~Teaser bab 1: Pertemuan mereka~
“Isy, dia ingat aku ni robot ke apa??” Tiba-tiba Dia menjerit, meluahkan perasaan tidak puas hati yang membara dalam dirinya.
“Well, are you?”
“Apocot, mak datuk hantu!!” Terjerit Dian saat telinganya menangkap suatu suara asing yang tiba-tiba menyergah. Entah dari mana datangnya suara itu, Dian juga tidak pasti. Tubuhnya pantas sahaja terbangun daripada pembaringan.
Sesaat kemudian, suara ketawa pula yang menyapa telinga Dian. Serta merta dia berpaling ke sebelah kanan, menoleh ke arah tuan empunya tawa yang kedengaran jelik di telinganya. Kedua matanya melekat pada wajah seorang lelaki yang sedang memegang perut, menahan tawa mungkin. Lesung pipit yang dalam jelas kelihatan pada kedua-dua belah pipi lelaki itu.
“Hey!! What are you laughing at??” marah Dian. Geram juga dia melihat lelaki itu yang kelihatan enak-enak sahaja mentertawakannya.
“I..I don’t mean to…” Lelaki itu menghentikan tutur kata buat seketika dan menarik nafas dalam-dalam. “To laugh at you. It’s just that…”
“It’s just that….what??” sampuk Dian, masih dengan nada tidak puas hatinya.
Lelaki asing itu memusingkan tubuh dan kemudiannya menupang dagunya di atas pagar beranda yang memisahkan bilik mereka berdua. Keningnya sedikit terangkat.
Terkebil-kebil mata Dian memandang perilaku lelaki itu. Entah kenapa wajah itu kelihatan cukup nakal di matanya.
“Do I look like….hmmm….hantu or mak datuk hantu?” soal lelaki itu akhirnya.
Hampir terlopong mulut Dian mendengar soalan lelaki itu. Apakah lelaki itu faham Bahasa Melayu? Tetapi…lelaki itu tidak kelihatan seperti orang Melayu.
“You…you can understand Malay?” soal Dian kembali, langsung tidak menjawab soalan lelaki itu tadi yang hanya menjungkit bahu dan kemudiannya memeluk tubuh.
‘Errkk…nampak gayanya dia ni macam faham BM je. Oh, my!! Takkanlah dia…’ getus suara hati Dian. Matanya tidak lepas daripada memandang lelaki asing itu yang hanya tersengih.
“Jadi awak dengar semuanya?” Dengan perasaan agak ragu-ragu Dian menyoal.
Makin melebar senyuman yang tersungging di bibir lelaki asing itu.
“So awak betul-betul dengar?” gesa Dian lagi.
“Hmm…let’s see. Tak adalah semuanya. Cuma….daripada waktu awak cakap ‘huwaa’ sampai ke ‘robot’ tadi,” jawab lelaki itu dengan Bahasa Melayu yang sedikit pelat. Cukup selamba.
Membulat mata Dian. Wajahnya terasa membahang. Perasaan malu dan segan bercampur-baur dalam diri.
“Itu…semuanyalah!!! Sejak bila awak ada kat situ? Kenapa saya tak perasan?? Malunya!!!” Dian bersuara lagi, laju dan tanpa henti.
Lelaki asing itu tertawa lagi. Dian menarik muka masam. Isy, mamat ni pun…tak habis-habis nak gelakkan dia!
Chun Ruk Ter???? alahai best la pula..... xsabar nk baca ni
ReplyDeletehehe...yup, chun ruk ter...=)
Deletemenarik nih. harap bakal ada kelainan. :)
ReplyDeletethanks. itulah, harap2 blh bawa sedikit kelainan dlm novel ni...hehe
Deletecepat smbg kak sara. cite die menarik.. =)
ReplyDeleteermm, cm sweet jea dieorg berdua nie..
ReplyDeletebest3..