August 2, 2011

Ramadhan dan kenangan itu…

Semalam dah pun selamat satu hari umat Islam berpuasa. So, macam mana? Okay tak? Jangan pulak ada yang tiba2 mengadu gastric..hehe.. Saya? Macam tulah. Berpuasa di perantauan (chewah, macam lar KL ni jauh sangat dari Kelantan..haha!) dan berbuka berdua dengan Kak Long. Nasib baik ada kakak saya seorang tu, kalau tau mahunya berbuka sorang2…huhu

Bila berbuka semalam, teringat saat2 berbuka kat rumah kat kampung dengan family semua. Dan memandangkan saya memang dari keluarga yang besar, suasana memang havoc!! Dapur jadi tempat paling meriah dari pukul 5 petang. Semua orang kat dapur, konon nak tolong ibu kat dapur lah kan? Tapi sebenarnya mulut je bising mengalahkan mami jarum…haha!

Dan bila waktu berbuka tiba, syahdu je hati bila papa mula baca doa dan letakkan sebiji kurma dalam pinggan setiap seorang anaknya. Kata papa, kita kena mula berbuka dengan buah kurma. Lebih afdhal katanya. Dan memang itulah yang saya praktikkan sampai sekarang walaupun dah tak berbuka dengan diorng semua.

Ok, sekarang kerinduan saya terhadap family kat kampung dah membuak-buak. Huwaa!!! Nak balik kampung!!!

Apapun, selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih diberkati dan dirahmati-Nya berbanding Ramadhan yang terdahulu. Amin…

2 comments:

  1. Assalam,

    Amin. Ramadhan Mubarak to you.

    We are also fasting "di perantauan". Hehe. Creating our own family tradition :-)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...

    Ramadhan Mubarak to you too. I guess we are both in perantauan (though mine is not that far..hehe)

    ReplyDelete