April 20, 2012

Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Bab 7]


BAB 7

BANG!
Karn dan Dian berpandangan buat seketika, sebelum tiba-tiba merasakan van yang mereka naiki mula berpusing-pusing. Laju sekali!
“Ya Allah!!” teriak Dian sambil cuba berpegang pada sisi van. Melalui hujung mata, dia dapat melihat Karn yang turut mengambil tindakan yang sama.
Setelah beberapa saat berpusing begitu, akhirnya van tersebut berhenti betul-betul di tengah jalan. Baru sahaja Dian mahu mengangkat kepala, Karn tiba-tiba sahaja menjerit dengan cukup lantang.
“Tunduk, Dian!! Tunduk!!!”
Dian tergamam. Sebelum sempat dia menganalisa apa yang terjadi, tidak semena-mena Karn menarik kepalanya ke paras dada dan memeluk tubuhnya erat. Tangan tegap Karn kuat memegang kepalanya.
Sesaat kemudian, berdas-das tembakan mula menembusi cermin van. Berderai semuanya. Serpihan-serpihan kaca berterbangan di sekeliling mereka.
‘Ya Allah!!!’ jerit hati kecil Dian sambil memejam mata rapat-rapat. Ketakutan mula menjalar masuk ke dalam tubuhnya yang menggigil. Apakah ajalnya sudah tiba? Adakah begini caranya dia menamatkan riwayat hidupnya? Di tangan pembunuh?
“Take him!!!” Serentak dengan berhentinya bunyi tembakan, satu jeritan kuat singgah di telinga Dian. Dan serta-merta juga, bahunya terasa direngkuh kasar dan ditarik keluar dari van.
“Ahhhhh!!” Spontan Dian menjerit dan membuka mata. Terbeliak matanya saat melihat tangan bertatu yang sedang mencengkam kedua-dua belah bahunya. Kasar sekali.
Kemudian Dian meliarkan pandangan matanya, mencari Karn. Sekali lagi matanya membulat saat terpandangkan Karn yang diheret oleh dua orang lelaki bertopeng. Karn sedang meronta dengan kuat sambil menjerit-jerit. 
“Karn!!! Karn!!!” tempik Dian seraya cuba melepaskan diri daripada pegangan lelaki bertatu di belakangnya. Meronta dengan bersungguh-sungguh.
“Shut up!!!”
Terangkat bahu Dian mendengarkan tengkingan lelaki itu. Sedar-sedar sahaja muncung sebuah pistol melekat di lehernya. Tubuh Dian terkaku. Keras. Kakinya terasa menggigil tiba-tiba. Lembik.
Kedua-dua mata Karn membuntang melihatkan tingkah lelaki bertopeng di belakang Dian yang sedang mengacukan pistol pada gadis itu. Dian jelas ketakutan. Wajahnya yang selama ini manis pucat tidak berdarah.
“Dian!! Dian!!” jerit Karn sambil menguatkan lagi rontaannya. Sedaya upaya dia cuba melepaskan diri daripada pegangan tangan dua lelaki yang sedang mencengkam bahu kiri dan kanannya seraya mengheretnya ke arah sebuah van hitam yang sudah pun terbuka pintunya.
“Let go of me!!! Lepaskan aku!!” Berkali-kali Karn menjerit seraya kakinya cuba menahan tubuhnya daripada terus terheret. Wajah penuh ketakutan Dian yang sedang berdiri di hadapan van mereka yang sudah hampir hancur itu semakin lama semakin jauh.
“Dian!!!” teriak Karn sekali lagi sebelum kepalanya tiba-tiba sahaja terasa sakit. Dan sedikit demi sedikit matanya mula terkatup sendiri.
Wajah ketakutan Dian pula semakin lama semakin menghilang….
*****
“AHHH!!” jerit Dian bersama tubuhnya yang dilempar kasar ke atas lantai simen. Terasa seperti mahu patah tulang bahunya saat tubuhnya menghempas lantai.
Dengan kudrat yang ada, Dian cuba mengangkat tubuh. Wajahnya menyeringai menahan sakit. Sebaik sahaja mengangkat wajah, pandangan mata Dian melekat pada susuk tubuh seorang manusia bertopeng. Hanya mata dan mulutnya sahaja yang kelihatan. Spontan Dian mengengsotkan tubuhnya ke belakang hingga akhirnya melekat pada dinding.
“Wha…what..do..do you want..fro…from me?” Terketar-ketar Dian menyoal. Dia benar-benar takut. Terlampau takut!
Lelaki bertopeng itu tidak menjawab sebaliknya hanya senyuman sinis yang tersungging di bibirnya. Kemudian lelaki itu memusingkan tubuh dan melangkah keluar.
“Hey…what do you want from me? Let go of me!! Let go of me!!!” jerit Dian sekali lagi, penuh rasa kaget dan panik. Kedua-dua matanya mula meliar melihat keadaan bilik itu yang usang, kotor dan berhabuk. Bau busuk yang kuat menusuk-nusuk masuk ke dalam rongga hidungnya.
Perlahan-lahan Dian menolak tubuhnya ke penjuru bilik. Lututnya diangkat dan dipeluk erat. Bibirnya pula diketap kuat-kuat bersama tubuhnya yang menggeletar ketakutan. Wajah lelaki bertopeng tadi berkali-kali hinggap di pandangan matanya, disertai dengan renungan mata yang seakan membunuh dan senyuman sinis yang kelihatan sangat menggerunkan.
“A..apa..dah jadi ni? A..apa…se…semua ni?” Perlahan Dian menyoal diri sendiri. Tersekat-sekat.
Seketika kemudian, wajah Karn pula singgah di matanya. Keadaan lelaki itu yang diheret pergi sambil menjerit-jerit, memanggil namanya terbayang-bayang dalam fikiran Dian. Telinganya seakan dapat mendengar dengan jelas suara pekikan Karn yang menjerit “Dian!!!!” sebelum lelaki itu akhirnya terjelepuk jatuh di hadapannya.
Masih jelas dalam ingatan Dian, lelaki bertopeng yang mengheret Karn tiba-tiba sahaja memukul belakang kepala Karn dengan menggunakan pistol. Kemudian Karn ditolak masuk ke dalam van hitam yang seakan-akan sudah menanti untuk membawanya pergi.
Apa yang berlaku selepas itu, dia sudah tidak pasti. Apa yang dia ingat cuma rasa sakit di belakang lehernya sebelum dia akhirnya hilang dalam kegelapan.
Tadi sebaik sahaja dia sedar, tubuhnya sudah pun terikat di dalam van yang telah berhenti di dalam kawasan yang penuh kegelapan. Dian yakin dia dimasukkan ke dalam van yang sama menempatkan Karn. Cuma, kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Yang ada cuma seorang lelaki bertopeng yang kemudiannya bertindak mengheret dan melemparnya ke dalam bilik usang lagi busuk ini.
“Karn,” getus suara Dian di luar sedar. Kepalanya ditundukkan, menyentuh lutut. “Apa semua ni? Apa dah jadi? Saya…saya takut…”
“Masuk!!!” Sedang Dian bermonolog sendiri, satu suara kasar yang kuat menjamah gegendang telinganya. Automatik Dian mengangkat wajah. Matanya terbeliak melihat dua orang lelaki bertopeng yang sedang menolak Karn dengan penuh kekasaran. Karn dilihat cuba melawan. Wajahnya jelas lebam-lebam, kesan dipukul mungkin.
“Karn!” Dian terjerit.
Karn yang sedang melawan lelaki yang baru sahaja menolaknya itu pantas sahaja berpaling. “Dian!”
Segera Karn merentap tangannya daripada cengkaman lelaki bertopeng sebelum cepat-cepat dia meluru ke arah Dian. Tubuh gadis itu segera diraih ke dalam pelukannya. Erat!
Dian terpana. Tubuhnya kaku tanpa reaksi. Sungguh dia tidak menduga begitu sekali tindakan Karn.
“Awak okey, kan? Dia orang tak buat apa-apa pada awak, kan?” bisik Karn, perlahan.
Tidak semena-mena bunyi ketawa jelik berkumandang yang disertai dengan kata-kata mengejek. “Wah! Lover’s reunion!!”
Serta-merta Karn meleraikan pelukan dan menolak Dian ke belakang tubuhnya, melindungi gadis itu.
“Kenapa kau libatkan dia? She got nothing to do with me!!!” Lantang Karn menyoal.
Spontan Dian memandang Karn. Dahinya mula berkerut. She got nothing to do with me? Jadi, semua ini memang terjadi kerana Karn? Pasti Karn ada kaitan dengan mereka. Kalau tidak, masakan mereka mahu menangkap Karn begitu?
Mungkin lelaki-lelaki bertopeng ini…penjahat-penjahat ini, berdendam dengan Karn. Dan kini dia turut terlibat sama, menjadi mangsa yang tersepit di tengah-tengah perbalahan antara dua belah pihak. Dua pihak yang tiada walau secalit pun kaitan dengan dirinya!
Jadi…siapa Karn Klaharn sebenarnya???
“Let’s just assume she’s…out of luck.” Dingin suara salah seorang lelaki bertopeng itu menjawab seraya menggamit sekutunya untuk mendekati orang tahanan mereka.
Semakin ke belakang pula Karn menolak Dian, menjadi benteng di antara Dian dan lelaki-lelaki bertopeng itu. Namun sepantas kilat juga lelaki-lelaki itu merengkuhnya kasar dan menarik Dian daripada belakangnya.
“Jahanam!! Lepaskan dia!!!” pekik Karn seraya meronta-ronta, berusaha meloloskan diri daripada cengkaman penculik mereka. Matanya tepat pada Dian yang kini dibalikkan. Gadis itu tertiarap di atas lantai. Kedua-dua tangan Dian kemudiannya direngkuh dan diikat kasar.
“Lepaslah!!! Lepaskan aku!!!” jerit Dian seraya meronta-ronta. Namun semakin dia meronta, semakin kuat pula ikatan pada pergelangan tangannya. Mencengkam dan mencengkam!
Melihatkan keadaan Dian yang kesakitan dan terdesak, Karn menyiku penjahat di belakangnya dengan kuat. Kali ini usahanya berjaya. Cengkaman lelaki itu terlepas. Sepantas kilat Karn meluru ke arah Dian.
Namun belum pun sempat dia mendekati, satu tendangan hinggap di belakangnya. Karn terdorong ke hadapan dan akhirnya terjatuh ke atas lantai, elok-elok sahaja di kaki lelaki bertopeng yang baru sahaja mengikat Dian. Dagunya segera direngkuh kasar. Automatik Karn menumbuk perut lelaki itu. Mereka bergumpal buat seketika sebelum Karn akhirnya berjaya menjatuhkan lawannya. Tangannya diangkat tinggi, mahu menumbuk lelaki itu.
Bang! Meledak bunyi tembakan. Karn terkaku. Melalui hujung mata, dapat dia lihat dengan jelas lelaki bertopeng yang menendangnya tadi sedang mengangkat pistol tinggi ke udara sebelum lambat-lambat mengacukan pistol itu ke arah Dian yang kelihatan terkejut. Gadis itu terkaku tanpa langsung dapat mengeluarkan suara. Pantas Karn menjatuhkan tangannya dan memusingkan tubuh.
“Apa kau nak buat?” Kasar dan dingin Karn menyoal. Hatinya mula dirundung rasa risau. Sungguh! Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Dian.
“Kalau kau cuba melawan, dia yang akan bayar harganya.” Penuh sinis lelaki itu membalas.
Karn mendengus kasar dan melepaskan lelaki yang berada dalam cengkamannya. Serta merta lelaki itu bangun dan mengikat tangannya ke belakang. Itu pun setelah sempat menghadiahkan Karn sebiji penumbuk padu. Terasa pedih bawah bibir Karn menerima habuan itu namun dia tidak cuba membalas. Mana mungkin dia melawan jika nyawa Dian yang menjadi galang gantinya!
“Sekarang barulah bagus. Good boy. Kau stay sini elok-elok, okey?” sindir lelaki yang memegang pistol itu. Sempat dia menepuk bahu Karn seraya menggamit temannya untuk keluar. Dengan lagak angkuh kedua-duanya melangkah pergi dan akhirnya hilang di sebalik pintu. Dari luar, jelas kedengaran bunyi pintu yang dikunci.
“Jahanam!!” Tercetus kata-kata kasar dari mulut Karn. Wajahnya tegang, penuh kebencian. Tangannya yang terikat di belakang dikerling beberapa kali. Geram!
Dian yang sedari tadi hanya melihat tanpa kata perlahan-lahan mula menjauhkan diri daripada Karn. Dengan tangan yang berikat, dia berusaha sedaya upaya untuk menolak tubuhnya ke belakang. Entah kenapa, perasaan ragu-ragu mula timbul terhadap sahabat yang baru dikenalinya itu.
Dari hujung mata, Karn dapat melihat dengan jelas segala perilaku Dian. Cepat-cepat dia menoleh dan cuba menghampiri gadis itu. “Dian…”
“Jangan dekat!!” jerit Dian tiba-tiba.
Karn tercengang. Tubuhnya terhenti beberapa depa jauhnya daripada Dian. Wajah gadis itu yang jelas ketakutan segera meruntun hatinya. Sungguh! Bukan ini yang dia ingini terjadi pada Dian, pada sahabat yang telah menggembirakannya.
“Dian …” panggil Karn seraya membongkokkan tubuhnya, mahu lebih dekat pada Dian yang terduduk di atas lantai.
“Stay away from me!!” teriak Dian lagi. Tubuhnya yang kini sudah pun melekat di penjuru dinding cuba diundurkan lagi, seakan-akan dia boleh menembusi dinding konkrit itu. Matanya jelas meliar ke kiri dan ke kanan. Kaget! Panik! Takut!
Pantas Karn mengangkat tubuhnya kembali dan berundur ke belakang. “Okey, okey…saya tak datang dekat. Saya kat sini aje.”
Dian mendongakkan kepala, merenung Karn dengan tajam. Umpama helang! Sedaya-upaya dia cuba menetapkan fokusnya pada lelaki itu. Perasaan gentar, takut, ragu-ragu dan curiga yang bercampur baur dalam dirinya cuba diketepikan.
Dan dengan bibir yang terketar-ketar, Dian menyoal. “Si…siapa sebenarnya awak?”
Karn tergamam, tidak tahu apa yang patut dijawab. Dian jelas sedang takut padanya, ragu-ragu padanya.  
Dalam-dalam Karn menarik nafas dan menghembusnya. “I’m Karn. Karn Klaharn.”
“Siapa sebenarnya awak???” Sekali lagi Dian menyoal. Lantang.
Tersentak Karn mendengarkan nada suara Dian yang tinggi. Matanya terpaku pada wajah Dian yang kelihatan merah. Jelas gadis itu sedang menahan perasaan. Marah, mungkin. Takut juga mungkin. Ah, semuanya bercampur baur!
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa….siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ni???” Bertalu-talu soalan yang meletus keluar daripada mulut Dian. Penuh emosi.
Terpejam mata Karn mendengar segala pertanyaan Dian yang lebih berupa tuduhan berbanding soalan yang tiada apa-apa makna. Tuduhan yang amat menyakitkan hatinya. Ya, kerana dia…kerana identitinya, Dian yang menjadi mangsa. Dian yang terlibat dalam konspirasi ini.
Tetapi, apa hak Dian untuk mengadili, menjatuhkan hukuman padanya sebelum mengetahui perkara sebenar? Sebelum memberinya peluang untuk bersuara?!
“Answer me, Karn Klaharn!!”
“Okay, fine!” bidas Karn akhirnya. Juga bernada tinggi. Matanya dibuka perlahan-lahan. “I’m Karn Klaharn Thanasukolwit…”
Spontan Dian mendengus. Apa Karn fikir dia ini bodoh? Berapa kali mahu diulang-ulang nama itu, sedangkan bukan itu jawapan yang diingininya?
Karn membiarkan sahaja Dian yang jelas kegeraman dan menyambung lagi. “Ketua keluarga Thanasukolwit, keturunan bangsawan Thailand.”
Dian tercengang. Keturunan bangsawan?
“Saya…saya boleh dikira agak berada,” sambung Karn lagi.
Dian diam tidak berkutik. Otaknya mula memainkan peranan, berfikir dan mencatumkan keadaan mereka sekarang dengan cebisan-cebisan maklumat yang diterimanya daripada Karn. Lelaki itu, Karn Klaharn Thanasukolwit…keturunan bangsawan…agak berada…
Jadi Karn seorang yang kaya raya? Adakah semua ini tentang…
“And this whole thing is about….”
“Money.” Dian menyambung sendiri dengan perlahan. Pandangan matanya diangkat, tepat merenung Karn, seakan mencari jawapan.
           “Ini…penculikan untuk mendapatkan wang tebusan, kan?"


***********
P/s: adakah benar hanya wang yang diingini penculik-penculik itu? Atau mungkin....mereka mahukan lebih daripada itu?

21 comments:

  1. BEST CEPAT SAMBUNG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah, akan usaha untuk cepat sambung..=)

      Delete
  2. best...rasanya bukan stkt duit je kot..msti ada sebab lain kan sara..musuh karn ek???xsabar tggu next chapter(^__^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai teka!!! apa lagi yg musuh karn tu nak, ya? jeng3...hehe

      Delete
    2. jeng3...ain tggu next chapter j la..takmo teka2 la..hahaha..pdhl takut salah teka(^__^)

      Delete
  3. wah.suspen ni..ape2 pun best la tak sbr nk tggu new entry

    ReplyDelete
  4. gila ah cite ni. dah macam filem omputih pulak. kekeke. no wonder la u said that novel ni sangat berat. fuh, respecto! looking forward for next bab. bip bip. bip bip. hehehe :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! dh mcm citer omputih? yup, sedikit berat berbanding JIMK. saje nk try tulis something yg mcm ni plak...hehe...
      thanks ek, sbb suka..=)

      Delete
  5. ermm.. giler ganas org thailand nie..
    xnk la g thailand.. kot2 nnt kna kidnap cm dian.. hehehe
    kak sara, cite nie best.. i like.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp now ni mmg xleh gi sn. takut kn bom plak..haha!
      thanks ek..=)

      Delete
  6. bestlah k.sara... smbung cpat2, 1st time bce nvel mcm ni ni,interesting... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! itulah, kak sara nk try challenge diri sendiri tulis citer cm ni..=)

      Delete
  7. waww... semakin menarik... love karn..

    ReplyDelete
  8. sara..
    hrp Dian tdk akn ap2kan. kesian dia..mesti Karn dibenci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kesian Dian. x pasal2 plak dia pn terkena sama...hehe

      Delete
  9. wahh.. happy sebab leh drop komen dah..
    dah follow dari bab 1 lagi.. hehe..
    kesian dian.. terheret sm dlm cite nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay!!! sara dh blh drop komen...hehe..terlebih excited plak...
      yup, kesian dia...tp nk wat cm ne, kan? dh nasib dia..huhu

      Delete
  10. Dian jgn marah karn. .Sian dia...
    Roza

    ReplyDelete
  11. stylo..ganas sungguh!hehe

    ReplyDelete