratur, ambil tandatangan dan ambil gambar sama-sama. Bila ada yang datang peluk dan cakap "Saya suka sangat-sangat JIMK. Terima kasih sebab tulis novel tu", serius rasa tersentuh. Terima kasih buat semua yang datang jumpa saya. Love you all soooo much!! 

Buat rakan penulis terutama sekali...

Rehan Makhtar, penulis Terlerai Kasih, juga salah seorang penulis dalam Kompilasi cerpen Oh Cinta 
Nur Ezzah Maisarah a.k.a Ezza Sara, salah seorang penulis dalam Kompilasi cerpen Oh Cinta 
Kak Fauziah Ashari, usah diperkenalkan lagi hasil karya beliau, kan? 

Kak Melur Jelita, Kak Zura Asyfar, Kak Amisha Dania, Kak Sarah Marissa, Kak Syamnuriezmil, Adik Ain Syuhada, Cikgu E-man Sufi, Kak Aifa Batrisyah, Kak Gee Muszisya dan semua yang lain (ada lagi ke yang tak tersebut?)

Seronok dapat bertemu anda semua. Terima kasih! =)

Akhir kata, insyaAllah...semua kenangan ini akan saya ingat selamanya. amin...

4 comments:

  1. Hajat saya tak kesampaian nak ke Pesta Buku sbb husband jet-lag balik dr outstation...mungkin ada kesempatan lain lepas CRT keluar edisi cetak :)

    All the best to you

    ReplyDelete
  2. ehem2.. cik comei tuu.. skandal neh..asyik sebut nama encik ensem je..hahaha..apa2 pon happy jgk dapat lepak gosip2 makan2..kuningkan otak cik comei yg shuci <-- yong cakap..hehe

    apa2 pun kita sama2 menyokong ye.. luv syafiq sbb takde org suka dia..hahaha.. ade umur ada jodoh dan peluang, kita jmp lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  3. rezeki akak jgk dpt jmpa sara...dh keluar tp masuk smula utk belikan ank buah novel,dan kita dipertemukan olh kak ann..prtamakali jgk ke pbakl..hrp ditahun2 akn dtg adalg prtemuan antra kita...

    ReplyDelete
  4. Pertama kali jugak jumpa kak Intan Abd Wahab yg selama ini ku kenali melalui nmanya je..... Seronok sakat budak Rehan Makhtar.... Dan sakat2 manja dgn Sara Aisha c bdk ayu..... Hihihi...

    ReplyDelete