February 28, 2012

Jodoh itu Milik Kita - Bab 14


BAB 14

ALYA berjalan laju untuk pulang ke rumahnya. Dia tidak mahu terserempak dengan Syafiq yang mungkin masih mahu mengganggunya. Sejak Syafiq muncul semula dalam hidupnya, Alya benar-benar berasa tidak tenteram. Lelaki itu selalu sahaja muncul di hadapannya tidak kira di mana dia berada. Tidak kira ketika mahu ke kelas, atau ketika ke kedai, atau ketika dia keluar bersama kawan-kawannya.

Kadang-kala Alya merasakan seperti Syafiq adalah seorang ‘stalker’ yang menghendapnya, yang sentiasa menghantuinya, yang mungkin akan berbuat apa-apa terhadapnya. Sesungguhnya Alya berasa takut terhadap Syafiq. Ketakutannya bertambah apabila teringatkan tindakannya yang menimbulkan soal abang Syafiq, Aariz sewaktu mereka bergaduh dua hari yang lepas.

Entahlah, Alya sendiri tidak tahu kenapa dia berani berkata begitu terhadap Syafiq walaupun dia cukup tahu bahawa itu adalah suatu pantang bagi Syafiq. Ketika itu dia seakan-akan bertekad untuk berhadapan dengan Syafiq, meluahkan apa yang dirasakannya dan menghamburkan kata-kata yang Alya pasti akan menyakitkan hati Syafiq. Ya, Alya memang sengaja mahu menyakitkan hati Syafiq!

Kini, Alya berasa sedikit menyesal atas kata-katanya itu. Dia tidak tahu apa yang akan dilakukan Syafiq terhadapnya sebagai balasan.

“Laju nampak.” Tiba-tiba telinga Alya menangkap suatu suara yang amat dikenalinya.

Automatik tubuh Alya terkaku. Kakinya seolah-olah digam dan langsung tidak dapat digerakkan. Telinganya pula jelas mendengar derap langkah Syafiq yang semakin menghampiri.

Perlahan Alya menelan air liur.

“Awak nak lari daripada saya, kan?” Suara Syafiq kedengaran betul-betul di hujung telinganya.

Alya tersentak. Jantungnya bedegup kencang manakala tangannya mula terketar-ketar. Suara Syafiq yang perlahan dan mendatar benar-benar menakutkannya.

Dan kini wajah Syafiq sudah pun berada betul-betul bertentangan dengannya. Wajah itu serius dan sedang memandangnya dengan suatu pandangan yang sangat tajam, seakan-akan mahu membunuhnya dengan padangan itu.

“Kenapa awak nampak takut ni? Hari tu bukan main lagi awak ‘serang’ saya,” sindir Syafiq apabila melihat wajah Alya yang sudah pun pucat.

Alya tetap membatu. Suaranya langsung tidak dapat dikeluarkan daripada kerongkong. Hanya matanya yang terkebil-kebil memandang wajah Syafiq.

‘Ya Allah! Tolonglah hamba-Mu ini. Selamatkanlah aku daripada Syafiq.’ Dalam hati Alya berdoa agar Syafiq tidak akan bertindak bodoh dan melakukan apa-apa terhadapnya.

“Kenapa diam? Dah tak tahu nak cakap apa? Atau awak nak saya ingatkan awak? Pasal Aariz Danial, maybe?” Syafiq menyambung lagi. Wajahnya mempamerkan senyuman sinis yang benar-benar menakutkan Alya.

Perlahan Alya menarik nafas dalam-dalam. Tangannya digenggam, seakan-akan mencari kekuatan melalui genggaman itu.

“A..apa..awak nak daripada saya?”

Syafiq tidak terus menjawab, sebaliknya dia menarik pergelangan tangan Alya, seakan mahu gadis itu mengikutnya.

“Apa ni? Apa awak nak buat ni???” jerit Alya. Dia cuba menarik tangannya kembali. Namun usahanya sia-sia sahaja kerana ternyata pegangan Syafiq pada tangannya sangat kemas dan kuat.

Tak semena-mena Syafiq berpaling dan menarik Alya menyebabkan gadis itu terdorong betul-betul ke hadapannya. Kemudian dia menundukkan kepala dan mendekatkan wajahnya pada wajah Alya.

“Awak ingat apa yang akan saya buat pada awak?” jawab Syafiq dengan senyuman sinis yang jelas terpamer pada wajahnya.

Alya sedikit tergamam. Pandangan tajam dihalakan pada wajah Syafiq yang dekat benar dengan wajahnya tanpa kata sebelum mengundurkan tubuh ke belakang. Tangannya masih berada dalam genggaman lelaki itu.
“Awak jangan cuba nak buat apa-apa pada saya,” balas Alya kembali.

“Well, that’s depend on whether you’re a good girl or a bad girl,” jawab Syafiq pula dengan kening terangkat.
Kata-kata dingin Syafiq membuatkan Alya tersentak, juga menambahkan lagi rasa takut yang memang sudah sedia ada dalam hatinya sejak tadi.

“Why don’t you just be a good girl and follow me?” sambung Syafiq lagi seraya menarik tangannya.

Alya berhasrat mahu membentak, tetapi sesaat kemudian dia mematikan niatnya. Tanpa hati yang rela, dia mengikut sahaja. Dia merasakan seperti lebih baik dia mengikut tanpa tentangan, takut-takut kalau Syafiq akan berkasar dengannya jika dia cuba bertindak melulu.

Mereka berjalan tanpa kata. Hanya kaki yang melangkah dan akhirnya mereka tiba di Marrakesh Café, sebuah restoran halal di Wellington yang menyediakan makanan asli Morocco. Alya mengerutkan dahi sebelum menoleh ke arah Syafiq yang langsung tidak memandangnya. Wajah serius lelaki itu hanya tegak memandang ke hadapan.

“Jom.” Hanya sepatah kata itu yang tiba-tiba lahir dari mulut Syafiq.

“Huh?” Alya menyoal kembali tanda tidak mengerti.

“Saya belanja awak makan,” jawab Syafiq dengan lembut sambil menariknya masuk ke dalam restoran itu.

Berkerut dahi Alya. Perilaku Syafiq benar-benar menghairankannya. Juga tambah menakutkannya. Bagi Alya, kelembutan Syafiq adalah sesuatu yang patut dirunsingkan. Sejujurnya Alya lebih senang berhadapan dengan Syafiq yang kasar dan marah-marah kerana itu menunjukkan perasaan sebenar Syafiq. Maka lebih mudah baginya untuk melawan Syafiq. Kelembutan Syafiq pula menyorokkan perasaan dan niat sebenar Syafiq. Kelembutan itu bila-bila masa sahaja boleh bertukar kepada sesuatu yang lebih daripada itu. Yang pasti, sesuatu itu bukanlah sesuatu yang elok.

‘Ya Allah! Selamatkanlah aku.’ Dalam hati Alya berdoa sambil kakinya hanya menuruti derap langkah Syafiq.
Mereka tiba di sebuah meja yang berdekatan dengan cermin.

“Duduk.” Syafiq mengarahkan Alya duduk sambil tangannya menarik keluar kerusi.

Alya hanya menurut tanpa kata dan melabuhkan punggung ke atas kerusi itu. Matanya memerhatikan Syafiq yang kini sudah pun mengambil tempat bertentangan dengannya. Lelaki itu kemudiannya mengangkat tangan memanggil pelayan yang berdiri berdekatan.

“Hummus, Chicken and Lam Tagine with rice and pita. For two persons. And also Bastella. Hmm…as for drinks, I would like to have African Coffee and…Mint Tea for the lady.” Pesan Syafiq pada pelayan berkenaan tanpa langsung menyoal Alya apa yang mahu dimakannya. Semuanya dia tentukan sendiri.

Alya membiarkan sahaja. Dia malas mahu bertekak dengan lelaki di hadapannya itu.

“So…” Syafiq akhirnya bersuara setelah pelayan tadi menapak pergi bersama pesanan tadi. Matanya ditujukan tepat pada wajah Alya yang kelihatan pucat lesi, menggambarkan ketakutan yang ada dalam dirinya.

Alya menanti Syafiq menghabiskan ayat-ayatnya dengan debaran di hati.

“Awak tahu tak apa yang awak dah buat, Alya?” soal Syafiq pada gadis di hadapannya dengan lembut.

Alya tahu apa yang dimaksudkan oleh Syafiq, namun dia tidak terus memberikan jawapan sebaliknya dia menyoal lelaki itu kembali.

“A..apa?” Tersekat-sekat suara Alya.

“Awak dah buat benda yang paling saya benci,” balas Syafiq, menjawab sendiri soalan yang diajukan kepada Alya tadi dengan mata yang mencerlung tajam.

Alya tergamam. Perasaan takut dalam dirinya semakin menjadi-jadi.

“Saya nak balik.” Akhirnya Alya bersuara. Fikirnya lebih baik jika dia cepat-cepat melarikan diri daripada Syafiq yang sudah mula menampakkan tanda-tanda mahu mengamuk.

“No, you’re not going anywhere,” balas Syafiq pula.

Kata-kata Syafiq tidak dipedulikan sebaliknya Alya sudah mula bangun dari duduknya. Belum sempat dia melangkah, lengannya sudah pun ditarik kasar oleh Syafiq.

“Aku cakap kau tak boleh ke mana-mana.” Perlahan dan dingin suara yang lahir dari mulut Syafiq. Serius.
Alya cuba merentap lengannya dari pegangan Syafiq namun lelaki itu menguatkan lagi cengkamannya.

“Lepaslah! Awak jangan ingat saya akan ikut je cakap awak tu!!” teriak Alya.

Beberapa orang pengunjung mula memberikan perhatian terhadap mereka. Syafiq tersenyum manis pada mereka.

“I’m sorry. My wife. She’s having a fit.” Dengan selamba Syafiq berbohong. Pengunjung yang melihat tergelak kecil.

“Oh, that’s normal. You better talk nicely to her.” Seorang lelaki tua berkulit putih menjawab dengan senyuman lebar di bibirnya.

Alya tercengang. Mulutnya terbuka mahu menjelaskan perkara sebenar. Namun belum sempat dia berkata apa-apa, Syafiq sudah pun menarik Alya ke arahnya.

“Don’t say a word. Sekarang kau akan duduk balik kat kerusi dan temankan aku makan,” bisik Syafiq di telinga Alya. Suaranya keras.

Alya mendongakkan kepalanya dan membalas renungan tajam Syafiq.

“Don’t make me repeat my words.” Syafiq memberikan amaran.

Alya mengetap bibirnya. Geram!

“Macam mana saya nak duduk balik kalau awak pegang saya macam ni?” ucap Alya dengan penuh rasa geram dalam hati.

Perlahan Syafiq melepaskan pegangannya.

Alya menggosok lengannya beberapa kali. Rasa ngilu disebabkan cengkaman Syafiq tadi masih terasa. Jelingan tajam dihadiahkan buat lelaki yang amat dibencinya itu sebelum dia kembali duduk dengan gaya membentak.

Syafiq hanya tersenyum sinis tatkala melihat tindakan Alya itu. Terasa kemenangan berpihak padanya.

*****
“JUMPA lagi, sayang,” ujar Syafiq pada Alya setelah mereka tiba di hadapan pintu rumah Alya.

Alya tidak menjawab. Hatinya terasa sebal dengan perilaku Syafiq yang bertindak seolah-olah mereka masih lagi satu pasangan kekasih. Dia berpaling, mahu cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya terhenti apabila Syafiq tiba-tiba bersuara.

“Jangan jumpa budak Jarrad tu lagi.” Perlahan dan tegas suara Syafiq.

Spontan Alya menoleh kembali ke arah Syafiq. Rasa amarah menyirap masuk ke dalam dirinya. Syafiq fikir dia itu siapa? Mahu mengawal kehidupannya lagi?

“Awak jangan cuba nak kawal hidup saya lagi.” Alya membalas.

Syafiq tidak terus menjawab, sebaliknya dia berjalan menghampiri Alya sebelum berbisik lembut ke telinga gadis itu.

“Maybe apa yang awak cakap hari tu betul. You’re my possession. My property. You’re mine. Tak salah kalau saya kawal apa yang memang milik saya, kan?”

Mata Alya terbeliak. Kehidupannya sewaktu bersama Syafiq dulu seakan berulang sekali lagi.

“I’m not your girlfriend anymore.” Alya membidas dengan kasar.

Syafiq ketawa mengejek.

“Well, there’s no need for you to be one. Because you’re just my possession.”

Tersentak Alya saat mendengar kata-kata Syafiq.

“So, listen to me and stop seeing that guy,” sambung Syafiq lagi. Suaranya penuh dengan kelembutan yang benar-benar menggerunkan Alya. Bahu gadis itu ditepuk sekali sebelum dia akhirnya melangkah pergi. Senyuman sinis jelas terpamer pada wajahnya.

Alya memandang Syafiq yang semakin menjauh. Tubuh Alya terketar-ketar bersama rasa takut dan gentar yang semakin jitu dalam dirinya.

No comments:

Post a Comment