January 10, 2012

Suara hati seorang Dahlia

Kehidupan bagi saya selalu sahaja indah. Tapi kerana dia, saya mengalirkan air mata. Tetapi kerana dia juga, awak hadir, Aariz. Awak hadir bersama ketulusan dan keindahan kasih yang tak pernah saya rasa.

Awak buat saya gembira, awak buat saya bahagia…dengan cara awak sendiri. Tetapi di sebalik senyuman dan tawa awak tu, kenapa saya boleh nampak kesakitan dan penderitaan? Kenapa mata awak selalu saja sedih?

Awak tahu tak, Aariz…betapa luluhnya hati saya bila saya nampak sendu itu? Sendu dalam dua mata awak yang selalu sahaja pandang saya dengan pandangan yang terlalu sukar untuk saya tafsirkan?

Saya nak sangat, Aariz…saya nak sangat ubah kesakitan, kesedihan dalam hati awak tu kepada kegembiraan, kebahagiaan…macam yang awak hadiahkan pada saya.

Tetapi…kenapa? Kenapa awak mahu saya pergi jauh? Kenapa awak tak nak kongsi semua penderitaan tu dengan saya?

Awak…awak tak nampak ke betapa hancurnya hati saya bila awak nak saya pergi? Saya seorang isteri, Aariz…mana mungkin saya pergi jauh daripada suami saya sendiri.

~Dahlia~

5 comments: