December 7, 2011

Jodoh itu Milik Kita - Bila Aariz dan Dahlia berbicara tentang Syafiq

-Sedutan BAB 25-

“Dia nampak macam tak boleh terima perkahwinan kita. Saya takut…saya takut….” Kata-kata Dahlia terhenti.

“Takut apa? Huh?” Lembut Aariz menyoal seraya menarik tubuh isterinya agar memandangnya. Dia mahu menatap wajah Dahlia, dia mahu melihat air muka isterinya agar dia dapat lebih mengerti akan perasaan gadis itu.

Dahlia mengikut sahaja rentak suaminya dan menjatuhkan pandangan pada wajah Aariz. Mata suaminya direnung dalam-dalam.

“Saya takut berdepan dengan dia.”

Terpempan Aariz mendengar kata-kata isterinya. Riak wajah Dahlia yang kebimbangan melahirkan rasa resah dalam hati.

“Apa akan jadi dengan kita nanti? Apa yang awak akan buat? Dan apa yang patut saya buat?” Bertalu-talu soalan yang lahir dari mulut mungil Dahlia. Soalan itulah yang sering bermain-main dalam fikirannya sejak dua hari yang lepas.

Aariz hanya mendiamkan diri tanpa suara. Entahlah, dia sendiri kurang pasti tentang persoalan itu. Apa yang akan jadi? Apa yang patut dia buat sekarang? Ah, dia sendiri tidak tahu!

“Aariz….” panggil Dahlia, cuba memancing suaminya agar memberikan jawapan.

Namun Aariz tetap seperti tadi, diam tanpa kata. Hanya tangannya yang tiba-tiba sahaja menarik tubuh Dahlia dengan lembut, agar gadis itu lebih dekat dengannya. Perlahan dia memegang pipi Dahlia dan tersenyum tawar. Isterinya terkulat-kulat memandang wajahnya.

“Saya berharap sangat yang saya ada jawapan untuk soalan awak tu. Tapi sekarang…..saya juga macam awak, cuma mampu tertanya-tanya…”

Dahlia mendiamkan diri buat seketika sebelum membalas senyuman Aariz yang nampak sangat dibuat-buat. Dia tahu suaminya itu turut merasakan apa yang dia rasa. Bingung, buntu, risau dan mungkin….takut.

“And….just go with the flow, right?” tanya Dahlia dengan perlahan. Soalan itu dijawab dengan anggukan kecil suaminya.

“Then…itulah yang akan kita buat! Just go with the flow!!” Dahlia sedikit menjerit dengan nada suara yang sengaja dibuat-buat ceria dan kembali bersandar pada sofa. Remote control ditekan kembali dan dia menghalakan pandangannya pada televisyen. Namun, dia merasakan bahawa filem yang ditonton tadi tidak lagi mampu menarik perhatiannya.

No comments:

Post a Comment